Tuesday, May 13, 2008

TOXIC MEGACOLON



Assalamualaikum,

Baru-baru ini satu kejadian sedih berlaku kepada seorang pelatih PLKN selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak.


Menurut Utusan, Too Hui Min, 18, yang menjalani latihan di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Baru, Selangor dilaporkan mengalami sakit perut ringan pada pukul 3 petang setelah makan nasi ayam di lapang sasar Jugra, Banting.

"Hui Min kemudiannya diperiksa pula oleh pembantu perubatan di kem dan seterusnya dibawa ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan lanjut pada pukul 8.30 malam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, keadaan Hui Min yang sebelum itu tidak serius bagaimanapun bertukar kritikal dua jam kemudian sebelum meninggal dunia pada pukul 10.45 malam.

Jelasnya, pelatih berkenaan yang menjalani latihan bermula 18 Mac lalu pernah mengadu mengalami sembelit pada 19 Mac dan kesihatannya dilaporkan baik sehinggalah semalam. Klik untuk berita penuh.


Menurut berita yang saya dengar, keputusan autopsi menunjukkan bahawa Hui Min menghidapi Toxic Megacolon. Ini adalah tragedi yang begitu menyedihkan terutama kepada keluarganya. Menurut cerita keluarganya, Hui Min memang mengalami masalah sembelit sejak beberapa lama namun tidak berjumpa dengan doktor.


Toxic Megacolon adalah radang di dalam usus yang menyebabkan pembengkakan usus secara ekstrim. Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami demam, kekurangan air (dehidrasi) dan degupan jantung menjadi pantas. Ia disertai dengan perut kembung dan kesakitan perut yang teramat. Perut menjadi keras dan pesakit sukar untuk bergerak. Lama kelamaan pesakit menjadi tidak sedarkan diri dan boleh boleh membawa maut.


Sebab utama kejadian ini boleh berlaku akibat jangkitan usus oleh kuman seperti salmonella dan shigella atau amoeba seperti Entamoeba Hystolytica atau penyakit radang usus seperti Ulcerative Collitis atau Crohn's Disease yang jarang berlaku di Malaysia.

"Toxic" membawa makna mudah - sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan pesakit menerima kejutan atau "shock" apabila kuman boleh memasuki darah dan menyebabkan merebaknya kuman ke jantung dan seluruh badan.

X-Ray pada usus boleh menunjukkan bengkak pada usus besar lebih daripada 6 cm dan usus kelihatan licin (hilang bentuk jurai) kerana terlalu kembung dan tegang.

Dari segi perawatan, hidrasi adalah penting selain daripada antibiotik dan kemungkinan pembedahan membuang usus yang bengkak adalah salah satu cara perawatannya.

Salam.

3 comments:

Faizal Zakaria said...

Salam,
Ia terjadi semasa atau sebelum PLKN?
Faizal

Anonymous said...

Dr Azwan, adik saya jarang membuang air besar. Tapi dia tidak mengadu sakit perut. Hingga kekadang pening kepala. Ini juga dikategori sembelit? Dah lama juga perkara ni berlaku dan sudah dibawa ke klinik dan diberi ubat. Tapi kondisinya masih sama. Apakah yang perlu dilakukan sekarang.

Dr Azwan said...

Faizal- dia dah dua dekat 2 bulan masuk PLKN. Balik ke rumah sekejap sebab bercuti. 2 hari lepas masuk balik PLKN baru kena. Tak silap saya lah. Budak bijak tu SPM 7A1. Kesian.

Sembelit bermakna jikalau dalam seminggu dia biasa buang air besar 7 kali seminggu, tapi tiba-tiba berkurang kepada 2 kali sahaja seminggu itu dinamakan sembelit. Bermakna, pengurangan di dalam frekuensi yang tidak normal bagi individu. Ia disertai dengan najis yang keras dan bulky (ketulan besar). Adakalnya disertai dengan darah kerana sukar untuk meneran dan luka.

Tetapi kalau biasanya dia buang air besar 3 kali seminggu, dah bertahun-tahun. Memang frekuensi nya macam itu banyaknya, itu bukan sembelit. Bermakna itu adalah kekerapan biasa dia.

Boleh minta nasihat doktor pakar gastroenterologist kalau perlu.

Related Posts with Thumbnails