Monday, May 5, 2008

Saya Sokong Cuti Bersalin 90 Hari!




Assalamualaikum,

Cadangan untuk menambahkan lagi bilangan cuti kepada 90 hari oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor amatlah dialu-alukan. Begitu juga cadangan-cadangan yang sama untuk memanjangkan cuti bersalin kepada ibu-ibu oleh MB Pakatan Rakyat sangat sesuai sekali dan harus disokong.

Berikut adalah berita tentang ini di dalam BERNAMA :-


SHAH ALAM, 4 Mei (Bernama) -- Lima buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pada dasarnya bersetuju untuk melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi pekerja wanita di negeri masing-masing.

Perkara itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan apabila pemimpin negeri berkenaan iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah duduk semeja dan memperhalusi perkara tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata kerajaan negeri berkenaan percaya ia dapat dilaksanakan.

"Apa pun beri peluang kepada kami untuk perhalusinya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Kerja Raya Kedah, Phahrolrazi Zawawi dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud.

Kini kakitangan wanita sektor awam diberi cuti bersalin bergaji penuh selama 60 hari yang boleh diambil maksimum lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Mohammad Fairus berkata Pulau Pinang sedang mengkaji untuk melanjutkan tempoh cuti bersalin sehingga 75 hari.

Bagi Selangor, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri itu merancang untuk melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja wanita dan cuti bagi suami mereka maksimum 10 hari dari tujuh hari sebelum ini.
(Baca sampai habis...)

-- BERNAMA

Menurut International Labour Organization (ILO), di dalam satu artikelnya yang bertajuk Maternity At Work yang ditulis pada 24 April 1998, 119 Negara telah mencapai piawai cuti bersalin selama 12 minggu (90 hari) dan 62 negara (daripada 119) Negara itu pula memberikan cuti bersalin selama 14 minggu ataupun lebih.

Hanya 31 negara (Malaysia adalah salah satu daripadanya) yang memberikan cuti kurang daripada 12 minggu.

" Currently, 119 countries meet the standard of 12 weeks with 62 of those countries providing for 14 weeks or more. Just 31 countries mandate a maternity leave of less than 12 weeks.

Among the countries which provide the most paid maternity leave by law are: the Czech Republic (28 weeks), Slovakia (28 weeks), Croatia (6 months and 4 weeks), Hungary (24 weeks), The Russian Federation (20 weeks) and Italy (5 months). Denmark, Norway, and Sweden all provide extensive paid leave which may be taken by either parent, although a portion is reserved for the mother. "

Pada tahun 2007, ILO melaporkan hanya tinggal 26 negara sahaja yang masih memberi cuti bersalin dibawah 12 minggu. Malah jiran terdekat kita iaitu Singapura dan Indonesia telah pun mengamalkan cuti bersalin 12 minggu atau 90 hari.

Menurut sumber BERNAMA 5 Mei 2007, Bekas Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membawa perkara ini ke kabinet tetapi tidak diluluskan kerana kerajaan risau ini akan menggangu produktiviti dan pengurusan kerajaan.

Saya rasa cadangan cuti bersalin 90 hari ini patut diperjuangkan, bukan dibangkang. Tidak patut sekiranya, apabila isu ini dibawa oleh pembangkang, maka kerajaan harus menolaknya. Ini adalah kerana cuti bersalin 90 hari diamalkan oleh lebih daripada 2/3 negara di dunia dan semakin meningkat. Ini sudah cukup membuktikan bahawa perkara ini adalah relevan di dalam masyarakat kita ini.

Salam.

20 comments:

Dr Nazatul Shiha said...

Salam...

Yang patut diperjuangkan, adalah, cuti 90 hari bergaji penuh DAN menyusukan bayi dengan SUSU IBU SAHAJA selama 90 hari itu dan dilanjutkan sehingga usia bayi mencapai 6 bulan.

Terlalu banyak kajian yang telah menunjukkan betapa breastfed babies adalah lebih sihat berbanding dengan bottle fed babies. Maka jika ini benar - benar diamalkan, barulah kerajaan tak perlu risau bahawa ia akan mengganggu produktiviti dan pengurusan kerajaan.

Bagi ibubapa yang memberi susu tepung, cuba kira berapa kali anda perlu mengambil EL untuk membawa bayi ke klinik? Berapa kali cuti tahunan terpaksa dikorbankan untuk tujuan yang sama?

Alhamdulillah, sepanjang 3 orang kelahiran anak saya, tak sampai sebelah tanganpun jumlahnya saya terpaksa mengambil EL untuk tujuan di atas. Dan bukan saya seorang dalam hal ini, ramai lagi ibu-ibu yang menyusu badan akan mengatakan perkara yang sama. Tiada niat riak di sini. Cuma untuk menunjukkan bahawa betapa cuti 90 hari itu amat penting terutamanya bagi ibu yang exclusively breastfeeding their children.

Wallahuaklam & wasalam.

Anonymous said...

dari sudut medical..42 hari dh lebih dari mencukupi..KECUALI nk amik peluang utk rehat2 kan badan...bermalasan2 disofa..serta menjaga anak2 dirumah..

Faizal Zakaria said...

Salam,
Saya sedikit bimbang dengan cadangan ini kerana kita akan kurang cekap dari segi guna tenaga manusia. Apapun kena tunggu formula bersesuaian terutama pelan bagi sektor/unit/jabatan yang mempunyai ramai staf wanita yang masih pada usia subur.

Faizal

Dr Azwan said...

Shiha : Betul, secara teorinya begitu. Tapi jikalau nak dijalankan secara praktikal , bagaimana untuk memantau penyusuan ibu.

Anonymous : Itu cadangan mengundur ke belakang dan tidak menepati saranan ILO. Dan tentunya datang dari seorang lelaki..

Queenie said...

Salam Doktor Azwan,

Ini cuma angan2 saya jer...

Kalau cuti bersalin tak sampai 90 hari pun takper kot. Saya cuma lebih mengharapkan agar setiap jabatan atau mana2 pejabatlah tak kira kerajaan atau swasta termasuk sekolah2 dapat menyediakan satu nursery utk kemudahan kakitangannya yg punya anak2 kecil, di bangunan yg sama.

Maksud saya ialah bila ibu2 itu pergi bekerja, dia boleh bawa baby dan anak2 pra sekolah tu terus bersamanya, dan beri kelonggaran masa setiapkali waktu menyusu tiba.

Dlm masa yg sama, anak2 yg pra sekolah pula diberi pendidikan yg sesuai pada tahap usia mereka.

Upah pengasuh bayi dan pendidik yg (bertauliah) ditanggung separuh atau sepenuhnya oleh ibubapa itu sendiri, so takyah nak cari pengasuh lain, kalau masalah baby tak sehat pun takder la merisaukan sgt, sebab sentiasa dekat dgn ibu...malah siibu mungkin hanya perlu mengambil cuti separuh hari saja utk membawa anak berjumpa doktor.

Tak tau lah logic ker tidak, nama pun angan2...mmg saya simpati dan empati dgn mereka yg berhadapan dgn masalah spt ini, anak pun sayang, kerjaya pun sayang..ya lah...dah belajar tinggi2 bertahun2, habis duit beribu2 tp tak dpt sumbangkan apa2 pada negara dan keluarga kan? sementelah hidup pada zaman serba gawat begini, para isteri terpaksa sama2 keluar bekerja utk mendokong pendapatan suami.

Saya berangan sesuatu perlu difikir dan dirombak semula selain dari memberi cuti bersalin 90 hari. Selepas 3 bulan menatang baby, kemudian terpaksa dilepaskan ketgn org lain sejak pagi hingga menjelang ptg malah kdg2 sehingga sang bulan dah mengambil giliran tugas mentari menerangi alam....alangkah....bukan kah lebih baik disediakan sebuah tempat khas yg membolehkan anak2 itu berdekatan
dgn ibunya selalu.

Mungkin akan timbul soal pengangkutan pergi dan balik, tp takder masalah tanpa penyelesaiannya, semuanya boleh dibincangkan dgn bijaksana.

Mungkin saya jer yg lemah jiwa, tak sanggup tinggalkan anak kat tgn org lain, dengar jer anak nangis, habis lupa semua benda!

Jgn tiru seperti saya, takder rumah besar pun takper, takder kereta besar pun takper kerana bagi saya ketika anak2 masih kecil ini mereka taknak pun benda2 besar seperti itu kecuali sedikit perhatian keibuan dari saya. Rasanya itu sajalah sumbangan yg mampu saya beri terhadap anak2 dan keluarga utk sari dua ni...esok lusa hanya Allah yg tahu. Only God knows best.

Dr Azwan said...

Faizal : Kita boleh buat kajian dan lihat bagaimana Indonesia dan Singapura laksanakan. Saya kira Indonesia dan Singapura juga punyai komposisi pekerja lelaki perempuan yang hampir sama dengan kita.

Dr Azwan said...

Azwin : Saya setuju sangat-sangat. Malah isteri saya pernah terfikir, kenapa tiada nursery di sekolah2 yang berhampiran. Sampai dia nak berhenti sekolah buat nursery. Kalau ada usahawan yang berminat, amatlah dialu-alukan.

Min said...

Salam, mungkin sebulan tu boleh buat optional, siapa yg nak dia apply le. Mungkin tolak gaji sikit ke ? Bukan semua org di kurniakan susu ibu. Jangan memandang rendah kpd ibu yg tak menyusu badan, kadang-kadang dah buat macam-macam memang kurang susu. Tapi basically saya setuju la. Cuma company kena fikir short of manpower.

Anonymous said...

Salam, dr.

Pada saya kalu diberi cuti hingga 90 hari camtu jerr camne pulak yg tidak bf pun kat baby dia. Saya pun pelik ramai juga wanita yg masih tidak dpt memberikan susu ibu secara xklusif selama 6 bulan atau lebih atas alasan kerja @ susu dah kering @ baby tak mahu.

Saya rasa selain dari pihak majikan sediakan nursery di tempat kerja, mereka yg kerja berhampiran dgn rumah juga perlu berulang alik ke rumah supaya dpt bf. Selain itu kalu rumah jauh dari tempat kerjapun, kenapa tidak cari jer nursery yg berhampiran tempat keje, tengahari bolehlah kuar bg bf.

Saya rasa cuti 90 hari itu patut sbg option bagi yg benar2 perlu boleh ambil. Bagi yg dah x susukan baby lepas 1 bulan @ 2 bulan (atas alasan susu kering dsbgnya), lebih baik dia kejer je. Tapi kalu kita nak para ibu beri tumpuan kpd anak yg baru lahir itu terutama dr aspek penjagaan , kaum ibu (yg susu badanya dh kering) juga perlu diberi ransangan/kesedaran bagaimana utk banyakkan susu badan.

Pengalaman saya yg ada anak 5 dan bekerja ini, alhamdulillah sy susukan anak2 saya hingga 2 tahun. Dan jarak antara anak juga 2 tahun.Anak saya hanya minum susu formula ketika dinursery jerr (itupun hanya sebotol sehari apabila dia sudah boleh makan bubur/nestum)tapi di rumah @ waktu cuti, baby saya hanya minum susu ibu shj. Biasanya selepas 60 hari cuti bersalin sy akan pastikan waktu lunch pergi susukan baby. Dan saya letakkkan anak berhampiran dgn tempat kerja saya.Pagi2 memanglah kelamkabut nak siapkan anak2 dan travel anak tu.

Sebagai ibu kita kenalah sanggup berkorban. Dan satu lagi, antara tips utama bagaimana susu ibu boleh sentiasa banyak dan anak tidak akan menolak susu ibu adalah NIAT yg ikhlas dr ibu itu sendiri.

wasssalam.

Dr Azwan said...

Assalamualaikum, min, sheeaim dan sahabat pembaca yang saya hormati.

Pada pendapat saya, cuti 90 hari adalah untuk ibu yang melahirkan anak dan bukannya eksklusif untuk ibu-ibu menyusukan anak. Ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada ibu-ibu yang melahirkan agar wujud bonding dengan anak yang baru dilahirkan, menjaga dan memberi kasih sayang kepada anak secara lebih rapat. Dan abyi juga mendapat kasih sepenuhnya daripada ibu, bukan setengah hari ibu, setengah hari lagi nursery untuk 3 bulan pertama kelahiran.

Menyusukan anak dengan susu ibu adalah dikira tiada kompromi. Tidak kiralah, jikalau diberi cuti selama 2 minggu sahaja pun selepas bersalin, atau 3 bulan selepas melahirkan maka menyusu ibu tidak sepatutnya berhenti setakat itu. Ia sepatutnya diteruskan sehingga 6 bulan eksklusif. No kompromi.

(** Ya, ada doktor post graduate yang cuti 2 minggu je bersalin dan masuk bekerja semula, takde pantang pun. Rambut bertocang lagi, perut pun penuh barut, dah kena buat ward round ikut specialist** ).

Tetapi cuti 90 hari hari diberi khusus kepada ibu yang mengandung tanpa berkecuali. Ia bukan sahaja untuk ibu berehat, tetapi yang paling penting untuk bayi yang baru lahir. Ini adalah lebih baik daripada para ibu memilih utk berhenti kerja menjaga anak atau memilih cuti menyusu tanpa gaji.

Kepada ibu-ibu yang workaholik dan tak sabar2 nak masuk kerja, anda boleh berbuat demikian tetapi yang memilih untuk bercuti 90 hari sewajarnya diberi gaji penuh.

Saya kira yang patut diberi pilihan bukannya sesiapa yang ingin cuti 90 hari, tetapi para ibu yang ingin bekerja semula selepas 60 hari. Mereka boleh diberi pilihan untuk kembali bertugas awal (mungkin diberi ganjaran cuti 5 hari ke dsbg).

Kembali kepada komen anonymous, 42 hari cuti adalah lebih daripada mencukupi, saya harap beliau dapat buat citation daripada mana beliau mendapat figure "42 hari" itu, kerana pada pendapat saya, selepas "14 hari" orang putih dah start berjongging selepas bersalin.

Unknown said...

Ustazah (dari Mesir) pernah kata, orang di sana sudah boleh berjalan-jalan selepas sehari bersalin. Kuat betul mereka!

Anonymous said...

bukan sehari, selepas keluar dari bilik bersalin pun saya rasa macam dah nak berlari. rasa syok yg teramat sangat. tapi org tua kata luka kat dalam yg tak elok lagi. entah la. follow aje. yg pasti selepas keluar dari bilik bersalin tu, saya rasa sangat2 sihat (sebab sebelum tu dah rasa sakit yg teramat sangat nak tunggu baby keluar) & terasa nak berlari aje. macam seronok pulak.

Dr Azwan said...

anuar manshor : orang Malaysia memang lemah lembut dan tinggi tata kesoapanannya :). Wanita di Malaysia lepas sebulan pun tak boleh turun tangga dan pijak tanah.

anonymous : awak ni ada keturunan arab lah.

Anonymous said...

saya berketurunan melayu. takde kaitan dengan arab. saya tahu ramai wanita yg tak boleh nak berjalan & duduk selepas bersalin. entah kenapa saya rasa sihat sangat2. alhamdulillah... faktor saya rasa cepat sihat tu mungkin disebabkan rasa sakit yang teramat sangat sewaktu nak bersalin. mungkin tu sebabnya bila sakit bersalin tu hilang, saya rasa nikmatnya bila dah sihat. seumur hidup saya waktu bersalin tu la paling sakit. bila dah lepas rasa sakit tu, sakit yg kecik2 tu saya tak kisah lagi.

Dr Azwan said...

Anon (id anon tidak digalakkan) : Bersalin memang paling sakit. Tapi saya respect wanita melayu.. walau sakit macamana pun ketika bersalin, mereka hanya mengalirkan air mata, tidak terlolong-lolong dan menjerit-jerit. Mungkin sebab Islam dan ia sebahagian daripada jihad (bukan sebab keturunan arab). Saya dah conduct berpuluh-puluh deliveries dan mengazankan ramai anak Islam. Kesian, ada anak lahir bapa tiada di sisi.

Jie said...

Rugilah saya....kilang dah tutup..hehehee

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Bagi ibu yang berkerjaya, ada yang beranggapan rugi jika cuti lama - lama. Gaji tak masuk, boring pulak tu. Kesian kawan kat ofis kena tolong cover kerja kita.

Maaflah saya tak setuju.

Fitrah ibu adalah bersama anaknya. Sebagus manapun babysitter/helper yang tolong jaga anak kita, tetap tak akan sama dengan tangan kita sendiri yang mendodoi anak itu. Sebenarnya, itulah sumbangan kita yang terbesar untuk negara - mendidik anak. Ia bukanlah pengorbanan, tapi ia adalah sumbangan. Tambahan pula kalau ibu itu yang educated, lagilah untung anak itu insyaAllah. Bukan nak kata ibu tak educated tu tak bagus, cumanya ada bezanya mendidik anak dgn berilmu dan mendidik anak dgn kurang ilmu.

Bak kata Dr. Azwan, breastfeeding tu sepatutnya no kompromi. Kalau cuti seminggu pun, by right kena teruskan exclusive bf selama 6 bulan. Kenyataan saya yg first post tadi tu, bukanlah bermakna saya memandang rendah kepada ibu yang tidak bf, esp kepada ibu yg dah mencuba bersungguh - sungguh tapi tak berjaya. Bagi saya, ibu2 sebegitu sekurang - kurangnya berkesedaran utk bf - jgn terasa hati! The fact that anda peka maknanya anda peduli.

Yg menyedihkan adalah golongan ibu bapa yang tiada pengetahuan mengenai susu ibu, tidak berusaha utk memberi susu ibu, malah mengutuk susu ibu. Sesungguhnya merekalah orang - orang yang paling rugi.

Seorang bayi berhak mendapat makanan yang terbaik dan didikan yang terbaik - hanya ibunya yang mampu menyediakan kedua - dua keperluan itu.

Barulah masuk topik modal insan.

Wasalam.

Alyahya said...

Tak sesuai terutama fikirlah apa jadi kat sekolah.Guru cuti tp yg ajar pelajar yg thn pep.UPSR,PMR,SPM terabai.Pengganti sukar dicari @ tak sama dgn yg berpengalaman.Dulu 40 hari pun elok sihat walafiat!

anna said...

assalamu'alaikum...
tahniah, dr, kerana menyokong tempoh cuti bsalin 84 hari tu.
sy amat pelik kenapa ramai melatah mberi respon -ve, x sj private sec tp jg org gomen.mgkin ada motif tersendiri spt anak dah 5 org@lebih,xdak anak,dsbnya..wallahu'alam..
ramai jg x faham signifikasi n implikasi tempoh cuti bsalin ini kpd bangsa n negara.
tmpoh 84 hari@12mggu tu adalah tmpoh yg amat sgkat berbanding dgn negara2 lain n x menepati pun tmpoh minimum 14 mggu ILO.(Belarus (126 hari), Bulgaria (135 hari), Singapura,indon,thai (12 minggu), Argentina(13),Germany(14),Sweden(14),Switzerland(14),New Zealand(14), Japan(14),Congo(15),Finland(15),France(16),South Africa(16), Holland(16),Spain(16), Austria(16), Portugal(17), Chile(17),Cuba(18),Hungary(24), Norway(26), England(26), Australia(26), Italy(20)
Tempoh 84,90 atau lebih itu berikan lah pd kaum ibu, x kiralah mcm mana mereka nak memanfaatkannya..nak g shopping ke, nak tido ke, nak melancong ke..yg lain jgn jeles.nampaknya, betul lah kata Tun M.org2 KITA ni sifat hasadnye menebal, dan sifat ini timbul secara konsisten x kira dlm apa2 isu pun.
negara2 lain x timbul masalah pun bg cuti bersalin lebih, x bankrap pun.perlu dikaji kaedah menangani kekurangan staf.dlm sesebuah organisasi tu, klu 1-2 cuti bsalin,xkan muflis terus kot.klu bosan cuti lama2 nak balik keje, x ada satu undang2 pun yg menyekat anda berbuat demikian.so p la balik keje..jgn nak menyibuk psl org lain nak bercuti..cehwah..

Dr Azwan said...

Actually kena ada yang mulakan. Kalau semua MB Pakatan nak buat dan kita sokong, apabila kerajaan pusat tengok ia berjalan lancar, mesti kerajaan pusat ikut juga (berani kerajaan pusat tak nak ikut?)...

Bila lama kelamaan dan dah jadi kebiasaan maka ia menjadi polisi negara. InsyaAllah. Apabila lebih ramai guru bercuti bersalin, maka lebih ramai graduan yang menganggur boleh mengisi lubang kerja guru sementara sebagai GSTT dan sebagainya.

Mungkin ia satu penyelesaian masalah yang baik. Cuma guru wanita yang belum berkahwin atau tidak mengandung yang akan berasa terkilan sedikit. Tetapi kepada sebahagian besar wanita ia adalah satu penghargaan kepada mereka.

Related Posts with Thumbnails