"Tanam pinang rapat-rapat,
Agar Senang Puyuh Berlari,
Ku pinang-pinang Tak Dapat-dapat,
Ku Pujuk-pujuk ku Bawa Lari"Itu pantun untuk orang yang tak berjaya untuk meminang anak orang lain buat pasangan diri. Akhirnya terpaksa membuat taktik pujuk-memujuk dan seterusnya kahwin lari. Lepas kahwin lari, lepas tu minta maaf dengan keluarga. Biasanya dah dapat anak 2,3 orang kembali semula ke pangkuan keluarga dan masalah pun selesai.Tapi yang ini dah bertunang, tetapi tak mahu pulak kat pasangan yang ditunangnya. Tarikh kahwin pun dah tetap. Entah-entah kad kahwin pun dah diedar. Lepas tu lari naik bas ekspress. Masalahnya dia hantar SMS seolah-olah kena culik. Mungkin asalnya sekadar nak lepaskan diri dan fikir itu cara yang terbaik nak lepaskan diri. Tetapi mungkin salah langkah.Apapun, kalau tak nak kat pasangan, awal-awal kata tak setuju. Baguslah begitu dan itu yang sepatutnya. Cuma mungkin "stunt" yang dia buat tu menyebabkan wanita ini jadi popular satu negara.
Wallahu Alam.
KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
1 comment:
ntah hpe2 kan..kalu x suka bgtau awal2..mcm2 idea la budak2 skrg nih..
Post a Comment