Assalamualaikum.
Sabtu malam lepas saya bertugas di Klinik Idzham Pandan Jaya menggantikan doktor di sana. Jam 3.30 am, saya dikejutkan untuk melihat pesakit. Seorang wanita umur awal 20-an memakai cermin mata berbingkai tebal sedang mendukung bayi yang berumur 46 hari. Bayi tersebut batuk selama 3 hari dan merupakan anak pertama.
Setelah saya buat pemeriksaan kepada anaknya, saya mula bertanya-tanya.
Saya : Bayi ni menyusu badan ke menyusu botol?
Wanita : Menyusu botol.
Saya : Mengapa tidak disusukan badan.
Wanita : Saya dah cuba sekali selepas bersalin tetapi tak keluar susu. Lepas tu saya terus susukan guna botol.
Saya : Memang lah awal-awal adakalanya susu tak keluar. Lama-lama banyak lah.
Wanita : Bukan doktor. Mak saya pun dulu tak ada susu. Dah keturunan saya, doktor (!!)
(Dia menjawab dengan muka selamba. Muka dia memandang bawah. Saya sudah mula naik hangat)
Saya : Kalau tak bagi susu ibu nanti anak senang kena penyakit. Anak lahir kat mana?
Wanita : KBMC...
Saya : Kat KBMC takde tunjuk cara-cara menyusu ibu ke?
Wanita : Ada.. tapi saya malas (!!!)
Hmmm... mukanya masih poyo. Nampak semua persoalan saya, dia dah sediakan jawapan. Walaupun jawapan yang poyo...
Bila dia jawab macam tu, saya pun tak nak lah jadi poyo macam dia. Saya pun menulis ubat-ubatnya dan memandangnya keluar daripada bilik dengan pandangan kesian tetapi sedikit geram.
Bila dia jawab macam tu, saya pun tak nak lah jadi poyo macam dia. Saya pun menulis ubat-ubatnya dan memandangnya keluar daripada bilik dengan pandangan kesian tetapi sedikit geram.
Kalau perkara mengarut seperti tidak menyusu ibu kerana keturunannya tidak ada susu, saya masih boleh terima lagi tetapi kalau dah "malas", apa lagi nak buat. Entah-entah dia bagi jawapan "malas" sebab "malas" nak menjawab soalan merapu saya yang seperti nak menjaga tepi kain dia tu tengah-tengah malam buta...
Lagipun jam dah pukul 3.45 pagi.... buat apa nak gaduh2 pagi-pagi buta kan. Baik tidur... Esok kena kerja lagi.
Salam
28 comments:
alahai, nape la wanita tu x cuba n terus cuba u bg susu ibu. Sy ni dlm pntg pon x de sngt susu, tp bila abah nak pi beli susu tpg, sy x bg. sy kata saya cuba juga selagi boleh. Naiblah smpt 4 bulan farhah menysusu bdn.
Perasaan menyesal dan terkilan sbb x dpt susukan farhah sepenuhnya dgn susu ibu masih lg ada.
salam dr azwan....
ingatkan kita nii hangat kat hospital kerajaan jerk, rupanya kat gp pun sama...saya keje kat emergency dept...selalu lah dapat kes macam ni...kadang2 jawapan menyakitkan hati kita je....dah x menyusu ibu mana nak keluar susunya...alah..bidan mesti dah bagitau masa follow up tambah lagi kalau ada buku merah masa mengandung...saja le tu....pekakkan telinga, butakan mata...dan sengaja x nak paham...lagi2 lak bersalin dekat private hospital...mmg la bagus dapat layanan bagus...tp 1 jer...diorg ni bukan rakan susu ibu....tp rakan susu lembu...baby lahir je terus perkenalkan... belilah susu tepung jenama sekian2....alahai...sian ibu2..dan anak2...minum susu lembu???
sedih sy dgr kata2 wanita tu..hmm,,dia taktau kesan baik pd diri die kalau bf baby nye..
sy TAK PERCAYA pd keturunan..
ikutkan dulu adik beradik sy kejap sgt bf ngan mama,,kata mama puting buta,susu taknak kua,kitorang tak tahan sabar..nangis memanjang,then kami dberi susu formula,.
bile time sy..perasaan sy kuat utk bf baby,,n takot sgt kalau baby sy senasib ngan sy..
setelah mlalui proses berurut,,Alhamdulillah,,sehingga skg sy bf baby sy..sy enjoy wpun tak sepenuhnye bf mybaby..
So,,sy TAK PERCAYA pd KETURUNAN yg mnyebabkan kita pun xde susu..
Cik Anon : Itu lah. Saya gembira sangat hospital kerajaan buat polisi penyusuan susu ibu. Itu sebab anak saya semuanya lahir kat hospital kerajaan. Lahir je terus menyusu ibu. Kalau ada duit pun saya tak nak isteri bersalin kat swasta. Bukan apa, dah biasa dengan sistem dia.
Ayu : tahniah ayu. Anda berjaya merubah tanggapan orang ramai. Masa untuk berubah.
geram betul dgn jwpn mak budak tu...kalau ikutkan 'malas' apa pun takkan menjadi.saya pun masa menyusukan anak pertama susah nak ada susu badan, tp saya tetap tak putus asa dan berusaha bersungguh-sungguh krn saya tau tak ada susu yg boleh replace susu ibu ni.
Dr, anak saya sudah berusia 3 tahun tapi masih lagi bf walaupun susu dah tak banyak. Ada kemudaratan ke kalau masih lagi menyusu? Macamana nak buatkan dia berhenti menyusu?
jet : Tahniah di atas usaha anda. Seperti yang kita tahu bukan sahaja kerana susu ibu itu sahaja sebab kita menyusukan anak kita tetapi kerana ikatan anak-ibu itu juga sama pentingnya. Anak yang menyusu ibu ini merasa lebih selamat, tenang, kurang marah dan mendengar kata.
Mak Anon : Boleh Mak Anon. Boleh teruskan. Saya tak rasa dia menyusu kerana susu itu tapi rasa hangatnya belaian ibunya dan perasaan tenang dan yakin bila bersama ibu.
Salam..
Bab MALAS nih.. susah nak nolong. Rasa cam diorang nih tak dapat HIDAYAH pulak...
[Buleh ke nak bf pun kena ada hidayah? hermmmm]
ni lah dikatakan, org lain nak beranak, die pun nak beranak..pastu ambik ringan. Tak update langsung diri tu ngan ilmu2. buat rogi jer colustrum and antibodi yg ade...
Shiha : Agaknya tak cukup umur. Muka macam 20-an. Entah2 baru 18 tahun.. Tu yang belum sapai hidayah lagi tu
Wanda : Haa.. jom buat bank collostrum untuk orang yang malas nak menyusu ibu.
Dulu kan famous jual collostrum lembu... ig G ke apa nama.. ke susu awal lembu... orang melayu ni.. anak lembu nak minum collustrum mak lembu dia sibuk2 nak minum juga. Tapi kollostrum sendiri sepah2.
Mudah nya beri jawapan "malas" sebab reason keturunan dan susu badan tak keluar. Kesian anak dia, sebab hak dia nak menyusu badan dinafikan.
sy pun geram doc.....sbb sy mmg menyusu anak2.
lama tak masuk..tgok2 dah tukar kulit..tahniah!
saya tak taula kisah ni benar atau tak...tp ada logiknya...ada org cerita kat saya,ada seorang wanita ni berkahwin dah berbelas tahun lamanya ttp tak dikurniakan anak. one day dia pun amik anak angkat,(baby). oleh krn ingin sgt menjadi ibu,wanita ni menyuapkan putingnya ke dlm mulut baby tu walaupun dia tau pd hakikatnya breast dia tak ada susu pun...proses tersebut berlaku setiap hari selama beberapa bulan.dgn kuasa Allah,one day wanita tu dapati breast dia ada susu!..dan dia pun dgn bersemangatnya menyusukan anak angkatnya itu sampailah baby tu bercerai susu ibu....wallahu Alam
aizan : jangan hendaknya berlaku kepada ibu-ibu kita ye.
jie : baru tak baru jugak kak. Sejak template sebelum ni ada masalah. Dia punya recent visitors, comment semua turun ke bawah, biasanya kan kat sebelah kiri. Terpaksa tukar.
jet : ada benarnya. Response menyusu itu menyebabkan hormon oxytoxin dirembeskan. Tetapi psikologi kena kuat. Orang tak mengandung pun boleh keluar susu inikan mengandung.
Yang menyusu lembu ni kan, kadang2 ibu2 muda belasan tahun. Mereka ni tidak membaca majalah2 dan buku2 yang berilmu. Asyik baca majalah mangga dan URTV. Banyak juga "susu-susu" yang didedahkan oleh artis-artis wanita kita, tapi satu pun tak menambahkan pengetahuan. Sekadar syok-syok saja. Ehem.. ehem... saya tak baca mangga.... :)
rugi n kesian tol bb dier tk dpt menyusu ibu.biler bg susu lembu esok2 perangai ank dier pown mcm lembu,silp2 lebih lembu drpd lembu.
Salam, pelik sangat la ada juga orang yang malas nak menyusukan bayi. Saya masih menyusukan bayi saya yang berusia 9 bulan walaupun cuma tinggal sebelah saja ada susu. Saya suka menyusukan bayi saya sebab perasaan ketika menyusukan tu x dapat nak di ceritakan. Buka ke susu ibu itu banyak khasiatnya. Mak saya pun menyusukan saya sampai umur saya 2 tahun.
Budak2 muda sekarang memang kurang ilmu bab2 penyusuan ibu, pastu x mau pulak nak belajar dr pengalaman org lain/membaca. hah!Itulah jadinya. Setengah ibu juga tidak ajar tentang kepentingan penyusuan ibu kat anaknya coz dia sendiri x de ilmu. Tapi kalu saya jd doktor saya akan bagi tips/dorongan utk budak tu beri bf tak kira la dia poyo x poyo.
Bagaimana untuk menambahkan susu badan?
saya amat berminat ttg penyusuan bayi nie.saya sendiri sedang menyusukan bayi saya yang berusia 10 bulan , saya juga merancang untuk menyusukannya hingga 2 tahun insyaallah.saya harap rakan2 disini dapat memberi oral support kepada saya...........
saya mmg berminat ttg penyusuan bayi nie,saya sendiri pun sedang menyusukan bayi saya yang berusia 10 bulan,saya juga bercadang untuk menyusukannya hingga 2 tahun insyaallah.diharap rakan2 yang ada di sini dapat mmeberi moral support kepada saya................
dr, bukan budak2 muda je yang tak tau tentang susu ibu, nenek2 kat kampung pun tk tau.. (tak tau atau buat2 tak tau?) sbb dulu saya ada masalah nak menyusukan anak, sbb mother-in-law (dan sis-in-law yg pernah belajar kat ovrsea) sibuk suruh bagi susu formula. saya bertegas taknak bagi sbb berazam nak fully BF at least 2 months.. dan skrg after 5 months, diorg sibuk suruh bagi solid food pulak.. adoi...
sebenarnya, pelik.. kenapa masih ada yg tak faham tentang susu ibu dan solid food ni? siap perli2 lagi, ikut sgt cakap doktor.. adoi lagi..
boleh tak mintak tolong dr azwan tulis mengenai pemberian solid food before 6 months nih? atau dah ada tapi saya yg tak jumpa?
sya : saya belum pernah tulis lagi pasal solid food. Weaning atau pemberian semi solid boleh dimulakan pada umur bayi 4 bulan hingga 6 bulan, bergantung. Skarang educated mother kembali kepada penyusuan susu ibu. Tak seperti dulu. Saya rasa orang yang sesuai untuk memberi nasihat tentang pemakanan bayi ada lah doktor, lebih lebih lagi doktor yang banyak menggesa ibu-ibu menyusu kan badan kepada anak-anak mereka. Tidak ada kepentingan di sini selain daripada untuk memberi makanan yang terbaik kepada anak. Ada kemungkinan kecil, para ibu yang tidak pernah menyusu badan kepada anaknya sendiri akan berasa kurang selesa sekiranya anaknya pulak memberi susu badan sepenuhnya kepada cucunya.
Ika suzuka : ada banyak tips dalam komen artikel pasal susu ibuvs sus lembu.
sollehatun : semoga berjaya menyusu anak sehingga 2 tahun
amie : tahniah amie :)
dr.... saya berminat betul dengan blog dr... tahniah.. ini 1st time saya join this blog... selalunya sibuk dengan sambung belajar. dalam kesibukan bekerja dan part time doing master, saya tetap menyusukan anak saya sejak dilahirkan sehinggalah sekarang... anak pun dah berumur 1thn 5bulan. sgt aktif, dan saya bersyukur akan kehadirannya. persoalannya sekarang, saya telah pun memberi susu formula sebagai tambahan sekiranya saya bekerja. susu tersebut adalah susu isomil yang berasaskan soya. dan skrg saya ingin menukar susu tersebut kepada susu yang berasaskan susu lembu.. dr ada cdgn tak, what is the best formula milk selain susu ibu? no idea.. pls help me...tq for ur suggestion... aniza
isk...saya dulu pon buta ilmu gak...bila da anak 3 baru ilmu dan susu penuh di dada..mmg rugi sesiapa yg x BF kan baby...bak kata pepatah ada mengatakan susu ibu adalah cecair yang bernialai emas...
saya rasa wanita itu masih xde ilmu...
salam doc,mmg skrg ni sesetengah ibu3 malas utk bf. alasannya bz,x susu,susu kering n x sempat..ramai gak kwn3 kat office malas nk bf. tp sy x..hari3 menggendong pump sana sini walaupon berkursus...setitik susu tu amat bermakna bg saya..
as a mom,perlu seach n tingkatkan ilmu pasal bf..skrg ni alhamdulillah,azam sy utk nxt bb...fully bf(w/o fm)...
mmg tyeruklah wanita tuh..Saya nak tanya doktor sayanie mmg fully bf anak sampai 1thn 5 bulan.nowpun saya still fully bf..Mslahnyer disini,saya preggy lagi dah 6week..ape pndpt doktr ttg ini..Saya kalau bleh nak terus fully bf maira..
saya pun ibu yg menyusu sepenuhnya. mungkin wanita berkenaan tiada ilmu penyusuan.doakan agar diberi hidayahNya. Jemput tengok vitamin utk ibu menyusu:
http://permatacintaku.blogspot.com
susu ibu adalah antibiotik terbaik untuk baby, anugerah terindah dari Allah...
www.beautydietary.com
Post a Comment