Tuesday, April 15, 2008

Baru Dapat Lesen DBKL




Assalamualaikum,

Saya baru sahaja mendapat lesen dari DBKL untuk kedai telefon bimbit baru saya di kedai Taman Salak Jaya, Salak Selatan. Alhamdulillah setelah segala susah payah naik turun ibu pejabat DBKL maka selesai lah sudah urusan lesen.

Saya telah membeli 3 unit kabinet handphone dan beberapa peralatan pejabat untuk diletakkan di kedai saya.

Selepas ini saya akan memenuhkan stok, memasang banner dan mencari seorang pekerja untuk menjaga kedai. Saya juga berhasrat untuk menyewa mesin fotostat, kerana ingin memudahkan urusan masyarakat yang terpaksa pergi jauh ke pekan untuk urusan fotostat. Walaubagaimanapun, bergantung juga kepada kehendak pelanggan.

Saya sedang mencari cara untuk memasang sistem pembayaran (payment gateway) menggunakan kad kredit di kedai. Ramai pelanggan bertanya samada mereka boleh menggunakan kad kredit ataupun tidak. Kemungkinan saya akan menggunakan sistem ini untuk memudahkan jual beli. Cara ini juga memerlukan modal yang lebih dan lebih pengawasan kerana penipuan kredit kad yang berleluasa.

Diharapkan kedai baru ini akan mula beroperasi pada 1 hb Mei 2008 atau selewat-lewatnya pertengahan Mei 2008.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli handphone boleh menghubungi saya. Pembelian Zithron adalah digalakkan kerana warranty di seluruh Malaysia. Penghantaran pos adalah percuma. Selagi sistem pembayaran kad kredit ini belum berfungsi, maka terpaksalah tuan puan beli dengan tunai dahulu.

Salam.

12 comments:

Anonymous said...

dr x jual htc ke?

Dr Azwan said...

jual cik Anon... nak htc jenis apa. TytnII? atau biasa? boleh email saya.

Anonymous said...

Dr ni, macam2 buat ye, multipurpose betul la dr ni, masyukkkk tu....anyway good luck,bagus la Muslim skrg dah ramai yg berniaga...tahniah,...

Dr Azwan said...

ima : minat kecil-kecilan je ima. Tapi best juga kalau 10 kedai handphone kan. Bukannya susah pon.

Gerubuk Wanda said...

congrats doc....

Dr Azwan said...

wanda : :) thanks. Belum apa-apa dah congrats..

syamsul said...

salam, saya doakan berjaya. Bateri perlu dicaj setiap 3 bulan..tk

aBe said...

Salam azwan.
Congrats tu atas kejayaan bukak kedai. So congrats from me. Bukan senang tu nak bukak kedai walaupon kecil. Anyway since ko jual handphone ade tak ko jual Sony Ericsson W980i?

Dr Azwan said...

Syamsul : apa yg kena caj 3 bulan? Mesin kredit card ke?

Abe: Faisal, tak kluar lagi la kot kat Malaysia. Takder kat supplier aku.

Anonymous said...

doc jual yg br je ke,or de yg 2nd hand?leh trade in x?heheh..

Dr Azwan said...

tengok lah dulu, kalau ok boleh trade in.

Anonymous said...

hello my friend , aku ingin buka businees jual anak patung di flet market . perlukan saya dapatkan lesen berniaga ? saya masih belum buat pendaftaran perniagaan ? perlukan buat semua ini . kerana saya mohon table untuk berniaga di flet market , semua managent yang berkeneaan juga tanya saya tentang lesen ? dan saya betul tidak faham apa itu lesen yang diperlukan ?

Related Posts with Thumbnails