Salam,
Hati-hati dengan nyamuk...
Kebelakangan ramai yang datang ke Hospital Al-Islam dengan simptom denggi. Secara purata hampir setiap minggu pasti ada yang masuk ke wad kerana darah platelet (sel darah beku) menjunam turun daripada 130,000 pada hari ke 5 deman ke 70,000 pada hari ke 6 dan ada yang 40,000 pada hari seterusnya.
Trend beberapa minggu lepas menunjukkan peningkatan kes denggi. Saya sendiri menerima kes hampir 4-5 orang yang menunjukkan simptom denggi setiap hari. Ada yang akhirnya di diagnosis sebagai chikungunya.
Diagnosis denggi berdasarkan sejarah dan simptom, tanda-tanda yang ditunjukkan pada badan dan pemeriksaan darah.
Pada kebiasaannya, penyakit denggi lebih membawa simptom atau gejala yang lebih serius. Demam yang tinggi, muntah-muntah, lemah badan, kurang selera makan dan sakit-sakit badan adalah gejala utama di samping tanda-tanda seperti ruam merah pada kulit.
Pemeriksaan darah seperti kadar platelet yang menurun secara mendadak dan sel darah putih yang rendah dan pemeriksaan antibodi terhadap denggi (Denggi serologi) adalah antara pemeriksaan makmal yang dilakukan.
Polymerase Chain Reaction (PCR) untuk Chikugunya atau Chikugunya Serology boleh dilakukan untuk mengesahkan Chikugunya. Sampel darah akan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan bayaran di sekitar RM 150 akan dikenakan. Hasil ujian akan mengambil masa sehingga 2 minggu.
Oleh hal yang demikian, sila berhati-hati dengan keadaan persekitaran anda. Penyakit Denggi boleh membunuh dan sudah ada hampir sepuluh kematian telah dicatatkan kerana denggi pada tahun ini.
Beringat sebelum kena.
Wallahu Alam.

3 comments:
salam ziarah dr
mailah jengok blog saya..
kot kot la suka..
cabaikering
Boleh :)
Denggi mengganas...
Ada beberapa faktor penyebab peningkatan:
1) Pembangunan tidak seimbang;
2) Kebersihan tidak dijaga;
3) Penguatkuasaan tidak menyeluruh;
4) Primary care tidak berjaya...
Jemputlah ke blog saya...
-iwanmohamad-
(Pemikir UIAM Kuantan)
Post a Comment