Wednesday, April 23, 2008

Komen Pilihan - KLCC Tiada Pengiktirafan Halal




Assalamualaikum,

Maaflah 2-3 hari ni kita bincangkan pasal artikel yang saya tulis tempoh hari iaitu samada makanan di restoran 5 bintang halal ataupun tidak. Di sini terdapat satu lagi komen menarik untuk saya terbitkan iaitu daripada seorang yang menguruskan tentang makanan di KLCC. Beliau juga telah memperbetulkan tentang fakta di dalam artikel saya iaitu - bukan 5 dapur tetapi 6 dapur di dalam restoran 5 bintang ini iaitu - Dapur Melayu, Barat, Cina, Cold, Fusion dan Pastry. Saya cuma dapat tangkap 3 sahaja. Terima kasih sekali lagi.

Tuan,

KLCC Tiada Pengiktirafan “Halal”

Saya telah diarah majikan saya untuk mengurus majlis keramaian di Dewan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan antara jemputannya adalah tetamu dari Timur Tengah dan Eropah. Maka saya disyorkan supaya mengatur hidangan antarabangsa halal.

Dalam urusan saya dengan pihak KLCC, saya dimaklumkan oleh pihak KLCC bahawa hanya makanan keluaran dari “Malay Kitchen” yang ada sijil halal dari JAKIM, manakala lima (5) dapur lain (barat, cina, fusion,cold dan pastry) tidak mempunyai pengiktirafan “halal”. Pada pandangan saya, lebih penting dapur selain "Malay Kitchen" lebih memerlukan pengiktirafan "halal".

Saya berhubung Pengurus KLCC, En Rizal Razali mengenainya dan beliau menegaskan bahawa KLCC tidak perlu pengiktirafan “halal” kerana KLCC adalah hakmilik Petronas yang sudah diberi kredit ISO. Itu pun adalah kenyataan yang KLCC tidak perlu memohon pensijilan “Halal”.

Untuk memperkuatkan tidak perlunya pengiktirafan itu, En Rizal menegaskan juga bahawa KLCC telah banyak kali mengadakan majlis untuk beberapa organisasi Islam tanpa sebarang pertanyaan.
Beliau yakin bahawa pembekal-pembekal KLCC semuanya mempunyai sijil Halal.

Dengan maklumat yang saya terima dari pihak KLCC, saya sedar betapa mudahnya Islam diambil kira oleh masyarakat kita. Kalau bangsa kita “cincai” apatah lagi bangsa lain.

Setelah banyak saya dengar melalui radio dan di akhbar akan perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengembalikan hak dan maruah orang orang Islam, saya majukan kepada pihak tuan untuk tindakan wajar.


from : m...



Saya bersetuju pendapat dari M.. bahawa yang paling penting bukan dapur melayu yang perlu mendapat pengiktirafan Halal tapi 5 dapur yang lainnya. Masakan tradisional melayu tidak ada di dalam menunya daging babi goreng berlada, kerabu daging babi atau masak lemak babi cili padi, ataupun meletakkan alkohol di dalam kuih lapis atau kuih tradisional yang lain. Tambahan alkohol pasti akan mengubah rasa dan originalitinya.

En Rizal Razali dari KLCC begitu yakin tentang makanan yang dihasilkan oleh dapurnya di atas jenama ISO. Bagaimana beliau kaitkan kan urusan ISO dengan Sijil Halal JAKIM, hanya beliau dapat menjawabnya. Bak kata Tokki PPIM, kalau jawapan jenis penyapu (sweeping answer) ni diberi oleh orang Islam macam En Rizal ini tadi, kalau kita berdosa sebab makan najis berat ni, sekurang-kurangnya kita boleh hadiahkan dosa kita kepada dia.

Pendedahan ini menambah keyakinan kita bahawa apa yang dikatakan oleh PPIM dan 2 orang Chef di Radio 24 dan Chef Farid bukan perkara main-main. Kita mengharapkan sekali lagi JAKIM melihat isu ini dengan lebih serius dan Kerajaan Malaysia khusus Jabatan Perdana Menteri membuka mata mereka luas-luas dan menangani masalah ini ke akar umbi. Tiada gunanya kalau kedai kecil-kecilan diambil tindakan tutup dan sebagainya sedangkan babi dan arak dihidangkan di dalam makanan secara sembunyi-sembunyi di hotel-hotel besar tanpa diambil tindakan.

Kita tidak mahu konsep Halal-Hub ini sesuatu yang dianggap kosmetik atau dasar tepek-tepek padahal dari sudut penguatkuasaannya adalah kosong dan lopong.

9 comments:

Anonymous said...

emmm..kalau begini la caranya kita org melayu yang terang-terang orang islam ni (lebih-lebih lagi En Rizal tu )dengan begitu mudahnya memberi jawapan halal haram makanan ni, rasanya memang dah ramai la org kita termakan daging binatang ni.

Sekarang pulak makin banyak kandang babi merata-rata tempat.Yang nak dibela binatang alah tu punya la banyak. Hebat betul selera orang bukan Islam?

Atau pun dagingnya bukan untuk golongan tu semata-mata. Mungkin lepas ni betul-betul ada resepi masak lemak babi cili padi pulak.

Dr Azwan said...

Anonymous: (id anonymous tidak digalakkan) : Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Itu adalah faktanya. Pada pendapat saya, kalau yang tak jelas halal-haramnya kena jelaskan sampai ia jadi betul2 jelas.

Babi ni memang jelas haram walaupun kepada orang bukan Islam, itu sebab ada restoran bukan Islam tulis "pork free" kerana ingin menarik golongan pengunjung Muslim. Dan ramai pula orang Islam datang makan, padahal mereka tetap hidang arak, maka tetap tak halal... orang Islam tak sensitif arak.

Orang melayu Islam ni sejahat mana pun, taik judi atau taik arak, tetap tak makan babi. Mungkin orang melayu yang Murtad Islam dan masuk agama lain (ramai sekarang, Dato' Hairussani kata) pun takkan berani sentuh babi sebab ia adalah babi yang diharamkan Allah di dalam Islam dan arahan tu dah menjadi darah daging.

Itu hebatnya keharaman babi ni terhadap orang Islam. Jadi Babi memang jadi isu sangat sensitif kepada orang melayu. Mereka lebih sensitif tentang isu babi walaupun sah jelas kandang babi yang dibuat itu bukan untuk orang Islam dan suku sakat orang Islam.. padahal isu arak tidak begitu sensitif..kenapa?

Justeru, Yang lebih merisaukan adalah arak. Walaupun jelas haram tapi ramai orang kita tetap minum. Yang paling sedih, yang tak minum pun tak sengaja terambil di dalam makanan yang dimasak atau kek.. adakah ini disebabkan org Islam di atas sana tidak prihatin atau ?mereka pun sama-sama minum juga?.

Ramai juga tahu judi itu haram, tapi orang melayu gak yang penuh kat kedai Magnum dan Sport Toto petang2. Pengaruh arak dan judi di kalangan orang melayu Islam patut dikaji dan disebarkan..

WallahuA'lam.

Anonymous said...

yg terbaru saya baca, kenyataan akhbar tentang KLConveC ingin mendapatkan sijil2 halal bagi dapur2nya, atas sebab untuk menarik lebih ramai pelanggan2 dari mid-east.

In the end, duit juga yg menjadi penyebabnya, bkn rasa tanggungjawab.

Anonymous said...

yang jd masalahnya sekarang, pada kebanyakkan orang yang pemahaman haram tu babi. kalau bukan babi tak haram. Orang Melayu Islam lak bila kita tegur, dia jawab, "selagi tak nampak ngan mata kepala sendiri saya tak kisah. kalau terlalu fikir2 sangat semua benda tak leh makan." Camana nak cakap lagi ye... kebanyakkan yang bergitu berpelajaran tinggi...

Queenie said...

Kebanyakan yg mampu makan kat hotel2 tu pun mereka yg berpelajaran tinggi, tp saya yg suri rumah sepenuh masa ni pun kdg kala terpedaya jugak, ya lah saper sangka dlm tepung custard, dlm serbuk agar2, agar2 string, cheese, dll lagi ada jugak terkandung benda2 tak halal tuh, bila dpt info baru tersedar dah lama benda2 tu bermaustatin dlm darah daging, nauzubillah!

Seorg lelaki bangsa ca ya alif nun(baru jumpa sorang) yg menternak keli terusterang mengakui ttg betapa usus babi lebih murah dan mudah didapati utk dijadikan makanan keli,talapia (yg dia ternaklah) tu sebab keli cepat besar, bila tanya mana dpt idea? katanya belajar dari Thailand, maka saya terfikir ikan sepat masin yg besar2 dan tebal isinya tuh(berminyak2 di bhg perutnya) diimport dari sana, lalu saya pun berkata pada diri saya sendiri, mulai saat ini ikan tawar masin yg diimport akan dinyahkan dari menu dapur saya, ini pendapat saya sendiri, termenung saya mengenangkan nasib kita anak2 peribumi...

Anonymous said...

dr azwa,chef farid, bagaimana dengan pelembut roti/doh? saya dah search internet, dia kata buat dari emulsifier.. emulsifier ni ada halal/haramkan? mak saya jual kuih, bubuh dalam donut..mmg sedap, lembut je.... dia beli dari Bagus. pek besar. Brand Nur tak silap ada gak jual kat giant, pek kecik je. tak berbaloi lak utk meniaga....

ni nak share links..

http://www.islamicvoice.com/june.2003/glines.htm

http://www.afic.com.au/62.htm

Dr Azwan said...

azwin : kalau ikan tentulah kita jijik nak makan yang bagi jenis perut babi atau ada yang bagi daging babi seekor masuk dalam kolam. eee..

Tapi kalau ikut hukum, ikan tuh boleh makan kan..? Sebab ada jer ikan kat sungai liar yang makan mayat orang mati atau kucing mati.. (mengikut cerita kawan saya yang duduk kat Sarawak).

Kita je yang jijik... saya pun kalau boleh tak nak makan.. geli..

cfikir : saya tak pasti. Saya beli kat Bake With Yen pun dah siap pek kecik2.

Queenie said...

Tu la doc, mmg dari segi hukum masih boleh dimakan, bayangkan ikan yg gemuk2 masa lepas tsunami dulu, tp...alahai...

Saya bukanlah nak lepaskan diri sendiri kerana mmg saya tak reti nak makan segala jenis ikan air tawar nih, bila dah jadikan ikan masin(sepat jer la) boleh plak saya makan, esp goreng berlada atau lemak ciliapi ngan nenas, cuma skang nih, bye bye la...masih byk makanan lain lagi kan?

Dulu bila duduk sorang2 saya suka makan kuaci,sampai cam ketagih, dah puas makan, baru tau kuaci tu rupanya diperam ngan arak, ada tertulis kat bungkusan tu dlm tulisan cina (sepupu saya sekolah cina). adui la...

Pastu masa saya beli brg keperluan dapur, ada seorg wanita cina bertanya samada saya pernah gunakan pencuci pinggan mangkuk yg dlm bentuk gel tuh, saya kata saya tak pernah guna samada yg jenis cecair atau gel, wanita itu pun kata,'look, no tanda halal here (pada pencuci gel tu)..'.

'Yeah, but why?'

'Well...muslim esp malays should more alert abt this one, halal n suci does not for foods only...assalamualaikum'

Terpana saya doc, bagai terkena renjatan, pedih hati saya...saya tak pasti kebenaran kata2nya, tp kalau lah sungguh bagai dikata, masakan Jakim terlepas pandang ttg hal ni.

Saya fikir, selain memulau produk Belanda(hu..hu..datuk saya org Belanda), byk lagi yg kita kena pulau sebab selagi permintaan ada, sipengeluar akan terus dgn labanya tanpa peduli apa pun.

Tak salahkan mereka, apa nak dikata bila yg sepatutnya menjalankan tugas dgn amanahnya sering berkata,' kami tak ada kuasa bla..bla..). Peliknya, kalau tak boleh nak guna kuasa, habis kuasa sebenar ditgn siapa ya?

Ibu saudara saya (ooopps, ni pun saya pinjam add dia dgn izin), pernah berbual2 dgn Dr Zainol ttg hal ni...mmg rasa hampeh la..

Tak sabar nak tunggu bila Dr Zainol dpt jayakan produk2nya yg diyakini halal lagi suci, harap2 Allah terus kekalkan jihad dlm jiwanya, amin.

Dr Azwan said...

Azwin : saya pun tak tau kuaci ada arak. Thanks kongsi...

Related Posts with Thumbnails