Wednesday, September 16, 2009

Batu Karang, Buasir dan GOUT






Salam,

Bulan puasa ni trend pesakit batu karang dan pesakit buasir meningkat.

Ini kerana masalah dehidrasi atau kekurangan meminum air menyebabkan masalah kencing pekat dan akhirnya meningkatkan insiden batu karang terutama kepada sesiapa yang memang mempunyai masalah tersebut sebelum ini.

Begitu juga dengan masalah sembelit kerana kekurangan air dan menyebabkan terjadinya buang air besar berdarah dan buasir.

Syndrom Bazar Ramadhan pun timbul juga. Hari-hari ada cirit birit, kembung dan muntah. Acute Gastroenteritis.

Itu trend bulan puasa.

Trend raya biasanya lain.

Trend lepas raya adalah sakit darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan GOUT.

Kes gout banyak sebab hari-hari makan rendang daging merah, hati.

Penghidap gout, kena hati-hati.

Kalau tak hati-hati nanti, merana diri...

1 comment:

Related Posts with Thumbnails