Thursday, April 10, 2008

Sufiah Yusof - Satu Penceritaan Semula





Assalamualaikum,

Semalam wajah ibu Sufiah Yusof iaitu Puan Halimahton keluar di kaca TV. Saya tidak mendengar keseluruhan wawancara di dalam bahasa malaysia itu jadi saya tidak boleh mengulas apa yang telah disampaikannya.Daripada wajah beliau kelihatan betapa berat penyiksaan yang beliau tanggung akibat perbuatan anak kesayangannya itu.

Kebetulan sdr menteil dari www.menteil.net melawat ke blog saya semalam iaitu. (Nak exchange blog link pun boleh bro!). Terima kasih meinteil di atas ke"cool"an blog anda... meintilism rules!!

Di dalam satu artikel di dalam blog ini ialah tentang Sufiah. Ia menyiarkan tentang sebuah blog baru dipanggil yusof family iaitu blog rasmi keluarga Sufiah. Blog ini menceritakan kisah sebenar keluarga itu dan penafian cerita-cerita sensasi dari media yang banyak diputarbelitkan untuk tujuan keuntungan. Menurut keluarga Sufiah, banyak cerita sebenar daripada temubual yang diadakan telah ditapis. Perkara-perkara yang golongan media sebutkan semata-mata untuk menjadikan cerita itu lebih sensasi.

Golongan media ini memanipulasi cerita seolah-olah Farooq, bapa mereka dan teknik pelajarannya yang telah menjadikan anak-anak ini mencapai ke tahap genius. Padahal yang sebenarnya ialah Sufiah dan 3 beradik (sekarang 4) yang lain sudah hebat walaupun tanpa kehadiran bapa mereka sebelum ini.

Buktinya mereka mula belajar dari rumah (tidak lagi pergi ke sekolah) sebelum bapa mereka kembali ke pangkuan keluarga. Mereka tidak ke sekolah kerana sekolah di UK tidak boleh menawarkan sistem pelajaran untuk prodigi seperti mereka. (Lebih kurang cerita macam Adiputra kat Malaysia)

Pada hakikatnya, kehebatan dan kepandaian anak-anak ini berasal daripada ibu mereka iaitu Halimahton. Halimahton mendidik anak mereka bukan sahaja dengan penuh disiplin tetapi penuh dengan kasih sayang.

Cuba lihat biodata Halimahton yang berasal dari Muar ini yang ditulis oleh anaknya :
Halimahton is a Malaysian citizen living in the UK. Born in Muar, she went to a Singaporean primary school for six years and returned to Malaysia at the age of 14. At 17, she was accepted to Tunku Kurshiah College and subsequently won a scholarship to receive further education in the UK.

While studying for her doctorate in organometallic chemistry at the University of Hull, she was regarded as one of the best experimentalists in the department, but she decided to discontinue her PhD in favour of spending time with her four young children until they reached school age.

Juga dimuatkan di dalam blog ialah kehadiran Farooq yang menyebabkan timbul masalah dengan keluarga tersebut dengan sifat pemarah dan keegoannya. Farooq sering marah-marah sekiranya anak-anak mereka gagal di dalam sukan dan sebagainya. Malah anak mereka menafikan Farooq yang menyebabkan mereka berjaya tetapi kredit yang sebenarnya diberikan kepada ibu mereka.

Keluarga Sufiah menafikan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menonton TV dan mendengar muzik pop. Saya yakin cerita ini diada-adakan untuk menunjukkan keluarga Sufiah yang melahirkan prodigi matematik beragama Islam mengamalkan Islam secara terlalu sempit. Oleh itu bolehlah puak-puak anti Islam ini menyalahkan Islam di atas kegagalan membesarkan Sufiah.

Sufiah bukan seorang-orangnya genius di dalam famili. Adik beradik yang lain juga hebat sepertinya. Iskander adik Sufiah masuk universiti setahun lebih muda dari Sufiah. Malah adik mereka Zuleikha, lulus peperiksaan A-Level ketika umurnya jauh lebih muda daripada kedua-dua Sufiah dan Iskander. Cuma Sufiah sahaja yang dijadikan bahan media untuk menyedapkan cerita. Mungkin tekanan ini lebih dirasai Sufiah lebih daripada adik-adiknya.

Saya harap anda boleh melawat blog Yusof Family ini dan menilai sendiri cerita daripada pihak mereka. Walaubagaimanapun, nama baik Sufiah telah pun rosak dengan cerita-cerita sensasinya. Diharapkan ibu dan adik beradik Sufiah dapat melalui keperitan ini dengan penuh kesabaran. Marilah kita doakan semoga Sufiah insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Wassalam..

17 comments:

syamsul said...

salam. sebelum ini ada juga kisah genius yg kini meniaga roti canai (mmg tiada salahnya meniaga tu), kini kisah sufiah pula. adik adi putra perlu diberi ingatan segera.jangan sampai kisah ini memberi signal yg salah pula pd anak2 kita/org muda/pelajar utk tidak berjaya dan cemerlang.tk

Anonymous said...

itulah...
aku pon baru tau lepas baca...

rupanya mak dia yang punya usaha..
selama nie aku tertipu la..
bapak dia datang setelah halimahton berjaya mendidik anak2nya dengan sukses..
ibunya pula tak kisah dengan 'nama' yang diambil farook tu..

ermm...
kisah hidup...

thanks...
link dah diletak...
hehe..

Dr Azwan said...

Syamsul : genius mungkin dari satu aspek sahaja. Cam Robert Kiyosaki cakap, dia antara pelajar paling teruk di dalam pelajaran di sekolah... tapi dari segi street smart, public relationship dan management.. dia adalah seorang genius. Sistem pendidikan kita hanya tertumpu kepada genius matapelajaran seperti ini. Apabila dicabar di dalam arus gelombang realiti, maka mereka ini tertewas. Kita perlu lihat genius dari pelbagai aspek dan perlu membangunkan aspek-aspek lain selain dari mata pelajaran sahaja. Harap ini tidak berlaku kepada adiputera (yang dikatakan hanya genius di dalam matematik sahaja).

Menteil : Ada study yang menyatakan bahawa genetik genius berasal dari ibu. Ada betulnya.

Jie said...

Sufiah ni mmglah kesian Dr..tapi itulah kata org..kecemerlangan IQ tak akan kemana kalau tak seimbang dgn kecerdasan EQ.

Dr Azwan said...

Kak Jie: Tidak mahu memberi komen yang salah, tapi isteri saya berpendapat, mungkin kerana lebih penekanan kepada pendidikan duniawi tapi kurang ditekankan pendidikan agama Islam dan al-Qur'an. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

betul kata kak azah tu dr..

puan R

Anonymous said...

hmmm...
kita ditipu idup2 oleh si farooq ni kan!

tapikan anak yg dilahirkan adalah kombinasi genetik ibu dan
ayah. intermarriage - boleh dikatakan baik juga dari
aspek keturunan.cuma mungkin mereka tak seimbangkan penekanan dari segi akhlak, wallahua'lam.

saya lebih takut sebenarnya membesarkan ana dizaman kini.nak meletakkan anak dalam keadaan masyarakat skrgni. huhu.mohon pergantungan Allah taala

Anonymous said...

entah la kadang2 saya terfikir apa yg berlaku pada sufiah ni adalah disebabkan dia pernah melukakan hati kedua ibu bapanya. cara bagaimana ibu & ayah mendidik anaknya mungkin juga memberi kesan. tetapi sebagai seorang anak, insan yang mempunyai akal fikiran kita harus tahu jalan mana yang baik untuk dipilih. dalam al-quran sendiri sentiasa menegaskan tentang tanggungjawab menghormati ibu bapa. tak tahu la. itu pendapat saya saja. saya sangat2 yakin sekiranya kita menyakiti hati kedua ibu bapa balasannya akan nampak sejak di dunia lagi.

dalam kes sufiah ni saya rasa disebabkan dia rindu pada keluarga. satu waktu dulu dia pernah membuang keluarga untuk mencari kehidupan yg dia idam-idamkan. biasa la org muda. tetapi bila org2 baru yg dia harapkan dapat menggembirakan dia meninggalkan dia, sufiah kini rasa keseorgan. nak balik rumah , menangis & mengadu pada keluarga malu. sebab dulu dia yg buang. masalah makin menghimpit & akhirnya dia pilih jalan singkat yg dia fikirkan paling mudah untuk dia melupakan masalah. saya yakin kalau sufiah dapat bersatu balik dengan keluarga & dapat merasa semula kehangatan tangan ibu bapa membelai rambut sufiah, segala-galanya pasti berubah. insyaallah..

Dr Azwan said...

Cik Anon : Di Malaysia pun banyak berlaku. Akibat keluarga yang dysfunctional. Ibu dan ayah bercerai. Anak-anak yang tersiksa. Doa sahaja agar anak-anak kita tidak mmengikut jejak langkah mereka yang telah sesat.

Anonymous said...

pertalian keluarga ibarat air. biar dicincang takkan putus. begitu juga sufiah. bila dia kata dia tidak mahu kembali kepada keluarga, dia sebenarnya hanya mengikut perasaan. separuh hatinya masih pada keluarga. cuma mungkin sufiah tak sedar.

Anonymous said...

aku dulu masa kecik benci betul pada emak. garang macam mak tiri. hari2 kene marah. hari2 kene cubit. seminggu dua 3 kali kena sebat. penampar lagi. dapat duduk asrama memang aku rasa syok betul. macam dunia aku yg punya. sehari ok. hari ke-2 pun ok. hari ke-3 ok. masuk hari ke-4, aku rasa macam ada yg tak kena. tidur pun rasa gelisah. aku rindu nak dengar leteran mak aku. aku rindu mak control aku. rindu teramat sangat. bila dah jauh baru la aku tahu, sebenarnya aku sayang mak aku. bila jauh juga baru aku tahu mak aku sebenarnya sangat-sangat sayang pada aku. he..he..he..

Dr Azwan said...

Mak anon 1 : (id anonymous adalah tidak digalakkan) air batu cincang boleh putus.. hehe.. kena tukar sikit susunan molekul dia..

sufiah mgkn sudah malu kepada keluarga untuk pulang... mungkin ada hasutan-hasutan yang menghalang sufiah dari pulang juga.. atau ada orang memainkan sentimen agama seperti hasutan bahawa agama Islam tidak menerima orang seperti Sufiyah kembali ke dalam Islam... entahla

Mak Anon2 : boleh buat movie lah kisah awak nie... pasti box office.. hehe :)

Anonymous said...

erm,susah juga nak mentafsir pemikiran sufiah ni,mybe dia telah mengalami tekanan yg drastik dr kecil lagi,sebab tu dia membawa haluan sendiri,mmm,saya dah tengok gambar sufiah di internet,kiriman emel dr kenalan saya,tak sangka pulak dia camtu,di mana yg harus di persalahkan dia sndiri atau ayah nya farook...

NaNi said...

"Dr Azwan said...

Syamsul : genius mungkin dari satu aspek sahaja. Cam Robert Kiyosaki cakap, dia antara pelajar paling teruk di dalam pelajaran di sekolah... tapi dari segi street smart, public relationship dan management.. dia adalah seorang genius. Sistem pendidikan kita hanya tertumpu kepada genius matapelajaran seperti ini. Apabila dicabar di dalam arus gelombang realiti, maka mereka ini tertewas. Kita perlu lihat genius dari pelbagai aspek dan perlu membangunkan aspek-aspek lain selain dari mata pelajaran sahaja. Harap ini tidak berlaku kepada adiputera (yang dikatakan hanya genius di dalam matematik sahaja)."

>> saya teringat adik saya ade cerita pasal adi putra ni. dia cakap adi putra pandai matematik je, sedangkan adik saya terror sains, bahasa arab, english, matematik, bla bla..jeles punye pasal kot. kuang kuang..

lagi satu bila dapat tau kisah sufiah ni, ada sorg membe ckp "dulu masa aku kecik2..ayah aku slalu ckp..cube tgk sufiah tu..blaja pandai je..pastu skg bile keluar cerita camtu, membe saya ckp..sbaik aku tak hebat mcm sufiah. kuang kuang..<<

Dr Azwan said...

Nani dan putri_nian : pandai waktu sekolah tak semestinya berjaya di dalam kerjaya dan hidup. Ramai kawan2 saya scorer dulu tapi sekarang biasa sahaja. Hidup ini ada naik turun. Ada juga qadha' dan Qadar kan. Saya bersyukur dapat jadi doktor sedangkan masa sekolah dulu tak lah se scorer mana, asyik sibuk dengan persatuan ajer. Allah nak bagi rezeki. InsyaAllah saya ambik peluang untuk memberi khidmat kpd masyarakat.

Anonymous said...

tak perlu cerita pasal sufiah. tengok life kita sekarang la. saya bekerja di menara gading. rata2 staf di sini adalah pensyarah. saya tengok cara pensyarah menekan anak2 mereka utk berjaya dalam hidup lain sangat2. tak macam kita dulu2. ada yg hantar anak ke sekolah swasta supaya sessi pembelajaran mereka full dari pukul 9 pg - 4 ptg. periksa pun hari2. malam hantar kelas mengaji. hari sabtu ahad hantar tuisyen pulak. kalau anak tak dapat 100 mak ayah tanya macam inspektor polis kenapa tak dapat 100. sampai menangis la budak kecik tu sebab tak dapat 100. honestly saya kagum dengan prestasi pembelajaran anak2 mereka. memang cemerlang. tapi bila difikir2 kan, bila budak2 tu nak main. tapi bila cuti panjang confirm mak ayah diaorg bwk anak2 diaorg jalan2. yg pasti anak2 pensyarah ni memang menurut kata. seronok tengok budak2 baik ni tapi di sudut hati saya kesian pulak tengok budak2 kecik tu tak dapat peluang develop kreativiti macam kita dulu2. is it normal cara mendidik anak macam tu? nak komen negatif tak boleh jugak sebab memang terbukti kanak2 sekarang lebih cemerlang berbanding kanak2 zaman kita dulu. apa pendapat doktor?

Anonymous said...

genius adi putra ni lain dr. budak ni sampai boleh mencipta formulanya sendiri. kalau sekadar boleh jawab soalan dengan menggunakan kaedah & formula yang telah dicipta org lain, bukan genius namanya. pandai jawab soalan aje la kot. he..he..he..

Related Posts with Thumbnails