Monday, April 28, 2008

Awas Doktor Palsu!




Assalamualaikum...

Menarik kerana di dalam kosmo hari ini diperkatakan mengenai ramai doktor-doktor palsu yang terdiri daripada pemegang ijazah PhD yang membabitkan pakar motivasi dan pakar perubatan alternatif.

Ada pula doktor yang tidak diiktiraf ijazahnya bekerja di hospital swasta. Baca pautannya di sini:-


KUALA LUMPUR – Laporan Kosmo! mengenai temberang doktor falsafah (Ph.D) membabitkan pakar motivasi dan pengamal perubatan alternatif membawa pula kepada pendedahan ada doktor palsu ‘dilahirkan’ di negara ini.

Masalah itu wujud disebabkan terdapat sekurang-kurangnya 17 program pengajian perubatan tidak diiktiraf dengan graduannya ada yang bekerja di hospital swasta.


Ia didedahkan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim yang memberitahu dia sendiri menerima laporan berhubung penipuan tersebut dari seorang rakannya, seorang pakar dalam bidang perubatan terkenal.


Kelahiran doktor-doktor falsafah palsu di dalam bidang perubatan alternatif itu saya kira bukan masalah yang besar walaupun pada hakikatnya mereka menipu orang ramai menggunakan topeng PhD mereka. Ini kerana mereka kebanyakannya tidak memberi prekripsi ubat di yang terdiri daripada racun berjadual. Malahan mereka mempunyai produk-produk yang mereka "cipta" sendiri yang kadang-kadang itu lebih "popular" daripada ubat-ubat yang sedia ada di hospital. Kadangkala ubat-ubat "ciptaan" mereka ini memenuhi ruang iklan surat khabar dan menjadi masyhur seantero Malaysia dengan janji penawar 1001 macam penyakit.

Bidang motivasi yang bercambah seperti cendawan yang menjadikan bidang motivasi lubuk kekayaan. Anda perlu untuk mendapatkan gelaran "doktor" agar nama anda dikenali di bidang motivasi. Oleh itu terdapat doktor motivasi yang palsu mendapat gelaran "doktor" dengan cara menipu. Ini tidak membawa kepada keberkatan rezeki. Baca cerita ini tentang kisah pakar motivasi terkenal yang diketahui mendapat PhD palsu.

Yang lebih menakutkan adalah doktor-doktor perubatan yang tidak diiktiraf atau lebih mudah tiada lesen APC atau Annual Practicing Certificate (APC) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Doktor yang tidak diiktiraf ini sudah pasti tidak pernah mendapat pemerhatian (supervision) daripada pakar terlatih semasa di hospital. Apakah yang akan berlaku jika anda meletakkan nyawa anda di dalam tangan mereka?

Hospital swasta (atau klinik) yang berkenaan sepatutnya diambil tindakan sekeras-kerasnya, didenda dan digantung lesen agar memberi pengajaran yang sepatutnya kepada hospital swasta yang lain. Malah, kesalahan ini adalah 10 kali ganda lebih serius daripada kes Dr Basmullah yang dipenjarakan kerana tidak mempunyai lesen klinik (tanpa amaran pulak tu) tetapi merupakan doktor yang mempunyai APC yang sah dan mempunyai pekerti yang baik.


Salam.

4 comments:

Queenie said...

Hai doc, macamanalah org2 yg cam saya ni nak tau doktor2 yg kami temui tu palsu atau tulin? masalah betullah ni...

Lainlah kalau ada ditampal chop kat dahi memasing....

Dr Azwan said...

Azwin : boleh cadangkan kat Menteri Kesihatan yang baru :)

Anonymous said...

Dr. Azwan,

Saya nak tanya. Kalau kat hospital kerajaan, untuk releasekan ubat dari dispensary, doktor-doktor kena sign kan?

Nurse boleh ke sesuka hati ambik ubat dari dispensary? Especially ubat macam pain killer.

Dr Azwan said...

Naqdlique : Kat dispensary Hospital doktor kena sign dan di counter sign oleh pharmacist.

Tak boleh suka2 hati termasuk pain killer.

Related Posts with Thumbnails