Wednesday, April 16, 2008

Ubat : Nak Yang Original atau Generik?



Assalamualaikum...

Ramai di kalangan pesakit tidak memberi perhatian kepada nama-nama ubat yang dimakan. Mereka lebih menumpukan kepada saiz dan bentuk ubat yang mereka makan. Apabila ditanya apakah nama antibiotik yang diberi oleh doktor sekian dan sekian, mereka akan memberitahu bahawa mereka tak pasti tapi antibiotik itu bewarna kuning dan berbentuk bulat.

Di kalangan ibu bapa juga tidak memberi perhatian kepada nama ubat yang dimakan oleh anak. Ini tidak dapat dielak kerana adakalanya nama ubat ini begitu pelik dan sukar hendak diingat.

Adakah anda kenal ubat Augmentin yang dihasilkan oleh syarikat GSK? Saya percaya ramai yang mengenalinya. Ada ibu bapa yang tak boleh hidup tanpa Augmentin. Kalau anak batuk sikit, itulah ubat yang paling utama bermain di kepala. Ia adalah sejenis antibiotik berkuasa nuklear. Tetapi adakah anda kenal Co-Amoxiclav? Ia dihasilkan oleh syarikat pharmaniaga. Untuk pengetahuan anda, ia adalah antibiotik yang sama tetapi berlainan nama. Augmentin ialah ubat original dan Co-Amoxiclav dipanggil generik.


Apakah itu Ubat Original?

Apabila sesebuah syarikat ubat menghasilkan atau menemui sejenis ubat untuk digunakan melawan sesuatu penyakit, ubat baru tersebut terpaksa menjalani fasa-fasa kajian kepada haiwan dan manusia. Ini untuk memastikan keberkesanannya dan kesan sampingannya. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan melibatkan kos berjuta-juta ringgit.

Seterusnya, apabila ubat tersebut hendak dipasarkan, syarikat ini akan membuat permohonan untuk mempatenkan atau melesenkan ubat dan kandungannya supaya tiada syarikat lain boleh meniru produk tersebut. Paten ubat ini kadangkala lama sehingga mencapai 7 tahun. Contoh ubat yang masih dipatenkan ialah Sidenefil Nitrate atau nama powernya ialah "Viagra". Anda akan dapati, tiada ubat lain yang dihasilkan serupa sepertinya oleh mana-mana syarikat ubat lain. Viagra adalah ubat "original" yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer.


Apakah itu ubat Generik?

Apabila tamat tempoh patensi seperti yang dipersetujui, syarikat-syarikat ubat lain akan menghasilkan ubat sama seperti viagra dan akan diedarkan diseluruh dunia. Ubat generik akan mempunyai kandungan Sildenefil yang serupa seperti viagra tetapi boleh mempunyai nama, warna dan bentuk yang berbeza. Ubat ini dipanggil "generik".


Kenapa Ubat Generik Lebih Murah daripada Ubat Original?

Viagra dipaten untuk mewujudkan suasana "monopoly" oleh syarikat pfizer kepada penghasilan viagra ke seluruh dunia. Dengan ini Pfizer akan menjual viagra dengan harga yang sangat tinggi. Ini berlaku kerana syarikat tersebut terpaksa mengutip kembali wang yang telah dilaburkan di dalam R&D bertahun-tahun sebelum ini.

Apabila tamat tempoh patensi, syarikat-syarikat ubat akan menghasilkan ubatyang serupa dan diedarkan ke seluruh dunia. Syarikat-syarikat ini tidak mengeluarkan pelaburan wang untuk tujuan R&D dari awal. Mereka juga tidak perlu melakukan promosi dan pengiklanan kerana produk ini telah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, ubat-ubat seperti ini akan dijual dengan harga yang murah kerana kos penghasilannya juga sangat rendah.


Apakah kelebihan Ubat Generik Berbanding Original?

Ubat generik dan original sepatutnya mempunyai kadar potensi yang sama kerana kandungan bahan aktifnya adalah sama. Sebelum ubat generik diedarkan, kajian keberkesanan juga akan dijalankan untuk memastikan kesannya adalah sama, kadar peresapan di dalam badan dan tahap kandungan di dalam darah adalah mengikut tempoh yang ditetapkan jika dibandingkan dengan ubat original.

Dengan kadar keberkesanan yang sama, tetapi harganya yang murah maka ramai orang boleh mendapat manfaat darinya.

Sebagai contoh, Malaysia sebelum ini dianggarkan mempunyai 50,000 hingga 60,000 orang pesakit HIV dan AIDS. Ini telah menelan kos berjuta-juta ringgit untuk membeli ubat original bagi tujuan rawatan. Namun apabila diperkenalkan kepada ubat generik dari India, ini telah mengurangkan kos rawatan.

A Health Ministry official recounted that in November 2002, the Cabinet approved a Ministry of Health proposal to import generic anti-retroviral drugs from India, using Section 84 of the Patents Act 1983 on the government’s rights to exploit a patent for public non-commercial use.

In November 2003, the Ministry of Health obtained a compulsory license from the Ministry of Domestic Trade to import from an Indian company, Cipla, generic versions of three HIV-AIDS drugs that are patented in Malaysia.

In February 2004, the Health Ministry issued a contract to import the generic drugs, which are now distributed through government hospitals and clinics.



Pertikaian Tentang Ubat Generik

Walaupun kandungan ubat generik dan ubat original adalah sama, ada juga yang berbeza pendapat. Dari segi psikologinya, orang akan menyatakan ubat yang mahal itu lebih "baik" dan "berkesan" berbanding ubat yang murah. Sebagaimana juga ada yang berpendapat bahawa ubat di "hospital kerajaan" adalah lebih rendah kualitinya berbanding "hospital swasta".

Ini adalah kerana, mungkin kebanyakan hospital swasta memberi ubat original. Tentulah caj ubatnya juga berganda-ganda dan mampu membuat anda terkena stroke atau sakit jantung sekali lagi.
Dari segi harga di klinik saya, ubat original - Norvasc 10 mg (amlodipine besylate) ubat darah tinggi yang dihasilkan oleh Syarikat Pfizer berharga RM 4.80 sebiji (!!). Manakala, Ubat generik Vamlo 10 mg (amlodipine besylate) oleh Syarikat Ranbaxy berharga RM 2.50 sebiji.

Untuk sebulan, jika anda mengambil norvasc, anda akan membelanjakan RM 144.00 sebulan atau RM 1728.00 setahun, tetapi dengan ubat generik yang sama, anda akan membelanjakan RM 75 sebulan atau RM 900.00 sahaja setahun. Setelah banyak wang dibelanjakan, akhirnya kita tetap melihat bagaimana potensi ubat ini mengawal tekanan darah tinggi pesakit. Jika sama, kenapa bayar lebih?
Walaupun begitu, terdapat kajian di sesetengah tempat di barat yang mana terdapat sejenis dua ubat generik yang tidak memberi kesan yang sama sebagai yang original. Salah satunya di North Carolina USA.


Wassalam.


25 comments:

Roshatika said...

Dr Azwan,

Suami akak lagi best, ubat-ubatnya norvacs dan dua jenis lagi ubat darah tinggi berserta ubat kencing manis dan kolesterol, dia ambil kat USM kubang kerian untuk 2 bulan cuma kena bayar lebih kurang RM10.00 saja.

### said...

salam,
dr,
kumpul le artikel2 kesihatan ni n hantar kat PTS ke...
tak pun kat karangkraf ke..
ada peraturan tertentu ke kalau orang macam dr ni nak menulis?
saya pun kurang pasti..
yang pasti dr bukan lagi kakitangan kerajaan kan..

Puan R

Dr Azwan said...

Kak Ros : kalau kat swasta tuh mahu beribu tuh kak Ros. NOrvasc adalah ubat kawalan sebab dia mahal. Hanya consultant specialist sahaja boleh sign ubat tuh. Lepas tu terhad pulak tu. Kalau dah quota 30 orang dah ambik ubat tuh, tak boleh ambik lagi. Tapi ikut jabatan masing2 quota tu. Yang lain-lain kena beli kat luar kalu penuh quota . Biasa IJN saja yang banyak bagi ubat Norvasc. Camne kena bayar RM 10? Ada GL ker?

shiha said...

Salam..

Setahu saya, budget utk ubat bagi hosp universiti (PPUM, HUKM, HUSM) berbeza dengan GH (HKL, HJB etc). Hosp universiti under Kem. Pendidikan Tinggi, manakala GH under KKM. Budget lain - lain. Biasanya pesakit under hosp universiti agak beruntung sikit dari segi ni dan relatively lebih lenient utk mendapat ubat ori. Contohnya, waktu saya kerja kat PPUM dulu, many renal patients (yg hypertensive) are on Norvasc. Bapa saya yg BPH (treated kat UH) pun dapat Cardura (doxazosin) & Proscar (finesteride) yg ori.

Bayar RM10 most prob sbb govt servant kot? In my father's case, FOC aje. Wallahuaklam

Anonymous said...

salam dr azwan...

saya tertarik dgn artikel mengenai ubat original atau ubat generik...sbb yg saya tau dulu saya belajar pasal ubat...ubat generik dgn ubat trade name....apa yg dr katakan betul belaka...cuma kadang2 org yg dapatkan rawatan kat hospital kerajaan ni x bersyukur dgn apa jenis ubatan yg diberi oleh doktor...saya pernah bertugas di district...contohnya pesakit mempunyai sakit dm, htn dan hyperchol...haaa...ubat2 dia tu dia....amlodipine,losartan, simvastatin,oha dan tambah lagi gemfibrosil ontop...mak ai...tp bayar rm1 je...sbb kerajaan kan...sedangkan stok sebulan tuh kalau nak ikutkan lebih dari seribu...pastu yg x sedap didengar apabila pesakit yg sama masuk a@e dan bila tgk balik ubat2 dia..tu dia x makan...ada full stok lagi...ish3x...x tau nak kata apa...moral of the story..bersyukur dgn apa yg ada...jgn tahu komen saja...hehehe..hmm lagi satu...ada sesetgh gp yg bagi ubat tp x tulis apa nama ubat tuh...yg ada ditulis hanyalah ubat tu untuk ape...demam or thn sakit, selsema, batuk, cirit or muntah...saya rasa diorg kena tau jugak nama ubat yg diorg makan sbb contohnyalahkan kalau berlaku overdose atau allergic mmg susah kitorg nak track ubat ape yg pesakit dah makan...x gitu...hmmm...just an opinion...

Amalina said...

Dr. Apa maksud ubat berkuasa nuklear?

Anonymous said...

Bagus artikel Dr ni, saya dulu pernah kerja kat Pharmaniaga for about 1 yr.....masa tuh hafal semua nama ubat ngan active ingredient dan guna untuk sakit apa..heheh
now ingat yg selalu dimakan oleh anak2 saya bila kurang sihat..
tp serius semenjak kerja di kilang ubat ni, seboleh mungkin kalu anak sakit sy elak bg ubat dulu, try cara traditional..kalau dah teruk sgt br sy bg....

apa komen dr tentang soalan sy nih? sy kalu sakit(flu la especiallynya), sy tak mkn ubat tp sy mkan multivit..kekadang patur consume 1 biji, sy bantai 2 biji, ok ker?

Noorlina said...

Dr, artikel yg bagus.

Saya dulu pernah kerja kat P*********a sekejap about 1 yr..
tp serius lepas tu nak consume ubat sgt la fobia, kalu dah teruk sgt br makan..same goes to mh hubby and kids..hehehe
dr, sy kalu sakit esp flu sy tak ambik ubat tapi sy mkn nultivit banyak2, ok ker? patut ambik 1 biji, sy ambik 2 biji, x overdose ker? hehehe

syamsul said...

salam, satu persepsi yg sentiasa ada bilamana khasnya nak bawa anak jumpa doktor adalah jika jumpa GP, kalau tak rasi, kena jumpa lagi. Kalau jumpa pakar walaupun mahal tp sekali jumpa boleh sembuh. Tanpa kira ubat yg diberi. Maybe tahap 'kekonfidenan' berbeda?Ada komen ka?tk

Dr Azwan said...

Puan R : Mana lah laku artikel ni kalau nak hantar ke PTS. Banyak lagi doktor yang hebat2 ada kat luar sana.

Shiha : biasanya warga emas pun FOC. Tapi kalau universiti hospital mahal sikit daripada hospital KKM kan in term of caj wad sbgnya?

Norlina ngan Mak Anon 2 sama kan? : Seorang kerja kat pharmaniaga, sorang lagi kerja kat P*********a. Ubat tradisional apa yang norlina guna kalau tak sihat. Kongsi lah sikit. Bunga cengkih ke, daun lidah buaya ke, tongkat ali ke... Vitamin C boleh ambil 1000 mg sehari. Biasanya sebiji 500mg, so boleh lah makan 2 biji kalau tak sihat.

Mak anon 1 ( (id anonymous sangat2 tidak digalakkan)) : betul - trade name dan generik adalah persepsi lain pula tentang ubat. Augmentin ialah trade name dan Amoxyl+Clavulanic Acid adalah nama generik. Tapi Augmentin ialah original drug dan Co-Amoxiclav adalah generiknya.

Saya setuju Mak Anon 1, memang kita kena bersyukur. Saya tahu satu orang nih, dia dapat ubat kencing manis Amaryl daripada hospital panel dia, tapi dalam pada masa yang sama dapat ubat dari HUKM Metformin. Ada ke patut dia dapat ubat tuh bulan2 dicampaknya ke longkang. Sebab dia kata ubat tuh dia tak guna. Saya tegur lah, saya kata ramai lagi orang miskin yang nak guna ubat tu. Kalau metformin tuh kena bayar, mesti dia tak buat macam tu.

Pasal hal berkaitan dengan tulis nama ubat tuh. Saya setuju kita kena letak nama ubat generik. Kebanyakan klinik swasta tak tulis. Kadang2 kalau bagi voltaren kita tulis tahan sakit sahaja, tapi lagi teruk pada tuh ditulis ubat sakit urat lah, ubat terseliuh lah, ubat otot lah... Ini adalah kerana kurang penguatkuasaan oleh doktor dan staf klinik yang biasanya tiada pengetahuan tentang ubat.

syamsul : Nama pun pakar en syamsul. Tentulah Maqam dia di atas sana sikit. Ubat dia pun ubat taraf pakar... Ada ubat pakar yang kat GP tak ada sebab terlalu mahal sangat. Pesaki tak mampu nak bayar. Kalau GP pun caj ubat cam pakar, tak ada orang datang klinik GP En Syamsul.

Tapi saya tak setuju kalau jumpa GP 2-3 kali tapi jumpa pakar sekali je dah baik. Ada juga kalau jumpa pakar tak baik tapi jumpa GP yang biasa dia pergi baik pula. Malah ada pesakit cakap dia cuma serasi dengan ubat klinik ni sahaja. Pergi pakar pun tak baik.

Ada juga kalau jumpa doktor yang muda kat klinik bagi ubat tak baik. Tapi jumpa doktor yang rambut dia dah putih atau berjambang panjang, cepat pula baik tapi ubatnya sama sahaja.

Jadi bergantung juga kepada situasi dan tahap "kepercayaan" seseorang terhadap doktor masing-masing.

Dr Azwan said...

Amalina : terlepas pulak. Kuasa Nuklear tu maksudnya membunuh tidak mengira kuman. Yang baik jahat semua dibunuhnya. Cuba baca balik artikel antibiotik : Harimau hilang taring.

shiha said...

Salam..

Kurang pasti lak camana caj utk warga emas kat PPUM. Bapa saya pesara tentera, sebab tu free. Untuk wad, proses bersalin, operation etc pulak, kalau pesakit govt servant, FOC. Tapi kalau pesakit dari private sector, dia charge rendah sikit dari hosp swasta. Contoh: servis epidural kat Pusat Bersalin Z = RM600; kat PPUM = RM500; tapi kalau ibu tu govt servant maka RM0.

Moral of the story, jadilah pegawai kerajaan utk full medical benefit hehe.

Azra said...

Salam Dr Azwan,

Bagus artikel Dr Azwan ni, I think it is about time someone makes a point about this.

Can I suggest something? Why don't you write an article about the inapparopriate use and over-prescribing of antibiotics in Malaysia? Macam yang Dr Azwan tulis dalam artikel "Ada ibu bapa yang tak boleh hidup tanpa Augmentin. Kalau anak batuk sikit, itulah ubat yang paling utama bermain di kepala" - I find this very worrying. Ramai ibu bapa dan orang ramai tak tahu pasal the dangers of inappropriate use of antibiotic and pada pendapat saya mereka patut disedarkan.

Terima kasih. Saya akan sentiasa membaca blog Dr Azwan.

ej said...

Dr azwan, mcamana sya nak tahu sesuatu ubat tu adalah generik or original?

Dr Azwan said...

shiha : kalau kahwin orang kerajaan pun boleh kan? hehe :O

Azra : Saya ada tulis pasal inappropriate use of antibiotics kat dalam artikel antibiotik saya di artikel aperubatan. Boleh Azra check and write down your comment?

Ej : boleh google tentang ubat original. Tapi biasanya ubat original ni mahal dan packing dia cantik. Susah juga nak tahu... Hospital swasta bagi ubat ori bisanya. contoh Norvasc, Viagra, Zantac, Zentel, Clarytine, Clarinase... Memang kena check kat internet

vin said...

Salam Dr Azwan,

Saya ada soalan psl Augmentin & generik dia ni. Adik perempuan saya, 28 thn pesakit Lupus Nephritis. Since doktor dia di HUKM selalu bagi Augmentin, dia takut & tak percaya dgn ubat generik kpd Augmentin ni. Kira mcm yg generik tu tipu la.. So, apa kata Dr utk kes SLE mcm ni? Boleh ke dia guna ubat generik?

Hana said...

Salam Dr,
Baru jumpa blog ni...and baru baca pasal augmentin. Baru baru ni ada surgeon prescribed saya ambil Amoxyclav (Curam 625mg), ubat ni generic of Augmentin ke??Sebab selalunya anak2 saya je dapat augmentin..

Dr Azwan said...

Curam, Co Amoxiclav, Fleming semuanya adalah generik augmentin. Tak ada masalah. Effek sama cuma harga murah sikit.

Anonymous said...

doc...

saya ada darah tinggi...tahun 2005 doktor dah mula bagi ubat(NORVASC)..tapi tak pernah makan sebab malas...berkotak kotak norvasc saya ada..last last buang je...saya dapat norvasc sekali bukan pakai biji tau...sekali ambik satu kotak...kadang kadang saya bawak balik kampong bagi orang tua....masa tu saya kerja PMcare@P***** M**CARE...alah yang gambar burung merpati tu...itu sebab senang dapat ubat..

tapi start minggu lepas saya dah makan ubat norvasc..sebab saya dah ada rasa kesan darah tinggi.. tapi sekarang...norvasc saya beli dari klinik...14 biji dgn consultation kena charge rm48...itu baru stok 2 minggu....barulah saya rasa bersalah buang ubat dulu....sayang sungguh..

Hati Riang said...

Salam Dr Azwan,
saya mengidap Hypertension yang agak biasa (sebelum ini) 170/90. tetapi semalam tekanan saya menjadi sangat tinggi iaitu 210/135. sebelum ini saya pernah menggunakan ubat yang bernama Fenamon 10mg. saya menggunakan selama 3 bulan tanpa henti tetapi apabila di periksa darah saya naik lagi tinggi sehingga 248/160. dan saya dimasukkan ke wad sementara. saya diberi sejenis ubat dan dalam masa 2 jam tekanan darah saya menurun 165/90 dan saya di benarkan pulang. saya tanyakan ubat untuk saya amalkan setiap hari tetapi Doktor mengatakan tidak perlu. jadi untuk meringankan tekanan, saya baru mulakan amalan Garlic Gel. selain itu apakah petua doktor untuk saya mengatasi masalah ini? email saya libraman@ymail.com

Anonymous said...

Terima kasih info berguna ini.. Dahulu saya mkn amlodipine (norvasc)10mg tetapi tak tahan memakannya, muka menjadi merah dan jantung menjadi debar2, adakah ubat itu tak sesuai untuk saya? sekarang Dr. saya ada memberi ubat amlodipine katanya ubat klon, selepas saya membaca artikel ini saya beranggapan klon tu bermaksud generik.. kate Dr. tu lagi, ubat tu boleh mkn 10mg 2 kali sehari!! Benarkah ini Dr. Azwan?

amin said...

setahu saya norvacs(original ) ada diberi di hospital kerajaan sepeti hospital tentera...walaupun begitu jika kita dapat ubat generic...jgn laa fikir ubat tersebut tidak berkesan dan sanggup pulak mencarinya di tempat lain...ini berlaku pada makcik saya...dah bertahun tahun makan norvasc...tapi bila dah tak mampu sebab dah pencen..panel pun dah takde nak support ubat...beliau pergi hospital kerajaan tapi x setuju dengan ubat generic...beliau pergi ke hospital tentera....bagi saya ni pandangan yang salah norvasc adalah amlodipine dan ubat ni sudah ada generic...jadi tak perlu kita beli ubat asal yang lebih mahal...tahu kah anda panadol juga adalah sejenis ubat generic? mungkin anda tidak merasainya sebab ianya popular di malaysia...di negara lain namanya berbeza pula...

ubat generic norvasc seperti vamlo ranbaxy memberi kesan yang sama seperti ubat asal...

kalau ada sesiapa yang berumur 35 tahun keatas ingin berkongsi pengalaman dengan ubat darah tinggi...boleh hubungi saya ukmbangi@gmail.com

Wak Gaban said...

Doctor .. Ubat ni klu ibu menyusu xbole makan ke

Wak Gaban said...

Doctor .. Ubat ni klu ibu menyusu xbole makan ke

Naj Mi said...

Salam Dr Azwan

Saya mohon share entri ini ke dalam blog saya, minta kebenaran ni harap doktor benarkan...

Jika tiada respon saya anggap doktor benarkan, jika saya siarkan dan jika doktor tidak benarkan, beritahu saya..saya akan segera padamkan nanti...

Terima kasih

Related Posts with Thumbnails