Friday, April 4, 2008

Kenapa Dato' Seri Hishamuddin Diserang Media?


(Disclaimer: Blog ini sedang menjalankan boikot terhadap produk negara Belanda- sila rujuk artikel di bawah tentang senarai barangan produk yang sedai diboikot.)

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini terdapat banyak kenyataan-kenyataan (atau serangan?) yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan atau NUTP yang tidak berpuas hati dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini agak menarik minat saya kerana isteri saya juga seorang guru dan ini menjadikan saya terlibat sama (hoho..nampak tak logiknya?).

Bermula daripada kenyataan tentang penstukturan semula sekolah yang telah menimbulkan perasaan tidak senang antaranya taraf Penolong Kanan di sekolah menengah lebih rendah berbanding guru biasa yang mengajar tingkatan enam.

Kemudian cerita potongan cukai pendapatan yang tinggi pula di kalangan guru dan masalah gaji guru dalam skim DGA 41 jauh lebih rendah berbanding guru yang tidak menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Di dalam masa yang sama, terbit pula cerita tentang pemberhentian elaun kritikal guru tanpa diberikan sebarang notis iaitu sebanyak 10 hingga 15 peratus untuk subjek Kemahiran Hidup.

Beberapa hari selepas itu krisis kekurangan guru di Selangor pula didedahkan. Ini menyebabkan NUTP mengeluarkan kenyataan menyalahkan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) yang gagal membuat unjuran penambahan jumlah murid secara tepat dengan jumlah guru yang diperlukan.

Semalam Setiausaha NUTP mengulangi gesaan agar Kementerian Pelajaran lebih responsif dengan masalah guru yang disahut dengan jawapan Dato' Hishamuddin agar menilai masalah dengan skala makro dan bukan mikro.

Apapun kenyataan demi kenyataan oleh NUTP ini mengundang tanda tanya kepada apa sebenarnya masalah yang berlaku? Adakah kerana lebih ramai guru yang tidak berpuas hati dengan dasar Dato' Hishamuddin sebagai Menteri Pelajaran.

Atau sebenarnya ada perancangan untuk menjatuhkan beliau yang merupakan sepupu dan penyokong kuat orang No 2 di dalam Kepimpinan Malaysia dengan menggunakan media?

Atau adakah lebih ramai guru sudah terpengaruh dengan gosip ringan-ringan Dato' Hishamuddin Kontrak Formula 1 di KPM, RM 151 Juta beli gajet LEGO dan Projek Depco yang dibangkitkan oleh beberapa sumber tetapi tidak tahu akan kebenarannya.

Dato' Hishamuddin telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding Ketua Pemuda UMNO tahun ini untuk memberi laluan kepada Dato' Dr Khir Toyo dan Dato' Mukhriz. Namun, ada sumber menyatakan beliau sebenarnya ingin bertanding jawatan lebih tinggi sebagai Naib Presiden UMNO atau Timbalan Presiden UMNO.


Wassalam.

18 comments:

Anonymous said...

saya kurang arif dengan isu-isu guru di Malaysia, cumanya saya kasihan kepada para pendidik anak bangsa saya menerima ganjaran yang langsung tidak setimpal dengan titik-peluh mereka yang tumpah ke bumi. Sepatutnya mereka terima gaji permulaan sama seperti gaji permulaan para eksekutif di syarikat swasta seperti telekom, petronas, tnb dsbnya. Mereka pembentuk bangsa masa hadapan apatah lagi dengan slogan Pak Lah - Membentuk Modal Insan.

Cuma semacam ada corak menarik dengan Dato' Hishammuddin, di mana sahaja dia berada, segala macam skandal muncul. Dulu di KBS dengan skrunya berharga beratus kali ganda daripada harga asal, kini beliau CEO Kem. Pendidikan... pun nampaknya skandal yang sama berlaku.

Dalam pengurusan kualiti, sesuatu yang berlaku secara kerap atau terdapat sesuatu paten yang negatif, kita harus lihat, periksa dan selesaikan masalah tersebut. Perlukah kita tunggu beliau berpindah ke kementerian lain untuk melihat paten yang sama muncul?

Anonymous said...

rasa2nya pagi tadi artikel ni panjang lagi. tapi apsal kena potong ya.

saya bukan la penyokong hishamudin. tapi sebelum nak membangkitkan yang buruk lebih baik disingkap yang baik2 dulu. kita tengok pencapaian pelajar dulu & sekarang. berapa ramai murid kita yg dapat full A dalam spm setiap tahun. semakin lama semakin hebat.

iya..banyak faktor pendorong kejayaan mereka. tapi yang paling besar adalah pendidik. adakah kejayaan pelajar2 ini disebabkan guru saja?

pada pendapat saya kalau gurunya hebat, pasti sekolahnya hebat. kalau sekolahnya hebat, mestila jabatannya juga hebat. dan jika jabatannya hebat, mesti la kementeriannya juga hebat. jika kementerian itu hebat, pastilah ketuanya seorang yang sangat hebat.

macam saya cakap tadi, adalah lebih baik kita bercerita yang baik2 dulu sebelum bercerita hal2 yang buruk. supaya sistem pemarkahan kita dapat dibuat dengan lebih adil & saksama. sebab nature manusia, kalau bercerita yang buruk dulu, confirm kita akan terus lupakan kebaikan orang yang kita nak 'kata' tu.

Anonymous said...

bandingkan beban kerja guru dan beban kerja seorg doktor di hospital...tuan punya blog should have known better...tapi tk dengar ler pulak para doktor ni menyalak mcm guru2...

guru2 terlalu manja sgt..
lembikkk...

Dr Azwan said...

abahfateh : Saya berpandangan profession perguruan ni dah jatuh ke tahap terendah. Ada komen pembaca yang panggil cikgu menyalak.. cam tu sekali rendah tahap seorang guru.. sedihnya..

anonymous 1 : (Makluman : anda tidak digalakkan menggunakan id anonymous)

1. Pendidikan tidak dinilai dengan bilangan A sahaja di dalam peperiksaan. Pendidikan perlu dinilai secara keseluruhan. Yusof Qardhawi kata pendidikan perlu merangkumi bukan sahaja pelajaran tetapi juga pendidikan terhadap kerohanian. 10A tidak bermakna apa-apa jikalau disiplin pelajar semakin teruk, kes buli meningkat dan sudah kurang nilai kesantunannya.

2. Saya tidak memberi apa-apa komen tentang Dato' Hishamuddin di dalam artikel ini. Saya cuma utarakan mengapa sekarang ini Hishamuddin sering dikritik oleh NUTP di media sejak kebelakangan ini. Mungkinkah sebab politik orang tertentu? Atau mungkin sebab2lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya.

3. Guru2 ada masalah dengan pemerintahan Menteri Pelajaran kali ini. Kita bukan guru jadi kemungkinan anda tidak tahu masalah mereka. NUTP kata Menteri Pelajaran tidak mendengar masalah mereka (bukan saya kata) dan NUTP ini adalah persatuan yang mewakili guru. Jadi ia mungkin betul. Sebelum ini jarang NUTP buat statement terbuka seperti ini.

4. Saya sangat2 bersetuju dengan anda bahawa kita kena lihat kebaikan seseorang itu dahulu sebelum keburukannya. Saya rasa kita pun selalu dengar kebaikan Dato' Hishamudin di dalam TV dan Radio.

5. "pada pendapat saya kalau gurunya hebat, pasti sekolahnya hebat. kalau sekolahnya hebat, mestila jabatannya juga hebat. dan jika jabatannya hebat, mesti la kementeriannya juga hebat. jika kementerian itu hebat, pastilah ketuanya seorang yang sangat hebat." - Mungkin anda boleh kaitkan logik semantik ini dengan kegagalan BN menang 2/3 majoriti.

Anonymous 2: Doktor bertuah kerana pegawai2 atasan dan Menteri di Kementerian Kesihatan boleh turun ke akar umbi dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Bawahan. Semasa saya baru kerja di HKL, HKL sudah mula bayar gaji bulan pertama saya bekerja. Tetapi ada di kalangan guru yang 3 bulan bekerja pun belum dapat gaji. Pada pendapat saya, kementerian kesihatan mempunyai pegawai2 yang lebih cekap dan efektif daripada Kementerian pelajaran (saya bandingkan dengan isteri).

Nak kata guru ni lembik, entah lah. Nampak diorang kuat jer, dah 4kali Sabtu dah isteri saya kena pergi sekolah. Ada program Maulidur Rasul-lah, ada meeting PIBG lah, ada sekolah ganti lah dsbg. Malam tadi pukul 2 pagi baru tidur buat poster untuk sambutan Maulidur Rasul...

Wallahu A'lam/

Anonymous said...

minta maaf sebab komen saya mungkin tak clear. saya tak maksudkan dr yg komen hishamuddin. saya maksudkan pihak2 tertentu (org lain la yg membaca & mempunyai perspektif yg lain) yang komennya kadang2 bukan nak membetulkan keadaan tapi lebih kepada nak cari jalan untuk memburukkan dengan niat nak menjatuhkan seseorang itu. dalam pekerjaan saya, saya juga pernah diburuk-burukkan oleh pihak tertentu sehingga hampir2 lemas. walhal kita tidak membantah, bekerja dengan ikhlas & tidak juga berusaha untuk menjatuhkan org yang sengaja mencari masalah dengan kita. tu sebab saya tidak berapa bersetuju dengan budaya mencari masalah org lain.

dalam konteks kekalahan BN menang 2/3 kerusi, no comment... tapi dalam setandan pisang tu, bukan semuanya busukkan. tapi sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

bab cikgu pulak tak patut la cakap cikgu lembik. tak baik..kita bukan di tempat dia. tapi bab disiplin saya rasa parent kena ambik peranan besar sekali. bukan guru. kes terbaru seorang bapa telah menampar seorang guru. kalau dulu bila seorang murid kena rotan dengan guru, ibu bapa murid akan datang ke sekolah dan rotan anaknya depan guru. la ni bapa datang ke sekolah, pukul pulak guru tu depan anaknya. macam mana anak tu nak respect guru. tak patut..tak patut..

bab gaji tadi saya setuju dgn dr tak patut cikgu tak dapat gaji 3 bulan. saya masuk kerja kerajaan bulan pertama dah dapat gaji. staf admin kata, yg tak dapat gaji 3 bulan tu kes dulu2. sekarang staf kerajaan lebih cekap & sistem pun lebih efficient. kengkadang berlaku jugak kes staf baru dapat gaji 2 bulan lepas tu. tp tu kes terpencil disebabkan kecuaian staf yg sepatutnya bertanggungjawab (bahagian admin la) menghantar laporan staf tu ke bahagain gaji. pada pendapat saya, kes guru lambat dapat gaji ni bukan kementerian yg bermasalah. kerajaan ni pekelilingnya sama aje setiap jabatan. semua kementerian kena ikut. pemerhatian saya selama bekerja dalam government ni, masalah bukan datang dari law kerajaan, tapi org yg duduk dalam tu. tak semestinya bos, kerani pun buat masalah. overall yg saya boleh cakap ianya disebabkan oleh birokrasi. dan birokrasi yg paling besar bukannya di peringkat atasan, tetapi di peringkat admin sebenarnya. dalam kes kementerian pendidikan saya sangat2 pasti ianya disebabkan oleh staf2 adminnya yg masih bersenang-lenang follow gaya lama, siapkan laporan ambik masa 2-3 bulan. kalau betul2 ada ISO & follow pekeliling kerajaan takkan jadi kes kerja lembap sangat macam ni.

Anonymous said...

hikhik
dr, adakah kerana di kementerian kesihatan ada ptd..lantas prosesnya berjalan lancar..
di kem pelajaran baru nak masukkan ptd...dolu2 takda ptd di kem pelajaran...lalu guru2 pun tertindas...
cikgu2 bnyk bantah kemasukan ptd...
kenapa ek?
sbb nanti takda peluang naik pangkat ke?
banyak sangat ke peluang kalau takda ptd di kem pelajaran atau mana2 jab pelajaran?
ntahle

masa dengar temubual dengan KPPA di rtm 1 sebulan lalu, KPPA mmg dah admit yang skim perkhidmatan bagi guru mmg bermasalah sementelahan dahulu lagi..
beliau juga memaklumkan bahawa JPA sedang dalam proses meng 'up grade' kan skim berkenaan...so, bersabarlah sebentar...
cikgu2 seharusnya menjadi role model..

mmg kita faham masalah nya...
spatutnya perlu ada sistem skim guru boleh naik pangkat dalam bidang perguruan juga.. bukan dalam pentadbiran..macam skim L (undang2) yang boleh naik jadi hakim, majistret, pendaftar dan sebagainya...

bukankah SPA dah umumkan semasa sambutan 50 tahun SPA berkenaan boleh memohon untuk ke skim PTD bagi skim2 lain yang berkenaan..
so rebutla peluang ini..

cikgu2 banyak cuti...ada sesapa bising?mmgla ada juga kerjanya masa cuti..
kalau dikira2 cuti cikgu hujung minggu tambah cuti sekolah ada 168 hari
org kerja di pejabat kerajaan boleh cuti 30 hari sahaja, itu pun kena mintak dengan bos...
cikgu2 kena apply cuti ke???

cikgu2 byk buat direct selling
legal tak tuh?

realiti keja dgn perkhidmatan awam skrg kena bersedia sepamjang masa..
so kena bersyukur dan bersabar.. bila kita rasa kita susah, ada org lain klagi susah dr kita sebenarnya...

sorry bukan blame cikgu
tapi bila dah macam nih, kita kena berbalik kepada niat sebenar nak jadi guru tu...

Dr Azwan said...

anonymous : 1. Itu saya setuju. Jangan dengar cerita buruk sahaja. Bos saya masa di Plastik Surgery sangat terkenal sebagai seorang yang digeruni di seluruh HKL. Dia akan komen apa sahaja yang dirasakan betul walaupun pada pendapat orang lain ianya tidak. Pendek kata, jangan buat pasal dengan dia. Dengan kedudukan Jusa A nya, tentulah tiada siapa yang berani melawan. Saya dilantik menjadi pegawai ISO dan Pegawai Akkreditasi, Jabatan Bedah Plastik ketika itu, terpaksa melalui pelbagai ketidak puasan hati nya. Tetapi setelah bekerja lama dibawahnya saya dapati beliau seorang yang sangat mengambil berat kakitangannya dan tinggi dari segi prinsip. Sehingga sekarang saya anggap dia sebagai mentor, walaupun kebanyakan kakitangan HKL tidak suka padanya. There is always 2 sides of a story.

2. Pasal anak murid tak respect guru, saya ada tulis spesifik artikel pasal cerita murid menampar guru. Tetapi itu adalah pandangan peribadi saya.

3. Saya bersetuju bahawa birokrasi boleh terjadi di peringkat Admin. Itu sebab ramai orang suka berurusan terus dengan pegawai kerana banyak keputusan dilaksanakan di peringkat pegawai. Cuma, kepimpinan melalui teladan. Jikalau pegawai kencing berlari (kerana orang atasnya kencing berdiri), orang bawahan pun boleh terkencing di dalam seluar sambil melompat. Jikalau pegawai ambil rasuah, anak2 buahnya pun akan ikut serta. Duit kopi atau duit rokok. Ini kan biasa didengar di sesetengah jabatan kerajaan.

Orang baru habis belajar :
1.Betul tu bang. Cikgu memang banyak cuti. Itu sebab saya kahwin ngan cikgu. :).

2. Tapi kalau cikgu yang beribu2 tu kerja (time cuti sekolah)tapi anak murid tak ada - apa yang cikgu nak buat? hehe. Nak tolong kutip sampah pun sampah tak ada. Buat program sukaneka antara cikgu? Nak tolong saya sunatkan budak, ramai pulak cikgu pompuan tak kahwin lagi...hehe.. Atau hapuskan cuti cikgu - tapi hapuskan sekali cuti budak2 sekolah... Ada kang mak bapak yang mogok... So, kena cari jawapan untuk masalah ini... Ada cadangan?

3. PTD memang bagus untuk dilaksanakan untuk melicinkan Jabatan. Saya amat yakin idea dan cadangan untuk memperbanyakkan PTD di dalam kementerian juga datangnya dari orang PTD juga.. (ada cakap - senang PTD nak naik). Apa pun, saya berpendapat ia adalah proses birokrasi lebih daripada PTD. Ia juga adalah kepintaran/kreatif seseorang pemimpin di dalam jabatan atau kementerian itu di dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.

4. Apa pun jikalau dijalankan di Kementerian Pelajaran, Pendidikan Tinggi atau JKR mungkin sesuai. Tapi di Kemeterian Kesihatan, saya agak ragu2 keberkesanannya. Namun, saya rasa Dato' Dr. Ismail Merican telah menuju ke arah itu. Dengar cerita quota doktor untuk public health telah banyak dikurangkan dan elaun kritikal pun dah kena tarik kalau masuk admin.

Anonymous said...

from:org baru habis belajar referred above..

dr,
cikgu2 terpaksa datang kerja time cuti tuh, ada sebabnya..
bukan kah gitu???
time sekolah anak2 murid ada...
kena mengajar...

kita kena ingat semula tugas guru adalah sebagai pendidik..

nak jadi pendidik, bukannya datang2 sekolah terus mengajar...
perlu ada persediaan..
then masa cuti sekolah, budak2 takda, cikgu bolehla buat kerja dengan amannya...
boleh berbincang sesama guru ttg perancangan masa depan sekolah tuh sendiri atau beberapa murid yang bermasalah dalam sekolah tuh..

makcik saya cikgu..
dengan senang hati dia dtg ke sek time cuti buat kerja..
sbb dia pun rasa mmg waktu sekolah budak2 ramai, masa tuh guru2 perlu bersedia apa2 perlu untuk kebajikan anak muridnya di waktu sekolah.. so saya juga as org yang pernah jjd cikgu sementara mmg terasa tak cukup masa untuk preparation mengajar...
takkan nak bawa ke rumah kut..
di rumah banyak lagi tanggungjawab lain..lagi2 kalau perempuan, dgn suami dan anak2nya..nak uruskan rumah lagi...

bagi saya itulah keperluan datang ke sekolah time cuti sekolah dan bekerja...
dan setahu saya cuti sekolah actually meant for murid, but for a cikgu as a release time and to get prepare for the next agenda in your schedule as cikgu...

bukankah gaji cikgu (I mean cikgu skrg yang berdegree) skrg nih lebih kurang je dengan gaji pegawai kerajaan...banyaklah jugak kurang nya, tapi kerajaan skrang dah tetapkan gaji org berdegree ada had terendahnya..campur elaun semua boleh dapat 2k lebih jugak kan???
kalau ikut gaji hari adalah dapat sampai rm1## jugak kan..
itu kalau kerja hari2
kalau tolak cuti sekolah dan cikgu tu pulak benar2 bercuti..tak ke dapat bilnd gaji namanya tuh???

ish2, cikgu2 mmg kena muhasabah semula..
dulu2 mmgla, lepasan spm pun dah boleh jadi cikgu,
apa2 pun mmg kita kena balik ke akar umbi semula..
niat nak jadi cikgu tuh utk apa...
yang cikgu2 skrg ni lain cerita pulak, sbb gaji skrg tinggi adakah itu sbbnya ramai nak jadi cikgu..adakah kerana cikgu banyak cuti...
itu, dr azwan mungkin boleh buat entry satu tajuk lagi...

(kalau nak tau, org kerja pejabat kerajaaan skrg nih tak boleh makan lepas pukul 8, sapa ke kantin kul 10 kena amik nama..)-mmg dah dimulakan di beberapa jabatn kerjaan..

so cikgu2 tidak perlu terlampau bising.. time takda kelas boleh gi kantin kejap makan

Anonymous said...

satu lagi dr,
pegawai kerjaan yang baru masuk kerja skrg nih pun dapat gaji lambat dalam 2-3 bulan juga..
bukan cikgu je gitu...

from:org baru habis belajar

Anonymous said...

duit kopi? duit rokok? hmmmm..saya tidak biasa mendengarnya kerana saya tidak suka kopi & juga bukanlah seorg perokok. kih..kih..kih...

Dr Azwan said...

org baru habis belajar :
1.Persedian mengajar memang perlu ada. Oleh sebab saya juga pernah jadi cikgu selama 1 bulan di sek men keb Chini saya tahu sangat pentingnya cikgu membuat persediaan sebelum mengajar.

2. Tetapi kalau cuti 2 bulan panjangnya, tak perlu buat persedian mengajar sampai dua bulan. Adakalanya cikgu ni akan dipanggil 2-3 minggu sebelum habis cuti sekolah untuk datang buat persediaan, samada meeting ke, atau buat program orientasi untuk pelajar baru, menguruskan buku teks pelajar baru, dan urusan-urusan lain.

3. Isteri saya tahun lepas hanya bercuti selama 2 minggu, bakinya dia terpaksa menjaga peperiksaan SPM. Ada yang tidak cuti tetapi diminta untuk menjadi guru pengawas peperiksaan. Ada juga yang menanda kertas peperiksaan.

4. Ada guru seperti pengetua, penolong pengetua atau orang2 atasan di dalam sekolah yang kena datang sekolah walaupun cuti sekolah (mungkin makcik awak sekali) setiap hari. Kerana mereka adalah orang yang akan menyiapkan jadual, bermesyuarat dan menyiapkan pelan pembelajaran dsbg. Kalau pengetua ni dibenarkan cuti sekolah juga, saya teramat yakin diorang pun antara org yang awal2 balik kampung.

5. "bukankah gaji cikgu (I mean cikgu skrg yang berdegree) skrg nih lebih kurang je dengan gaji pegawai kerajaan..." - Untuk pengetahuan semua, nama lain untuk jawatan guru ialah : PEGAWAI Perkhidmatan Pendidikan (siswazah). So sebenarnya mereka ni pegawai kerajaan. Serupa juga dengan doktor - jawatan mereka ialah pegawai perubatan.

6. Kita kena faham, tak semua orang masuk politik nak berbakti kepada masyarakat. Tak semua askar masuk askar untuk mengorbankan nyawa kepada negara. Ada mak ayah bayar berjuta hantar anak ke India untuk anak belajar jadi doktor tapi akhirnya anak tak tahan jadi doktor kerajaan dan akhirnya jadi penjual ubat batuk dan dadah kat tepi jalan. Cikgu pulak antara profession paling ramai di Malaysia. Ramai je adik beradik kita yang tak dapat kerja akhirnya mintak jadi cikgu kerana dah tak dapat cari kerja lain. Tetapi agak tidak adil utk memperkotak katikkan profession perguruan oleh kerana itu.

7. Saya tak setuju kata cikgu makan gaji buta (selain daripada nak defend bini sendiri.. heheh :) )

Cuti sekolah itu adalah hak guru. Dia memang boleh nak ke pejabat, tapi kalau dia tak ke sekolah pun kita tak boleh salahkan dia. Dah undang2.

Macam doktor, ada doktor pakar bedah otak yang kerja sampai 48 jam tanpa henti. Ada yang tiap2 hari kena datang hospital tak kira Sabtu atau Ahad. Tapi ada doktor pakar contohnya pakar psikiatri dan pakar pathology yang masuk pukul 8 balik pukul 5 pm. Sabtu Ahad main ngan anak. Itu dah memang tugas dia cam tu. Marah depa orang kata dia makan gaji buta..

Tapi bagus juga ada seorang dua cikgu yang datang ke sekolah waktu cuti sekolah kan... Maklumlah bosan duduk kat rumah. Kalau gi sekolah bleh jumpa pengetua... Untung2 makan lunch sekali.. kekeke. Tapi skarang nak naik pangkat cepat pun kena duduk exam PTK... hehe. Kembang hidung pengetua sekolah kalau ramai guru datang sekolah time tengah2 cuti.

8. Saya setuju dengan pendapat awak, ramai wanita yang ingin jadi cikgu sebab cuti dan waktu kerja yang sikit. Mungkin itulah sebab ramai wanita du dalam bidang ini.

Guru adalah kerja yang ideal bagi wanita. Tugasnya kena sabar. Banyak ragam anak ngan ibu bapa yang perlu dilayan. Alangkah baiknya seorang ibu itu adalah seorang guru yang boleh mendidik anak sendiri menjadi manusia yang berbakti. Malah dengan cuti yang panjang, anak2 dapat bersama ibu2 mereka di rumah. Ini membentuk masyarakat yang penyayang dan harmoni.

9. Budaya di plastik surgery HKL, tak boleh ke kantin dah start 3 tahun dulu. Malah kami kena punch in pukul 7.15 pagi dan punch out 5.30 p.m. walaupun pejabat lain masuk pkl 8.00 a.m. dan boleh balik 4.30 p.m. Seperti saya katakan sebelum ini, kepimpinan melalui teladan.

Dr Azwan said...

Anonymous : "duit kopi? duit rokok? hmmmm..saya tidak biasa mendengarnya kerana saya tidak suka kopi & juga bukanlah seorg perokok." - Alamak saya suka minum kopi....!!

Anonymous said...

guru atau doktor, bukan tu saja profession dalam kerajaan. guru, doktor, nurse, tentera lebih bertuah mungkin sebab mempunyai kementeriannya sendiri. banyak lagi profession dalam kerajaan yg tentunya mempunyai 1001 dugaan & cabaran yg perlu dihadapi. kalau guru rasa jawatan mereka sangat mencabar, masih ada lagi profession lain yg 10x atau 20x lebih mencabar dari mereka. tapi jarang sangat la nak dengar golongan2 ni merungut.

ada betulnya kadang2 org kata guru manja sangat. mungkin guru kena duduk & rasa sendiri posisi jawatan lain dalam kerajaan seperti jurutera, doktor, nurse, tukang, polis, tentera, arkitek, pegawai IT, surveyor, etc. sesekali perlu muhasabah diri sama ada mereka bertuah atau tidak. bersyukur la. walau apa pun guru buat, profession guru tetap dipandang tinggi di mata masyarakat.

Anonymous said...

sya suka baca artikel and comment doktor ttg tajuk ni..

sbb sya juga adalah isteri kpd seorng guru sekolah. Suami sya lpsan KPLI.

Terima Kasih doktor sbb tlg mendefend kan mereka yg bergelar guru.

1st time posting husbnd saya 6 bln tertangguh tak dpt gaji. Bkn nk tunjuk mrungut kat sini ek just bagitau nk share. Suami sya tak mrungut..sbb dia jnis sabr, tak bnyk songgeh.

KLuar rmh kul 6.30 , besenya kul 5 baru balik ..pling lewat kul 7. Coz meeting, latihan rmh sukan, latihan bdn beruniform, latihan itulah inilah...

Weekend dlm sbln wajib 2-3 kali sabtu ada aktiviti sekolah. Maulud nabi, gotong royong, blm lagi ada yg ada aktiviti adhoc..

Menanda kertas peperiksaan tidak dibenarkan dibuat disekolah. Kna buat kat rumah. Belum lagi mereka dibeban kan dgn tugas2 pengkeranian dan dukomentasi serta laporan. Tu pn kna buat kat rmh. Eh klu jabatan lain seornag pegawai msti ada kerani. Tak pn 3 peagwai berkongsi satu kerani. Kat sekolah guru dah lah kena mngajar, buat persediaan lagi pastu kena jadik kerani lagi. Blm lagi tugas sampingan, guru stor, guru perpustakan, penyelaras tingkatan, guru ko kurikulum, guru bola sepak. Rehat hanya waktu makan dan solat. Tu pn kadang terkocoh kacah mngejarkan kelas nak mula, nak meeting.

So pls jgn kata guru keja dia mngajar jer yer...banyak lagi tugas dia yg terbeban dlm seharian. Dri celik mata smapi tutup mata...tu pn tidor lewat smpi lewat mlm sbb siapka kerja. Kang tak hantar laporan kan dicop guru bermasalah lak. Klu time cuti sekolah tu lah btul2 waktu mereka berehat. Kasik lah mereka ruang bernafas, lihat lah perkara ini dari sudut +ve. Kenkadang pn waktu cuti tu pn mereka sibuk, bkn leh rehat (bak kata org makan gaji buta) kna jaga periksa PMR, SPM, STPM. Pastu kna tanda kertas lak. Kenkadang kna attend kursus. Sudahnya cuti tu tinggal begitu sja, serupa mcm tak cuti.

Sya dan suami cuma manusia bese. Ada tanggunjawab dan peranan sebagai masyarakat, ank, ibu bapa, dan sbg suami isteri. Suami klu sebelum matahari terbit dah keluar rumah dan pulang bila matahari dah nak tenggelam nak bermasyarakat apa nya. Kat rmh lak..sblh malam sibuk lah nak siapkan kerja sekolah. Bila lak masa utk anak dan keluarga? Sebagai isteri sya bersabar jer..walaupn kadangkala sedikit terkilan. Suami tidaklah tiap hari ngadap kerja sekolah jer, pepandailah dia manage, cuma klu ada perkara yg urgent2 ni yg trpaksa lah di stay up. Kasihan tgk dia..

Sya mmg menetapkan every month msti blik kg mnjenguk org tua slgi masih ada..itulah masa utk mghargai mereka selgi masih ada peluang.

Sya agak trkilan, sbb kadang kala nak blik sbulan skli pn payah..disbbkn suami prlu komitmen kpd sekolah pada ptg jummat dan hari sabtu.

Ramai yg diluar sana suka memperlekehkan tugas sbg guru. Kalau ibu bapa sndiri dah tak hormat guru inikan pula anak murid. Cuma sya nasihatkan sblm komen tugas org, cermin diri sendiri dulu. Adakah sebagai ibu bapa kita sudah melaksanakan tugas dan amanah sebaiknya?

Kita cek tak buku anak2? apa ada dlm beg anak kita? buat atau tidak homework yg guru berikan. Kemana lps pulang sekolah? ada kita buat sport cek kat pusat tuisen? Mgknkn ada yg kata.. "eh msti lah cek.. semak home work diorg.." Mgkn tu msa darjah 1, 2, 3. Bila ting 1, 2.. mereka sudah lupa rutin tu semua.

Tahun lalu suami sya bercerita, seorang ibu berbangsa india, telah dtg kesekolah mencari suami saya. Sbb anak dia kata cikgu rotan , jadi tgn bengkak tak boleh nak tulis@buat homework. Naif sungguh ibu ini, dtg sekolah marah2. Husbnd saya tanya, makan boleh tak? boleh dia jawab. Eh boleh pulak.. klu nk tulis tak boleh ini kan pula makan. Sah-sahlah menipu kan. Husband sya ckp, dah bertahun dia merotan budak2 nakal. Memanglah skit, tapi diorg realise mistake diorg. Tidaklah jadik kes mcm satu ni. Itu sbg contoh pling simple ibu2 moden sekarang. Murid india tu memang terkenal kenakakalnnya di sekolah. Kat rumah dia baik lah tu, sbb mak dia tak tau. So husbnd saya pn story lah kisah si anak murid pd ibunya sendiri. Dah jdi sesi kaunseling lak.. trus mederai air mata sibu mengenangkan perangai anknya. Si ibu kurang beri perhatian pada anak, so disekolah dia memberontak. Saper yg susah..guru gak kan.

Saya nak menjawab tentang membandingkan tugas lain yg lbih mencabar spt jurutera, arkitek dan lain-lain. Perlu di ingat setiap kerja itu mempunyai cabaran nya sndiri. Saya ceritakan hal sebenar teman sya sndiri. Dia adalah seorang jurutera. Bekerja di bwh sykt JEPUN(well known how they working). Dek tak larat bebanan kerja yg melampau, terpaksa overtime jer so dia decide mohon KPLI. Setelah dia jadi guru, dia rsa kesal sgt sbb lbih baik dia kerja dgn mesin dan komputer dari pada berhadapan dengan kerenah anak-anak murid. Tak semua org boleh jadik guru. Jgn perlekehkan mereka.

Seperti dr. azwan nytakan, profession perguruaan merupakan profession paling ramai. Dah tentulah bila dah ramai tu macam2 ragamnya. Sbb bila mereka ramai, bila bersuara bnyk lagi yg bersuara. Sbb tu nmpk mcm golongan ini banyak komplain. Cuba klu jawatan lain ramai mcm guru dah tentu sma juga halnya.

Pegawai PTD tak perlu diserap di dlm jabtan pendidikan. Cukup2 lah pegawai yang ada sekarang. Kalau nak jugak sila ambil mereka dri kalangan guru secara knaikan pangkat. Bila org luar yang tak de pengalman bidang perguruan dia akan menganggu sistem pengurusan, sbb kurang arif dgn budaya kerja bidang perguruan.

Saya juga tidak menolak bila terjadinya guru2 yang bermasalah seperti ponteng, memukul anak murid secara emosional, tidak dtg mngajar, datang lewat. Bagi sya itu adalah maslah individu dimana boleh trjadi pada sesiapa sja apa pun profession mereka. Takan tak prnh dengar kes kecuaian doktor(doktor azwan jgn terasa tau!)? enginner buat design jambatan retak?. berapa ramai antara kalian perasaan yg paper ada klauarkan notis kpd mereka2 dijabatan kerajaan yg tidak dtg kerja ada mslah displin. Mereka tak ramai..so tak barapa nmapk sgt lah kan.

Menjawab persoalan utama artikel dr azwan. Sebagai sebuah kementerian seharusnya mereka mengetengahkan formula-formula utk pnyelesaian isu-isu yang dibangkitkan...utk situasi win-win. Tuntutan NUTP tu rasanya dah mkn bertahun-tahun lamanya. Thats why NUTP sekarang makin ageresif...sbb dah bosan kmenterian buat dek jer.. Mereka yang diluar sna yg mengatakan guru asyik menyalak(ya Allah hina nya guru,patutla anak murid bnyk kurang ajar skang ni..sbb mak bapak pn tak terajar) pernah kah anda tanya mereka apa masalah nya..sebenar2nya sehingga mngundang ketidak puas hatian. Cth lah.. seorang ibu ada dua anak, seorang dilayan bagai anak emas yang seorang lagi ala kadar jer. Mstilah yg sorang lagi sedih bila ibu tadi berlaku tidak adil. Seolah-olah diketepikan, tidak disayangi.

Tidak ada isu politik dalam ini. Guru tak amik pusing pn tentang gosip2 beliau spt dinyatakan. Guru2 sibuk mengajar disekolah. Tetapi kredebilit Dato' HTHO ini sbg menteri pelajaran diragui. Jawapan demi jawapan dari beliau mncerminkan rapuhnya pengurusan beliau sbg Menteri Pelajaran.

Itu blm citer bab makmal komputer terbengkalai, terbaru bumbung dewan sekolah mana ntah runtuh.. Ni salah siapa ni? kementeriaan?JKR?Kontraktor? 3 tahun lalu saya ada buat lawatan ke sekolah menegah di daerah Kota Tinggi. Sekolah tu agak cantik ..tapi jauh sikit dri bandar. Di hujung bagunan saya terlihat timbunan pasir. So sya ringan mulut bertanya, nak buat building lagi ker? Entahlah.. dgr kata nak buat makmal komputer, dah bertahun tapi pasir je yg sampai. Geleng kepala saya dibuatnya bila dengarkan jawapan itu....

Kementerian Pelajaran harus lah buat satu anjakan paradigma, melihat maslah2 guru dgn lebih telus. Mengubah mana2 pengurusan yg sesuai. Mengkaji semula pelarasan gaji, agar tiada guru yg tertindas. Menkjai semula pemberian kola kpd guru diluar bandar. Terutama yg jauh diceruk kg, dimna nak ke pekan terdekat pn lbih kurang 60-70km. Kasihan mereka..pergi balik jer dah baper duit minyak.

Alamak panjang pula celoteh sya kali ini. Maaf dr. azwan. Ini hanya luahan hati seorang isteri kpda seorang suami yg bergelar guru.

azwin said...

Salam doc,

Bagi saya, kita sebagai ibubapa adalah guru pertama yg terbaik utk anak2 kita sendiri kan?

Utk apa beri makan minum dan pakaian mewah kalau jiwa anak2 kosong dan sepi dar belaian kasih dan sayang?

Ramai dikalangan kita kata kat anak2, "yg aku sibuk kerja siang mlm nih sebab utk kesenangan koranglah!" Eh, betul ker anak2 akan senang yg sebenar2nya senang? Kita bukan tak biasa jumpa anak2 yg melarat tp 'nampak' bahagia wlp makan minum tak cukup, pakai tak bergaya, tp sebab sentiasa di sisi emak. Celik mata cari mak, nak makan masakan emak, balik sekolah mak ada dlm rumah, ni mak yg betul2 punya mak lah, bukannya jenis emak yg menyemak, duk rumah tp tak reti nak buat apa2..

Apa yg saya perhatikan dari zaman saya masih dibangku sekolah lagi, kebanyakan anak2 yg bermasalah inilah yg menjadi kudis dan kurap malah barah pada keharmonian sesebuah sekolah.Lebih malang bila parents mereka mengaku anak2 dia seorg yg baik dan dgr kata, ya lah dgr kata sebab mak bapaknya mcm singa jadian nak buat apa? kat rumah menikus tp bila kat sekolah mereka merimau!

Suatu waktu dulu, saya pernah menegur seorg makcik yg berkeras menghantar anaknya kesekolah padahal sedang dikuarantin kerana demam cacar berair, apa makcik tu jawab dgn wajah slumberlandnya tanpa sedikit rasa bersalah, "kalau dia kat sekolah tak bingit telinga aku, kat rumah gasak gaduh aje!!!"

Padahnya dgn saya2 sekali kena demam cacar tuh! bertanda sampai sekarang!

Sekarang ni pun saya sering terdengar betapa tak sabar2nya para ibu bila musim cuti sekolah akan berakhir,kata mereka, "kalau sekolah lapang bijik mata aku! kat rumah menyemak jer!!! sampai nya hati mereka, spesis inilah yg menganggap sekolah adalah tempat melambakkan anak2 yg dianggap semak samun bila dirumah..buat anak pandai!

So, bayangkanlah betapa guru2 akan berhadapan dgn anak2 yg tidak diingini kehadirannya dirumah sendiri!

Terkini kisah guru disiplin ugut gurubesar(?) dgn parang gara2 fitnah pelajar2 nakal..malas nak komen sikap GB yg bang to ngang tuh!

Begitu pun saya masih tak dpt lupa kisah disekolah rendah dulu,ayah selalu komplen buku latihan saya tak pernah bertanda! mcmana nak bertanda kalau tak pernah hantar? Mcmana nak hantar kalau cikgu tak pernah kisah? dari hari kehari, minggu menjadi bulan, tiapkali siapkan kerja sekolah, cikgu dah belah, tak tau kemana...

Sampailah suatu hari sekolah akan dilawati oleh nazir sekolah, hah kau, gabrah tahap memerang berlari atas air si cikgu tu nak menanda buku2 yg dah menimbun2 banyaknya pasal takut kantoi!! sampai lencun baju yg dipakai, ada jugak yg kami terpaksa tick sendiri....

Akhirnya, dah tak larat sgt dia mengamuk sendiri!!kami yg disalahkan pulak, habis semua satu kelas kena berdiri atas MEJA utk disebat, tp...bila tiba turn saya cikgu terdiam, dia kata alahai, comel pulak budak nih, kang kalau aku libas sure berdarah punya kaki dia nih, fuuh...selamat saya, tp kawan2 lain tentulah jeles giler, sian depa...bayangkanlah dua btg pembaris tu kalau hinggap kat betis saya gerenti meleleh darah, saya perhatikan betis2 kawan2 saya dah naik bintat2, kalau kena hayun sekali lagi gerenti berdarah punyalah, pukul mendidik dgn pukul lepaskan geram kan tak sama kot?

Kemudian bila bulan puasa lagilah...dgn buku2 sekali ikut puasa..cikgu tu balik2 kata, ha..buat kerja masing2 ya, cikgu ada hal sikit (hari2 punya sikit da...), dah bosan2 tuh saya dan beberapa org kawan pi lah ke library, konon nak baca buku2 cerita apa2 yg patut la...sekali tuh terbau mertabak sedaaaappp sgt, terlentang terbalik iman saya bila terserempak cikgu tu sikit punya bagus sedang menyumbat murtabak yg aromanya aduhai tu kedlm mulutnya yg luas...he..he..

Dr Azwan said...

Azwin : tugas pendidikan adalah kesinambungan rumah ke sekolah. Sebagaimana kita di rumah sebegitu juga pendidikan di sekolah. Apapun semuanya bermula dari rumah.

Dr.concern said...

bandingkan beban kerja guru dan beban kerja seorg doktor di hospital...tuan punya blog should have known better...tapi tk dengar ler pulak para doktor ni menyalak mcm guru2...

guru2 terlalu manja sgt..
lembikkk...

April 4, 2008 6:38 PMbandingkan beban kerja guru dan beban kerja seorg doktor di hospital...tuan punya blog should have known better...tapi tk dengar ler pulak para doktor ni menyalak mcm guru2...

guru2 terlalu manja sgt..
lembikkk...

April 4, 2008 6:38 PM

Pasal ni aku nak komen skit,doktor tak jadi doktor klu bukan kerana guru,angkasawan tak jadi angkasawan klu tak kerana guru.klu rasa2 guru di Malaysia ni tak bagus, jangan antar anak ke sekolah, ajar je sendiri kat rumah.klu tak pun jadi guru je supaya tahu macamana susahnya didik anak zaman sekarang.MIND YOUR LANGUAGE!!..

Anonymous said...

Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita

Related Posts with Thumbnails