Friday, May 2, 2008

Perompak Di Lebuh Raya..



Assalamualaikum,

Cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai untuk menyemak semula kadar caj bayaran untuk wad, peralatan dan ubat-ubatan di Hospital Swasta patut diadakan sejak lama dulu. Namun, perlaksanaannya sekarang adalah satu perubahan positif yang sangat-sangat disokong.

Caj-caj yang keterlaluan dan tersembunyi di Hospital swasta terlalu banyak sehinggakan ke tahap yang melampau telah banyak menyusahkan pesakit yang memerlukan rawatan.

Tidak dinafikan, semakin ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kewangan yang lebih baik, memilih untuk ke Hospital Swasta kerana keselesaan yang lebih dan layanan di dalam masa yang singkat. Apatah lagi ramai di antara kita yang bekerja di syarikat konglomerat yang menawarkan sokongan insentif bil perubatan mahupun insuran perubatan seperti prudential, ING dsbg.

Telah menjadi satu trend kepada hospital swasta untuk mengecaj kepada syarikat insurans atau syarikat konglomerat ini secara berlebihan dan melampau. Adakalanya caj ini adalah "pukul rata", dan yang menjadi mangsa adalah pesakit yang terpaksa mengeluarkan wang daripada poket mereka sendiri.

Dengan adanya insurans perubatan dan insentif perubatan syarikat ini, adakalanya pesakit lebih mudah untuk berjumpa pakar-pakar di hospital swasta. Klinik-klinik swasta cuma bertindak sebagai hab atau wasilah untuk mendapatkan surat rujukan sahaja untuk berjumpa pakar di hospital swasta. Saya sendiri berpengalaman apabila anak yang cuma batuk sedikit dengan selsema mahu berjumpa pakar kanak-kanak walaupun kes itu hanya pada pendapat saya tidak perlu.

Tidak mengapalah kerana syarikat atau insuran yang membayarnya. Jika keluar dari poket sendiri tentu ibu-bapa lebih berhati-hati dengan rujukan ke pakar.

Yang lebih menakutkan adalah caj-caj yang dikenakan kepada pesakit akibat prosedur atau pemeriksaan makmal dan radiologi yang tidak perlu.

Sebagai contoh, sudah berapa ramai pesakit yang sakit perut (walaupun di sebelah kiri perut) telah dibedah kerana appendicitis? Tentulah jika dari sudut "overly precautions", kadang-kadang pakar boleh membuat diagnosis tertentu seperti ini dan melaksanakan pembedahannya mengikut gerak hati pakar dan pengalamannya, itu adalah tertakluk kepada budi bicara mereka. Namun adakah usaha ini benar-benar ikhlas atau kerana wang, itu hanya beliau dan Allah sahaja mengetahuinya.

Di HKL (atau mana-mana hospital kerajan) terdapat bancian tentang "post operative white appendicitis". Ini adalah bancian kepada kadar pembedahan membuang appendiks yang pada awalnya didiagnos sebagai menghadapi "Acute Appencicitis" tetapi akhirnya selepas dibedah Appendiks itu didapati normal.

Banci ini patut dilaksanakan di Hospital Swasta dan dipantau oleh KKM, untuk menunjukkan bahawa pakar bedah di swasta patut dinilai dari segi kewajaran seseorang pesakit itu dibedah kerana memang sepatutnya dibedah atau mereka cuma mahukan wang yang besar akibat pembedahan tersebut.

Sehinggakan, ada pendapat mengatakan, sekiranya anda ingin melahirkan anak di hospital swasta, kemungkinan yang tinggi anda akan bersalin secara pembedahan kerana "threshold" pembedahan yang sangat rendah berbanding hospital kerajaan.

Begitu juga dengan urusan pemeriksaan radiologi. Adakah pemeriksaan seperti MRI dan CTScan itu wajar untuk semua kes? Atau ia dikenakan sebagai perangkap kepada pesakit yang tidak tahu dan akhirnya terpaksa membayar kos perubatan yang tinggi? Begitu juga dengan pemeriksaan darah yang tidak perlu. Ini semua membawa kepada peningkatan kos perubatan di Hospital Swasta.

Saya terbaca di dalam ruangan komen oleh the star hari ini yang ditulis oleh Tommy Lee berkenaan kawan kepada neneknya yang terlekat tulang ikan. Kawannya menghantar neneknya ke sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Tiada pembedahan yang dilakukan, cuma sedikit mentera serapah dan mungkin penyepit buaya (crocodile forceps). Dan cajnya ialah jeng jeng jeng... RM 3000!!

Sila baca di sini.

RM 3000 untuk nenek itu mungkin kecil memandangkan beliau datang dari keluarga yang kaya. Tetapi dari segi moralnya, wajarkah caj RM 3000 dikenakan kepadanya sedangkan tiada pembedahan dan tiada prosedur invasif dilaksanakan?

Saya merasakan bahawa caj RM 3000 itu adalah termasuk:-

1. Caj senyuman doktor pakar (giginya yang cantik kan perlu dijaga!),
2. Caj pakaian doktor pakar (sutera - made in China),
3. Caj bercakap-cakap dengan menggunakan perkataan yang lembut gigi dari lidah
4. Caj kena bangun dan duduk dari kerusi untuk menyambut nenek yang masuk ke bilik berhawa dinginnya (proses pembaziran kalori).
5. Caj masa yang perlu dihabiskan untuk menerangkan prosedur mencabut tulang itu yang sepatutnya dihabiskan dengan bermain golf
6. Caj bateri lampu suluh jenis "super Duracell" yang diimport dari German atau Italy secara pukal kerana tidak terdapat di Malaysia.

Jumlah semua : RM 3000.00. Syabas !!

(Jumpa saya di klinik- saya caj RM 15.00 je.. heheh)

Pakar perubatan seperti inilah yang digelar oleh Prof Dato' Md Tahir Azhar, Dekan Kulliyyah Perubatan UIA merangkap SIFU saya dahulu sebagai "The Highway Robber" atau "Perompak di Lebuhraya"...

Artikel ini ditulis oleh : Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/.

P.s. : Permohonan maaf. Artikel ini ditulis tidak bertujuan mengkritik profession kedoktoran di hospital kerajaan dan swasta, cuma satu teguran ikhlas untuk mereka yang terlalu melampau untuk mengaut keuntungan sehingga membebankan pesakit. Saya juga seorang doktor.

Salam.

13 comments:

Queenie said...

Tommy Lee tuh mmg malang bila dia tak kenal Dr Azwan PCTI.

6 caj yg doc katakan tuh mungkin ada kebenarannya. Pengalaman saya sendiri, mmg payah nak jumpa doktor dihospital kerajaan yg larat and mampu tersenyum membahagiakan terhadap org2(pesakit2) yg tak punya nama besar didepan namanya, contohnya ada perkataan tengku, YB, YAM, Datuk, Datin, Tan Sri and so on lah!

Tak salahkan mereka, tekanan ditempat kerja, pesakit ramai perawat kurang, tu belum lagi nurse2 yg hentak2 kaki depan mata saya tiapkali ada pesakit baru masuk sebab menyusahkan urusan mereka. Byk borang perlu dilengkapkan.

Bila dah stress tuh adakalanya kata2 yg terkeluar dr mulut doktor tu pun rasa2nya lebih nyaman utk saya pandang air longkang. Hal ini pun ada berlaku kat klinik2 kerajaan.

Dah puas makan hati, apa nak kata, nak komplen byk2 pun apa guna, saya senang jer, sound direct, luah apa yg saya rasa patut, lebih2 lagi kalau saya dipihak yg benar.

Akhirnya lebih rela serahkan diri kat hospital bayar wlp ternyata mmg mahal. Anak2 saya lahir ditgn doc prof, disambut dgn bismillah, assalamualaikum, n azan, mungkin ada yg anggap remeh tp saya bahagia.

Setiapkali buat rawatan bulanan(bila hamil), senyum manis n sapa mesra doktor itu dah membuatkan separuh dari sebarang masalah kesihatan saya terbang...n kalau ada segaris kerisauan diwajah saya, dia akan menghampiri jiwa saya sebagai seorg teman yg penyayang, pendengar yg baik, (wlp saya tak suka bercerita hal2 peribadi, tp pujukannya mmg saya cair la),pendekata hal2 seumpama ini mmg jgn haraplah saya akan temui dihospital2 kerajaan. Paling2 depa akan kata,' ala..biasalah tu...'
Kita taulah kdgkala itu perkara biasa, tp cara seorg perawat mengeluarkan kata2 tentunya ada etika yg tersendiri, yg boleh menyembuhkan tanpa ubat2an.

Saya sedar bahawa segala kebaikan yg saya terima itu bukannya free, tp masuk hospital pun bukannya selalu, kat hospital kerajaan pun takder la murah mana dah skang nih, tp dpd bayar utk sakit hati, lebih baik saya bayar utk dptkan apa yg saya inginkan.

Bila kita sedang sakit, bukan anggota terlibat saja yg sakit doc, tp segala2nya,fikiran, emosi n ubat2an saja tak mungkin dpt menyembuhkan kesakitan ini.

Anonymous said...

details of RM3000 should be more eloborated by displayying the costs/chargea of each service...
hahaha

PoP

Jie said...

Saya melahirkan ketiga²anak secara pembedahan di hospital swasta yg kosnya mencecah rm 10K, tak perlu saya ceritakan sebabnya... :p

tetapi saya mendapatkan rawatan biasa( demam/selesema/batuk) yg biasa² di klinik kesihatan kerajaan kerana anak² saya lebih serasi. Saya percaya ubat di klinik kerajaan lebih terkini...( sentiasa stok baru ).

Kali terakhir saya pergi klinik, anak saya perlu ambil darah. Dah 4 kali cuba baru dapat, bila bawa ke makmal, mesin utk memproses ( sy tak pastilah apa benda tu ) rosak. Doktor bertanya adakah sy boleh ke hospital kuala kubu...sy sanggup memandu sejauh 20km. Sampai di sana waktu makan tenghari, terpaksa tunggu lagi. Selepas 1 jam saya memandu semula ke klinik kesihatan serendah untuk berjumpa doktor semula.

Sejak dari rumah, saya tidak mengharapkan sesuatu yg istimewa seperti di klinik swasta, jadi walaupun proses bermula dan tamat saya di klinik pada hari tersebut mengambil masa selama 5 jam, saya masih cool...hehehe

Anonymous said...

saya bersetuju sgt dgn comment dari sdri Azwin & sdri Jie. Kemungkinan pengalaman spt ini tdk berlaku kalau suami/isteri kita itu kakitangan hospital tersebut...
apa pendapat doc?

biasalah, bila dah sehari suntuk melayan mcm2 kerenah pesakit silap2 doktor sendiri pulak yg sakit...hehe
tp doc, kenapa doc berhenti dari hospital kerajaan dulu?...

Dr Azwan said...

Terima kasih Azwin, K.Jie dan PoP.

1. Pada pendapat saya, pesakit berhak untuk memilih pusat kesihatan mana yang mereka ingin masuki dan mendapat rawatan darinya. Sekiranya pesakit mementingkan keselesaan dan mempunyai kewangan dan kemudahan perubatan yang mencukupi, maka dipersilakan untuk ke hospital swasta atau klinik perubatan swasta. Kita sendiri maklumi bhawa hospital swasta lebih terjamin keselesaannya. Untuk tujuan itu kita perlu membayar harganya.

2. Doktor di klinik kerajaan memang sangat-sangat dibebani kerja. Bebanan seorang doktor di kerajaan sangat berat dan kita sangat2 kagumi. Kami pernah masuk ke dalam bilik bedah pukul 8.00 pagi dan keluar pukul 2.00 pagi untuk satu pembedahan yang sangat2panjang, balik ke rumah sebentar utk tidur dan bangun pukul 6.15 pagi untuk masuk pula kerja pukul 7.30 pagi kerana besok pagi ada ward round- jika pembedahan tak habis ada yang terpaksa tunggu sampai pagi. Anda jarang2 jumpa kes2 sebegini di Hospital swasta, mungkin setahun 2 kali... apalah kalau nak dibandingkan. Doktor di kerajaan bukan sahaja menguruskan pesakit. Mereka juga ada tugasan seperti kajian, pengurusan organisasi, mesyuarat itu dan ini, ISO, Akkrditasi, Credentialling dsbg. (Macam cikgu jugak)

3. Cuma artikel ini ditulis untuk mengingatkan kepada aorang ramai yang tidak tahu dan jahil tentang taktik sebilangan hospital swasta yang mencekik pesakit di dalam keadaan tidak sedar. Pesakit tidak bersalah kerana mereka tidak tahu. Yang menjadi isunya sekarang ialah kenapa hospital caj pemeriksaan readiologi yang tidak berkaitan dengan penyakit dan menyebabkan pesakit terpaksa menanggung kos. Juga yang menjadi persoalan ialah kewajaran melakukan pembedahan kepada kes yang tidak sepatutya dibedah. Atau kenapa perlu periksa darah utk HIV contohnya kepada pesakit yang kena gastrik. Ini semua membawa kepada peningkatan kos yang akhirnya ditanggung oleh pesakit. Saya berpengalaman dengan cerita seorang pakar di hospital swasta yang buat angiogram (jantung) untuk pesakit yang masuk kerana denggi dan kena caj sehingga RM 16,000 Tunai!!

Queenie said...

Dr Azwan, awin minta maaf kiranya ada perkataan2 yg boleh menyinggung perasaan doc dlm komen sebelum ini. Tak terniat nak memperlekeh bebanan tugas2 doktor2 di hospital kerajaan, saya faham sgt sebab beberapa org dlm keluarga saya juga bertugas sebagai doktor,bahkan salah seorg darinya adalah timb. pengarah di salah sebuah hospital diibukota ini, tp saya tak mahu ambil kesempatan diatas apa yg mereka ada.

Mmglah kalau saya dapatkan rawatan di mana mereka bertugas, saya akan diberi perhatian lebih, tp saya sering terfikir, kalau lah saya tiada tali persaudaraan dgn doktor2 tu, mungkinkah saya akan dilayan sebegini?tentu saja ini tidak adil bg pesakit2 lain yg tak punya cable disitu.

Kesibukan mereka sendiri pun adakalanya membuatkan saya terfikir bahawa setiap org doktor itu bagaikan 'tiada kehidupan peribadi' utk mereka, berdasarkan bebanan tugas yg doc nyatakan td. Saya amat bersimpati dgn anak isteri mereka, dpt apa yg mereka mahu tp bukan suami atau bapa, terlalu sibuk, bukan saja di ward, bahkan ada yg dlm masa sebulan hanya beberapa hari saja nampak kelibat mereka dirumah...

Keputusan saya membayar lebih dihospital swasta bolehlah dikatakan utk tidak menambah beban pada kedua2 belah pihak(saya and doktor kerajaan - logic ker? haha..,what ever la...), yg penting saya bayar guna duit sendiri, tak guna wang rakyat, atau wang mana2 company. Setakat ini belum pernahlah saya mendapat rawatan yg salah atau kos yg keterlaluan, sesuai dgn sewa bilik dan kos ubat yg generik tuh...

Moga tiada yg terasa hati di atas komen saya, maaf jika ada yg terasa begitu.

Utk berlaku adil dgn diri saya sendiri, kalau ada kelapangan saya suka ronda2 kat ward pediatrik hosp kerajaan(pasal hati saya lebih cenderung kpd anak2 kecil), jenguk nasib org2 yg kurang berkemampuan and bantu mana2 yg patut atas dasar simpati dan faham...mereka dan penjaga mereka perlu ubat utk jiwa juga...sesiapa pun diantara kita mampu lakukan tugasan sampingan ini, daripada kita berhabis dishopping complex,tambah koleksi pinggan mangkuk, lebih baik kita dekati saudara2 kita (tak kiralah apa bangsa n ugama pun, selagi mereka memerlukan), tak perlu byk, sebulan utk seorg pun sudah memadai bg saya, insyaAllah Allah akan tambah lagi utk kita berlipat kali ganda,itu janji Allah, tidak saja dr segi ringgit- sebungkus makanan, sehelai pakaian, dan sebaris senyuman pun amat berharga bg mereka yg dtg dari jauh dan terpaksa tinggalkan anak2 lain dirumah dgn kemelut hidup yg ntah bila akan berakhir, so tak rugi kalau kita gembirakan mereka wlp sebentar cuma kan? namun tiada paksaan dlm kerja2 sukarela ini...secara peribadi saya lebih terfokus anak2 yg sedang sakit diluar sana drp pulau2 peranginan setiapkali ada kelebihan masa atau rezeki..

Ok la..mungkin agak merapu n out of topic sket, namun syabas kepada semua doktor yg sanggup meninggalkan kepentingan peribadi demi sebuah pengorbanan.

I rest my case. wassalam.

Dr Azwan said...

Azwin : saya suka kalau ramai orang cam Azwin yang melakukan tugas sukarela di wad paediatrik. Bukan kepada baby dan anak-anak, malah kat situ ada mak-mak yang tak balik rumah berbulan-bulan sebab kena jaga anak di wad.

DI wad saya di plastik surgery dulu, ada seorang bapa ini yang buat part time jadi "clown" dan pandai buat objek dari belon tu. Dia akan datang sebulan sekali, petang2 dan buat binatang dan objek dari belon dan hadiahkan kepada anak-anak yang buat pembedahan. Sukanyaaa... Saya pun tumpang menepek mintak belon untuk anak saya.. haha.. percuma pulak tu.. tu yang best.

Dia buat camtu, sebab dia teringat, masa anak dia masuk wad plastik surgery sebelum tu untuk pembedahan, mereka miskin dan takder duit, so anak dia takder duit nak beli mainan. Jadi bila dah keluar wad, bila bertambah rezeki dia, belajar jadi "clown" dan menggembirakan kanak-kanak di sana...

Anon : saya berhenti dari hospital kerajaan kerana saya nak buka perniagaan. Orang kerajaan tak boleh berniaga.

Anonymous said...

Saja menyampuk nih..bila aku dah meninggalkan kerja kat wad dan boleh menenangkan fikiran aku baru aku rasa apa yang Azwin rasakan..ya! kehidupan doktor kat spital bukan manusia normal! Camno lah kita nak senyum kat pesakit kalau b/fast pun belum lagi w/pun dah t/hari, tidur mlm tadi pun terganggu dgn anak kecik yang demam, solat pun kadang2 di akhir waktu, camna nak empati dgn pesakit...? nak buka mata pun tak larat,otak pun dah terlalu penat macamana nak senyum dgn pesakit dan menghulurkan perasaan empati sebab diri dan jiwa pun tak terbela? hanya yang pernah memakai kasut yang sama boleh memahami ayat-ayat ini.. bila keluar ke jbtn lain barulah merasai hidup seperti manusia yang normal.Bagi yang nak memahami kerja-kerja doktor di gomen spital ni silalah jgn tidur langsung selama 36 jam berterusan, miss beberapa kali makan dan membuat kerja-kerja yang pling mencabar minda mereka dalam j/waktu tersebut dan berjalan sejauh 10 km..saya jemput PTD-PTD sekalian..

Dr Azwan said...

Mak Iti dah bersuara! Patutlah ko dulu kena sound ngan Dato' "cool" ajer.. haha.. Kau berada di alam nyata ker masa tuh.. ke terawang-awangan sebab baru abis oncall... :).. haha.. Tapi aku rasa ko ni sentiasa cool la.. Cam Yus gak..

Anonymous said...

saya bukan doktor & takde kaitan pun dengan org2 kementerian kesihatan. tapi pengalaman saya & anak duduk hospital kerajaan memang best2 belaka. doktor & nurse baik2. selalu bagi senyuman manis & sentiasa beri nasihat bila diperlukan. pengalaman bersalin di hospital seremban - nurse layan dari hari pertama masuk wad sebelum bersalin sehinggalah selepas bersalin. bukan mandikan baby aje tapi siap mandikan ibunya sekali selepas bersalin. i don't think kat hospital swasta ada this kind of service. yg paling penting selepas ibu & baby pulang ke rumah, nurse akan buat follow up dengan datang sendiri ke rumah kita selama 2 minggu. f.o.c aje. rasa selamat jugak la sebab pihak hospital tak lepas tangan macam tu aje. kalau swasta rasanya ibu tu sendiri kene bawak anak ke hospital utk jumpa doktor.

Dr Azwan said...

Anonymous : Isteri saya pun mengalami layanan yang serupa. Tu sebab ke empat anak2 saya lahir di HKL. Best..

Anonymous said...

saya juga mndapat layanan yg cukup baik di wad bersalin HSA. Dri hari pertama hinggalah hari terakhir dibenarkan discharge. Takde nurse or doktor yang masam muka. Wlpn sya tahu mereka penat. Sgt2 kagum masih mampu tersenyum melayan pesakit sekali sudah melewati 24 jam bertugas. Terkenang saya pada seorang doktor muda perempuan di wad bersalin. Subuh tu saya jmpa dia terkocoh2 nak solat subuh gak. Esoknya pn sya jumpa dia lagi dibilik solat... Kasihan nya sya tgk sbb dah 24 jam dia berjaga....tu pn masih leh senyum bila sya tanya..DR. lom blik lgi ker? pnuh sopan dia jawab..sya oncall harini.

Justeru itu naluri kemanusiaan saya simpati. Dr juga adalah manusia biasa. Tentunya ada tuntutan rasa spt mnausia lain. Klu mereka boleh melksanakan tugas dgn baik itu sudah cukup. Klu terkasar sedikit or muka masam sya maafkan jer.. merujuk kpd istilah manusia biasa. No body perfect. Cuba bayangkan klu sehari suntuk bertugas..non stop..alahai klu kita sndiri pn tak dpt tidur mlm pn mgamuk kan... takyahlah.. nyamuk mngigit waktu tidur lena pn marah.

Sya prefer mndapatkan rawatan dihospital kerjaan. Bukan saja caj yg murah, tapi ubat2 juga sya perolehi secara percuma. Klu kat luar tu ntah baper ratus utk satu papan. Skalipun tiapklai mndapatkan rawatan atau memnuhi temujanji dgn doktor pakar sya terpaksa menugg utk jangka masa yg lama. Somtimes dr pakar hospital kerajaan lagi bagus dari dr pakar hospital swasta.

Apa pn saya harap sgt hospital2 swasta ni tidak keterlaluan mengenakan caj serta mengambil kesempatan. Btul spt apa yg dr azwan katakn..kadangkala rawatan yg tiada kaitan dimasukan sklai mcm CTscan, xray, ujian darah. Tu yg saya bengang. Pastu caj yg bukan2..klu saya kaya takper gak nak derma duit tu kan.

Terpulang pada pandangan individu. Sebab ada setengah tu memang amat2 mementingkan keselesaan..

Dr Azwan said...

Ej : Ada yang mengatakan bahawa ubat hospital tak bermutu. Saya sebenarnya tak bersetuju. Sesuai dengan harganya, ubat hospital juga ada yang generik dan ada yang original. Jiklau pihak hospital mengenakan bayaran dan mengambil keuntungan, barulah pesakit akan lebih menghargai.

Related Posts with Thumbnails