Salam,
Akhirnya tibalah masanya Barack Hussein Obama mengangkat sumpah menjadi presiden kulit hitam AS yang pertama. Ia merupakan sejarah tersurat di dunia amnya dan di AS sendiri khususnya.
Secara fakta, lebih 80% pentadbiran US terdiri daripada golongan yahudi. Adakah ini merupakan longgarnya cengkaman yahudi di dalam pengurusan pentadbiran presiden ke 44 Amerika ini? Adakah Israel melaksanakan genjatan senjata beberapa hari sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai satu kebetulan? Namun
Mari kita lihat sejauh mana kemampuan Obama di dalam mengembalikan kekuatan ekonomi AS dan yang paling penting merapatkan kembali hubungan AS dengan masyarakat dunia terutama negara Islam.
Ucapan pertama beliau apabila mengangkat sumpah sebagai Presiden semalam nampaknya membuka lembaran baru sejarah Amerika yang sering dilabel anti Islam.
WASHINGTON: Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru - yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam.
"Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS.
"Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.
Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.
"Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi.
"Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."
Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi.
"Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi.
Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.
No comments:
Post a Comment