Monday, November 1, 2010

Adakah Kita Melahirkan Terlalu Ramai Jururawat?



Assalamualaikum,

Saya masih ingat tentang masalah kekurangan jururawat yang meruncing satu waktu dulu. Jika mengikut cerita doktor-doktor kita yang pernah berkhidmat di hospital kerajaan 15-20 tahun yang lalu, bilangan jururawat adalah sangat kurang. Saya fikir ketika saya masih houseman 8 tahun lalu, masalah ini masih lagi berlaku. Masalah tersebut bukan sahaja di hospital kerajaan tetapi di hospital swasta juga.

Pada 2007, KKM berusaha untuk mengurangkan masalah kekurangan jururawat dengan mengimport tenaga luar.

Kuala Lumpur- Kementerian Kesihatan akan merekrut jururawat dari negara ASEAN dan Komanwel bagi mengatasi masalah kekurangan jururawat di negara ini.

Menterinya, Datuk Liow, 11 bahagian dikenal pasti mengalami masalah kekurangan jururawat.
Antaranya Unit Rawatan Rapi, Unit Pediatrik, Unit Kecemasan dan Onkologi. Terbaru Hospital Serdang, Sungai Buloh dan Sg. Petani tidak dapat membuka wad tertentu termasuk ICU akibat faktor sama.

Sebagai permulaan 27 jururawat dari negeri India akan berkhidmat dengan kementerian Ogos ini.
Katanya selain faktor kepakaran, pengambilan jururawat dari negara itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka untuk berbahasa Inggeris.

Pada Ogos 2007 kabinet meluluskan cadangan pengambilan jururawat asing dengan aggaran 1,300 jururawat dalam masa tiga tahun.

Pada tahun 2003, terdapat 28,000 jururawat terlatih yang memenuhi jawatan-jawatan itu di hospital kerajaan. Pada waktu itu hanya terdapat 18 kolej jururawat yang melahirkan jururawat terlatih.

Kemudian bilangan jururawat telah meningkat kepada 80,000 orang pada bulan Februari 2010. Sehingga kini, 92% daripada kekosongan jawatan jururawat di hospital kerajaan telah dipenuhi.



Untuk mencapai kepada nisbah jururawat kepada penduduk iaitu 1:200 yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berbanding pada kadar 1:329 sekarang, kerajaan melatih sejumlah 8,000 bakal jururawat setiap tahun. Menurut perencanaan, kerajaan mensasarkan sehingga 130,000 orang jururawat perlu dilahirkan menjelang 2020.

Pada masa yang sama, kerajaan telah meluluskan lesen-lesen di kolej dan universiti swasta untuk melahirkan lebih ramai jururawat terlatih.

Terdapat 109 kolej dan universiti swasta serta awam yang menawarkan kursus kejururawatan. Ini termasuk 10 institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 85 kolej serta universiti, satu oleh Kementerian Pertahanan dan 38 di bawah Kementerian Kesihatan. Di antara kolej-kolej swasta yang galak melahirkan jururawat ialah dari Masterskill dan Mahsa kolej.


Kualiti vs Kuantiti

Malaysia terkenal dengan jururawat yang bersifat lemah lembut, bersopan santun, berkualiti, rajin, boleh berbahasa inggeris, cemerlang di dalam pengetahuannya dan disiplinnya. Ini menyebabkan jururawat Malaysia yang mempunyai pelbagai nilai tambah, amat disenangi dan digemari oleh negara-negara di pantai timur. Justeru, hampir 1200 jururawat terlatih dari Malaysia sedang mengisi pasaran dunia di luar negara.

Dengan tertubuhnya perlbagai kolej swasta yang melahirkan lebih ramai jururawat, seseorang pasti tertanya-tanya, bagaimanakah kualiti jururawat yang dihasilkan? Adakah kita sedang membina satu produksi besar-besaran jururawat terlatih pada sijilnya tetapi pada hakikatnya tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat yang betul-betul terlatih. Tidakkah ini boleh mencacatkan tanda aras kejururawatan Malaysia sebagai satu standard yang tertinggi.

Masalah timbul apabila jururawat yang dihasilkan tidak mencapai kemahiran dan pengetahuan yang asas di dlam bidang yang diceburi sehinggakan kualiti perkhidmatan kepada pesakit akan dikompromi. Kebiasaannya, apabila kuantiti dihasilkan dengan membelakangkan kualiti, maka hasilnya adalah caca merba.

Sebagaimana doktor, Jururawat adalah satu tugas yang memerlukan gabungan teori dan juga praktikal. Sekiranya 8000 jururawat dilahirkan setahun, dimanakah sebenarnya jururawat ini menjalani latihan klinikal? Adakah di hospital kerajaan, di hospital swasta atau di luar negara? Adakah pihak yang bertanggungjawab memantau silibus pembelajaran mereka dari sudut teori dan klinikal.

Alhamdulilah, mujurlah ada Lembaga Jururarawat Malaysia yang berperanan untuk memastikan jururawat yang dilahirkan telah mengikuti latihan-latihan yang tertentu dan selayaknya diperakui menjadi jururawat terlatih. Mereka adalah tulang belakang kepada penjagaan piawai profession kejururawatan di Malaysia. Diharapkan mereka dapat terus memantau kualiti jururawat yang ada di Malaysia.

Walaubagaimanapun, sebagaimana Malaysian Medical Council yang memantau doktor-doktor, LJM hanya boleh memastikan bahawa seseorang jururawat itu telah menjalani kursus-kursus yang sepatutnya. Kualiti seseorang jururawat itu masih lagi belum teruji kerana mereka masih belum berada di alam pekerjaan.



Pasaran Kerja Semasa Di Dalam Bidang Kejururawatan

Jika dahulu, sekiranya seseorang itu lulus diploma di dalam bidang kejururawatan, maka masa depannya akan terjamin. Kerja bakal menunggu mereka bila-bila masa. Gaji permulaan boleh mencecah RM 2000 ke atas.

Adakah keadaan itu masih berlaku sekarang?

Menurut Menteri Kesihatan bilangan pengeluaran jururawat terlatih pada tahun 2009 ialah 8,279 orang, iaitu seramai 2,402 dari kolej kementerian, 528 dari IPTA dan 5,349 dari IPTS.

Sekiranya kita lihat, pasaran kerja jururawat di hospital kerajaan ialah cuma 8% sahaja kerana 92% jawatan telah diisi, manakala dalam masa yang sama, kerajaan melahirkan 2400 orang jururawat melalui kolej jururawat KKM untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

Persoalannya, baki 6000 orang lagi jururawat yang dilahirkan daripada IPTS dan IPTA itu hendak diletakkan di mana?

Kata Menteri kesihatan, kita melahirkan jururawat ialah untuk mengisi jawatan-jawatan di hospital swasta juga. Pada pandangan saya, tidak ada hospital swasta yang akan mengambil jururawat terlatih yang tidak berpengalaman. Sekurang-kurangnya mereka ingin jururawat yang sudah berpengalaman 2-3 tahun di dalam bidang masing-masing. Jika ada pun terlalu sedikit.

Oleh itu, ruangan tersebut akan diisi oleh jururawat yang sudah bertugas di hospital-hospital samada di kerajaan ataupun di swasta. Jika di hospital kerajaan, kekosongan akibat migrasi jururarawat akan diisi oleh lulusan kolej jururawat kemeterian juga.

Saya tidak pasti berapakah jumlah kekosongan jawatan yang wujud di hospital swasta untuk memenuhi kelahiran ramai jururawat ini. Yang pasti ia pasti akan menjadi masalah sekiranya dibiarkan.

Kebanjiran jururawat yang ada menyebabkan KKM telah mengambil langkah untuk mengekang lebih banyak kolej jururawat dibina.

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Julai ini, kerajaan akan menangguhkan kelulusan kursus baru diploma kejururawatan dan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan program itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah itu bagi memastikan institusi sedia ada yang menawarkan program tersebut dapat menaik taraf kualiti kursus dan pencapaian pelajar mereka.

"Jemaah Menteri baru-baru ini telah berbincang dan bersetuju supaya satu moratorium (penangguhan) diadakan terhadap kelulusan kursus dan penubuhan IPTS yang menawarkan program diploma kejururawatan.

"Sudah banyak sangat kursus diploma (kejururawatan) yang ada sekarang, kita sekarang nak menggalakkan kursus kejururawatan dalam bidang ijazah pula. Kita juga hendak menggalakkan jururawat sedia ada untuk mendapatkan ijazah pada masa-masa akan datang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kesukaran Mendapatkan Kerja

Saya menjadi bingung apabila ramai jururawat lepasan kolej-kolej swasta ini menghubungi saya untuk memohon jawatan sebagai pembantu klinik. Bulan yang lepas sahaja terdapat lebih dari 15 orang menelefon, menghantar sms dan menghantar email untuk mengisi jawatan tersebut.

Di Hospital, apabila dibuka sahaja tawaran untuk mengisi jawatan pembantu klinik, maka berpusu-pusulah kemasukan permohonan daripada jururawat terlatih ini untuk mengisi kekosongan tersebut. Bukan kekosongan untuk jururawat terlatih tetapi cuma pembantu klinik sahaja.

Seorang anak saudara kepada kenalan saya yang lulus di dalam diploma jururawat sebuah kolej swasta terpaksa berhempas pulas bekerja sebagai pembantu klinik dengan gaji bersih RM 650 sebulan. Itu pun setelah beberapa kali memohon kerja di tempat lain. Ibu dan ayahnya seorang penoreh getah.

Dengan gaji RM 650 sebulan untuk hidup di bandar, dibebani hutang PTPTN, maka mahu tidak mahu, dia terpaksa bersyukur dengan kerja yang ada. Lebih baik daripada duduk di kampung menyusahkan emak dan ayah. Saya yakin bukan dia sahaja yang mengalami masalah untuk mencari kerja. Ramai lagi rakan seangkatan yang menerima nasib yang serupa.

Apa yang berlaku ialah, golongan jururawat terlatih ini akhirnya akan putus asa dan akan bekerja tanpa mengira bidang. Sudah ada idea-idea daripada pihak hospital swasta yang membuka tawaran jawatan kerani kepada mereka yang berlulusan jururawat! Itu sahaja jalan yang boleh membantu mereka sementara ada kekosongan untuk jawatan tersebut di wad-wad.


Kesimpulan

Pihak KKM perlu terus memantau keadaan ini dari masa ke semasa. Masalah ini akan terus berlarutan sekiranya bilangan yang mengikuti kursus jururawat sentiasa meningkat sedangkan tenaga kerja yang memerlukan khidmat mereka tidak mencukupi.

Mereka adalah peminjam-peminjam PTPTN yang terpaksa membayar pinjaman di kolej tempat mereka menuntut ilmu. Bagaimana mereka hendak membayarnya sekiranya mereka tidak mendapat tempat untuk bekerja.

Saya terfikir samada terdapat unsur-unsur politik dengan terbinanya banyak pusat-pusat pengajian swasta yang melahirkan ramai jururawat ini. Saya ada terdengar tentang seorang bekas menteri (dulu menteri) yang mempunyai saham di dalam sebuah kolej jururawat yang terbesar.

Dan yang paling kasihan ialah jururawat terlatih ini akhirnya terpaksa mencari tugas di luar bidang mereka seperti kerani dan lain lain. Dan tidak hairan, sekiranya tidak ada peluang yang lebih baik mereka akan akhirnya berniaga di pasar malam dan di kaki lima.

Wallahu Alam...

Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan.blogspot.com

24 comments:

asrulasmah said...

sampai sekarang, cikgu masih kurang,sekolah masih kurang.

mFaiz said...

betul...mslh lambakan graduan ni mmg amat bleluasa~
x kesah bidang apa...tp syg nurse, yg sptutnye suatu jurusan professional yg sgt specific pun tkena tempiasnye!
jgn lah smua ini dsebabkan politik...betul, mslh guru lg lah mjadi2!
kunun menteri ckp lambakan lpsan perguruan...alih2 byk je sek2 yg xde guru~

sedih mlihat rakan2 kolej sy yg btungkus lumus bljr demi segulung ijazah, maupun diploma@sijil, malah smpai ke tahap sarjana...mslhnye jaminan kerjaya tetap tiada:)

p/s: rapuh negara krn korupsi

Dr Azwan said...

Kesian tengok mereka yang gagal jadi nurse. Itu pun ramai jugak. Macamana nak bayar pinjaman PTPTN? Bukannya sikit gagal jadi nurse walaupun pada hakikatnya telah graduate kolej jururawat. Tak lepas tapisan Lembaga Jururawat Malaysia. Itu akibatnya belajar kolej jururawat swasta yg tidak berkualiti.

DrSatriaN said...

Memang kesian. Tindakan menyekat penghasilan graduan baru, sy fikir tepat. Sy turut menjangkakan berlaku juga lambakan graduan doktor, dan semakin sesak hospital nanti dengan houseman (maknanya mereka terpaksa berebut-rebut mendapatkan prosedur dan isi buku log). Tapi.. cabang2 kerjaya doktor luas (pensyarah, penyelidik, etc). Nurse.. nak pegi mana?

Anonymous said...

lambakan jururawat diploma dri kolej2 swasta nie jgk menyebabkan jururawat berijazah terkorban sama...mana tak nya, semua hospital xnak ambil nurse degree dgn alasan kerja sama je bt ape nk byr lebih...baik bg krja kt nurse diploma...padahal cikgu2 pon ade yg degree n diploma, blh jer bg gaji ikut rank masing2...xpaham betul......

kiang-boy said...

pada pandangan sy, hampir semua kerjaya di bidang kesihatan hampir dipenuhi..houseman saja dah kena hantar sabah sarawak, sebab jumlah officer yg dihasilkan di ipta awam, ipts, luar negara bertambah setiap tahun..sama juga lah utk jururawat ni...hopefully,the quality of each of them is not compromise.

nurse husna said...

salam... minta izin share untuk di kongsi bersama rakan2 saya... tq..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Jururawat sekarang mempunyai cabang yang luas dalam memajukan kerjaya dimana sains kejururawatan peringkat ijazah telah di laksanakan disamping jururawat juga boleh dinaikkan pangkat menjadi pengarah . Oleh itu doktor dan jururawat sama sama saling memerlukan . Buat DrsatriaN boleh ke doktor bekerja tanpa jururawat ?

CIK PARO! said...

saya salah sorang daripadanya..

Akak said...

DrSatriaN: Nurses jugak blh jd pensyarah & penyelidik.. yg penting kena keluar dari KKM & bekerja di IPTA dibawah kem pengajian tinggi..ramai yg dah jd lecturer & peneylidk yg sedang buat PhD skrg

Anonymous said...

DrSatriaN: Skrg nih Nurses pon ada lepasan Master & PhD okay? Boleh jadi pensyarah, penyelidik even Pengarah Hospital also Nurse Practioner bukan Dr saja yg boleh pergi jauh...

Anonymous said...

tidak semua berminat untuk menjadi tenaga pengajar untuk bidang kejururawatan dimana sesetengah jururawat lebih puas berkerja di klinikal site. Hakikatnya memang di malaysia terdapat lambakan jururawat yang menganggur. Apakah tindakan LJM dan KKM untuk mengatasi masalah ini???

DrSatriaN said...

Hehe. Minta maaf ye semua. Saya tidak berniat menyinggung perasaan sape-sape. Cuma sekadar pertanyaan saje. Apa pun yang berlaku, setiap orang dianugerahkan rezeki masing-masing. Yang penting, kena sentiasa tambah ilmu dan berusaha.

Anonymous said...

heheh..sy pon stuju dengan statment DrSatrian rezeki masing2 tetapi hakikatnya jururawat memerlukan pengalaman bekerja 'From novice to expert' tetapi sekiranya hanya bekerja diklinik pengalaman ape yang dapt mereka timba. Untuk pergi ke luar negara memelukan minimum pengalaman bekerja selama 3 tahun.Emmm kolej2 ni pandai menaburkan janji2 manis sahaja tetapi yang merasa hanya la graduan jururawat sahaja dan keluarga menanggung beban PTPTN. Saya berpendapat kerajaan harus melakukan 'RESUSCITATION PROGRAMME' untuk mereka ini. Bukan pesakit sahaja yang memerlukan resus.hehehe

Ayesha Abdul Mannan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sy lulus LJM,CGPA 3.82. Tapi tak dpt kerja jugak. Apply SPA pun x dpt. Grad tahun 2010 lg, skrg dah 2013, masih belum dpt kerja. Last2 sy kerja kilang. Sy akui rasa dah salah pilih course. Ayah kerja kampung, mak pula surirumah. Niat nak bantu mereka tapi sy sdri pun terkontang kantig. Resume dah beribu hantar, tp still x dpt. Smua nk yg ade experience 2 thun. Kalau tak diberi peluang, macam mane nak dpt pengalaman kerja 2 tahun tu. Sampai bile2 x dpt.

Anonymous said...

Terima Kasih Dr. Azwan sebab memahami masalah nurse sekarang ni.
saya bekerja seabagi nurse di clinic swasta selama 2 tahun, tapi masih beum mampu untuk beli kereta. Gaji saya hanya mampu untuk sewa bilik, makan, transport pergi kerja, then sekarang ni saya sambung belajar dalam bidang lain sambil saya kerja. Banyak tanggungan sebenarnya. Tapi apakan daya nak apply hospital pun xdapat2 sampai sekarang.
Kadang-kadang saya sampai putus asa untuk jadi nurse.
tak ramai yang memahami situasi nurse di clinic swasta. Pada yang memahami saya sangat2 menghargainya.. terima kasih

HAFIS said...

pada saya...inilah sebenarnya..perkara yang seharusnya kerajaan melihat...sampai bila...harus berlakunya...graduan kelua dari ipt takde kerja...dahulu...saya pernah..berbincang dengan seorang prof..di universiti berkenaan dengan isu ini...saya bangkitkan bahawa..kenapa ..penawaran..pengambilan pelajar bagi sesuatu kursus di ipta mahupun..di ipts..tidak melihat dahulu keperluan pasaran...dan kenapa..tiada panduan jangka panjang..sebagai rujukan dalam soal pengambilan pelajar..tapi jawapan yang saya terima dari prof terbabit adalah..universiti..adalah tempat ilmu..dan ruang untuk memperolehi sesuatu ilmu yang di tawarkan di universiti..tidak seharusnya berfokus kepada pekerjaan...mencari pekerjaan ..setelah memperolehi ilmu dari IPT adalah tanggungjawab ..pelajar...sbb tu kata prof ini...ada sesetengah kursus mengambil lebih pelajar dari keperluan pasaran...atas dasar ini...

Anonymous said...

DrSatrian, yang di atas tak selalunya di atas ye..Tolong jangan pandang rendah pada nurses..zaman sekarang nurses pun boleh buka klinik sendiri dalam bidang tertentu..nurses adalah bidang profesional..ada nurses yg mampu belajar sampai tahap PhD dan Master..
cuba DrSatrian fikir..kalau takde nurses boleh ke DrSatrian keje? (if u are a real doctor).


yang tak dapat kerja lagi tu jangan la risau..mungkin belum ada rezeki..jangan fikir fresh graduate susah nak dapat kerja..dulu waktu final semester, before LJM sy dan beberapa org teman (under PTPTN) dah dapat tawaran kerja..CGPA kami pun bukan semuanya baik..ada sorang teman, CGPAnya hanya 2.80 tp masih diterima..yang penting doa, usaha dan pembawaan diri semasa interview..time tu kami dapat offer kerja dari Singapore..gaji mula2 masa tu dalam RM 5800..skrg dah hampir RM7500 sebulan..memang kena berkorban la demi msa depan diri sendiri dan keluarga..Puji Tuhan sekarang kami mampu bayar PTPTN setiap bulan, ada yg mampu beli kereta sendiri, beli rumah, sambung belajar kat singapore dan masih boleh kirim wang untuk ibu bapa di kampung..so, jangan putus asa..kalau kat Malaysia susah sangat cari kerja, apa kata cuba cari kerja kat luar negara..Ala Singapore bukannya jauh sangat..Kat singapore nurses authority tinggi..u all boleh buat decision sendiri tanpa doctor's order. u all boleh suggest treatment for patient kat doctor..u will get more experience here..kalau ada rezeki mungkin u all boleh pg tempat yg lebih jauh cam Australia, Saudi Arabia or UAE..who knows..

So jangan risau..yang penting doa dan berusaha..ok! :)

Anonymous said...

sebagai jururawat yang mendapatkan pengajian dan praktikal di hospital sendiri. saya merasakan jururawat yang mendapat pengajian daripada ipts adalah tidak berkualiti. pengambilan dalam pengajian kejururawatan di ipts harus dikurangkan. Ini terbukti apabila mereka di ambil bekerja di hospital saya bekerja, tetapi kualiti perkhidmatan kemahiran malah teori jauh lebih teruk dari pelajar tahun dua dan tiga yang mendapat tajaan pengajian di hospital saya bertugas. mereka ini, dilihat bersahaja, malah kadang-kadang melakukan kerja yang boleh membahayakan pesakit.yang memalukan apabila ilmu dan teori yang lemah, menjadikan mereka tidak dapat memberi penerangan yang baik kepada pesakit.

chalavenda said...

Well said.

Unknown said...

Amanda Badan Kredit adalah satu-satunya yang benar pemberi pinjaman online karena saya mendapat pinjaman saya dari mereka.
Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memperingatkan semua orang di sini untuk berhati-hati dari semua pemberi pinjaman pinjaman yang menimbulkan menjadi nyata. Mereka semua penipuan dan palsu dan niat mereka adalah untuk merobek Anda dari uang Anda sulit diperoleh.
Setelah saya bertemu dengan persyaratan dan kondisi perusahaan, pinjaman saya disetujui dan saya sangat mengejutkan, itu ditransfer ke rekening bank saya dalam waktu kurang dari 24 jam.
Anda dapat menghubungi Ibu Amanda melalui emailnya amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com dan Anda juga dapat menghubungi saya di email saya rasheedamuhammad10@gmail.com
Aku ingin kau menjadi penerima manfaat dari tawaran pinjaman nya.

mazlan70 said...

Sedih juga melihat situasi spt.ini,kolej swasta ni pun hanya memikirkan keuntungan saja tanpa memikirkan kualiti dan pasaran kerja semasa!!

kay said...

sama situasi dgn sy, habis blaja 2011 sy kerja klinik gaji rm500 diploma di kl..lastly sy kerja lari bidang atas faktor gaji lebih tinggi.. then lepas covid 2021 baru sy dpt kerja jururawat tu...tp lepas lama tinggal nursing mmg byk kena blaja semula..

Related Posts with Thumbnails