Friday, September 25, 2009

Bendera Malaysia dipijak..






Salam,

Sedih tengok gambar beberapa orang Indonesia memijak bendera Malaysia. Suatu perbuatan kurang ajar dan tidak bertamadun.

Apa pun alasan mereka, perkara seperti ini dan peristiwa buluh runcing tidak wajar berlaku.

Mujur ia berlaku di Indonesia, di mana kita meletakkan rasa hormat yang tinggi pada mereka kerana kita "dikatakan" serumpun. Mungkin kerana ramai di antara orang Malaysia sekarang asalnya juga dulu dari seberang.

Jika ia berlaku di Denmark atau Australia hatta Singapura sekalipun, nescaya pasti rakyat Malaysia akan melenting dan mula menjalankan boikot. Saya masih ingat perkataan "recalcitrant" yang ditujukan oleh PM Australia kepada Dr. Mahathir, PM Malaysia ketika itu. Kecoh satu Malaysia untuk memboikot produk Australia.

Tapi memijak bendera Malaysia?

Bukan untuk mengapi-apikan.

Tetapi seperti terasa melepaskan anjing tersepit.

Sudahlah dibantu, digigit pula tangan kita.

Wallahu Alam.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Dr..

Selamat Hari Raya. Masalahnya sikap kita sendiri, bukan sekadar bendera, kita juga seolah-olah merelakan 'kepala' kita dipijak-pijak oleh mereka!

Unknown said...

tp yg pelik tu, ade plak rakyat malaysia yg sokong.

xxAdmin said...

Join Layan4u

betul drazwan, diorang ni sengaja nak menbesarkan benda yang kecil, padahal benda itu boleh bawa berunding.. memang x tamadun la pijak2 bendera ni. x ada akal

Sharifah Hamidah said...

Saya pun setuju dengan pendapat kakcikseroja. Sikap kita sendiri tidak bersatu dan asyik kutuk mengutuk di antara satu dengan yang lain, membuat orang lain tidak ada rasa hormat pada kita.

a.z.n.e.e said...

yup..

xsedar diuntung...

Dean said...

setuju dengan kak seroja

odah said...

kadangkala dapat dilihat kita terlalu lembut, malah bila ada yang menyokong nampak sgt....mn yang selama ni dok bising tu, yang patut bising tak bising yang tak patut bising seronok nak bgtau kat org....heee

Dr Azwan said...

Ada berjuta orang Indonesia di sini mencari makan. Jangan sebab nak marah kepada 4-5 orang pendera, maka semua orang Malaysia dipersalahkan. Jangan lupa, orang Indonesia menghantar balik wang berbilion setahun. Matawang kita mengalir keluar. Kita bukan sahaja menggadai ekonomi kita, kes jenayah juga makin menjadi2. Kita sedang menggadai keselamatan kita juga.

MAK TEH said...

dia org sweep kita,why don't we VACUUM them!!!!!

Kojek said...

sy stuju ape yg doc ckap..sbg cth, ayh sy sendiri menggunakan tenaga buruh indonesia..bkn ayh sy tidak mahu menggunakan tenaga buruh org kita, ttp org kita tidak sekuat mereka..mereka juga menepati masa dan tidak banyak kerenah..pernah beberapa kali ayah saya mencuba menggunakan tenaga org kita, ttp lebih rugi angkara projek lambat siap dan lebih memeningkan kepala..sekarang ini ayh sy mencuba lagi sekali menggunakan tenaga org kita krn mengambil sikap mmberi peluang dan bkn semua org sama..tak tahu apa yg bkal berlaku..(ayh sy bekerja sebagai kontraktor landskap)

Related Posts with Thumbnails