UPDATE!
Pihak editor www.mstar.com.my telah menghubungi saya dan memohon maaf di atas kesilapan meletakkan nama Nayan Man. Nayan Man bukanlah wartawan di laman itu, dan artikel ini disiarkan melalui email yang dihantar oleh pembaca.
Salam.
---------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Hari ni Chef Farid telefon saya di dalam kesibukan saya pada waktu pagi bermain dengan anak-anak. Chef Farid memberitahu bahawa mstar.com.my telah menyiarkan artikel saya di dalam ruangan pendapat pembaca. Artikel tersebut ditiru oleh penghantar sebiji-sebiji tanpa ada olahan dan meletakkan nama penanya "Nayan Man" seolah-olah itu adalah artikel beliau.
Sila baca artikel saya yang disiarkan di mstar.com.my
Saya gembira sekiranya artikel ini disebarkan di seluruh ruang maya cuma jangan lah mengaku ini adalah artikel "NAYAN MAN" di situ seolah-seolah anda yang menulisnya. Ini adalah prinsip utama journalisme dan kewartawanan saya kira. Usah plagiat. Beri kredit kepada blog atau penulis yang sebenar, jika tidak mahu atau tidak tahu biarkan sahaja namanya kosong.
Terima kasih kepada PPIM yang telah membetulkan sumbernya. Respon pihak PPIM yang pantas amat saya alu-alukan dan InsyaAllah tak lama lagi akan jadi ahli PPIM.
Salam.
7 comments:
Ish2.. suka2 je diorg plagiat article Dr... xmo ambil tindakan apa2 ke?
amboi, senangnya nak ciplak karya org. Penat jek dr memerah ayat nak tulis dlm blog senang aje org tue ambik and cop nama dia... nasib baik pihak mystar sedar dan minta maaf.. Artikel yang ditulis oleh dr dah tersebar byk dlm blog and email tapi bila sy check.. saper penulis asal, tak de pun tulis nama dr. Tah saper2 punya nama tah.
Rai dan Aizan : saya cuma beri teguran. Saya tak boleh memantau artikel yang diambil dari blog ini dan disebarkan tanpa kredit. Kalau ada pembaca yang boleh membantu adalah amat dialu-alukan..
Teruknya wartawan macam tu. Plagiat tak ingat dunia.
Syabas. Dan terima kasih atas info2 yg amat berguna.
Salam,
Masalahnya sekarang ini, terlalu ramai yang mencari nama. Saya turut merupakan seorang aktivis di Internet egroups, dan setiap kali menghantar berita, saya pastikan nama dan tajuk blog dipaparkan. Selain dari memberi kredit kepada penulis dan blog, ianya dengan juga memberi kredibiliti kepada berita yang dihantar.
Saya memang sering menerima posting berita dari Nayan Man tapi jarang membaca. Saya turut bersdeih perkara ini berlaku.
Maka, saya mohon izin untuk menghantar posting Doktor yang ini kepada egroups yang lazim saya hantar dengan potensi pembaca melebihi 100,000 orang. InsyAllah, kita sesama pertingkatkan kesedaran mereka mengenai perkara yang dipanggil 'pliagarism' ini.
kadetpencen@yahoo.com
ps. Seandainya Doktor perlu menghebahkan berita untuk kepentingan orangramai, saya sedia bantu, insyAllah.
Kadetpencen : macamana saya nak sertai egroup tu? Saya nak join abiteha@yahoo.com. Network boleh kita besarkan.
Post a Comment