Wednesday, September 16, 2009

Batuk Biadap!






Salam,

Bulan Ramadhan ni memang bulan berkat.

Kalau dulu kes H1N1 banyak, tetapi secara tiba-tiba kes turun mendadak. Hospital dan klinik jadi lengang.

Nak kata orang tak berkumpul tidak juga. Lihat jer lah bazar Ramadhan. Orang bersesak-sesak untuk membeli juadah. Berkat bulan Ramadhan, kes ini terkawal. Diharapkan ia akan terus terkawal dan tidak ada lagi gelombang kedua.

Semalam saya ke Bazar Ramadhan, Jln Raja Alang, Kg Baru, (sebelah masjid Kg Baru), semua orang pandang saya dengan pandangan yang pelik dan sinis. Macam saya ni pengganas yang tersalah masuk kem tentera Amerika.

Dalam beratus-ratus orang yang datang bazar Ramadhan, hanya ada seorang mamat "sesat" sahaja yang pakai topeng muka.

Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah saya (yang macho - bukan poyo)..

Ada orang nasihatkan saya, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Tapi apa guna saya je yang mencegah. Walhal saya tak batuk selsema pun.

Secara "Utopia"nya mereka yang sihat tidak perlu pakai topeng muka. Yang perlu dan wajib pakai topeng muka ialah mereka yang mempunyai simptom Influenza Like Illness tu. Mereka yang ada simptom ILI ini perlu cuci tangan, mereka yang perlu elakkan diri daripada berjumpa orang dan dikuarantinkan.

Sudah tentu ia tidak berlaku seperti itu. Ia adalah teori yang berada di awang-awangan. Mungkin takkan berlaku seperti itu.

Yang sihat pakai topeng muka, cuci tangan. Yang batuk berdekung-dekung, selsema, demam... buat tak tahu aje. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tak ada sekelumit pun rasa bersalah. Bersubahat untuk menularkan wabak influenza.

Sesiapa yang ada simptom penyakit berjangkit tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan atau bersubahat menyebarkan virus tersebut boleh didenda dan ditangkap. Saya tak tahu aktanya apa, tetapi mungkin di bawah akta kawalan penyakit berjangkit.

Cuba bayang di dalam saf solat jemaah, contohnya solat terawikh, ada seorang jemaah tu asyik batuk memanjang sebelah kita. Sekejap bersin, sekejap batuk. Tidak pakai topeng muka. Tutup mulut pun tidak ketika batuk. Ini dipanggil batuk tidak beradab atau batuk biadap..

Pak Imam atau AJK masjid berhak meminta kawan tersebut pulang daripada menyertai jemaah. Ini untuk maslahah kepada jemaah yang lain.

Tetapi yang lebih penting, sebagai seorang jemaah yang waras dan bertanggungjawab, kawan tersebut tidak patut berjemaah di masjid atau surau. Lebih baik dia solat di rumah sahaja. Dia patut belajar bagaimana beradab ketika batuk.

Ini adalah dipanggil kawalan diri dan tanggungjawab. Bahasa lebih tinggi ialah intergriti. Di dalam Islam dipanggil konsep Ehsan.

Jikalau tiada konsep Intergriti dan Ehsan, orang yang sakit ini akan tetap naik bas untuk pulang ke kampung tanpa memakai topeng muka dan memperdulikan kesihatan orang lain. Penat saja menteri kesihatan berbuih mulut bersembang dalam radio.

2 comments:

noorcahaya said...

Betullah doktor.. ramai lagik batuk biadap... siap batuk kiri kanan lagik sbb sorong trolly nak tgk brg kiri kanan dia.. batuk bunyi berkahak lagik... tp kalau kat bazar tu... kalo dah dok depan asap ayam golek.. mmg leh terbatuk2.. tu yg ramai penjual pakai mask.. bagus gak dorang beringat...

Dr AINI BIN Hj. MURNI said...

Ada beberapa sebab:
1. Kurang kesedaran
2. Sikap sambil lewa /Take for granted
3. Tak mengamal anjuran Isalam supaya meningkat kebersihan diri
4. Jahil atau bebalisme
Maka kita kena meningkatkan usaha untuk mendidik mereka (menyampai ilmu) dan juga bersedia untuk mengubah tabiat (Behavior change) mereka
BBSH (Behavior based safety & health).
Salam Ukhuwah Akhi

Related Posts with Thumbnails