Friday, April 18, 2008

Komen Pilihan - Luahan Hati Isteri Seorang Guru




Assalamualaikum,

Saya terbitkan komen pilihan oleh Puan EJ yang merupakan isteri kepada seorang guru. Untuk memudahkan pembacaan saya terpaksa tukarkan beberapa ejaan SMS beliau kepada ejaan baku. Yang asalnya ada di dalam ruangan komen artikel ini. Ada juga cadangan untuk menerbitkan satu entry khas untuk membincangkan masalah guru. Silakan.

"Saya suka baca artikel and comment doktor tentang tajuk ni.. sebab saya juga adalah isteri kepada seorang guru sekolah. Suami saya lepasan KPLI.

Terima Kasih doktor sebab tolong mendefend kan mereka yang bergelar guru.

1st time posting husband saya 6 bulan tertangguh tak dapat gaji. Bukan nak tunjuk merungut kat sini ek just nak share. Suami saya tak mrungut..sebab dia jenis sabar, tak banyak songeh.

Keluar rumah kul 6.30 am , biasanya pukul 5 baru balik ..paling lewat pukul 7 pm. Sebab meeting, latihan rumah sukan, latihan badan beruniform, latihan itulah inilah...

Weekend dalam sebulan wajib 2-3 kali sabtu ada aktiviti sekolah. Maulud nabi, gotong royong, belum lagi ada yang ada aktiviti adhoc..

Menanda kertas peperiksaan tidak dibenarkan dibuat di sekolah. Kena buat kat rumah. Belum lagi mereka dibebankan dengan tugas2 pengkeranian dan dokumentasi serta laporan. Tu pun kena buat kat rumah. Kalau jabatan lain seorang pegawai mesti ada kerani. Tak pun 3 pegawai berkongsi satu kerani. Kat sekolah guru dah lah kena mengajar, buat persediaan lagi pastu kena jadik kerani lagi. Belum lagi tugas sampingan, guru stor, guru perpustakan, penyelaras tingkatan, guru ko-kurikulum, guru bola sepak. Rehat hanya waktu makan dan solat. Tu pun kadang terkocoh kocoh mengejarkan kelas nak mula, nak meeting.

So please jangan kata guru kerja dia mengajar jer yer...banyak lagi tugas dia yang terbeban dalam seharian. Dari celik mata sampai tutup mata...tu pun tidor lewat sampai lewat malam sebab siapkan kerja. Kang tak hantar laporan kan dicop guru bermasalah lak. Kalau time cuti sekolah tu lah betul-betul waktu mereka berehat. Kasi lah mereka ruang bernafas, lihat lah perkara ini dari sudut positif. Kadang- kadang pun waktu cuti tu pun mereka sibuk, bukan boleh rehat (bak kata org makan gaji buta) kena jaga periksa PMR, SPM, STPM. Pastu kena tanda kertas lak. Kadang-kadang kena attend kursus. Sudahnya cuti tu tinggal begitu saja, serupa macam tak cuti.

Saya dan suami cuma manusia biasa. Ada tanggunjawab dan peranan sebagai masyarakat, anak, ibu bapa, dan sebagai suami isteri. Suami kalau sebelum matahari terbit dah keluar rumah dan pulang bila matahari dah nak tenggelam nak bermasyarakat apa nya. Kat rumah lak.. sebelah malam sibuk lah nak siapkan kerja sekolah. Bila lak masa utk anak dan keluarga? Sebagai isteri saya bersabar jer..walaupun kadangkala sedikit terkilan. Suami tidaklah tiap hari mengadap kerja sekolah jer, pepandailah dia manage, cuma kalau ada perkara yg urgent ni yang terpaksa lah di stay up. Kasihan tengok dia..

Saya memang menetapkan every month mesti balik kampung menjenguk orang tua selagi masih ada..itulah masa untuk menghargai mereka selagi masih ada peluang.

Saya agak terkilan, sebab kadang kala nak blik sebulan sekali pun payah..disebabkan suami perlu komitmen kepada sekolah pada petang jumaat dan hari sabtu.

Ramai yg di luar sana suka memperlekehkan tugas sebagai guru. Kalau ibu bapa sendiri dah tak hormat guru inikan pula anak murid. Cuma saya nasihatkan sebelum komen tugas orang, cermin diri sendiri dulu. Adakah sebagai ibu bapa kita sudah melaksanakan tugas dan amanah sebaiknya?

Kita cek tak buku anak2? apa ada dlm beg anak kita? buat atau tidak homework yg guru berikan. Ke mana lepas pulang sekolah? ada kita buat spot cek kat pusat tuisyen? Mungkin ada yg kata.. "eh mesti lah cek.. semak home work diorang.." Mungkin tu masa darjah 1, 2, 3. Bila tingkatan 1, 2.. mereka sudah lupa rutin tu semua.

Tahun lalu suami saya bercerita, seorang ibu berbangsa india, telah datang ke sekolah mencari suami saya. Sebab anak dia kata cikgu rotan, jadi tangan bengkak tak boleh nak tulis atau buat homework. Naif sungguh ibu ini, datang sekolah marah2. Husband saya tanya, makan boleh tak? boleh dia jawab. Eh boleh pulak.. kalau nak tulis tak boleh ini kan pula makan. Sah-sahlah menipu kan. Husband saya cakap, dah bertahun dia merotan budak2 nakal. Memanglah sakit, tapi diorang realise mistake diorang. Tidaklah jadik kes macam satu ni. Itu sebagai contoh paling simple ibu2 moden sekarang. Murid india tu memang terkenal kenakalannya di sekolah. Kat rumah dia baik lah tu, sebab mak dia tak tau. So husband saya pun story lah kisah si anak murid pada ibunya sendiri. Dah jadi sesi kaunseling lak.. terus
berderai air mata si ibu mengenangkan perangai anaknya. Si ibu kurang beri perhatian pada anak, so di sekolah dia memberontak. Siapa yang susah..guru gak kan.

Saya nak menjawab tentang membandingkan tugas lain yang lebih mencabar seperti jurutera, arkitek dan lain-lain. Perlu diingat setiap kerja itu mempunyai cabaran nya sendiri. Saya ceritakan hal sebenar teman saya sendiri. Dia adalah seorang jurutera. Bekerja di bawah sykt JEPUN (well known how they working). Dek tak larat bebanan kerja yg melampau, terpaksa overtime jer so dia decide mohon KPLI. Setelah dia jadi guru, dia rasa kesal sangat sebab lebih baik dia kerja dengan mesin dan komputer daripada berhadapan dengan kerenah anak-anak murid. Tak semua orang boleh jadik guru. Jangan perlekehkan mereka.

Seperti Dr. azwan nyatakan, profession perguruan merupakan profession paling ramai. Dah tentulah bila dah ramai tu macam2 ragamnya. Sebab bila mereka ramai, bila bersuara banyak lagi yang bersuara. Sebab tu nampak macam golongan ini banyak komplen. Cuba kalau jawatan lain ramai macam guru dah tentu sama juga halnya.

Pegawai PTD tak perlu diserap di dalam jabatan pendidikan. Cukup2 lah pegawai yang ada sekarang. Kalau nak jugak sila ambil mereka dari kalangan guru secara kenaikan pangkat. Bila orang luar yang tak ada pengalaman bidang perguruan dia akan menganggu sistem pengurusan, sebab kurang arif dengan budaya kerja bidang perguruan.

Saya juga tidak menolak bila terjadinya guru2 yang bermasalah seperti ponteng, memukul anak murid secara emosional, tidak datang mengajar, datang lewat. Bagi saya itu adalah masalah individu di mana boleh terjadi pada sesiapa saja apa pun profession mereka. Takan tak pernah dengar kes kecuaian doktor (doktor azwan jangan terasa tau!)? engineer buat design jambatan retak? Berapa ramai antara kalian perasaan yg paper ada keluarkan notis kepada mereka2 di jabatan kerajaan yang tidak datang kerja ada masalah displin. Mereka tak ramai.. so tak berapa nampak sangat lah kan.

Menjawab persoalan utama artikel Dr Azwan. Sebagai sebuah kementerian seharusnya mereka mengetengahkan formula-formula untuk pnyelesaian isu-isu yang dibangkitkan... Untuk situasi win-win. Tuntutan NUTP tu rasanya dah makan bertahun-tahun lamanya. Thats why NUTP sekarang makin agresif... sebab dah bosan kementerian buat dek jer.. Mereka yang diluar sana yang mengatakan guru asyik menyalak (ya Allah hinanya guru, patutlah anak murid banyak kurang ajar sekarang ni.. sebab mak bapak pun tak terajar) pernah kah anda tanya mereka apa masalah nya..sebenar2nya sehingga mengundang ketidak puas hatian. Contohnya lah.. seorang ibu ada dua anak, seorang dilayan bagai anak emas yang seorang lagi ala kadar jer. Mestilah yg sorang lagi sedih bila ibu tadi berlaku tidak adil. Seolah-olah diketepikan, tidak disayangi.

Tidak ada isu politik dalam ini. Guru tak ambik pusing pun tentang gosip2 beliau seperti dinyatakan. Guru2 sibuk mengajar disekolah. Tetapi kredebiliti Dato' HTHO ini sebagai menteri pelajaran diragui. Jawapan demi jawapan dari beliau mencerminkan rapuhnya pengurusan beliau sebagai Menteri Pelajaran.

Itu belum cerita bab makmal komputer terbengkalai, terbaru bumbung dewan sekolah mana entah runtuh.. Ni salah siapa ni? kementeriaan? JKR? Kontraktor? 3 tahun lalu saya ada buat lawatan ke sekolah menegah di daerah Kota Tinggi. Sekolah tu agak cantik ..tapi jauh sikit dari bandar. Di hujung bangunan saya terlihat timbunan pasir. So saya ringan mulut bertanya, nak buat building lagi ker? Entahlah.. dengar kata nak buat makmal komputer, dah bertahun tapi pasir je yang sampai. Geleng kepala saya dibuatnya bila dengarkan jawapan itu....

Kementerian Pelajaran harus lah buat satu anjakan paradigma, melihat masalah guru dengan lebih telus. Mengubah mana2 pengurusan yang sesuai. Mengkaji semula pelarasan gaji, agar tiada guru yang tertindas. Menilai semula pemberian kola kepada guru di luar bandar. Terutama yang jauh diceruk kampung, di mana nak ke pekan terdekat pun lebih kurang 60-70km. Kasihan mereka..pergi balik jer dah berapa duit minyak.

Alamak panjang pula celoteh saya kali ini. Maaf Dr. Azwan. Ini hanya luahan hati seorang isteri kepada seorang suami yang bergelar guru. "


Terima kasih Puan EJ. Guru lelaki Islam seperti suami Puan EJ mempunyai tugas lebih berat daripada guru wanita. Mereka sangat kurang di dalam bidang perguruan. Kadang-kadang terpaksa menjadi guru dispilin, ditugaskan untuk menjadi imam atau ketua program agama, mengetuai projek-projek sekolah, mengetuai program sukan dan sebagainya.
Apa yang Puan EJ luahkan ada benarnya dan diharapkan jika ada pegawai kementerian yang membacanya, diharap ia boleh menyumbang kepada memperbaik lagi organisasi Kementerian Pelajaran yang sudah sedia ada.

Wallahu Alam,

24 comments:

Mak Iti kawan Yus said...

Salam.

Saya pun tak setuju PTD ni dari PTD. Diorang ni kena ada pengalaman sebagai guru utk kerja kat kementerian pendidikan atau doktor utk kerja bhgn kementerian kesihatan.
Ada PTD admit yang dalam masa setahun PTD dah boleh naik dari U41 ke U44. Kalau amik masa setahun setengah tu dah lambat sangat la tu. Ni saya ni dah 7 tahun kerja tak naik pangkat2 lagi ha..yang cikgu tu pun kesian juga..

rose solehah said...

Terharu betul baca kisah seorang guru...saya amat menghormati guru dan profesion itu sendiri..Kementerian pelajaran dibawah HTHO must look into this matter seriously...very much serious...agar terbela nasib guru-guru di malaysia. Lebih2 lagi guru-guru KAFA yang dpt gaji ciput....anyway kepada semua guru2 di malaysia...ilmu yang diturunkan sehingga anak murid menjadi insan yg berguna, pahalanya terus mengalir di alam sana nanti...insyaAllah..

Ira said...

100 % betul artikel yang doktor tulis nie...mmg itulah nasib insan yang bergelar guru seperti kami.Diperkotak katikkan...seolah2 profesion inilah paling teruk skrg. Padahal dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kini teruk. Tak heran kalau sy katakan pelajar yg berjaya dlm peperiksaan skrg tak ada kualiti pun kalau nk compare zaman2 saya sekolah dulu. Seorg guru akan tahu tahap pelajarnya...kalau tiba2 keluar result dapat A dlm satu2 m/pelajaran padahal pelajar tu hanya cukup2 makan jer masa kt kelas jika nak compare dgn pelajar yang semulajadi dh cemerlang. Kalau dlm situasi begitu dh pasti grednya lebih rendah daripada gred yg biasa digunakan utk peperiksaan peringkat sekolah.
Ibu bapa pun perlu faham situasi dan sikap anak2 mrk..jgn salahkan guru bila anak2 mrk tdk terdidik...sebab tugas mendidik anak2 sebenarnya tanggugjawab ibu bapa. Tugas guru hanya menerapkan nilai2 positif melalui pengajaran. Dan bila pelajar itu dh sedia ada terdidik oleh ibu bapa maka senanglah nilai2 positif tu meresap dlm diri mereka. Kalau tidak mereka ibarat "tin kosong"...
Yg paling saya tk tahan budak2 skrg "degil" + "malas"..

Riz said...

Untuk pengetahuan semua..PTD naik dari M41->M44->M48 hanya dlm masa 5 tahun..mmg CONFIRMED..batch by batch diorg akn naik...jawatan lain mmg susah nak naik..contohnya seorg doctor dari U41->U44 dlm masa 6 tahun pun belum naik2 lagik...saya rase Dr.Azwan pon masih lagik U41 sebelum tinggalkan gov.service..
kalau anda semua nk tahu..org2 PTD amat dibenci oleh semua profesional lain.

zool said...

Walaupun saya bukan dalam profession guru tapi saya akui memang sukar menjadi menjadi guru.. Cabaran memang sukar..
Tahniah kepada guru-guru semua

http://www.ligakampung.com/blog

abahfateh said...

siapalah kita tanpa guru. Sehebat-hebat pemimpin, dibelakangnya pasti ada seorang guru.

Keluh kesah guru memang sentiasa kami dengar (kami yang tak punya kuasa), yang di atas sana, entahlah.

Walaupun saya anak guru, saya dapati cabaran guru amat berlainan sekarang. Teruskan usaha dan perjuanganmu wahai guru, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu!

Anonymous said...

kalau nk fikirkan masalah... semua profesion ade masalah cabaran... cuma kes guru ni begitu xabis2 nk kan perhatian pule... so klu mcm tu semua profesion pn nk kan perhatian juge..... so jlnkan tanggungjwb anda masing2 abis criter.... ketidakpuasatian semua perkara pn mmg wujud xkan abis...

de_kerinchi said...

Salam dr azwan,

saya hanya nak memberi tanda soal pada persoalan, apakah kewajaran kementerian pelajaran menangguhkan gaji guru baru atau bertukar sehingga mencecah tiga hingga enam bulan...?

Dalam zaman it,tak logik satu-satu kerja itu tertangguh berbulan-bulan...Hishamuddin harus tenggok masalah ini...

Maaf cakap kerja yang kementerian pelajaran lakukan sekarang adalah dibawah tahap lembab....dan harus diberi anugerah tong sampah....(bukan penyapu))

jurutera said...

saya seorang jurutera, seorang wanita, isteri & seorang ibu. saya setuju dengan pendapat anonymous dalam ruangan sebelum ni. bersyukur la. apa saja cikgu lakukan mereka tetap dipandang mulia di sisi masyarakat.

Acik Aminbakish said...

Dari saya seorang guru.

1. Janganlah disalahkan guru-guru sebab mencari perhatian. Pada hemat saya, bukan sahaja kami mencari perhatian tetapi berita tentang kami juga amatlah diberi perhatian. Agaknya, wartawan2 memang suka cerita-cerita tentang kami ini. Dari cerita bumbung sekolah runtuh, guru kena penampar, sampailah cerita kecemerlangan pelajar itu, ini atau sekolah itu ini termasuklah tuntutan kami itu ini..

2. Tuan/puan semua, Kami ni ramai... Kalau kami minta itu ini yang dikatakan orang kami ini meminta perhatian, memang benarlah.. memang kami minta perhatian. Siapa juga yang nak membela nasib kami, jika bukan kami sendiri. Dan... sudah tentulah apa yang diminta oleh kami berkaitan dengan kebajikan kami. Hanya kami yang mengerti. Janganlah kerana permintaan kami itu ini dikatakan kami tidak bersyukur. Sesungguhnya saya sendiri amat bersyukur dengan nikmat pekerjaan ini. Terutamanya, dapat bertugas dekat dengan rumah, dapat menjaga dan tengokkan emak dan ayah. Dulu, masa saya jadi murid, adakalanya saya kompelin juga cikgu itu, cikgu ini.. sekarang bila menjawat profesyen ini, barulah saya memahami realiti sebenar. Oh ya, gaji pertama saya, saya peroleh selepas 7 bulan saya berkhidmat. Sangat benar. Jika perkara ini ingin dibangkitkan dan diberi perhatian, salahkah kami??

3. Saya percaya, berita tentang guru ni banyak diberi perhatian kerana tugas guru ni dekat dengan semua…. Isterinya guru, atau suaminya guru, anak-anaknya berguru, kita sendiri berguru tidak pun blogger seorang guru … Dekatkan guru ini dengan kita??? Mungkin kerana itu, apa sahaja berita tentang guru, amat mudah diberi perhatian.

Sekian,

Pohon maaf jika ada salah silap. [peace]
Dari hati yang paling dalam, terima kasih buat yang menghargai guru-guru.
Saya sendiri sayang cikgu-cikgu saya 

afizam191 said...

kepada jurutera dan anonymous,

profesion ini bukan seperti mana profesion yang lain. Jangan silap. Salah tadbir urus akan memusnahkan ratusan ribu pelajar bergenerasi.

Musnah masyarakat akan datang berpunca dari pendekatan yang digunakan ke atas guru. Perancangan yang hanya cantik di kulit tapi berkudis di dalam akan menjejaskan pendidikan.

Beban tekanan tidak menentu dan bertali arus mampu melemahkan kekuatan yang telah dibina selama ini. Fikirkanlah..... kesan antara seorang jurutera dan seorang guru...

ej said...

Salam dr azwan. Alamak dr azwan, mengundang kontroversi nanti luahan hati saya ni bila dr masukan kat tajuk khas.Kang nanti orang lagi blame guru2 ni..ekeke. Tak caya tgklah...

Utk pengunjung blog dr azwan, sya mohon maaf andainya coretan saya menyinggung mana2 pihak. Itu hanya luahan hati seorang isteri kpd seorang guru. Bkn luahan hati seorang guru k!

Tidak berniat menyinggung mana2 pihak,ataupn membangkitkan kemarahan sesiapa atau membangkitkan mana-mana isu politik. Sebab saya hanya insan biasa jer.

Dr Azwan said...

Mak Iti Kawan Yus : PTD kena dari guru juga. Saya setuju yang tuh. Ramai guru atau doktor layak jadi PTD kalau duduk di dalam peperiksaan PTD. Tapi syaratnya kena jadi guru atau doktor sekurangnya 5 tahun. Menarik cadangan tu..

Rose soleha ; terima kasih di atas komen anda.

ira : saya ada kawan2 yang degil+malas masa kat sekolah. Tapi mereka ni bila dah dewasa dan matang, mempunyai sikap yang berbeza dan dihormati. Saya nampak trend ni kalau diperhalusi, semua budak malas+degil ini boleh berubah. Cuma perlu guru yang dedikasi untuk mengubahnya.

Riz : betul tuh. Ramai lagi doktor kerajaan tak naik gaji sebab tak pass periksa. Kadang tuh kesian, exam PTK nak ambik hari ni, semalam baru baca buku. Dah lah tak study sebab tak sempat, kadang2 nak ambik exam pun tak boleh sebab tak ada masa dan tak dapat perlepasan. Kalau soalan pasal medic boleh lah jawab, kalau pasal bab gaji, kenaikan pangkat dan kelebihan penjawat awam, diorang pun tak tahu.

Anonymous : Guru berhak menyuarakan ketidak puasan hati mereka sebagaimana profession lain juga.

AcikAminBakish : Ya cikgu,kenapa guru sering diberi perhatian media? Rotan murid pun masuk media? Pelik juga...

Kawan2 saya Ustaz tampar jer, rotan depan orang, suruh panjat tiang bendera.. buat apa nak heboh dalam media. Sekarang semua jadi orang berguna.

De_kerinchi : Anugerah tong sampah ? hehe.. Marah Hishamuddin kang.. tapi betullah, sampai 6 bulan? Ingat kita ni makan pasir ker? Nak bayar sewa rumah guna pasir ker? Sempat mati kebuluran dulu sebelum dapat gaji...

Afizam dan Jurutera : Bapa saya juga seorang guru. Satu tentang bapa saya, walaupun saya dimarah guru, kena rotan dsbg.. bila saya report kat dia.. mesti dia akan menangkan guru daripada saya. Walaupun saya tahu saya tak salah.. agaknya penghormatan tinggi kepada guru yang saya pegang samapi sekarang mungkin berpunca daripada bapa saya.

ej : tak der apa apa ej. Kita berbincang secara intelek. Takder yang bakar sekolah... hehe. Takder sapa-sapa yang tersinggung. Kita sama-sama cuba membela nasib guru.

Anonymous said...

a'kum semua. saya rasa kita jgn la asyik nak salahkan mana2 pihak, buat la keje dgn ikhlas hati. masing2 mmg ada kepakarannya.
Mmg saya amat hormati guru,gurulah yang mengajar saya menjadi manusia yang berjaya,itu mmg tidak dinafikan. tapi saya tgk guru ni ada je yang tak puas hati. bila tgk u all tulis panjang lebar,macam mengungkit je,tak elok la tu kan. kalau apa2 yang tak puas ati tu,hantar surat terus ke menteri berkenaan, takpun ke KSN. diorang yang lebih berkuasa

Dr Azwan said...

anonymous : Tak payah hantar surat ler ke KSN atau ke menteri. NUTP dah bertahun benda tu pun depa buat tak layan je. BTW betul ke blog ni kena block dengan Kementerian Pelajaran?

Akauntan said...

Aku setuju PTD masuk Jabatan Pendidikan. Aku rasa budaya dalam sistem pendidikan ni budaya kerja kenalah berubah. Sekurang-kurangnya akan lebih ketelusan bila ada ketidakpuashatian dalam hati guru-guru terhadap pentabir dalam sistem pendidikan ni. Aku bercakap dalam kapasiti sebagai seorang suami kepada guru. Bila kita buat aduan mengenai pentadbiran, gaji lambat dan lain-lain, perkara yang pertama dicari ialah pengadu...bukan perkara yang diadu. Akibatnya pengadu akan kena tekan, kena perli, kena pulau walaupun tidak diambil tindakan. Bukan aduan diutamakan..tapi pengadu yang digembar-gemburkan. Tertekan pergi sekolah. Hari2 kena perli, sindir...hati mana yang tahan hari2 kena perli, pulau, kena bodoh...Pada aku bila buat aduan tu, maknanya ada masalah lah. Tapi belum apa2 lagi dah disiasat pengadu tu. Sampai bilalah nak maju anak bangsa kalau macam ni. Budaya kerja macamni lah yang perlu diubah. Aku percaya kalau masuk PTD ni serba sikit berubahlah cara pemikiran pentadbir sekolah, pentadbir PPD bekas guru dan yang atas2 lagi. Biar telus dan berani terima kenyataan. Bukan untuk jaga nama baik diri sendiri, sekolah, kementerian dan lain2...aku kesal dengan pentadbiran Jabatan pendidikan...

Scarlett Julia said...

salam dr azwan...saya setuju dengan semua kekata puan ej...saya merupakan seorang guru..saya dah merasa apa yg puan ej nyatakan tentang suami beliau...memang kami antara golongan yang dianaktirikan oleh kementerian...bab gaji memula mengajar..tak payah cakap la..knp neh terjadi kepada guru...sdgkan saya rasa dijabatan lain tiada masalah spt ini..

saya rasa nak pinjam cerita ini untuk diletakkan diblog saya...sbb selama neh kalau saya nak menceritakan kepritan seorang guru...mcm tak siapa yang akan endah...hmm...

sham said...

Saya suami kepada seorang guru dan bekerja di bidang kejuruteraan, ada masa kena turun site (laut) 3 minggu, tapi bila saya bandingkan tugas dengan tugas isteri sebagai guru, MasyaAllah masih lagi tidak mampu menandingi tugas mereka, betapa teguh nya mereka melaksanakan tugas yang di amanahkan. Seawal 5.30 pagi dah bangun untuk ke sekolah jaraknya 50km, mengajar sambil berdiri sehingga tengah hari (ngajar sekolah rendah, mana guru boleh duduk, berlari budak ke luar kelas)kemudian mengajar Tasmik sehingga 2petang itu belum kelas KAFA(guru agama di Negeri Sembilan di wajibkan mengajar KAFA). 5.30 hingha 6.30 baru sampai rumah, Petang kalau x sempat masak tanda buku dan di bawa sampai tengah malam... Belum lagi campur hari sabtu selalu kena pergi sekolah. Kerja-kerja pengkeranian pun guru juga kena buat. Tidak heran kalau saya katakan cukup terguris pada mana2 orang yang cuba mempersoalkan profesion guru. Isteri saya pernah pengsan di sekolah akibat kepenatan. Adakah ibubapa kesian? Bila murid luka sedikit akibat jatuh bermain dengan kawan2 di sekolah guru di serang dimaki, dituduh tidak menjaga anak mereka dengan baik. Itu belum campur dengan murid-murid yang menipu ibubapa mengatakan kena pukul oleh guru walhal lebam itu di sebabkan gurau senda mereka dengan kawan-kawan, tak pasal-pasal guru kena lagi. Kawan-kawan sekalian hormatilah guru jika anak mengadu periksalah betul-betul kesahihan nya dan janganlah kita didik anak kita menjadi manusia yang manja dan LEMBIK.

sya said...

assalamualaikum..
ini first time saya berpeluang baca blog dr azwan.. dan paling menarik minat saya, tentang guru..
saya benar2 terharu baca post dan komen2 yang menghargai guru sampai nak menitis air mata.. terharu sangat..
memang guru zaman sekarang profesion yang sangat mencabar.. dan sibuk.. hinggakan ibu saya selalu complain jarang balik kg.. dulu dia ingat jadi cikgu byk cuti, boleh balik kg selalu.. realitinya, susah betul nak dpt cuti terutamanya hari sabtu.. takkan nak balik hari je, bukan dekat.. lebih2 lagi saya guru yang juga bersuamikan seorang guru.. nak cari cuti yang sama2 bercuti, sangat lah susah.. kalau dapat, sgt dimanfaatkan...
terima kasih kepada sesiapa yang menghargai guru, kerana saya juga menghargai guru2 saya.. kerana mereka, saya ingin menjadi guru, dan telah pun menjadi guru..

santalia said...

walaupun dah lama tajuk ni..kdg2 mgkn ada org baca jugak(mcm saya)tak kisah owner blog ni baca ke tak komen ni. pertama..komen dalam setahun U41 ke U44 tu tersilap taip ke atau tambah2 cerita...boleh jd fitnah tu...sejak bekerja di beberapa jabatan ni termasuk KKM,sy rasa masing2 org ada pendapat sendiri mengikut 'sudut pandang'dan pengalaman individu. sy ditakdirkan dilantik dlm skim PTD. pernah berurusan dengan GURU dan DOKTOR. masing2 skim ada pengalaman dan pandangan masing2 terhadap skim yg lain. boleh lepaskan perasaan tetapi pakai lah ayat 'segelintir' jgn cop semua.kesian nk mintak ampun sorang2 nanti.ada jugak PTD yg kerja non stop 30 jam. ada jugak yg balik awal.kalau skim ptd bangus sgt,didiklah anak2 tuan/puan masuk ptd dan dengarlah sendiri keluahan atau lihat sendiri bebanan kerja dari anak sendiri.boleh naik dari 41 -48 dalam 5 tahun .hidup ni berputar.untung badan senang hati.nasib tak baik kena tunggu 10-15 tahun jugak. doktor sekarang ni lepas houseman naik 44. macam jugak cikgu yg bercuti sebulan ,tak semua pergi kursus. dan tak semua goyang kaki masa cuti sekolah. kesimpulannya, hormatilah masing2 profesion.guru tak dapat puaskan semua anak murid kerana kekangan tertentu.doktor tak dapat puaskan hati semua pesakit kerana kekanggan tertentu. ptd pun, tak dapat puaskan hati semua pihak yang ditadbir urus. dan campurtangan politik menambahkan kekangan2 tersebut.apa2 pun..beruntunglah masing2 ada kerja. rezeki tuhan..

Dr Azwan said...

Santalia : Kena buat atikel pasal luahan nasib seorang PTD ker? :)

Dr Azwan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

the job u r in is what u have chosen, so dont complaint, u have ur own benefits compared to other jod. if u feel the ptd's are doing better, then go on sit for all the exams and assessment and see whether u go thru, if ptd gets a quick promo its out of their knowledge, ability and hardwork. so unnecesarily get jeolous and speak as u people wish.I have been frustrated enough with the way some of the lazy incapable school teachers work, making all students so dependent on tuition. I have a few encounters myself, my son's school activity book has not been marked the whole until it was returned. the exampapers were marked so poorly, resulting in results lower than what the student should gain and when questioned buat buat bodoh pulak, lepas tiu fitnah budak tiru lah, itulah nilah. I have seen with my own eyes classes so noisy, buat kerja sendiri and teacher talking to another teacher from next door and even worst std 3 english teachers speaking broken english where the student has to corresct her. and was repeatedly picking on the student because she was ashamed when the students laughed on her broken english. COmplaint can go on if u want to complaint, dso think before u speak.

nik hulwani and azrol hisham said...

tugas guru memang berat..tambah lg zaman skrg..dh tk boleh samakan attitude pelajar skrg dgn zaman saya dulu(hampir 15 tahun lepas)..beberapa isu yg baru, percakapan dn pemikiran budak2 skrg mcm orang dewasa dn sesetengahnya percakapan mereka macam org dh berpengalaman dalam perkahwinan..mana taknya, ada yg bergurau tentang cerai talak 3 dalam perbualan mereka, cthnya anak murid sy yg berada dlm ting 2, kedua guru2 perempuan yg agak muda dn menarik kena waspada sikit dgn budak2 lelaki..kadang2 bila berada dgn mereka terasa spt berada dengan lelaki dewasa..mugkin dr cara mereka bergurau dgn kita atau pandang kita..dulu boleh dikatakan pelajar2 lelaki setakat suka usha dlm diam je lah mana2 cikgu pompuan yg menarik perhatian mereka..ketiga, budak skrg cepat matang..kalau dulu budak lelaki mula hisap rokok masa ting menengah, tp di sek rendah skrg ni dh bermula seawal darjah 3 dan 4...mereka nk cuba mcm 2 benda dgn tanpa rasa takut..keempat, bukan nk umpat tp kenyataan yg sy hadapi..kdg2 kita rasa kita dh habis ikhlas nk ajar mereka dgn bersungguh2 tp mereka tk heran pun..dulu kalau cikgu cuba korbankan masa dn tenaga mereka utk kita, kita akan rasa terharu..tp budak skrg agak kurang ajar dn pemalas dn pandai menghentam kita pulak...dan banyakkkk lagi...pendek kata kita jgn ambik mudah apa yg ada dlm pemikiran mereka..kerana imaginasi, keinginan dan keghairahan mereka boleh menjadi agak ekstrem shingga satu tahap yg kita tk sangka pelajar yg masih bersekolah itu mampu lakukan....jaga2..takot nnt sudah tk ada batasan antara cikgu dn murid...masalkah2 spt ini memberi tekanan yg hebat kpg guru yg ikhlas utk menjadikan mereka org yg berjaya..blum campur tugas2 lain yg meneybabkan mood utk mengajar kurang dn badan dn otak dh letih kerana mencampur adukkan dgn kerja2 lain yg tk sepatutnya...nk fikir ttg rancanagn P&P pn dh tk sempat..main jalan kan je..tgk..last sekali sapa yg rugi..

Related Posts with Thumbnails