Tuesday, May 10, 2011

Jemputan ke Seminar Motivasi Kerjaya di Mesir (19-27 April 2011)



Salam..


Saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi di Mesir pada 19 hingga 27 April yang lalu di Kaherah dan Zagazig, Mesir bersama seorang lagi pakar motivasi Dr Mohammad Bin Jantan.

Program yang dianjurkan oleh Akademi Al-Quran-Medic (AQM) telah melibatkan hampir 500 orang pelajar perubatan, pergigian dan pengajian agama di Mesir. AQM Malaysia beribu pejabat di Bangi dan telah menghantar ramai pelajar untuk menuntut di mesir di dalam pelbagai bidang pengajian.

Berikut adalah laporan yang ditulis oleh Sdr Haji Shirajuddin Bin Sirat, pendaftar kepada AQM dan merupakan pengelola program tersebut.

Kaherah, 23 April 2011 – Alhamdulillah, Seminar Motivasi Kerjaya dapat disempurnakan dengan jayanya pada 22 April 2011 di Dewan Mustasyfa Garahah, Universiti Zagazig dan pada 23 April 2011 di Dewan Malaysia Abbassiah, Kaherah.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Akademi Al-Qur’an (Siswa AQ) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Mesir. Seminar ini dihadiri oleh lebih daripada 250 orang pelajar di Zagazig dan 220 orang di Kaherah.

Dalam Ucapan Perasmian oleh TYT Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia ke Mesir, beliau mengingatkan akan pentingnya para pelajar meraih kecemerlangan di dalam pengajian dan sakhsiah mereka. Beliau seterusnya menekankan bahawa keterlibatan mereka dalam persatuan pelajar tidak menjurus kepada merosakkan perpaduan pelajar secara keseluruhannya.

Hj Shirajuddin Sirat, Pendaftar Akademi Al-Qur’an – Medic Malaysia (AQM) pula dalam ucapan aluannya mengingatkan para pelajar bahawa permulaan bagi menempah sesuatu kejayaan tersebut adalah dengan mengambil sikap yang betul dan positif untuk berjaya yang ada kaitannya dengan aqidah, peraturan hidup dan akhlak.

Pengisian seminar pada kali ini telah diisi dan dibimbing oleh Dr Muhamad Jantan selaku pakar motivasi dan kaunselor serta Dr Shahrizal Azwan Samsudin yang banyak terlibat dalam kerja-kerja amal di bawah Biro Kesihatan ABIM Pusat dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Dr Muhamad dalam dua slot pengisiannya menumpukan kepada aspek penjanaan kembali kecerdasan emosi dan spiritual. Beliau banyak menjalankan latihan praktikal sepanjang program tersebut.

Dr Shahrizal Azwan pula banyak berkongsi ilmu dan pengalaman beliau selaku da’ei yang berkerjaya dalam pelbagai kerja amal sejak zaman pengajian beliau di Fakulti Perubatan UIAM, seterusnya bersama ABIM, Global Peace Mission (GPM) dan MRA.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua AJK seminar daripada Siswa AQ dan ABIM Mesir yang dibimbing dan dipantau oleh Sdr Mohd Khairudin Mohd Nor, Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP) AQM Pusat dan Sdr Syed Fuad Syed Othman, Pengurus HEP AQM Mesir.


Bergambar sebelum bertolak di KLIA. Kami menaiki pesawat Gulf Air. (Dari kiri) Saya, Azah (isteri), Kak Rahmah (isteri Dr Muhamad), Dr Muhamad Bin Jantan, Prof Dr Razali Nawawi dan Hj Shirajuddin)

Sewaktu memberi ceramah di Kaherah, Mesir kepada 220 orang pelajar perubatan di sana.

Bergambar bersama Tuan Yang Terutama Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia ke Mesir di jemputan makan malam di rumah kedutaan berhampiran Ramses. Menu malam itu ialah nasi beriyani dan nasi kerabu yang dimasak oleh Datin Zaharah sendiri (isteri kepada TYT Dato' Duta).

Berdiri dari kiri (Azah, Dr Azwan, Hj Shiraj, Syed Fuad, Faiz (YDP ABIM Mesir).

Duduk dari kiri (Dr Muhamad, TYT Dato' Dr Mohd Fakrudin, Datin Zaharah dan Kak Rahmah).


Bersama Ustaz Farid dan isteri (Pengurus/wakil Yayasan Pahang), di hadapan rumah Pahang. Ustaz Farid adalah guru kepada isteri saya semasa persediaan ke Mesir dahulu dan ayah isterinya adalah rakan setugas kepada ayah isteri saya. Beliau menjemput umtuk makan tengahari di rumahnya pada hari terakhir.

Bersama-sama dengan adik-adik pelajar perempuan perubatan dan pergigian yang menghantar kami pulang di lapangan terbang Kaherah.

Gambar bersama sebelum berangkat pulang.



Dapat Hadiah Hari Lahir dari Nuffnang..

Salam..

Dapat email ni dari Nuffnang..

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 3 June 2011. Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)

*Terms and conditions apply.

Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd

Ada sapa-sapa nak ikut? Teringin pulak nak tengok cerita THOR 3D... heheh..

Tuesday, May 3, 2011

Osama Bin Laden - Gambar palsu atau asli?



Salam,

Kelmarin Presiden AS, Barrack Obama mengumumkan bahawa musuh no 1 AS, Osama Bin Laden telah syahid dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.

Ini sekali gus telah menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap beliau.

Kematian pemimpin al-Qaeda itu turut disahkan Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.

Saya bukan penyokong keganasan, tetapi saya tidak percaya bahawa beliau adalah dalang kepada serangan 9 September di WTC, AS sebagaimana yang ditunjukkan di dalam sekalian banyak video tentang konspirasi 9-11 yang ada di pasaran.

Saya juga percaya semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Osama bin Laden terhadap mereka yang menindas umat Islam tetap disemadikan kepada lebih ramai pejuang-pejuang baru yang lebih berilmu dan lebih strategis agar corak penentangan kepada para penindas lebih dinamik dan tersusun.

Saya tidak faham kenapa jenazah beliau dibuang di laut seolah-olah tidak mahu ditunjukkan kepada masyarakat tentang kubur seorang yang bernama Osama Bin Laden. Mungkin ada orang akan mengambil DNA beliau dan melahirkan seorang lagi Osama? Atau ada sesuatu yang ingin ditutup?



Benarkah gambar ini gambar Osama yang telah syahid? Daripada gambar itu seperti telah dipinda oleh Adobe Photoshop sahaja. Mulut, hidung dan janggutnya tidak berubah langsung jika dibandingkan dengan gambar hidupnya. Orientasi kepalanya juga tak berubah pada paksinya.

Atau mungkinkah ia diedit daripada gambar ini? kalau kita lihat luka di gambar tengah pun lebih kurang sahaja dengan gambar di sebelah kanan.


Kita mengharapkan visual yang lebih jelas dan bukan satu lagi konspirasi AS.

Sekiranya benar beliau telah syahid, maka Al fatehah kepada Osama Bin Laden. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan keluarga beliau dan tergolong kepada orang yang syahid di jalan Allah. Amin.

Friday, April 15, 2011

Awas Telur Tiruan dari China...!


Salam,

Belum pun reda kes melamin yang dicampur susu lembu untuk meningkatkan kandungan protein yang menyebabkan kematian di China, negara yang mempunyai ramai umat ini menggemparkan lagi dunia dengan "penciptaan telur tiruan". Saya letak sebahagian kecil daripada artikel yang saya petik di sini untuk makluman pihak pembaca.

Di antara kandungan-kandungan merbahaya di dalam telur ini didapati boleh merosakkan organ dalaman manusia seperti otak, hati, saraf dan darah. Perkara ini sungguh menakutkan kerana mereka mula memasarkan telur ini secara besar-besaran. Malah ada yang mengatakan bahawa telur tiruan ini lebih sedap dari telur asli!

Baca petikan keseluruhan di sini..



Not long ago people discovered fake chicken eggs being produced and sold in China. So if you are in China be very careful buying eggs, don’t buy the fake ones! This post from 39Net teaches you how to identify fake chicken eggs from the real ones.



Fake egg’s shell is made of calcium carbonate. Egg yolk and egg white are made of sodium alginate, alum, gelatin, eatable calcium chloride and then add water and food coloring. First pour a set amount of sodium alginate into warm water and mix it into egg white like shape, then mix it with gelatin together with benzoic acid, alum and other chemicals to make the egg white. Egg yolk is just adding lemon yellow food coloring. Together with calcium chloride to form egg mixture into the mold to produce the egg membrane. Egg shell is made of paraffin wax, gypsum powder, calcium carbonate and other materials.



Fake egg is full of chemicals, the main ingredient calcium alginate, at most is a gel. Alum, gelatin etc are only as additives, auxiliary agents. There are national standards on the use of additives; the amount of them is clearly defined. In the artificial eggs they have become the major components; they are not beneficial to the human body. Artificial egg has little or no nutrition value compare with the real egg.


How to identify fake eggs: After opening the egg, egg white and egg yolk will soon mix together.

1. Fake egg’s shell is a little shinier than the real egg, but it is not very noticeable.

2. When touch the fake egg by hand, it feels a little rougher than the real egg.

3. Shake the fake egg will make some noises, because water overflows from the solid agent.

4. Real egg smells a little like raw meat.

5. Tap the egg lightly. Real egg makes a more crisp sound than the fake egg.

6. Shortly after opening the fake egg, egg yolk and egg white will melt together. This is because the egg yolk and egg white are made of the same raw materials.

7. When frying a fake egg, the yolk will spread without being touched.


Raw materials and chemicals

Pour “egg yolk liquid” into the mold about 2/3 full, and put it into calcium chloride water. Shake it slightly so that egg yolk appears to have a thin layer of membrane. Soak the “egg yolk” in calcium chloride water for one hour, then wash it and dry it for later use.

Frying a fake egg, will generate more bubbles but it looks more tasty than the real eggs.






Thursday, April 14, 2011

Bantuan Banjir di Selatan

Di petik di sini..

Batu Pahat 3 Feb.
– Malaysian Relief Agency (MRA) menyampaikan bantuan makanan, kit penjagaan diri, air mineral kepada mangsa-mangsa banjir di Sri Medan, di sini, bagi meringankan bebanan mereka.

Di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Chong Hwa pula, MRA melakukan pemeriksaan kesihatan percuma dan membekalkan ubat-ubatan kepada mereka yang terlibat dengan banjir.

Menurut Exco Perubatan Kecemasan MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin, antara penyakit yang sering dialami ketika banjir adalah batuk, selsema dan penyakit bawaan air seperti sakit kulit dan cirit-birit.

“Ada juga (mangsa banjir) yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis menghadapi masalah penyakit itu kerana tertinggal ubat mereka di rumah yang dinaiki air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehingga pukul 11 pagi ini, seramai 7,627 orang di Sri Medan dan 3,642 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Seramai 3,985 orang lagi berada di 16 kampung dan mereka terputus hubungan hubungan akibat jalan dinaiki air serta tidak boleh dilalui kenderaan.

Shahrizal berkata, MRA juga mengagihkan 7,000 botol air mineral bersaiz 500 militer (ml) kepada mengasa-mangsa banjir di Sri Medan.

Beliau berkata, pengagihan bekalan air bersih kepada mangsa-mangsa banjir amat penting untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan air. Program itu, katanya, dijalankan dengan kerjasama ABIM Batu Pahat untuk membantu mengurangkan beban mangsa banjir.

MRA dan Kumpulan Utusan melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan – MRA tahun lalu bagi membantu mangsa-mangsa banjir seluruh Negara.

Dana yang dilancarkan pada 8 November itu bertujuan membeli keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir di utara tanahair dan kini diperluaskan untuk mangsa banjir di selatan tanahair.

Orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan kepada tabung mangsa banjir itu boleh melakukannya dengan menyumbang kepada akauan: MALAYSIAN RELIEF AGENCY di nombor akaun 5640-9820-6365 (Maybank) atau hubungi talian 03-26972007 atau layari laman web www.mra.my.

Ehsan: UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, April 12, 2011

Dah lama tak menulis

Salam semua pembaca,

Dah lama saya tak menulis di blog. Ramai juga yang bertanya kenapa dah lama saya tidak menulis. Mungkin kerana semangat untuk menulis itu semakin kurang. Atau mungkin kerana masa saya semakin terhimpit dek kerja-kerja seharian.

Sebenarnya ia lebih bertitik tolak kepada disiplin kita sebenarnya. Kalau dahulu saya lebih berdisiplin. Berdisiplin di dalam menulis blog dan berdisiplin di dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Sejak kebelakangan ini, disiplin itu semakin kurang. Banyak masa dihabiskan untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan, berehat atau bersama kawan-kawan dan famili. Kurang diperuntukkan untuk menulis blog.

InsyaAllah saya akan kembali menulis tentang artikel perubatan dan artikel am.

Apapun kepada mereka yang masih sudi mengunjungi blog ini, diucapkan jutaan terima kasih.

Salam untuk semua.

Dr Azwan..


Saturday, December 4, 2010

Berkhatan Untuk Kanak-Kanak Obes



Salam,

Pada musim berkhatan ni, saya mengkhatankan hampir 100 orang kanak-kanak. Kebanyakannya dijalankan di Hospital tempat saya bekerja sekarang di dalam bentuk pakej. Ada juga jemputan oleh kawan-kawan untuk membantu menjalankan khatan di masjid-masjid. Alhamdulillah, secara keseluruhannya tidak ada masalah.

Walaupun begitu, boleh dikatakan hampir 20% kanak-kanak yang berkhatan terdiri daripada kanak-kanak yang obes atau terlampau gemuk.

Berkhatan untuk kanak-kanak obes boleh menjadi satu masalah. Ini kerana tisu persekitaran di kawasan kemaluan tebal dengan lemak. Ini menjadikan 'kepala' seolah-olah tenggelam ke dalam dan yang tinggal cuma kulit sahaja. Tidak banyak doktor di klinik yang sanggup mengkhatankan mereka yang terlalu obes kerana kesukaran tertentu.

Di sini saya senaraikan 5 masalah utama untuk pemahaman kita bersama.


Masalah 1 : Memberi Bius Setempat

Masalah utama ialah untuk memberi bius setempat. Terdapat saraf-saraf di kawasan sekeliling kemaluan yang perlu dibius supaya berkhatan mudah dijalankan. Adakalanya, kesukaran timbul untuk mengenakan bius setempat di kawasan ini kerana lemak yang tebal. Ini kadangkala, menyebabkan bius boleh terlebih dan menyebabkan tisu menjadi bengkak dan menyukarkan tugas. Adakalanya bius pula terkurang dan pesakit pula boleh merasa kesakitan.


Masalah 2 : Bius habis awal

Kesan ubat bius setempat ialah di antara 90 minit hingga 2 jam. Ubat bius yang diberi bergantung kepada lemak badan. Bagi mereka yang gemuk, ada masanya ubat bius setempat tidak tahan lama. Cucuk sekejap jer dah hilang sakit. Ini kerana secara mudahnya ubat bius larut di dalam lemak lebih cepat.


Masalah 3 : Masa Menjalankan Khatan yang Lebih Panjang

Masalah juga boleh berlaku ketika menjalankan khatan itu sendiri. Kanak-kanak memang secara tabi'inya takut dengan khatan. Siapa tidak? Macamana rasa macho sekali pun, apabila di atas katil berkhatan, pasti peluh jantan akan menitik. Jika tidak, takkan ada yang baru nak khatan bila berumur 25 tahun. Itupun sebab nak kahwin tahun depan. Yang datang untuk temankan khatan pulak tunang sendiri.... Eeeeeeee... malu!!!!

Saya sendiri perlu bantuan dua orang untuk mengkhatankan kanak-kanak yang terlalu obes. Seorang sebagai pembantu dan sorang lagi untuk menekan kawasan lemak di atas kemaluan supaya khatan boleh dijalankan. Itu sekiranya anak tersebut tidak meronta dan menangis. Sekiranya meronta, mungkin 4-5 orang diperlukan untuk membantu memegang dan memujuk.

Dalam masa yang sama, saya juga berdoa supaya tidak ada banyak pendarahan. Oleh itu, di dalam kes khatan untuk anak yang obes, masa untuk berkhatan itu sendiri lebih panjang daripada biasa. Jangan terlupa bahawa kesan bius pula adalah lebih singkat daripada biasa.


Masalah 4 : Penjagaan Selepas Berkhatan

Masalah penjagaan selepas berkhatan juga perlu diberi perhatian. Biasanya sebaik sahaja selepas khatan, 'kepala' akan masuk ke dalam dan kelihatan seolah-olah hilang. Bagi ibu-bapa, masalah untuk membersihkan selepas kencing atau cuci harian terjadi kerana seolah-olah 'tidak ada apa-apa yang nak dicuci.

Jika dibiarkan sahaja nanti boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan penyembuhan. Kuman pun boleh duduk di bawah pelipat lemak itu. Oleh itu jangan risau, sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering selepas itu.


Masalah 5 : Tak cukup Potong

Anggaran untuk membuang berapa banyak kulit boleh menjadi sukar kepada mereka yang obes kerana kesukaran mengagak. Bagi kanak-kanak yang boleh dirasa 'kepala'nya ia tidak menjadi sukar. Bagi yang tidak rasa.. kita terpaksa buang kulit dengan cara menganggar sahaja. Bagi yang berpengalaman, ia agak sukar. Apatah lagi bagi yang kurang berpengalaman mengkhatankan kes-kes sebegini.

Untuk mengetahui potong kulit itu cukup atau tidak, agak sukar dikesan pada peringkat awal. Terutama bagi kanak-kanak yang obes. Ini kerana badan seseorang oleh berubah. Dulu masa kanak-kanak badan gemuk dan tak boleh nampak kaki pun masa berdiri, tapi sekarang bila dah besar, kurus dan slim melim pula.

Bila dah kurus, baru perasan masa doktor potong dulu, kulit tidak banyak dibuang jadi ia kembali tertutup atau tertutup separuh. Jadi fungsi khatan tadi tidak mencapai sasarannya. Saya pernah menceritakan di dalam blog saya tentang kisah seorang guru yang saya khatankan kali kedua kerana kulit kepalanya tertutup semula.

Jika ini berlaku, tiada pilihan lain selain daripada datang untuk berkhatan semula.


Kesimpulan

Berkhatan di kalangan kanak-kanak obes boleh dijalankan secara bius setempat. Sekiranya tidak dapat dijalankan, maka mungkin ibu bapa terpaksa menunggu anak-anak kurus sedikit atau lebih dewasa. Ini kerana hormon testesterone yang dirembes semasa anak lelaki menjadi dewasa boleh membantu membesarkan kemaluan dan berkhatan boleh dilakukan selepas itu.

Adakalanya doktor mencadangkan bius tidur atau bius penuh (general anaesthesia) untuk memudahkan khatan. Sekianya bius penuh, suntikan bius setempat tidak perlu diberi sebelum khatan dan kanak-kanak tidak meronta. Ini lebih memudahkan khatan. Bius sepenuhnya adalah satu alternatif tetapi kalau boleh dielakkan, lebih baik dielakkan kerana kos yang tinggi dan risiko-risiko bius penuh pula. Sekiranya ingin dijalankan juga dan menetapi syarat-syarat pakar bius, maka ia boleh dijalankan.

Ini cuma coretan pengalaman saya sendiri. Sila kongsikan pengalaman anda sekiranya ada.

Dr Azwan..


Thursday, December 2, 2010

Daniel, Danish, Rayyan dan Batrisyia..

Salam,

Saya melihat menamakan anak dengan nama yang moden, sedap dan terkini memang menjadi igauan ibu bapa. Saya dapat rasa trend nama anak yang meletakkan anak mereka dengan nama Daniel, Danish, Rayyan dan Batrisya menjadi terlalu kerap.

Apabila sempena cuti sekolah, sewaktu saya menjalankan khatan, perkara ini menjadi jelas.

Apabila anak dipanggil khatan, masuk seorang anak berumur 9 tahun... Siapa nama? Daniel jawabnya..

Tiba saat giliran yang kedua.. Siapa nama? Jawabnya.. Danish...

Tiba yang ketiga.. siapa nama? Daniel..

Eh rasanya tadi Danial dah..

Tiba yang keempat.. Siapa nama? Danish..

Kalau di klinik semasa merawat pesakit pun sama..

Nama Batrisyia terlalu ramai... tadi Batrisyia.. ini Batrisyia lagi... Sehingga sehari jumpa 5 orang Batrisyia... ada Batrisyia perempuan dan ada Batrisyia yang lelaki...

Tidak menjadi salah... tetapi nama tu terlalu popular sehingga semua ibu dan ayah nak namakan anak guna nama yang empat itu.

Saya risau sekiranya di dalam satu kelas 25 orang ada 5 orang Batrisyia dan 5 orang Daniel dan 4 orang Danish.. akan ada masalah untuk memanggil nama mereka..

:) itu cuma dalam fikiran saya sahaja...





Monday, November 22, 2010

Boleh sebabkan penyakit jantung

Dipetik dari Harian Metro..


JIKA anda menghadapi masalah berat badan berlebihan, kurang bersenam, mempunyai ibu bapa berpenyakit kencing manis, kerap membuang air dan sentiasa letih, anda sepatutnya melakukan sesuatu atau berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.

Ini kerana semua yang disebutkan di atas adalah petanda awal anda bakal menghidap penyakit kencing manis.

Menurut Pakar Perubatan dan Perunding Endokrin, Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin, penyakit diabetes tidak boleh dipandang ringan kerana kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 1996 menunjukkan pesakit diabetes berumur 18 tahun ke atas meningkat daripada 8.3 peratus kepada 11.5 peratus pada 2006.

Satu daripada tujuh orang dewasa berumur 30 tahun ke atas pula penghidap diabetes malah lebih memeranjatkan apabila kanak-kanak berusia enam tahun adalah pesakit diabetes termuda di Malaysia.


"Daripada statistik ini sepatutnya seluruh rakyat Malaysia mempunyai tahap kesedaran tinggi mengenai bahaya penyakit ini dan mula mendapatkan rawatan apabila mempunyai tanda seperti kerap buang air, mudah letih serta demam," katanya.


Menurut Dr Nor Azmi, diabetes berlaku apabila badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan menyebabkan komplikasi yang serius.

"Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pankreas. Ia berfungsi mengekalkan gula dalam darah pada paras normal dan membantu mengeluarkan glukosa memasuki sel badan. Akibat kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan dalam kalangan pesakit diabetes, gula tidak dapat memasuki sel badan dan ia kekal dalam darah menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

"Sebab itu penghidap penyakit kerap kencing dan mengalami rasa letih serta mudah mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang, kulit serta paru-paru," katanya.

Terdapat dua jenis diabetes iaitu bergantung pada insulin dan tidak bergantung pada insulin. Diabetes yang bergantung pada insulin sering berlaku kepada kanak-kanak atau remaja.

Rawatan hanya boleh dikawal menerusi suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Biasanya pesakit mempunyai ahli keluarga penghidap diabetes.

Jenis kedua atau tidak bergantung pada insulin selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai berat badan berlebihan. Rawatan dilakukan menerusi kawalan makanan, senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat. Biasanya berlaku kepada individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap diabetes.

Sama ada pesakit menghidap diabetes atau sebaliknya, menurut Dr Nor Azmi, setiap individu perlu membuat pemeriksaan awal ini kerana menerusi ubat-ubatan, diabetes boleh dikawal. Ramai tidak tahu diabetes boleh membawa kepada penyakit jantung yang menyebabkan kematian awal malah kebanyakan penghidap sakit jantung yang meninggal pada usia muda selalunya mempunyai diabetes.

"Hampir 70 peratus kematian disebabkan sakit jantung dan berpunca daripada diabetes. Ini kerana penyakit jantung hanya berlaku apabila usia meningkat 50 tahun ke atas.

"Namun, jika seseorang itu mempunyai diabetes dan sakit jantung dia mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk meninggal dunia pada usia muda. Begitu juga dengan kematian disebabkan penyakit buah pinggang semakin meningkat disebabkan diabetes," katanya.

Katanya, kajian yang dijalankan pada 2008 oleh lima universiti di Malaysia mengenai Sindrom Metabolik di Malaysia dalam kalangan masyarakat Melayu menunjukkan 50 peratus pesakit diabetes berpendapatan bulanan RM500 saja.

"Bayangkan bagaimana pesakit diabetes yang berpendapatan rendah ini menjalani rawatan sedangkan kos untuk rawatan bernilai ribuan ringgit. Ini juga memberi implikasi kepada ekonomi negara kerana rawatan membabitkan penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis memerlukan kos yang besar. Justeru secara tidak langsung, ia akan memberi bebanan kepada ekonomi negara," katanya.

Menurut Dr Nor Azmi, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menukar minda serta persepsi masyarakat supaya penghidap penyakit ini mendapatkan rawatan awal. Jangan tunggu sehingga sudah sampai ke peringkat serius atau apabila kaki sudah perlu dipotong baru berjumpa doktor.

Apabila berada pada tahap ini sukar untuk pakar perubatan merawat atau mengurangkan masalah yang berlaku.

Katanya, berbanding lelaki yang kuat ketahanan badan, wanita lebih mudah mendapat jangkitan penyakit apabila menghidap diabetes. Justeru kebanyakan wanita mudah diserang sakit buah pinggang, jantung dan masalah lain apabila menghidap diabetes.

Bagi wanita yang mendapat diabetes ketika mengandung, menurut Dr Nor Azmi, ini berlaku disebabkan perubahan hormon dan faktor pemakanan. Bagaimanapun, wanita mengandung tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana ia petanda awal kemunculan diabetes apabila mereka berusia 40-an.

"Wanita mengandung yang menghidap diabetes apabila tidak dikawal akan menyebabkan keguguran, terencat pembesaran dan berkemungkinan mengalami masalah jantung berlubang. Malah bayi akan membesar secara tidak normal di dalam kandungan yang akan menyebabkan kesukaran ibu melahirkan anak secara normal," katanya.

Menurut kajian, satu daripada tiga bayi akan mendapat diabetes sekiranya mempunyai ibu penghidap penyakit itu, satu daripada empat bayi akan mendapat kencing manis jika bapanya mempunyai penyakit itu dan sekiranya kedua-duanya mempunyai penyakit berkenaan enam daripada tujuh bayi berkemungkinan mendapatnya.

Cara mencegah dan mengawal diabetes adalah dengan mengawal pemakanan kepada makanan sihat dan berkhasiat. Ambil makanan seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan Kementerian Kesihatan.

"Pada masa sekarang rakyat Malaysia lebih memberi penekanan kepada makan malam dengan mengabaikan sarapan dan mengurangkan makan tengah hari. Corak pemakanan ini salah, sepatutnya individu melebihkan sarapan, mengambil makan tengah hari serta mengurangkan makan malam. Ini kerana makanan yang dimakan pada waktu malam akan bertukar menjadi lemak disebabkan tiada aktiviti fizikal dilakukan. Kebanyakan mereka akan tidur dan menonton televisyen selepas makan malam," katanya.

Diabetes boleh dikawal jika individu mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam setiap hari. Namun, sering kali alasan tidak sempat, banyak kerja atau tiada masa diberikan kebanyakan warga kota. Sekiranya terikat dengan tugasan pejabat sehingga tiada dapat bersenam, sepatutnya individu mengambil peluang membuat pergerakan fizikal dalam tugasan harian. Misalnya menukar amalan dengan menaiki tangga setiap hari, banyak berjalan atau bagi wanita lakukan kerja rumah yang boleh mengeluarkan peluh walaupun kerja itu boleh dilakukan pembantu rumah.

Penjagaan kesihatan awal kepada kanak-kanak sangat membantu mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada masalah ini. Ibu bapa perlu membuang tanggapan anak terlalu kurus tidak cantik dan comel justeru ibu bapa memberi makan secara berlebihan sehingga mengalami masalah berat badan.

"Apa yang penting ibu bapa perlu mengawal pemakanan anak-anak. Biarlah anak itu kurus asalkan dia sihat dan aktif. Jangan kerana mahukan anak yang comel dan besar sehingga membiarkan anak makan apa saja. Pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Oleh itu ibu bapa perlu menetapkan apa yang perlu dimakan anak.

"Misalnya menyediakan makanan berkhasiat dengan melebihkan makanan bervitamin dan berprotein seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Memberi air kosong dan mengurangkan air bergula dan berkarbonat. Memberi makanan yang dimasak sendiri untuk mengelak makanan segera, bercoklat, berlemak dan bergula secara berlebihan.

"Sekiranya ibu bapa tidak menjaga pemakanan anak sejak kecil, berkemungkinan mereka akan mendapat obesiti apabila dewasa," katanya.

>Fakta angka

  • Kaum India paling ramai mendapat diabetes iaitu 19 peratus diikuti Melayu 12 peratus dan Cina 11 peratus (Kajian pada 2006 oleh Kementerian Kesihatan).
  • Kira-kira 70 peratus daripada pesakit jantung yang meninggal adalah penghidap diabetes, ini bermakna enam daripada 10 pesakit jantung adalah penghidap diabetes.
  • Kira-kira 40 peratus penghidap diabetes tidak mengalami masalah berat badan, tetapi disebabkan keturunan dan kurang bersenam.
  • Kira-kira lima peratus daripada wanita mengandung akan mendapat diabetes.
  • Kanak-kanak yang tidak menjaga pemakanan 50 peratus daripadanya akan mengalami masalah berat badan dan satu daripada tiga kanak-kanak akan mendapat diabetes pada usia muda.
  • Negeri Sembilan mencatatkan penghidap diabetes tertinggi iaitu 15 peratus manakala terendah Sabah dan Sarawak sebanyak enam peratus.
  • Sekiranya masyarakat Malaysia menukar corak pemakanan, diabetes hanya dapat dikurangkan dalam jangka masa 20 tahun lagi.
  • Kira-kira 22 peratus pesakit diabetes bukan kakitangan kerajaan, 50 peratus hanya berpendapatan RM500 sebulan saja.
  • Tuesday, November 9, 2010

    Pelancaran Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA



    Salam,

    Saya berkesempatan untuk menghadiri sidang media bagi pelancaran Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA pada pukul 1 tengahari semalam 8 November 2010 di Hospital Pakar Al Islam, Kg Baru. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

    Diharapkan, dengan pelancaran tabung ini lebih ramai yang akan dapat menghulurkan bantuan untuk membantu saudara kita di Utara Semenanjung. InsyaAllah.

    DR. Abdul Razak Kechik (tiga dari kanan) bersama Aziz Ishak (tiga dari kiri) serta sukarelawan badan itu memasukkan wang derma ke dalam tabung Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA yang dilancarkan di Hospital Pakar Al-Islam di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Khairil Annuar Khalid (kanan) dan Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin (tengah)

    KUALA LUMPUR 8 Nov. - Prihatin dengan nasib mangsa banjir di utara tanah air, Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) hari ini melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA untuk membantu mereka.

    Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (gambar) berkata, pelancaran dana itu diharap menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

    Menurutnya, walaupun keadaan banjir beransur pulih, namun mangsa- mangsa masih memerlukan bantuan untuk memulihkan kehidupan mereka akibat kerosakan yang dialami semasa bencana itu berlaku.

    "Ia merupakan tanggungjawab bersama untuk membantu mereka ketika dalam kesusahan akibat bencana itu. Saya juga percaya rakyat Malaysia yang prihatin akan bermurah hati menghulurkan bantuan dengan ikhlas bagi membantu mereka,'' katanya.

    Majlis pelancaran Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRAD itu disempurnakan secara bersama oleh Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak di Hospital Pakar Al-Islam di sini, hari ini.

    Turut hadir, Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Masud; Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid dan Pengarang Berita Utusan Malaysia, Mohd. Ridzwan Md. Iman.

    Sumbangan untuk dana itu boleh dimasukkan ke akaun Maybank MRA iaitu 564098206365 atau menghubungi talian 03-26972007 atau layari laman web www.mra.my.

    Sementara itu, Abdul Razak berkata, objektif penubuhan dana itu adalah untuk meringankan beban mangsa banjir terutama penduduk kawasan luar bandar.

    "Sekurang-kurangnya RM200,000 diperlukan untuk membantu penduduk di beberapa buah negeri itu," katanya.

    Menurutnya, bantuan tertumpu kepada keperluan semasa dan ketika proses pemulihan berikutan banyak barangan mangsa musnah.

    "MRA juga komited untuk meneruskan bantuan dengan menyediakan tiga pusat bantuan yang akan menyediakan makanan yang dimasak, bekalan air bersih, kit kebersihan serta peralatan membersihkan rumah.

    "Malah MRA juga akan menghantar pasukan perubatan untuk memberi rawatan dan pendidikan kesihatan kepada mangsa banjir selain membantu melakukan pembersihan rumah penduduk yang dijangka berterusan untuk beberapa minggu," katanya.

    Sementara itu, Aziz berkata, penubuhan dana tersebut dapat membantu mengurangkan tekanan akibat kerosakan tempat tinggal dan punca rezeki termasuk kemusnahan tanaman selain kekurangan keperluan asas akibat banjir.

    "Penubuhan dana ini merupakan usaha murni Utusan dengan MRA yang prihatin terhadap penderitaan masyarakat," katanya.

    Dr. Ishak pula berkata, pelancaran dana terbaru itu adalah satu lagi kerjasama antara MRA dengan Utusan selepas kali pertama diadakan dalam misi bantuan mangsa banjir di Pakistan.

    ''Kami bersyukur dan gembira kerana sekali lagi mendapat kepercayaan Utusan untuk terus menjalin kerjasama murni ini dalam menjayakan misi kemanusiaan tanpa mengira kaum, agama mahupun pegangan politik,'' kata Dr. Ishak.

    MRA ditubuhkan pada awal 2009 dengan dibarisi ahli jawatankuasa berpengalaman dalam bidang kemanusiaan.

    Sejak banjir melanda utara Semenanjung minggu lepas, MRA menghantar 50 sukarelawan yang membawa bantuan kecemasan bernilai RM60,000.

    Saturday, November 6, 2010

    MRA Bantu Mangsa Banjir di Kedah



    Assalamualaikum,

    Malaysian Relief Agency (MRA) telah memulakan usaha untuk membantu mangsa banjir di Kedah melalui pasukan MRA Utara yang diketuai oleh Sdr Shahrulazilan Said dan dbantu oleh Sekretariat MRA pusat Sdr Khairil Annuar di pejabat MRA di Kuala Lumpur.

    Dana sebanyak RM 4000 telah diserahkan untuk memulakan gerakan membantu mangsa di sana dan RM 10,000 lagi telah diluluskan semalam sebagai bantuan tambahan.

    Menurut Sdr Shahrulazilan, situasi menjadi semakin getir sekarang. Di bandar Alor Setar keperluan air bersih adalah meruncing. Air bersih yang diperlukan untuk minum, memasak dan membersihkan diri dicatu, malah untuk wudhu juga tidak mencukupi. Bekalan air-air mineral di kedai banyak yang habis.

    Terbaru MRA telah menerima bantuan 350 kotak air mineral untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.

    Punca elektrik dijangka akan ditutup sekiranya banjir terus berlarutan. Stesen petrol ditenggelami air dan terpaksa ditutup akibat banjir menyebabkan masalah kekurangan petrol di banyak tempat. Kenderaan yang digunakan untuk berpindah dari kawasan banjir mengalami masalah kekurangan minyak kerana tiada tempat untuk mengisinya.

    Menurut laporan, keperluan mendesak bagi tisu basah untuk membersihkan bayi, lampin dan juga susu untuk bayi dan kanak-kanak.

    Hampir 23,000 orang telah menjadi mangsa banjir di Alor Setar.

    MRA sedang mengumpulkan beberapa pasukan untuk membantu pasukan MRA Utara di sana. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi MRA di laman sesawangnya www.mra.my.

    Saya akan mengetuai pasukan perubatan MRA ke sana dan akan memulakan tugas pada minggu ini bermula 12-14 hb November 2010. Sesiapa yang berlatar belakangkan paramedik boleh hubungi saya atau email di abiteha@yahoo.com.

    Sesiapa yang ingin menyampaikan bantuan air mineral, lampin, susu, makanan, ubat-ubatan dan bantuan boleh hubungi saya atau hubungi pejabat MRA (U.P Fauziah Tahar).

    Salam.

    Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
    Pengarah Bantuan Kecemasan Perubatan, MRA

    Monday, November 1, 2010

    Adakah Kita Melahirkan Terlalu Ramai Jururawat?



    Assalamualaikum,

    Saya masih ingat tentang masalah kekurangan jururawat yang meruncing satu waktu dulu. Jika mengikut cerita doktor-doktor kita yang pernah berkhidmat di hospital kerajaan 15-20 tahun yang lalu, bilangan jururawat adalah sangat kurang. Saya fikir ketika saya masih houseman 8 tahun lalu, masalah ini masih lagi berlaku. Masalah tersebut bukan sahaja di hospital kerajaan tetapi di hospital swasta juga.

    Pada 2007, KKM berusaha untuk mengurangkan masalah kekurangan jururawat dengan mengimport tenaga luar.

    Kuala Lumpur- Kementerian Kesihatan akan merekrut jururawat dari negara ASEAN dan Komanwel bagi mengatasi masalah kekurangan jururawat di negara ini.

    Menterinya, Datuk Liow, 11 bahagian dikenal pasti mengalami masalah kekurangan jururawat.
    Antaranya Unit Rawatan Rapi, Unit Pediatrik, Unit Kecemasan dan Onkologi. Terbaru Hospital Serdang, Sungai Buloh dan Sg. Petani tidak dapat membuka wad tertentu termasuk ICU akibat faktor sama.

    Sebagai permulaan 27 jururawat dari negeri India akan berkhidmat dengan kementerian Ogos ini.
    Katanya selain faktor kepakaran, pengambilan jururawat dari negara itu dibuat berdasarkan kemampuan mereka untuk berbahasa Inggeris.

    Pada Ogos 2007 kabinet meluluskan cadangan pengambilan jururawat asing dengan aggaran 1,300 jururawat dalam masa tiga tahun.

    Pada tahun 2003, terdapat 28,000 jururawat terlatih yang memenuhi jawatan-jawatan itu di hospital kerajaan. Pada waktu itu hanya terdapat 18 kolej jururawat yang melahirkan jururawat terlatih.

    Kemudian bilangan jururawat telah meningkat kepada 80,000 orang pada bulan Februari 2010. Sehingga kini, 92% daripada kekosongan jawatan jururawat di hospital kerajaan telah dipenuhi.



    Untuk mencapai kepada nisbah jururawat kepada penduduk iaitu 1:200 yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berbanding pada kadar 1:329 sekarang, kerajaan melatih sejumlah 8,000 bakal jururawat setiap tahun. Menurut perencanaan, kerajaan mensasarkan sehingga 130,000 orang jururawat perlu dilahirkan menjelang 2020.

    Pada masa yang sama, kerajaan telah meluluskan lesen-lesen di kolej dan universiti swasta untuk melahirkan lebih ramai jururawat terlatih.

    Terdapat 109 kolej dan universiti swasta serta awam yang menawarkan kursus kejururawatan. Ini termasuk 10 institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 85 kolej serta universiti, satu oleh Kementerian Pertahanan dan 38 di bawah Kementerian Kesihatan. Di antara kolej-kolej swasta yang galak melahirkan jururawat ialah dari Masterskill dan Mahsa kolej.


    Kualiti vs Kuantiti

    Malaysia terkenal dengan jururawat yang bersifat lemah lembut, bersopan santun, berkualiti, rajin, boleh berbahasa inggeris, cemerlang di dalam pengetahuannya dan disiplinnya. Ini menyebabkan jururawat Malaysia yang mempunyai pelbagai nilai tambah, amat disenangi dan digemari oleh negara-negara di pantai timur. Justeru, hampir 1200 jururawat terlatih dari Malaysia sedang mengisi pasaran dunia di luar negara.

    Dengan tertubuhnya perlbagai kolej swasta yang melahirkan lebih ramai jururawat, seseorang pasti tertanya-tanya, bagaimanakah kualiti jururawat yang dihasilkan? Adakah kita sedang membina satu produksi besar-besaran jururawat terlatih pada sijilnya tetapi pada hakikatnya tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat yang betul-betul terlatih. Tidakkah ini boleh mencacatkan tanda aras kejururawatan Malaysia sebagai satu standard yang tertinggi.

    Masalah timbul apabila jururawat yang dihasilkan tidak mencapai kemahiran dan pengetahuan yang asas di dlam bidang yang diceburi sehinggakan kualiti perkhidmatan kepada pesakit akan dikompromi. Kebiasaannya, apabila kuantiti dihasilkan dengan membelakangkan kualiti, maka hasilnya adalah caca merba.

    Sebagaimana doktor, Jururawat adalah satu tugas yang memerlukan gabungan teori dan juga praktikal. Sekiranya 8000 jururawat dilahirkan setahun, dimanakah sebenarnya jururawat ini menjalani latihan klinikal? Adakah di hospital kerajaan, di hospital swasta atau di luar negara? Adakah pihak yang bertanggungjawab memantau silibus pembelajaran mereka dari sudut teori dan klinikal.

    Alhamdulilah, mujurlah ada Lembaga Jururarawat Malaysia yang berperanan untuk memastikan jururawat yang dilahirkan telah mengikuti latihan-latihan yang tertentu dan selayaknya diperakui menjadi jururawat terlatih. Mereka adalah tulang belakang kepada penjagaan piawai profession kejururawatan di Malaysia. Diharapkan mereka dapat terus memantau kualiti jururawat yang ada di Malaysia.

    Walaubagaimanapun, sebagaimana Malaysian Medical Council yang memantau doktor-doktor, LJM hanya boleh memastikan bahawa seseorang jururawat itu telah menjalani kursus-kursus yang sepatutnya. Kualiti seseorang jururawat itu masih lagi belum teruji kerana mereka masih belum berada di alam pekerjaan.



    Pasaran Kerja Semasa Di Dalam Bidang Kejururawatan

    Jika dahulu, sekiranya seseorang itu lulus diploma di dalam bidang kejururawatan, maka masa depannya akan terjamin. Kerja bakal menunggu mereka bila-bila masa. Gaji permulaan boleh mencecah RM 2000 ke atas.

    Adakah keadaan itu masih berlaku sekarang?

    Menurut Menteri Kesihatan bilangan pengeluaran jururawat terlatih pada tahun 2009 ialah 8,279 orang, iaitu seramai 2,402 dari kolej kementerian, 528 dari IPTA dan 5,349 dari IPTS.

    Sekiranya kita lihat, pasaran kerja jururawat di hospital kerajaan ialah cuma 8% sahaja kerana 92% jawatan telah diisi, manakala dalam masa yang sama, kerajaan melahirkan 2400 orang jururawat melalui kolej jururawat KKM untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

    Persoalannya, baki 6000 orang lagi jururawat yang dilahirkan daripada IPTS dan IPTA itu hendak diletakkan di mana?

    Kata Menteri kesihatan, kita melahirkan jururawat ialah untuk mengisi jawatan-jawatan di hospital swasta juga. Pada pandangan saya, tidak ada hospital swasta yang akan mengambil jururawat terlatih yang tidak berpengalaman. Sekurang-kurangnya mereka ingin jururawat yang sudah berpengalaman 2-3 tahun di dalam bidang masing-masing. Jika ada pun terlalu sedikit.

    Oleh itu, ruangan tersebut akan diisi oleh jururawat yang sudah bertugas di hospital-hospital samada di kerajaan ataupun di swasta. Jika di hospital kerajaan, kekosongan akibat migrasi jururarawat akan diisi oleh lulusan kolej jururawat kemeterian juga.

    Saya tidak pasti berapakah jumlah kekosongan jawatan yang wujud di hospital swasta untuk memenuhi kelahiran ramai jururawat ini. Yang pasti ia pasti akan menjadi masalah sekiranya dibiarkan.

    Kebanjiran jururawat yang ada menyebabkan KKM telah mengambil langkah untuk mengekang lebih banyak kolej jururawat dibina.

    KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Julai ini, kerajaan akan menangguhkan kelulusan kursus baru diploma kejururawatan dan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan program itu.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah itu bagi memastikan institusi sedia ada yang menawarkan program tersebut dapat menaik taraf kualiti kursus dan pencapaian pelajar mereka.

    "Jemaah Menteri baru-baru ini telah berbincang dan bersetuju supaya satu moratorium (penangguhan) diadakan terhadap kelulusan kursus dan penubuhan IPTS yang menawarkan program diploma kejururawatan.

    "Sudah banyak sangat kursus diploma (kejururawatan) yang ada sekarang, kita sekarang nak menggalakkan kursus kejururawatan dalam bidang ijazah pula. Kita juga hendak menggalakkan jururawat sedia ada untuk mendapatkan ijazah pada masa-masa akan datang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Kesukaran Mendapatkan Kerja

    Saya menjadi bingung apabila ramai jururawat lepasan kolej-kolej swasta ini menghubungi saya untuk memohon jawatan sebagai pembantu klinik. Bulan yang lepas sahaja terdapat lebih dari 15 orang menelefon, menghantar sms dan menghantar email untuk mengisi jawatan tersebut.

    Di Hospital, apabila dibuka sahaja tawaran untuk mengisi jawatan pembantu klinik, maka berpusu-pusulah kemasukan permohonan daripada jururawat terlatih ini untuk mengisi kekosongan tersebut. Bukan kekosongan untuk jururawat terlatih tetapi cuma pembantu klinik sahaja.

    Seorang anak saudara kepada kenalan saya yang lulus di dalam diploma jururawat sebuah kolej swasta terpaksa berhempas pulas bekerja sebagai pembantu klinik dengan gaji bersih RM 650 sebulan. Itu pun setelah beberapa kali memohon kerja di tempat lain. Ibu dan ayahnya seorang penoreh getah.

    Dengan gaji RM 650 sebulan untuk hidup di bandar, dibebani hutang PTPTN, maka mahu tidak mahu, dia terpaksa bersyukur dengan kerja yang ada. Lebih baik daripada duduk di kampung menyusahkan emak dan ayah. Saya yakin bukan dia sahaja yang mengalami masalah untuk mencari kerja. Ramai lagi rakan seangkatan yang menerima nasib yang serupa.

    Apa yang berlaku ialah, golongan jururawat terlatih ini akhirnya akan putus asa dan akan bekerja tanpa mengira bidang. Sudah ada idea-idea daripada pihak hospital swasta yang membuka tawaran jawatan kerani kepada mereka yang berlulusan jururawat! Itu sahaja jalan yang boleh membantu mereka sementara ada kekosongan untuk jawatan tersebut di wad-wad.


    Kesimpulan

    Pihak KKM perlu terus memantau keadaan ini dari masa ke semasa. Masalah ini akan terus berlarutan sekiranya bilangan yang mengikuti kursus jururawat sentiasa meningkat sedangkan tenaga kerja yang memerlukan khidmat mereka tidak mencukupi.

    Mereka adalah peminjam-peminjam PTPTN yang terpaksa membayar pinjaman di kolej tempat mereka menuntut ilmu. Bagaimana mereka hendak membayarnya sekiranya mereka tidak mendapat tempat untuk bekerja.

    Saya terfikir samada terdapat unsur-unsur politik dengan terbinanya banyak pusat-pusat pengajian swasta yang melahirkan ramai jururawat ini. Saya ada terdengar tentang seorang bekas menteri (dulu menteri) yang mempunyai saham di dalam sebuah kolej jururawat yang terbesar.

    Dan yang paling kasihan ialah jururawat terlatih ini akhirnya terpaksa mencari tugas di luar bidang mereka seperti kerani dan lain lain. Dan tidak hairan, sekiranya tidak ada peluang yang lebih baik mereka akan akhirnya berniaga di pasar malam dan di kaki lima.

    Wallahu Alam...

    Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan.blogspot.com

    Thursday, October 28, 2010

    Transformasi atau pakej rangsangan ekonomi? — Dato’ Salleh Majid




    Baru-baru ini saya terbaca tentang masalah Burj Dubai, bangunan yang ketika ini paling tinggi di dunia mengalami masalah kekosongan penyewa yang meruncing.. Agaknya tidak ada syarikat yang nak sewa bangunan yang tinggi begitu selepas peristiwa 9-11. Masalah itu telah menyebabkan kerugian kepada pembina bangunan tersebut.

    Di balik peristiwa itu, kita juga diumumkan oleh PM tersayang, pembangunan sebuah lagi menara yang tinggi dipanggil Menara Warisan. Samada pembinaan ini baik atau tidak, pemimpin kita perlu membahaskannya di sidang parlimen dan didukung oleh fakta-fakta. Ini kerana kita yakin, samada ia boleh memacu ekonomi negara atau tidak, dikhuatiri sebahagian besar rakyat marhaen tidak mendapat bahagian kek mereka dan akhirnya mereka akan berasa ditinggalkan.

    Sila baca pendapat Dato Salleh Majid di dalam hal ini.

    Di sebalik kehangatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, rakyat Malaysia dialihkan seketika minggu ini dengan topik yang tidak kurang hangatnya iaitu Program Transformasi Ekonomi (ETP).

    Perkara ini mendapat lebih tumpuan semua pihak kerana dicanang sebagai pelan drastik membawa ekonomi Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang, seterusnya mencapai status negara maju menjelang 2020.

    Penjelasan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala di hadapan 3,000 peserta pelbagai kaum menyatakan bahawa ETP menerusi 12 bidang utama ekonomi nasional telah mengenal pasti 131 pintu masuk projek untuk menghasilkan AS$444 bilion (RM1.4 trilion) yang diperlukan dari sektor swasta untuk mentransformasikan negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang bertanggungjawab membantu Idris memperincikan sumber pelaburan RM1.4 trilion tersebut untuk tempoh 10 tahun akan datang dari pecahan sebanyak 60 peratus pelaburan sektor swasta, 32 peratus syarikat-syarikat kerajaan (GLC) dan kerajaan sebanyak lapan peratus.
    Melalui ETP nanti, kita dijanjikan dengan peningkatan Pendapatan Kasar Nasional (GNI) sebanyak tiga kali ganda dari RM660 bilion pada 2009 kepada RM1.7 trilion pada 2020. Kesannya dijangka membawa pendapatan per kapita GNI dari RM20,770 (AS$6,700) kepada sekurang-kurangnya RM46,500 (AS$15,000) seperti digariskan Bank Dunia sebagai status pendapatan tinggi.

    Kesemua sumber pelaburan swasta itu merentasi 12 bidang ekonomi iaitu tenaga, minyak dan gas, kelapa sawit, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik, pemborong dan peruncitan, pendidikan, kesihatan komunikasi dan infrastruktur, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.


    Memang menarik idea-idea tersebut seperti mana kita pernah mendengar projek koridor, program kluster BCIC-2 dan macam-macam seumpamanya dengan pemimpin-pemimpin sebelum ini tetapi akhirnya langsung tidak memberi kesan yang besar dan mendalam terutama rakyat jelata.
    Sebagai rakyat, kita memang menyokong apa juga usaha untuk memaju dan memakmurkan negara. Cuma kita perlu memastikan keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar bagi mengelakkan kegagalan.

    Malah jika tersilap langkah, perjalanannya akan menjadi ‘ibarat pisau makan tuan’ kepada kerajaan yang memerintah apabila rakyat marhaen merasakan mereka tidak sama sekali merasai nikmatnya hingga kerajaan dituduh dengan pelbagai anggapan negatif sekali gus membawa keruntuhan politik seperti PRU-12.

    Peluang mendengar cakap-cakap hadirin yang hadir dalam taklimat ETP dan peminat-peminat ekonomi mengulas dalam pelbagai sumber media mungkin memberikan kita semua respons sebenar tentang kesamaran dan tahap keyakinan masyarakat umum terhadap idea ETP.
    Antaranya ialah definisi penglibatan sebenar pihak swasta dan pelaburan yang tiba-tiba melonjak kepada RM1.4 trilion pada 2020, sedangkan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, Malaysia mencatatkan keseluruhan pelaburan swasta sebanyak RM535 bilion.

    Persoalan yang dirungutkan ialah apakah benar-benar pihak swasta akan memainkan peranan utama dengan sejumlah pelaburan tersebut untuk jangka masa 10 tahun akan datang dan siapakah mereka itu?

    Bagi sesetengah penganalisis, lawak tersebut pernah dicetuskan dalam projek koridor dan beberapa transformasi kepimpinan terdahulu tetapi akhirnya pihak kerajaan juga lebih memainkan peranan berbanding sektor swasta.
    Akhirnya hanya GLC yang bertungkus-lumus membangunkan koridor hingga ada yang mengalami kerugian besar dalam keseluruhan projek dalam dan luar negara. Apakah penglibatan GLC ini sebagai sektor swasta tulen ataupun akhirnya menjadi sebahagian besar sumber pelaburan adalah dari kerajaan?

    Cakap-cakap juga memberi contoh cadangan membangunkan pangkalan udara Sungei Besi menggunakan Dana Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB) yang dijamin oleh kerajaan untuk memperoleh dana daripada bank. Apakah ini juga GLC atau swasta sepenuhnya?

    Pelbagai projek mega ini dikatakan oleh Datuk Nazir Razak sebagai pencetus ekonomi besar melalui 12 bidang utama. Oleh kerana projek mega, maka sudah pasti yang terlibat juga syarikat swasta gergasi. Tidak ada masalah!

    Cuma apakah pula langkah untuk memastikan keseimbangan peluang ekonomi diberikan kepada syarikat gergasi yang telah lama bertapak dan telah lama membolot habuan, dengan usahawan-usahawan baru untuk memasuki saingan dalam saiz seimbang?

    Begitu juga pembangunan hartanah yang begitu besar yang mensasarkan pembinaan begitu banyak bangunan pencakar langit dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Keraguan tercetus disebabkan suasana penawaran hartanah seumpama itu pada masa kini pun sedang berdepan dengan kemelut besar yang tidak dapat dijual.

    Projek Sentral misalnya sedang berdepan dengan masalah penyewa sehingga memaksa GLC menempatkan pejabat mereka di situ bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

    Hasrat ETP adalah memajukan rakyat dan negara. Mungkin juga untuk menandingi daya saingan ekonomi dan pelaburan dunia terutama negara jiran dalam rantau Asia Tenggara. Jika kita ingin bersetuju dengan ETP, kerajaan juga harus bersetuju melaksanakan transformasi pelbagai peringkat yang sepatutnya menjadi penggerak, bukan hanya ETP tetapi juga pencapaian matlamat negara maju.

    Antaranya ialah kualiti pembangunan modal insan iaitu dalam pendidikan dan kualiti kemahiran. Maka reformasi pendidikan tinggi juga perlu berubah untuk melahirkan keupayaan dan kemahiran membina negara atas usaha ini. Mutu pendidikan mesti berubah segera dan mengekalkan tenaga pekerja mahir yang semakin berhijrah ke luar negara hingga membawa pengaliran keluar modal kepakaran.

    Banyak aspek infrastruktur negara yang menjadi penghalang minat pelaburan dipertingkatkan dan tersenarai dalam ETP. Contoh jelas ialah soal pengaliran trafik jalan raya yang masih sesak yang merugikan masa perjalanan dan pergerakan pengangkutan niaga.

    Begitu juga kemudahan awam seperti pasar-pasar borong, gerai-gerai makan di bandar raya seperti Kuala Lumpur yang masih menjijikkan. Malah kerenah birokrasi yang masih belum benar-benar mengalami transformasi untuk menyokong usaha menarik pelaburan swasta jika ETP hendak dilaksanakan.

    Tanpa memperkecilkan ETP, mesej yang hendak kita sampaikan ialah transformasi yang seimbang antara ETP dan kesediaan rakyat dan negara mencapai misi tersebut. Kuncinya ialah keseimbangan transformasi secara total untuk menghasilkan kemajuan yang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Dalam erti kata lain ialah perlunya melibatkan transformasi institusi juga.

    Apakah pelaburan RM1.4 trilion ini akan membawa keajaiban baru dalam masa 10 tahun akan datang? Mungkin tidak mustahil jika ETP digerakkan dengan penuh cermat, tegas, berhati-hati dan berhemah. Jika tidak, gagasan ini bertukar menjadi gimik dan bahan lawak rakyat hingga memberi kesan serius kepada perubahan landskap politik negara. Harapan kita ialah melihat kejayaan supaya ETP benar-benar satu transformasi ekonomi dan bukannya strategi ekonomi yang tidak ubah seperti pakej rangsangan ekonomi. — Utusan Online

    * Dato’ Salleh Majid ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

    Tuesday, October 26, 2010

    Pakai skirt, dedah tubuh di Itali boleh didenda RM2,000

    Ini kalau dibuat di Malaysia ni, ramai lah yang akan bising. Terutama kalau dilaksanakan di Kelantan. Melanggar hak asasi manusia dan sebagainya. Pasti keluar surat khabar dan TV selama beberapa hari... ada komen?

    Dipetik di sini..

    NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.

    Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.


    “Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.


    Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan.

    Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.


    Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi

    Monday, October 25, 2010

    Cara bersih wang haram

    Oleh Ustaz Zaharuddin

    Dipetik di sini

    BERMULA daripada isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya kepada pembangunan awam serta fakir dan miskin.

    Walaupun isu itu sudah padam dan tenggelam, masih ada kekeliruan belum terjawab, akibatnya mungkin ada yang berkata: “Jika harus diberikan wang haram itu kepada fakir miskin, bolehlah kita teruskan aktiviti haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan.


    “Kerana hukumnya harus, mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini masih boleh membiarkan aktiviti haram.


    “Oo... bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat daripada harta mereka untuk membiayai fakir miskin dan pembangunan negara.” Itu mungkin persoalan yang terdetik dalam diri pembaca apabila melihat situasi yang berlaku dan jika itulah kefahaman selepas membaca hujah ulama mazhab yang silam dan kontemporari, mereka sebenarnya sungguh terkeliru.

    Yang sangat perlu difahami adalah, konteks sebenar yang disebut ulama mesti difahami dengan tepat. Mereka semua memberikan fatwa itu ketika mengulas ‘ke manakah perlu disalurkan hasil harta-harta haram yang berada di dalam pemilikan individu’. Konteksnya adalah, jika seseorang itu memperoleh wang haram sama ada daripada hasil judi, perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin bertaubat, ke manakah ia patut disalurkan.


    Adakah ia perlu dilupuskan atau dibakar dan dibuang debunya ke dalam sungai atau lautan? Ulama hampir sepakat mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil, Maqasid Syariah dan logik akal. Ini kerana dosa perolehan harta haram itu bersifat hukmi dan bukan ‘aini (jisim).

    Berbeza jika sekiranya barang dimiliki itu adalah haram pada ‘ain’ dan zatnya seperti sebotol berisi arak, semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak sembelih untuk makan tengah hari dan yang sepertinya. Ketika itu, baru hukumnya wajib melupuskannya dengan cara buang serta diharamkan untuk diberi kepada sesiapa juga, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun kepada orang bukan Islam.

    Haram Secara Hukmi
    Manakala harta haram secara hukmi (menurut hukum kerana caranya bercanggah dengan syariah seperti judi, rasuah, rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah haram digunakan untuk dirinya dan keluarganya.


    Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada fakir dan miskin. Itulah konteksnya.


    Setiap hasil cukai dan pendapatan daripada hasil yang haram, pemerintah yang bertanggungjawab mesti menyalurkannya kepada fakir, miskin dan kemaslahatan awam menurut nilai jumlah pendapatan itu. Ini kerana harta haram itu, jika terus dibiar berada dalam pemilikan individu, bakal merosak keberkatan kehidupannya dan rezekinya.


    Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada hasil haram tanpa justifikasi betul daripada sudut hukum syariah akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan, dosa dan balasan azab di akhirat.


    Justifikasi dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.


    Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.


    Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu.

    Yang Dipersetujui Haram
    Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan. Menurut perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan hukuman haram itu akan ditanggung pemerintah terbabit. Justeru, dalam keadaan itu dosa terlekat di bahu pemerintah jika dia Muslim.


    Oleh itu, persoalannya bagaimana pula untuk menguruskan wang berkenaan.


    Wang daripada sumber haram boleh berganda haramnya jika tidak disalurkan dengan betul.


    Saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama adalah kemaslahatan umum, fakir dan miskin. Golongan ini sentiasa diharuskan oleh Islam untuk menerima wang daripada sebarang hasil atas kapasiti mereka selaku fakir, miskin dan sangat memerlukan.


    Justeru, mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan dan individu secara yang sah daripada sudut pandangan Islam. Tiada syubahah untuk mereka menerimanya dan tidak lagi haram. Sebarang momokan mengatakannya syubahah dan haram adalah kegagalan dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.


    Menerusi penerangan itu mungkin ada pula yang akan bertanya, jadi adakah digalakkan industri serta perniagaan yang jelas haram ini.


    Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit silap memahami konteks.


    Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi bukan satu galakan, sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran, riba dan sebagainya.


    Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti tetapi fatwa keharusan itu adalah satu pemberitahuan kaedah pelupusan sumber wang haram yang diperoleh oleh individu dan kerajaan bagi melepaskan bebanan haram yang ditanggung oleh negara dan individu.

    Kesimpulan
    Dalam isu ini, jika terjadi pada peringkat individu, ahli keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat kerajaan, sebagaimana diajar nabi, wajib pula bagi ahli kepemimpinan lain atau penyokong mereka menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil, antaranya hadis nabi.


    Riwayat Muslim dan Ibn Majah menjelaskan bahawa: “Barang siapa menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya hinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” Mungkin selepas ini ada yang bertanya: “Ustaz sebelum ini sibuk mengajak orang makan makanan dan harta halal tapi kali ini, adakah ustaz ingin kumpulan fakir miskin memakan wang syubahah dan haram?” Sebenarnya ini satu kekeliruan kerana saya sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam daripada syubahah dan haram sama ada daripada judi, riba, penipuan, rasuah dan sepertinya.


    Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami dalam konteks yang salah.


    Ini kerana kita menyentuh soal cara pelupusan wang haram yang bertujuan membersihkan pemilikan harta haram sama ada individu atau kerajaan.


    Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat mereka.


    Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubahah yang dimiliki perlu disalurkan atau dipulangkan kepada mangsa (jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui pemilik asal, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat awam, fakir dan miskin.


    Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, fakir dan miskin juga tidak boleh menerima wang tersebut.


    Adakah ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar.


    Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu sebagaimana telah diterangkan di atas dan semua keterangan ini adalah berdasarkan pandangan ulama mazhab kontemporari selain mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat, yakni menjauhi syubahah dan haram.


    Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi haram dan syubahah ke atas penerima sama ada yang termasuk dalam golongan maslahat awam, fakir dan miskin. Harapnya, persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca.

    Related Posts with Thumbnails