Monday, April 14, 2008

Iklankan Bisnes Anda di Blog Dr Azwan!



Assamualaikum,

Baru-baru ini saya menerima cek Nuffnang sebanyak RM 120.00 setelah 3 bulan menunggu. Ia adalah untuk pengiklanan Nuffnang tahun 2007. Saya terima cek itu dengan tersenyum kerana sudah nampak hasil daripada blog saya ini walaupun seciput.

Kata orang duit RM 120.00 boleh buat apa? Tak pe ini adalah satu permulaan.

Kalau anda lihat gambar di atas, itu adalah print screen daripada page Nuffnang saya untuk bulan 1 sampai bulan 4 tahun ni iaitu RM 516.00. Sekarang ini bandwidth saya telah mencapai 12 iaitu pelawat yang berjumlah 500-600 sehari. Apalah sangat jikalau nak dibandingkan dengan blog dia ni (yang ada 39 bandwidth) dan blog dia ni (yang ada banyak iklan).

Apapun permulaan ini adalah satu yang baik kerana pada awalnya saya cuma menerima kunjungan 100 orang sahaja sehari tetapi telah mengalami peningkatan walaupun perlahan.

Saya bercadang nak letak pengiklanan banner kecil-kecilan dan charge RM 50 sebulan. Ada orang nak tak agaknya? Takde lah mahal sangat kot. Nuffnang pun bayar RM 37.00 seminggu, ini pula RM 50 untuk sebulan atau RM 1.80+ sehari. Setakat 8 iklan (banner) sebulan cukuplah. Boleh hubungi saya untuk berbincang.

Mungkin ada di antara anda yang ingin berniaga kuih-muih tradisional melayu untuk tempahan orang ramai, berniaga kain baju dan tudung, berniaga kek online, insuran dan sebagainya. Ini adalah peluang anda untuk mengembangkan bisnes.

Salam.


10 comments:

Anonymous said...

tak mahal ker??
hehe...
murahla sket...
bleh la aku yg miskin nie buat iklan kat sinie...
hehe...
gurau jer...

Anonymous said...

akum dr. mahal la dr RM50sbln.
RM30 dah le.nanti leh gak saya iklankan biz saya kat sini

Anonymous said...

ok lah tu Dr.. sikit2 pun ada hasil masuk..

terlanjur Dr menulis, nak lah bertanya, iklan2 tu tak de ke bawak virus dari semasa ke semasa?

tanya ni sbb saya nak gak buat duit dgn blog tapi takut komputer KO...

Dr Azwan said...

Menteil : Mahal Ke?? RM 45 ok tak?

Mak Anon 1 : RM 30?.. RM 45 lah... best dah tuh... nanti saya bagi extra 5 hari... ok? Bisnes untung ribu-ribu takkan RM45 pun berkira... wahaha...!

Mak Anon 2 : Saya tak pasti lah... Nuffnang tu company ok. Era pun iklankan dengan dia. Ada orang berhenti kerja buat blog. Tak payah risau lah...

Gerubuk Wanda said...

ok gak..saya berminat la...

Dr Azwan said...

wanda contact saya yer.

Anonymous said...

leh gak buat tambah-tambah pendapatan kan doc.... ehh saya minatlah... mcm mane nak contact doc... nie saya bagi hp no. saya 019-3048100 EMMA

Dr Azwan said...

EMMA : Dah hantar sms. Takder jawapan pun.

Anonymous said...

saya pun berminat lah...tapi nak revamp website dulu...

Dr Azwan said...

Diana : boleh boleh... nak suruh komen kat dalam artikel pun boley..

Related Posts with Thumbnails