Assalamualaikum...
Pernahkah anda tercekik tulang ikan? Saya yakin anda semua pasti pernah. Perkataan "tercekik" itu mungkin bunyinya berlebih-lebih kerana tercekik dari segi definisinya sesuatu benda yang melekat di ruang tenggorok sehingga boleh menggangu pernafasan.
Mungkin lebih tepat "terlekat" tulang ikan? Ya... itu mungkin lebih sesuai. Apapun perkataan yang digunakan "tercekik" atau "terlekat" tulang ikan mempunyai natijah yang sama iaitu rasa tidak selesa, terganggu dan sakit pada kerongkong terutama apabila kita menelan air liur secara sedar.
Hari ini, seorang pelajar jururawat perempuan dari Kolej Mahsa datang berjumpa saya pada pukul 3 petang. Kerongkongnya terlekat tulang sudah 3 hari lamanya. Kesian dia. Nampak dari matanya (tak turun ke hati ye..) perasaan stress yang teramat.
Apabila beliau membuka mulutnya luas-luas, tulang tersebut tidak kelihatan. Satu hal tentang membuka mulut-mulut luas dan dijolok dengan kayu spatula, ia akan mengundang satu refleks dipanggil "gag" refleks atau refleks nak muntah. Itu yang menjadikan proses membuang tulang yang terlekat menjadi lebih sukar kerana tak sampai 10 saat pesakit akan terasa nak muntah dan melarikan tekaknya dari jolokan spatula.
Percubaan saya yang pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima tidak berjaya. Tulang itu terlalu dalam untuk saya lihat hanya menggunakan spatula dan lampu picit. Kegagalan itu menyebabkan saya menyuruh beliau pulang dahulu. Saya minta dia datang jam 6 petang.
Jam 6.30 petang, pelajar jururawat datang bersama kawannya. Kali ini saya sendiri telah bersedia.. jeng.. jeng.. jeng.. Percubaan seterusnya dilakukan. Kali ini saya dapati, beliau boleh merasa tulang tersebut di dalam kerongkong menggunakan jari telunjuknya. Oleh kerana beliau alah menggunakan spatula, saya menyuruhnya menekan lidahnya sendiri menggunakan jari sahaja. Malah dengan cara itu beliau boleh menunjuk dengan jelas kedudukan tulang tersebut.
Akhirnya... dengan menggunakan "crocodile forceps" (gambar), saya berjaya mengeluarkan tulang yang sepanjang 3 cm itu. Cai yuuukk! .. Wajahnya bertukar ceria dan tersengih-sengih.... Saya pula berjaya mengekalkan wajah kemachoan saya ke tahap maksima yang boleh dibanggakan isteri dan anak-anak... walaupun dalam hati.. tuhan aje yang tahu.
Nampaknya ini sudah lebih dari 8 kali mungkin saya berjaya mencabut tulang ikan dari kerongkong pesakit.
Ini juga mungkin bermakna... saya adalah pakar cabut tulang ikan yang paling handal di seluruh Kota Damansara!!... Ya, mungkin di seluruh kawasan yang bernama Damansara... and some says in Mont Kiara too... Haha..
Jikalau anda tercekik tulang ikan.. Tak kira jenis ikan.. Ikan parang, terubuk, senohong, gelama, ikan duri... jangan ragu-ragu dan jangan risau.. hubungilah saya segera.. saya bersedia berkhidmat untuk anda... !! Sayalah Pakar Cabut Tulang Ikan.. Cai yuukk...
P.s. : Ya... Anda takkan jumpa kepakaran ini di Damansara Specialist Centre...
Salam.
42 comments:
Ha.ha..ha..kelakarlah pulok. Kakak saya yg sulung pun pakar cabut tulang ikan gak. dia ni dulu lahir secara songsang atau lipat kajang(kepala terlipat kekaki n ponggong keluar dulu), org tua2 kata kelebihan anak yg lahir sebegini boleh jadi penawar tercekik tulang, mmg kebetulan ker apa, bila ada masyarakat kat kpg tu tercekik tulang (yg berhari2 tak baik2), depa dtg kerumah, kakak saya hanya perlu masukkan air masak kedlm senduk lauk, baca bismillah n selawat terus bagi org tuh minum, pas dua tiga hari..cayalah, gerenti ada org mengusung pulut kuning dgn rendang kerumah kakak, ha..ha... akhir disember yg lalu saya pun terkena lekat tulang jugak, kebetulan tu kakak ada kat rumah, terus jer la mintak air jampi selawat dia tuh, Alhamdulillah doc, takyah jolok ngan spatula ker, jari ker, crocodile forceps ker, tulang tuh bagaikan ghaib camtu jer...aneh tak?
Tapi kalaulah artikel ni keluar awal lagi, harus2 saya melilau seluruh Damansara nak cari pakar cabut tulang ikan yg cai yuukk nih!
P/s : saya pun pakar cabut tulang ikan tenggiri everytime nak wat fishball...
sy tau ni cerita serious, sian jururawat tu. tp gelihati pulak baca cara doc cerita.
hehe...jauh nyer saya nak pergi jumpa doc kalu saya tercekik tulang,penah dulu saya tercekik tulang,saya jolok jari ke anak tekak apalagi lah muntah,terus kuar tulang ikan tu...
Azwin : Senang lah awak. Kalau tercekik tulang jer jumpa akak.. haha.. takde kena caj klinik. Saya pun pernah tercekik tulang dulu, tapi biasanya kalau tulang kecik dan halus dia memang boleh hilang sendiri. Mungkin mekanisme air liur yang ada enzim lipase untuk menghadam protein boleh menghancurkan perlahan2 tulang itu. Kalau tulang besar dan panjang cam kes budak ni susah juga nak hilang, 3 hari dah, kena gak jumpa bomoh tulang cam saya atau kakak awak tu. haha..
amalina : Saya serius tuh... saya sekarang nak apply jadi bomoh tulang ikan... kena daftar mana yer..? :)
putri_nian : kalau tulang tu melekat sikit2 ada can boleh keluar kalau muntah atau telan nasi atau pisang (kata orang2 dulu). Tapi kalau melekat tu dalam, memang tak ada cara selain jumpa bomoh tulang ikan di samping berdoa kepada Allah. Saya dulu (masa kecik2) diberitahu oleh mak saya, lepas 3 hari tulang ikan tu akan tenggelam di dalam kerongkong dan hilang.
Mana pulak tak kena caj doc? Pulut kuning ngan rendang tu rasanya lebih mahal dari caj klinik yg doc tetapkan, he..he...tp biasanya bukan kakak saya mintak pun, depa ikhlas, selalunya free jer la...
Anyway mmg terhibur baca artikel doc tuh, disamping penuh pengetahuan, ada pulak unsur humornya...best! doc nak daftar jadi bomoh tulang? rasanya kena dilahirkan semula secara songsang kot?
Oh ya, lama dulu jiran saya terkena kayap, dia berulangkali dptkan rawatan doktor kat Jln Ipoh tp tak jugak sembuh2, sampailah satu hari doktor kat situ sendiri kata, "cuba awak balik kpg, cari mana2 bujang yg kahwin dgn janda, dia nih (dgn izin Allah) boleh beri penawar kpd penghidap kayap.
Maka jiran saya nih pun usha lah, ditakdirkanNya hanya dgn sekali sembur, kayap yg melingkar2 kat badannya reda dan reda sampailah kering dan sembuh.
Ha, bomoh yg nih apa pula pendapat doktor? Saja jer tanya pagi2 jumaat nih...
Biasa sangat lekat tulang masa dulu-dulu almaklum selalu makan ikan sungai yang terkenal dengan banyak tulang.Biasanya telan pisang atau nasi yang telah dikepal.Biar masuk terus dalam perut...jangan risau bila dah lepas dalam perut...asid perut boleh menghancurkan besi...tak gitu Dr.Masalahnya kalau susah nak tercabut...terpaksa guna penyepit bukan yang macam DR guna tu. Penyepit yang biasa untuk memasuk benang pada mata jarum mesin jahit tepi.Harganya cuma Rm5.00.Patut ada simpan setiap rumah yang ada anak kecil.Senang nak cabut tulang.
Tetapi lagi selamat kalau mampu beli yang macam DR guna.
Azwin : Tadi lahir songsang jadi bomoh tulang ikan, sekarang bujang kahwin janda jadi bomoh kayap pulak. haha... tapi bagus tuh.. kemahiran adalah sangat spesifik.. saya pun pernah rawat kayap dan alhamdulillah sembuh... tapi saya kahwin ngan anak dara tau...!! haha...
Abang Razak : biasa dengar makan nasi ngan pisang tu. Cuma tak latar nak telan kalau kepal besar2. Nak kena kunyah jugak. Terima kasih pasal tips penyepit benang tuh.. penyepit buku ketiak boleh kaa?? haha!
hahaha... nak terguling rasanya baca atikel doc n komen2 kat sini... macam2 pengalaman...
ye la nak tumpang citer jugak... arwah bapak kita pun dulu adalah wat perkhidmatan2 cam ni... dia bukan bomoh, tp boleh la tolong2 orang kg. kalau ada yang tercekik tulang, kena sengat binatang kecik n ubat kayap gak... dtg jer jumpa dia. Insyallah... tp anak2 tak sorang pun mengikut...
by the way, cam kebetulan, arwah bapak mmg bujang bertemu ngan arwah mak yg janda.
psstt: aye pun pakar cabut tulang ikan gak... ikan parang nak buat laksa johor.. hehehe
Kah!kah!kah!...apa punya best pagi jumaat nih!Semua komen lawak giler!!! Lapang kepala lepas gelak tergolek2.. saya baru nak tanya kat abang razak ttg penyepit bulu ketiak, rupanya u dah terfikir dulu...lawok..lawok!!!
Doc, gambar yg tersiar tuh gambar anak tekak jururawat yg telah berjaya mengekalkan wajah kemachoan tahap maksima, takleh nak bayangkan saat tuh!...mak aiii!!!
Tp fikir balik azab jugaklah nurse tu u kerjakan,sampai lima kali tak berjaya, siap suruh balik dulu, naper eh? nak hafal semula mentera kot? ha.ha..
tergeletek hati baca awak punya cerita. kakcik mesti cuba camni bila jumpa pesakit terlekat tulang ikan- suruh dia tekan lidah sendiri. yes how clever ! patient duduk aje ye? tak payh baring?
Salam DR,
Ulasan DR buat saya ketawa, kesian kat jururawat tu....serba tak kene klu tercekik tulang ikan kan..
Seronok baca blog DR...caiyuukk..
Tak payah register doc nak jadi bomoh, kena pandai sembur je. Nway, thanx for the informative postings.
slm doktor..
pergh!! mesti seksa kan tcekik tulang ikan...
kalo sy la xle tido mlm la...dok nak kuarkan je tulang ikan tu..
Secara peribadi saya mnghormati jika ada mana2 bujang yg sudi mengahwini janda, bg saya teramat mulia dan luhur hasrat tuh, sepertimana Rasulullah saw menikahi Siti Khadijah ra, dan lantaran ketulusan sebegitulah maka Allah memberi suatu kelebihan yg tak akan pernah disangka2 oleh siempunya diri, takyah kursus2 takyah daftar2, hanya bismillah n selawat jer...(mungkin sebaik saja dia menggenggam tgn tok kadhi sambil menyebut 'aku terima nikahnya, masa tulah secara otomatiknya pendaftaran tertulis),saya tulis begini lantaran pengalaman2 yg dilihat dgn mata kepala sendiri, subhanallah..
Wbp, bomoh pakar cabut tulang ikan Kota Damansara nih mmg saya tabik spring la...cuma kalau boleh tu dimasa depan, takyah la suruh balik2 dulu, sekali dtg terus jer cabut udah ler.... he..he..wassalam.
Hihi.. karier baru dalam bidang perubatan.
Lepas ni entah apa pula yang muncul ya? Pakar keluarkan air masin dari dalam telinga, barangkali? Aduh.. panjang bangat namanya. Haha..
Salam dari SangPelangi
Wahh. dahsyat la doc. Boleh tampal letak gelaran selepas nama doc la nih. DR. AZWAN (MBBS,PCTI) Mmg canggih. Kalo dah lapan kali nih, sure pakar.Boleh bukak klinik pakar ni doc. Anyway dah lama tak melawat blog doc. Salam ceria!
lawak la dr ni....cayalah....
salam dr azwan
this is out of topic sikit...dah lame nak tanye yr opinion.
saya nak tanye pasal ovary cyst esp during pregnancy.
I'm 34 yrs old, pregnant anak yg ke-4. All my deliveries before this is normal.
My last period is 24/2/08 and EDD is 1/12/08. (it's abt 10 wks now).
problemnye sekarang, I have cyst berukuran 4 x 5 cm. and maybe its bilateral.(all the scans copy ade ngan I skrg).
the dr that I went for monthly pregnancy check up already refer me to Hospital Selayang since my
all my deleiveries was at Hosp selayang.
But, doctor kat Hospital Selayang only will see me by appointment in 1 mth later (may 28th).
questions now:
1) is it ok if I tgu till 1 mth later?
2) so far the cyst is getting bigger fr 3cm mase 6 wks pregnant and now dah 4-5 cm, will it grow bigger?
3) In your opinion, what shall I do now? I can be contacted at wandalina74@yahoo.com
4) maybe for next entry, you boleh explain details abt ovary cyst, fibroid,etc.
harap dr azwan blh tolong saya.
wanda
Thanks Semua : Ramai pulak yer bagi komen entry tercekik tulang.. ni semua pernah kena nih...
Sang Pelangi : keluarkan air masin dari telinga? har har.. susah gak tuh.. kalau keluar daripada air mata biasa.. kena tengok citer hindustan..
Najib : PCTI.. segan lah nak letak.. cam singkatan saluran TV kat Indon je.. har har!
Wanda : saya susah nak jawab soalan ni, cam soalan kepada pakar O&G jer. Apa pun, pada pendapat saya, dia tak buat apa-apa. Mereka akan tunggu dan buat close observation sahaja. Kerana kalau nak buat operation atau cystectomy apa pun sekarang akan ada risiko keguguran. Dan ovarian cyst (kalau betul) adalah benign (bukan cancer). Diorang boleh buat lepas bersalin. Berbeza dengan Fibroid, ia ketumbuhn di dalam rahim. Ada sesetengah fibroid boleh mnyebabkan mengandung menjadi susah, dan sekirnya telah mengandung boleh ada komplikasi terhadap kandungan atau kelahiran kerana kedudukan fibroid itu di dalam rahim. Wanda kena bincang dengan pakar O&G di dalam hal ini.
Mengenai artikel, saya akan fikirkan :)
Salam
Thanks Dr for your quick response.
Salam
Wanda
salam dr azwan..
arini terdetik nak bca artikel dr. Senyum simpul bila bca artikel dr tentang tercekit tulang ikan ni.
Saya pernah gak mengalami situasi ni..masa tu sya masih bersekolah menengah. Seksanya Tuhan jer tahu..tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Dekat seminggu sya berusaha kluarkan sendiri tulang ikan yg tersangkut menggunakan jari telunjuk. Tak berjaya..siap berdarah2 lagi. Segala mcm petua sya dah buat..makan nasi kepal, makan pisang..dan macam2 lagi. Memang dah tak tau sgt buat mcmna.
Arwah ayah bawa sya g klinik kerajaan. Dr tu tak dapat nampk tulang tu, so dr kasik reference letter so g hospital utk xray dan bedah.
Erk? bedah? sya cuak, arwah ayah pun cuak. Terus bawak g pekan berdekatan g klinik swasta lak. Alhamdulilah...dr tu belek punya belek dia nampak lak tulang yang tersangkut tu. Masa dia cabut tu.rsa lega yang tak tahu nak ckplah...rsa mcm org alihkan batu yg berat sgt dri bdn ni. Happy tak terkata. Tulang tu berbentuk mcm sabit tak sampi 3 cm la. Tapi tebal dan keras...patutlah sakit sgt. Tu tulang ikan kerisi...
Hmm...skang klu tersangkut tulang ikan..bley lah saya jmpa dr azwan!
you are DAaa MAIN man DR muahahahah
ej : wah hebat pengalaman. siap mandi tak basah lagi... lagi hebat dari bercinta nih.. har har..
hahaha..lawakla Dr ni...
tp mesti lepas kuarkan tulang tu rs puas kan..hehehe..
sya ada pengalaman gk..
tp guna cara dulu2..
kepal nasi telan sekaligus..
maybe sbb tulang kecik kot..
kalo besar mau kena jumpa Dr jugak..hehehe
assalamualaikum doktor.
wahidah dan emma : wsalam. Kalau tercekik tulang ikan boleh jumpa saya. Bayar secawan kopi jer dan sepinggan nasi.
haha. doktor ni kelakar la. tergelak- gelak saya baca. hehe.
doktor, nak tanya ni. tak de kesan sampingan ke kalau tulang ikan terlekat kat kerongkong untuk tempoh yang lama macam tu? contohnya kerongkong bernanah ke. hehe.
dan lagi satu, boleh ke tulang ikan tu tercucuk masuk ke bahagian dalam mulut kita? saya tak tahu la nama bahagian- bahagian dalam mulut ni. tapi kat dalam mulut kita ni kan ada bahagian yang lembut. hehe. agak- agak tulang ikan boleh tercucuk masuk tak?
-kiroro bell-
Macam mana nak contact dr azwan, sy tercekik tulang dah 3 hari. Boleh call sy di 0132389133 Mohamad. Mohon bantuan.Tq
Arrh...sakitnyer nak menelan,walau pun air liur jer...bila la nak g damansara jumpa doc buang tulang dlm tekak ni..
Sama la kita ..dah 4 ari ni jolok x dpt lak tulangnye ....
LEBIH SEKSA DARI PUTUS CINTA ......TOLONG SAYA
hai doc. walaupun entry dah lama, saya tetap nak comment jugak . kelakar pulak baca tajuk tu hehehe. actually semalam makan ikan jaket (taktahu nama sebenar) . then dah terasa tulang kat gusi, saya biarkan je. by the time nak cungkil, dah hilang. saya assume dah terbenam, perhaps? macam mana ye doc? try suluh tapi tak nampak. try rasa, takde pun rasa tulang terbenam-,- risaunya, orang kata boleh nanah kan? tapi so far takde gusi bengkak atau apa apa. any advice? saya nak kena pegi klinik jugak ke? takde ke mitos tulang boleh mereput dalam gusu ke apa ke T_T
Dr sya tercekik tulang ikan ni...ermm tlong
Dr sya tercekik tulang ikan ni...ermm tlong
Mcm mana nak contact doc ye.sy dah tecekik tulang dah 2 minggu.risau saya.lps saya mkn ayam,terus rasa tak selesa dekat leher.
Mcm mana nak contact doc ye.sy dah tecekik tulang dah 2 minggu.risau saya.lps saya mkn ayam,terus rasa tak selesa dekat leher.
Sye tercekik tulang ikan dah hmpir seminggu.Rasa tak selesa dan sakit bila menelan.Minta nasihat tuan.
Saya juga ada alami, di sini saya kongsikan pengalaman saya & cara saya atasi nya. Semoga dapat membantu anda juga. Terima kasih atas post Dr. Azwan juga. Saya ada baca post doc ni masa ia terjadi pada saya hari tu. Lawat LINK ini untuk membaca:
-->> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.my/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html
Boleh saya dapatkan contact number ataupun email doc?
Nak cari Dr.Azwan...tercekik sesunggut udang...hehehe x berkait dgn ikan dah ni
Dr.sy tertelan tulang kambing nii..boleh ka....serius...terasa kat halqum...taktau nak buat gumana ...mcm besaq ja..terasa kt halqum bil telAn ayaq
mcm mana nak cari doc.saya dah sakit banyak hari sebab tercekik tulang ikan..dah pegi jumpa pakar tapi tak boleh keluarkan
Post a Comment