Thursday, April 10, 2008

Dr Azwan Ahli Silap Mata...




Assalamualaikum...

Saya memang dari kecik-kecik dulu minat nak jadi ahli silap mata macam David Blaine. Saya selalu mencari-cari buku untuk jadi ahli silap mata sejak darjah 4 dulu (10 tahun) di perpustakaan tetapi tak pernah jumpa walaupun judul bukunya ada di dalam senarai buku.

Sekarang PTS ada keluarkan buku tentang cara menjadi ahli silap mata tulisan Ammar. Saya dah baca kat MPH tapi belum beli lagi.

Untuk pengetahuan anda, saya selalu buat pertunjukan silap mata kepada anak-anak saya. Especially trick menghilangkan wang 20 sen. Sekejap kat tangan, kejap lagi kat poket, kejap lagi kat belakang telinga diorang. Selalunya pertunjukan silap mata percuma saya mendapat tepukan hangat diorang.. haha!

Tapi yang tak puas hati sikit, isteri sayalah, tak nak langsung bagi sokongan kat magician terlajak ni. Asyik kena kutuk aje... maklumlah magician tua..

Ni ada clip pasal magician saya dapat dari yahoo. David Hasselhof yang jadi juri tu...



5 comments:

Jie said...

he he he...bab magic dlm tapak tangan tu..best!

klasik je..

Anonymous said...

dr..ok tu..minat magic...sy ada beberapa trick yg bleh dikongsikan..nti sy bgi...(sham)

Dr Azwan said...

Kak Jie pun minat jadi magician gak? Saya magician kecil-kecilan. Untuk anak-anak jer.. bila tah boleh terbang...

sham: macamana nak bagi tuh? ada video ker?

Anonymous said...

Doc nak tukar profession ke?Boleh belajar ni walaupun dah terlajak blm terlambat sebelum menggigil nnti. Anyway saya ade terbaca buku tricks david blaine, saya download kat mane tah. Tp sume tak dapat dipraktikkan lagi. Mungkin konfiden dengan mata bulat besar terjegil (mcm david blaine) boleh buat org percaya dan buat org lupe ttg apa yg die buat. Itu la SILAP MATA kot....

Anonymous said...

Belajar Silap mata bukan sahaja dapat memberikan hiburan kepada penonton tetapi ianya juga boleh digunakan sebagai pembuka minda. Contohnya kalau Doc ingin tetangkan soal impian dimana impian itu boleh direalisasikan dengan perencanaan Bisnes Ternakan Cacing yang hebat maka dengan menggunakan teknik silap mata motivasi ia dapat dipersembahkan dengan lebih effektif.

Uncle zin
www.silapmatamotivasi2u.blogspot.com
www.unclezin.multiply.com

Related Posts with Thumbnails