Monday, April 28, 2008

PPIM Tidak Beri Kredit & Komen Nazira Noran

Assalamualaikum.

Saya terkejut apabila artikel yang saya tulis minggu lalu telah diterbitkan di laman sesawang PPIM. Walaupun sedikit kecewa kerana artikel tersebut tidak meletakkan kredit kepada nama saya atau blog ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang menghantarnya. Tetapi yang penting ia disebarkan kepada umum.

Baca artikel yang telah saya tulis di laman web PPIM (tetapi tiada kredit kepada blog):

Saya juga amat berterima kasih kepada Sdri Nazira Noran di atas komennya tentang artikel Hidangan Restoran 5 bintang - Halal atau Haram.

Assalamualaikum..

Saya, Nazira Noran, peneraju radio24 dan mengendalikan program ini pada 130408 baru2 ini. Dan dimainkan semula pada 270408 sebab saya bercuti (jika ada yang masih dengar baru2 ini..

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hotel mana yg dapat pengesahan halal, anda boleh layari www.muslimconsumer.org.my atau jadi ahli PPIM.

Saya tidak berkuasa untuk menyatakan hotel2 itu dalam program Bernama Radio24.

Sekian, terima kasih.

Nazira Noran,www.nazira.biz


Untuk pengetahuan Nazira Noran, saya adalah peminat Radio 24, Sebenar dan Semasa. Saya pun dah lupa bila kali terakhir saya dengar radio ERA sebab terlalu asyik dengan radio 24 ni. Maklumat yang diberikan memang menakjubkan. Mungkin Stesen radio ERA dah tak relevan lagi kepada saya.

Apapun terima kasih di atas komen. Kenapa Hotel yang Halal tidak boleh dinyatakan? Satu persoalan yang kita kena jawab... atau JAKIM kena jawab.. atau PPIM. Kenapa perlu berahsia?

Salam.

12 comments:

Anonymous said...

Kat sini pun ada ==> http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9447.
Tulisan Dr pun tersebar hebat menerusi emel...TAHNIAH kerana Dr sudah menyumbang dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang status halal ini. Tp sayang tiada yang beri kredit, link atau sumber artikel ini.

Anonymous said...

Kenapa Hotel yang Halal tidak boleh dinyatakan?
-salah satu sebab ialah pengiklanan ialah satu cabang bisnes. DJ radio kerja makan gaji juga. Mana boleh dia suka-suka iklankan percuma saja untuk hotel tu. Nanti boss dia pecat dia pulak. Kita blogger yang buat kerja percuma ni boleh lah. Kalau ada maklumat kita ceritalah dalam blog kita. Diorang tu bukannya nak berahsia, doktor. Nothing personal, its just business :)

Jom iklankan hotel halal dalam blog kita masing-masing secara percuma :)

Anonymous said...

Takut kena saman la tu..

Anonymous said...

doktor,
mungkin maksudnya tak berkuasa tu, tidak diberi authority secara rasmi,
radio 24 adalah sebuah radio di bawah sebuah badan. so kalau ada kenyataan daripada radio 24, pendengar akan percaya.
cuma, radio 24 ni bukan bertugas sebagai pegawai atau penguasa JAKIM..(so, kuasa tu tidak ada)
dan, adalah lebih baik kita sebagai pendengar sendiri mendengar daripada orang yang punya authority...
kalau terjadi apa2, misal kata sivil case ke, (yelah, bila noziran nyatakan hotel halal, org akan berkesimpulan hotel lain tak halal. hotel tak halal tu ada possibility utk ambil tindakan undang2 atas fitnah, menyebabkan perniagaannya merudum atau anything else...) dunia kita sekarang nih macam2 boleh berlaku...
itu je sempat komen dulu..
dah masuk waktu bekerja..
salam...

Anonymous said...

ups,
silap nama dj
nazira noran
not noziran

PoP

Cikja said...

Salam DR,

mula2 saya baca artikel hidangan Hotel restoran 5 bintang - halal @ haram nie kat blog Dr, dan lepas tu saya dpt email dr satu yahoo group sebijik mcm artikel yang Dr tulis, nasib baik saya baca dulu kat blog Dr, klu tak mesti saya ingat org yang hantar tu yang tulis artikel tersebut.....

Anonymous said...

radio 24 ni frekuensi berapa? tak pernah dengar la. biasa dengar radio duniawi aje. he..he..he..

pasal artikel dr kena ciplak dah lama jadi dah dr. sebelum ni pun saya pernah terima email pasal artikel cacing yg dr tulis melalui email. tak tahu dari siapa tapi tersebar luas jugak. bila saya start melayari blog dr ni baru la saya tahu sebenarnya info tu dari dr. walaupun dr tak dapat kredit, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih atas info2 kesihatan & konsumer yg berguna ni. mungkin dr kena cari jalan untuk protect info2 dr dari kena ciplak sesuka hati. memang la internet ni dunia tanpa sempadan. tapi pasti ada cara bagaimana nak jaga hak sendiri. dr kena explore lagi la.

Dr Azwan said...

Radio 24 Bernama (Berita Nasional Malaysia) ini 93.9 Mhz. Tapi hanya kat kawasan Lembah Klang aje. Kalau masuk higway Seremban dah tak dapat.

Saya dah dapat dari risik2 nama hotel yang halal. Boleh sebar-sebarkan.

Anonymous said...

Semua bloggers sudah bijak menjawab persoalan dan tanda tanya. Terima kasih yang tolong menjawab bagi pihak saya. Anyway, satu lagi Dr, if cannot listen to radio24 luar lembah kelang, u all boleh dengar di www.radio24.com.my di streaming audio kami. Selamat mendengar. Insya Allah, esok 5 Mei 2008 topik menarik juga tentang 'kedai kek dan roti' bersama Tokki PPIM.

Nazira Noran,
Bernama Radio24
www.nazira.biz

Dr Azwan said...

Bila siaran ulangannya ye Nazira?. Saya terlepas semalam.

Anonymous said...

Belum pasti perlu atau tidak siaran ulangan sbb siaran ulangan tertakluk kepada Tokki tu boleh on air bersama saya ataupun sbb saya bercuti pada hari itu. Cuma, kami sedang berusaha untuk mengeluarkan vcd untuk jualan khas edisi bersama PPIM "Makan di hotel halal atau haram?" / pengakuan 2 chef tu. Sebab ramai menghantar email untuk mendengar kembali siaran tu atau dapatkan vcd siaran itu.

Nazira Noran,
Bernama Radio24,
www.nazira.biz

Anonymous said...

sy khairul dari kl berminat untuk menjual sebelah buah pinggang kepada sesiapa yang benar2 memerlukan........di utamakan kepada hospital swasta...0176163830

Related Posts with Thumbnails