Wednesday, April 9, 2008

MENJAGA HATI



Assalamualaikum.

Hati. Semua manusia mempunyai hati. Hati menjadi subjek utama di dalam pelbagai bidang pengajian. Di dalam lirik-lirik lagu terlalu ramai yang menyentuh soal hati. Begitu juga dengan filem.

Ada ramai Ulamak di Islam menulis tentang cara-cara menjaga hati. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.

Adakah hati yang disebut cerdik pandai sama dengan hati yang terletak di dalam dada manusia secara literal? Ada yang berpendapat bahawa hati itu adalah sama dengan jantung kerana apabila terjumpa si polan dan si polan - hati pun berdebar-debar. Adakah hati kita yang berdebar atau jantung yang berdebar? Justeru, ramai telah menukar istilah hati kepada "hepar".


Oleh kerana keterbukaan penggunaan perkatan hati dan jantung ini di dalam konteks falsafah, mungkin kita ingin menijau apakah sebenarnya hati ini di dalam konteks sains.


Anatomi Hati

Di dalam bidang sains perubatan, hati adalah organ terbesar pada badan manusia selepas kulit. Ia terletak di sebelah kanan-atas di dalam kaviti abdomen. Di atas hati ialah diafargma kanan (paru-paru) dan di bawahnya terletak buah pinggang kanan. Ia berbentuk seperti kon dan bewarna merah gelap. Beratnya lebih kurang 1.5kg -1.6 kg.

Hati terbahagi kepada 4 bahagian yang dipanggil "lobe". Di belakang hati terletak pundi hempedu (gall bladder) yang menyimpan cecair hempedu untuk tujuan penghadaman lemak.


Fungsi-Fungsi Hati

Ini adalah fungsi2 hati dan apa yang berlaku sekiranya hati gagal melaksanakan fungsinya.

1. Menghasilkan dan merembes cecair hempedu yang bewarna hijau kuning yang diperlukan untuk menghadam lemak. Kebanyakan cecair hempedu akan disimpan di dalam pundi hempedu dan ada yang dirembes terus ke dalam usus. Kerosakan hati akan menyebabkan cecair hempedu masuk ke dalam darah dan menjadikan badan bewarna kuning.

2. Hati adalah umpama stor yang menyimpan gula (glukos). Apabila gula berlebihan, insulin akan menukarkan gula kepada glykogen untuk distorkan di dalam hati. Apabila gula kurang, glykogen ditukar pula kepada gula untuk digunakan di dalam badan. Oleh itu, orang yang mempunyai kegagalan hati akan mengalami kekurangan gula yang sangat serius sehingga kerap pengsan.

3. Hati juga menghasilkan protein seperti albumin. Apabila hati rosak maka penghasilan albumin di dalam badan juga akan berkurang. Kekurangan albumin di dalam salur darah akan menyebabkan air di dalam tisu badan berkumpul (Baca artikel saya di dalam nephrotic syndrome). Perut akan membengkak dipanggil "ascites" - saya rasa orang melayu panggil "busung" dan seluruh badan juga akan membengkak dengan air. (lihat gambar ascites)

4. Hati menghasilkan bahan-bahan untuk pembekuan darah seperti fibrinogen, prothrombin, faktor-faktor V, VII, IX dsbg. Bahan-bahan ini juga adalah sejenis protein. Apabila tiada bahan-bahan ini, pembekuan darah tidak berlaku dan akan menyebabkan pendarahan teruk. Itu juga antara sebab kenapa ramai yang menghidapi kegagalan hati meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang tidak dapat dihentikan.

5. Fungsi hati yang tersangat penting ialah membuang bahan-bahan beracun dan menyahtoksin bahan-bahan toksik daripada badan. Untuk pengetahuan anda, segala macam ubat-ubat, bahan kimia, herba-herba dan segala jenis makanan beracun akan di mengalami proses metabolik untuk menghilangkan keracunannya. Oleh hal yang demikian, proses penyahtoksin ini akan menyebabkan hati rosak.

Apabila kita memakan 2 biji panadol contohnya, panadol ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya di dalam hati dan dikeluarkan melalui buah pinggang atau najis. Namun, sekiranya kita makan 50 biji panadol sekaligus, bahan ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya oleh hati tetapi akan menyebabkan kerosakan hati yang serius yang menyebabkan kematian.

6. Sejenis sel khusus di dalam banyak-banyak sel hati dipanggil "sel kupffer" membentuk satu sistem pertahanan badan. Ia membantu untuk memakan bakteria dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Kekurangan protein tertentu akibat kegagalan hati menyebabkan seseorang itu sangat mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badan yang lemah.


Kesimpulan

Oleh kerana itu, hati adalah sangat penting untuk dijaga. Ia adalah sejenis organ yang tidak boleh hidup tanpanya. Oleh itu jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan hati. Salah satu daripadanya ialah ARAK. Alkohol adalah antara penyebab kerosakan hati yang utama di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah SAW:-
Ertinya: " Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI".

Jika melihat daripada kacamata ulama' dan ahli falsafah, ada yang berpendapat hati yang Rasulullah maksudkan adalah seuatu yang tidak berbentuk material atau jasad sifatnya dan tidak dapat dilihat dengan mata.

Tetapi professor saya pernah berkata dahulu, jikalau diambil dalam konteks sains perubatan yang lebih objektif dan spesifik, maka hadis yang Rasulullah sebut sangat bertepatan dengan organ hati ini secara jasad.

Oleh hal yang demikian, jagalah hati anda walau dari kacamana sekalipun anda melihatnya.

Wallahu A'lam.


11 comments:

Unknown said...

salam doc,,baru sy tahu fungsi hati ni sebenarnyer..kalau mcm tu takot jugak sy nk mkn jamu nih..apa pandangan doc??

Dr Azwan said...

Ayu : ada kandungan jamu yang merbahaya contohnya mempunyai racun seperti steroid. Steroid boleh merosakkan buah pinggang. Ada juga kes ubat2 supplement yang boleh merosakkan hati. Oleh itu, pastikan jamu yang dimakan mempunyai label KKM.

Unknown said...

oo..ok saya dah cek nasib baik jamu saya ade label KKM..

doc,husband saya ade bc metro (kalau xsilap)semalam pasal produk kesihatan yg mengandungi bahan terlarang.produk ni tgh famous diiklan tv skg..duta nyer pengacara n pelakon..rasenyer semua org tahu.. tu lg bahayakan kalau betul mengandungi bahan racun tu...hmm,,kesian org yg dah guna produk tu.

mm,,jadi masalah jugak pd pengguna mcm kite,,nak cek benda tu ade ke tak bahan larangan ni..diorang ni pandai tak declare 'ingredient' yg sebenar..

so as pengguna bole x kita cek ngan KKM?

Razak Bin Ramli said...

assalamualaikum tuan dr.
Bagaimana orang yang makan ubat pencair darah seperti wafarin.Sedangkan hati menghasil pembekuan darah.Boleh kah merosakkan fungsi hati lama kelamaan.Terima kasih.

Dr Azwan said...

ayu : biasalah ayu, orang nak berniaga ni macam2 lah nak tipu. Dan peniaga yang jujur susah la nak carik. Tu sebab tuhan bagi syurga kpd peniaga yang jujur. Permata yang susah nak jumpa.

Ayu makan jamu? untuk langsing ke.. atau untuk ehem... :)

Abang Razak : Boleh bang, no worry. Warfarin ni menghalang enzim yang menghasilkan vitamin K di dalam hati, yang diperlukan untuk membekukan darah. So darah jadi lebih cair dan ini boleh membantu mengelakkan strok dan masalah sakit jantung. Tetapi kena kawal dos nya, so kenalah datang sebulan sekali ke hospital untuk tengok tahap ubat tersebut. Kalau rendah ditinggikan, kalau tinggi direndahkan. Takut boleh menyebabkan pendarahan pula kerana darah terlalu cair.

Dr Azwan said...

Maksud boleh tu ialah ia tidak merosakkan hati jikalau diikut dosnya.

Anonymous said...

assalamulaikum dr

sy baru buat ultrasound dan di dapati bhw hati sy byk lemak, apa kah sbb nya dan bagai mana utk kembali kpd hati yg normal

Anonymous said...

salam Dr.saya nak bertanya-apa kaitan najis bewarna hijau dengan kesihatan?-HAWA

Inspirasi jahitan hamidah burham said...

Assalamualaikum Dr Azwan.

Saya nak tanya pelanggan saya nk makan DTX Complex Shaklee iaitu supplement dr ekstrak buah tissle khas utk detox hati. Tapi dia dah takde hempedu sbb kene buang dek terkena hempadu batu. Kalau hempedu takde boleh ke badan detox lagi. Mohon Dr Azwan bantu saya beri penjelasan lebih lanjut tentang hal ini. Saya pengedar produk kesihatan Shaklee. Midz 0163385790 :)

Anonymous said...

Salam Dr Azwan, ibu sy telah disahkan mengalami 'liver failure'. Kebelakangan ni, ibu sy makin kurang selera makan, makin lesu, makin penat, selalu mengantuk. Sy telah dimaklumkan bahawa penyakit hati ini, tiada ubat yang boleh menjadi penawar, namun sy berharap Dr Azwan dapat menerangkan penjagan dan rawatan yang baik utk ibu sy. Mungkin dari segi cara pemakanan atau cara hidup yang boleh ditukar. Utk pengetahuan doktor, ibu sy juga penghidap diabetes dan jantung bermasalah. Respon dari Dr Azwan, amat sy hargai.

Unknown said...

Salam Dr. akut kegagalan hati Menengah portal urat Trombotik ini penyakit ape ?

Related Posts with Thumbnails