Sunday, April 13, 2008

Blog Wordpress Ketua Menteri Melaka Ditutup






Assalamualaikum,

Sedang mencari-cari di alam siber ini terjumpa dengan blog Ketua Menteri Melaka iaitu Dato' Seri Mohd Ali Mohd Rustam. KM Melaka ini adalah salah seorang pemimpin UMNO yang menjadi blogger selain daripada menteri dan bekas menteri yang lain. Beliau mempunyai 2 blog iaitu blogspot dan wordpress yang salah satunya adalah pautan.

Dato' Seri Ali Rustam pernah keluar di TV1 sebagai berkata beliau telah memantau 240 blog yang menjadi blog pembangkang. Malah beliau telah menyiapkan cybertroopers di kalangan blogger dari Melaka untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.

Artikel terkini beliau ialah kritikan beliau terhadap Kerajaan Negeri Selangor tentang perlaksanaan penternakan babi moden. Beliau mengkritik dasar kerajan negeri selangor kerana membenarkan penternakan itu dilaksanakan.

Usaha kerajaan Selangor membina ladang ternakan babi di Sepang itu boleh dianggap sebagai satu lagi projek mega di negeri itu setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar F1 kedua-duanya juga di Sepang. Kedua-dua projek mega tersebut berjaya memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Selangor sebelum ini, maka selepas ini keuntungan juga boleh diraih melalui hasil ternakan babi.

Biar apa sekalipun, babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) kepada orang Islam dan ia haram bagi orang Islam untuk menyentuh apalagi untuk memakannya. Oleh sebab itu, langkah untuk membina ladang babi itu perlu dilihat dari aspek kesannya kepada umat Islam yang tinggal di kawasan berkenaan. Keadaan ini juga dirasai oleh penduduk-penduduk di Kuala Sungai Baru di Melaka. Oleh seba itu, kerajaan Melaka telah berusaha untuk mengurangkan jumlahnya bagi mengatasi masalah itu.




Saya berpendapat ini adalah kerana yang berkata-kata (atau berblogging) itu adalah Dato' Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang terkenal dengan isu penternakan babinya, maka responnya tentulah agak hangat dari biasa. Jikalau yang berkata-kata itu Dato' Seri Hishamuddin, mungkin responnya tidak luar biasa seperti ini. Bak kata Karam Singh Walia - tindakan beliau itu mungkin dianggap sebagai "lebih sudu dari kuah" atau lebih tepat "membuka pekung di dada".

Pada pandangan saya juga, keseluruhan artikel beliau agak cetek dari sudut perbahasan tentang penjagaan dari sudut alam sekitar yang ingin dicanangkan oleh Kerajaan Selangor apabila pusat penternakan babi moden ini akan menghapuskan cara konvensional yang menyebabkan banyak pengaliran sungai tercemar. Apabila kritikan semberono ini tidak disertakan dengan fakta, jalan-jalan alternatif dan hanya dibuai sentimen politik sahaja ini yang akan berlaku. Apatah lagi yang menulis itu adalah Ketua Menteri yang sepatutnya mempunyai level yang sedikit tinggi untuk mengemukakan hujjah berbanding blogger biasa seperti anda dan saya.

Hampir 99% daripada pelawat blog beliau telah mengkritik artikel ini. Malah saat terakhir saya melawat blog ini, komen negatif telah mencecah ke hampir 200 komen.

TSUNAMI komen kepada laman wordpress Ketua Menteri Melaka telah melenyapkan salah satu blog beliau. Masih tinggal satu blog beliau sahaja yang masih lagi nyawa-nyawa ikan.

Dikhuatiri bukan hanya blog beliau sahaja yang ditutup malah pejabat kerajaan pimpinan beliau juga mempunyai risiko untuk ditutup menjelang pihanraya ke 13 akibat tsunami ini.

P.s. Anda juga boleh baca "Benarkah tiada babi Malaysia dieksport ke Singapura?"

Wallahu A'lam.

10 comments:

Hasbullah Pit said...

Sampai satu tahap, aku lak yang tegur pengkomen tu supaya bersopan sikit.

Dr Azwan said...

Betul Sebol. 2 perkara yang orang Malaysia ni kadang2 kurang sopan ialah ketika memandu di jalan raya dan ketika mengomen di blog pemimpin kerajaan. Apasal ntah...

Nur said...

salam dr azwan,
sy byk menimba ilmu di sini... nk mintak permisi utk link blog dr di blog sy..tq

Anonymous said...

Seperti cadangan PERDASAMA..knp tk buat jer ladang babi kt Pulau Ketam..kt situ kan byk kaum yg makan babi..??

Dr Azwan said...

nur : silakan

riz : Saya ada terdengar cadangan itu dari Dato' Noh Omar. Cuma tak silap saya kalau kat Pulau Ketam tentu ada masalah logistik. Saya tak pernah pergi Pulau Ketam. Macaman lori nak keluar masuk kat Pulau Ketam. Mungkin kena bina jambatan. Sebab biasanya nak ke Pulau Ketam kena naik bot.

Orang melayu tak setuju kat Sepang sebab 80% orang melayu walaupun banyak tanah yang kosong di sana.

Tapi saya ada terdengar pendapat dari seorang blogger pro kerajaan. Suruh buat di Puchong, tempat Teresa Kok yang ramai penduduk cina. Ada ke orang Puchong yang sanggup??

Anonymous said...

salam...biarlah ketua menteri melaka tu...memang dia dah cam tu..nak buat cam ne..dia ingat dia menongkat dunia selamanya...dulu kini dan setakat ini je la...

Anonymous said...

tp doc. bkn ker seputeh tu pon kawasan Teresa?...hehhehe jgn mare :-)

Dr Azwan said...

Cik Anon 1 : kebelakangan ni nampak KM Melaka muka sedih ajer. Kenapa agaknya.

Cik Anon 2 : Hehe memang pon. Tapi kalau nak ternak babi 400 hektar kat Seputeh mana ada tempat lagi dah. Nanti sebelah dinding kandang babi kat Salak Selatan, sebelah dinding lagi kat rumah PM kat Putrajaya... hang tak kesian kat Pak Lah ngan KJ ka... haha! :).

Anonymous said...

Kalau ada sistem yang hebat sangat sehingga boleh menyucikan najis babi,kenapa pengusha babi ini tidak upgradekan saja ladang2 babi asal mereka.Apakah yg menjadi masalah sehinggakan menjadi isu..

Doc,saya bab biologi/fizik/kimia nih memang lemah.Apakah yang hebat sangat Sepang ini sehinggakan babi hanya boleh diternak dengan bersih di sana saja? Kenapa tidak boleh dibuka di Pulau Pinang ker?

Dan satu lagi pasal isu pulau ketam tuh,saya rasa kerajaan bukan sahaja kene buat jambatan,malahan lebuhraya yg luas dan takmo ada tol yer,sbb menyediakan prasarana/tanah untuk pengusha babi sekarang adalah tangungjawab kerajaan.

Kita harap2kan jugala semoga pengusha ayam terus bersabar,jangan jeles,jangan buat demonstrasi sehingga menimbulkan kacau bilau di negara.

Dr Azwan said...

Cik Anon : Benda alah ni takder kena mengena ngan pandai kimia, biologi dan fizik. haha!...

Pendapat saya cik Anon, saya tengok pantai Morib tu kotor betul. Mengalir ke Laut ialah sungainyanya yang penuh najis babi. Begitu juga banyak sungai-sungai kat Selangor yang banyak dengan pencemaran dengan najis babi akibat kandang babi yang bersepah.

Apakata kita ketepikan perbezaan politik sekejap dan kita tengok cadangan Selangor.

Kita tutup semua kandang2 babi yang bersepah-sepah ni, lepas tu kita bukak satu sahaja yang boleh menampung semua kandang yang kita tutup tu.

Lepas tuh kita panggil pakar German (German adalah negara pengeksport babi) datang sini untuk buat sistem macamana najis babi ini boleh direcycle dan air kumbahan dirawat dan digunakan semula. Tidak perlu masuk semula ke sungai dan tidak mencemarkan alam.

Pada pendapat saya, ini bukan kerana Selangor lebihkan bangsa cina Cik Anon, tapi ini juga berkait rapat dengan ekosistem negara kita juga, isu pencemaran yang boleh dikawal dan sebagainya.

Nak buat ladang canggih macam ini tentulah melibatkan kos secara effektif. Kalau kita upgrade kan ladang sedia ada tentulah kena berpuluh2 sistem pembentungan dan perawatan perlu dibuat. Ia tidak kos efektif. Tetapi kalau satu sahaja kandang yang besar, pemprosesan dan pengurusan rawatan lebih kos effektif.

Ayam punya najis tak masuk sungai cik Anon. Depa buat baja pokok sebab halal... Baja babi tak laku sebab haram... haha..

Related Posts with Thumbnails