Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri.





Salam,

Hari raya akan menjelang tidak lama lagi. Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya di dalam blog ini ada menyentuh peribadi seseorang, tersilap kata dan terkasar bahasa.

Terima lah kad raya siber ini sebagai pengganti diri.

Tahun ni saya akan balik beraya di Pekan, Pahang 2 hari sebelum raya sehingga raya ke 2 atau ke 3. Jemputlah datang ke Kg Batu Balek, dekat dengan Simpang Paloh Hinai, Pekan bila-bila masa.

Kepada sesiapa yang nak order kuih raya, kami masih menerima tempahan yang setakat seorang 5 balang. Kalau nak order 50 balang, nampaknya tak sempat. Yang sudah order pun pekerja saya masih bertungkus lumus menyiapkannya.

Semoga kita dipanjangkan umur dan akan berjumpa bulan Ramadhan pada tahun hadapan.

Wallahu Alam.





3 comments:

asmaa said...

assalamualaikum

dr asal pekan ker...paloh hinai dekat ngan kampung saya...kampung lamir,pekan...

salam perkenalan

SELAMAT HARI RAYA UNTUK DR SEKELUARGA

sudikanlah ke blog saya http://apeape-aje.blogspot.com

terima kasih

motoraku said...

salam..

selamat hari raya juga pada DR.Azwan
saya pun beraya di pekan , pahang. kampung pahang tua. tak sangka Dr.Azwan ni orang pekan..raya nanti bleh la kut singgah rumah.

Kujie said...

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada Doktor & Keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

Related Posts with Thumbnails