Assalamualaikum,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan untuk menarik semula penggunaan ubat menguruskan badan Sibutramine atau lebih dikenali sebagai Reductil. Ubat yang pernah popular sedikit masa lalu merupakan ubat yang diluarkan oleh syarikat Abbott. Ubat ini bertindak sebagai ubat penahan selera (apetite suppressant) dan mula didapati di USA pada tahun 1997 dan EU pada tahun 1999.
Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh syarikat Abbott sendiri yang dinamakan SCOUT (The Sibutramine Cardiac OUTcomes) untuk memastikan keselamatan jangka panjang ubat ini kepada pesakit jantung. Seramai 10,742 orang telah mengambil bahagian dalam kajian yang dimulakan pada 2002 ini.

Pada asalnya, kajian ini dilakukan kerana syarikat ini berpendapat dengan mengurangkan berat badan secara optimum maka ini akan mengurangkan serangan jantung kepada pesakit. Namun, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Risiko terkena serangan jantung didapati meningkat selepas mengambil ubat tersebut.
Oleh itu, selamat tinggal Reductil...
2 comments:
sASalam Dr. Dulu sy ade bli Duromine kat klinik, tu pon samer ker
Salam how to order this reductil
Post a Comment