Wednesday, January 28, 2009

Isu Membeli Rumah






Salam,

Saya ada membaca blog Dr.Azwan berkenaan isu membeli rumah dgn no money down..menarik..tapi just nak tanya..katakan saya nak beli rumah atas tangan owner..owner letak price lagi tinggi dari market value yang diberikan oleh bank?mcm mana?

Saya menetap di seremban..now days nak cari harga rumah baru yg murah agak susah..bagaimanapun setelah terjumpa dengan rumah yang berkenan di hati, owner meletakkan harga agak tinggi berbanding dengan value yang dikeluarkan oleh pihak bank..conth: owner letak rm145k..harga asal umah rm120k..dengan alasan beliau ada membuat plaster ceiling n kitchen cabinet..

Bagaimanapun bank hanya boleh memberi value rumah tersebut rm135k sahaja paling tinggi..if saya bersetuju deposit 10% dari rm135k ialah rm13,500 dan saya perlu pula membuat bayaran tambahan kepada owner rm10k. + - total rm23,500.00..wow banyak tu..

apa pendapat Dr...

Saya budak baru belajar,
Az***

*********************************************

Jawapan saya :

Betul,

Jika rumah cik beli untuk pelaburan, bukan untuk menetap sendiri, jika saya, saya tidak akan membeli rumah tersebut. Atau cik boleh membeli juga tetapi kena menawar harga tersebut dengan lebih aggresif lagi sekurang2nya sama dengan harga pasaran.

Jika cik nak duduk sendiri, dan rumah tersebut berkenan di hati, menambah RM 10,000 mungkin tidak mengapa. Itu pun jika cik berkemampuan. Ini kerana kalau nak duduk sendiri ia tidak menjadi masalah. Jika untuk pelaburan i.e untuk disewakan maka ia akan menyebabkan aliran tunai (sewa bulanan tolak bayaran ke bank) akan menjadi negatif.

Dengan RM 10,000 cik boleh cari rumah yang berhampiran dan beli di bawah market, Kemudian dengan duit 10,000 tu boleh renovate pula rumah baru itu dan mungkin lebih murah. Pasang cabinet dan plaster siling tak sampai RM 10,000. Jangan tertipu dengan trick penjual yang nak untung. Kita kena fikir kemampuan dan kerugian yang dialami.

RM23,500 tidak termasuk stamp duti, lawyer fees untuk loan dan conveyancing dan sebagainya. Boleh mencecah ke RM 26,000 juga.

Kalau mampu tidak mengapa.

Dr Azwan.

**************************************

Jawapan balas :

salam Dr,
setelah berfikir semasak2nya..saya setuju dengan dr..terima kasih atas pendapat n saranan..dalam tempoh 2-3 hari ni mencari2 rumah akhirnya bertemu dengan rumah yg sama tetapi membeli dari developer..jauh lebih murah..walaupun kosong..tapi dengan kos yang mungkin saya terpaksa keluarkan utk rumah yg 1st saya cite tu..saya lebih save lagi..
thanks a lot dr..have a nice day..
assalamualaikum..

Az***

***********************************

Secara amnya, jika ingin membeli rumah untuk pelaburan, kita kena lebih teliti dan sentiasa membuat survey. Beri tempoh cthnya sebulan atau 2 bulan untuk melihat di kawasan sekitar. Banding harga di antara satu rumah dengan satu rumah. Biasanya akan ada satu dalam 100 rumah yang kita perhatikan akan lebih menonjol dari segi harga, lokasi dan keadaan rumah. Lebih banyak kita belajar tentang kawasan tersebut lebih kita yakin bahawa keputusan kita membeli rumah tersebut adalah tepat.

Wallahu Alam.

1 comment:

Pootz in Boots said...

Jangan beli rumah yang harganyer tinggi or even sama dengan value (based on valuation by certified valuer). Tak kira la untuk duduk or investment. Bank memang takkan bagi loan more than the value. Selalunyer vendor nak jual rumah mahal sebab dia masih ada bank loan yang perlu di setel kan.

Related Posts with Thumbnails