Monday, November 5, 2007

"The Halal Pork"

Assalamualaikum....

Saya terkejut mendapat email ini. Email ini menyatakan bahawa terdapat "halal pork" di jual di NTUC. Saya bagaimanapun tidak pasti samada gambar ini ada menunjukkan bahawa "halal pork" ini memang sememangnya dijual di NTUC atau tidak walaupun di stickernya tertulis nama pasaraya tersebut.

Saya ada membuat sedikit research tentang NTUC dan mendapati bahawa ia adalah sebuah supermarket di bawah nama "NTUC fair price" yang berasal dari Singapura. NTUC yang pertama dirasmikan pembukaannya oleh Bekas PM Singapura Lee Kuan Yew. Terdapat banyak cawangan-cawangan NTUC ini termasuk di Australia.

Bagaimana yang haram ini boleh dihalalkan memang perkara yang aneh. Pertubuhan Islam yang mana menghalalkan daging ini juga perlu bertanggungjawab di atas kekeliruan ini.
Sekiranya benar "halal pork" ini sebenarnya "haram pork", ini menunjukkan logo halal yang tidak asli sekarang boleh dibeli dan logo halal dari luar negara tidak beberapa boleh dipercayai. Nampaknya Colgate Palmolive kena jugak tampal logo halal dari JAKIM jika hendak memikat penguna Islam Malaysia...

Walaupun begitu, sekiranya "halal pork" ini sememangnya halal - contoh dibuat menggunakan soya bean... Akan bermulalah kontroversi baru.. Boleh ke makan daging babi yang halal... !!
Wallahu A'lam
THE HALAL PORK
Fresh Pork Airflown

Pandangan di pintu masuk salah sebuah cawangan supermarket Fair Price

7 comments:

kucau said...

kalau ko tgk tanda halal tuh cam org tampal jer. ker org saje2 tampal , ambil gambar pastuh buat citer

Dr Azwan said...

Betul gak kucau... tu sebab sticker tu cover alamat tuh..

Anonymous said...

mungkin vegetarian pork kot. dibuat dari soya bean ke ape, cuma rasa mcm pork. tapi kan, banyak lagi benda lain boleh makan. daging lembu ada. daging kambing ada. daging rusa pun ada. ada jugak ke yg mengada ngada nak rasa pork? :D

Dr Azwan said...

Mungkin Nadlique. Tai sebenarnya kat atas produk tuh tak ada tulis apa2 pasal soya bean. Yg kedua gambar tuh tunjuk flesh daging. Saya pernah makan ayam vegetarian dan daging vegetarian, dia berupa cam kuning2 bukan fleshy cam gambar tuh. Tapi saya setuju dengan Dr. Kucau, ini mungkin gambar scam

Anonymous said...

Salaam, about the halal pork ... mana ada pork yang halal ... but yes they were found in NTUC supermarkets around Singapore. The Singaporean Muslims have brought it up again & again. It was highlighted in the beginning by non-Muslims purchasing pork. They were confused because to their knowledge pork can never be consumed by Muslims. So one person actually took a photo of the packed pork & e-mailed it to his/her Muslim friends for confirmation. Yes, the halal logo is actually a sticker. All Halal products come with the halal logo printed on the package itself & if I'm not mistaken they do have some sort of coding.

Dr Azwan said...

Tak paham lah Ms Liza... So, halal ke tak halal bendalah ni... Tak buat DNA test ke... Have U really seen the product with your own eyes?? or it is just rumours around?

Anonymous said...

(1) daging tu memang pork
(2) halal - NO WAY
(3) it was not issued by MUIS ... it was scanned & pasted on the package
(4) bona vide halal logo is printed on the plastic or paper not as a sticker to be stuck on the package
(5) no, i tak nampak dengan mata i sendiri but this photo has been passed around among Malay/Mulsim Singaporean community.
(6) setahu I MUIS have started their investigation into this problem if u want to make sure or have further inquiries you can go to http://www.muis.gov.sg

Related Posts with Thumbnails