Terdahulu, saya banyak menulis tentang ubat-ubat tradisional yang dicampur dengan bahan beracun seperti steroid dan sildenefil. Disebalik tertulis ubat-ubatan herba, sebilangan kecil pengusaha ubat tradisional ini terus menerus menipu orang ramai dengan meletakkan pelbagai racun berjadual yang boleh menyebabkan pengguna menderita kesakitan dan maut.
Apabila ramai pengguna cuba melarikan diri daripada menggunakan ubat-ubat daripada hospital kerana mempunyai bahan kimia kepada ubat-ubatan tradisional yang tidak mempunyai bahan kimia. Mereka seolah-olah lari daripada mulut harimau tetapi akhirnya termasuk ke mulut piranha Sungai Tembeling.
Di sini saya sertakan atikel yang bertajuk "Ubat herba bercampur racun dijual berleluasa" keluaran Kosmo, Khamis, 3 April 2008.
KUALA LUMPUR - Siapa sangka, premis yang menjual pelbagai jenis ubatan tradisional dan kosmetik di Kampung Baru sejak hampir sedekad lalu, rupa-rupanya menjadi antara 'lubuk' ubat campuran palsu.
Lebih mengejutkan ubat-ubatan yang dijual oleh premis tanpa papan tanda perniagaan dan pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa itu, sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian, tekanan darah, rosak hati, sakit jantung dan sukar tidur.
ANGGOTA penguat kuasa memunggah ubat-ubat haram bernilai lebih RM50,000 dalam operasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.
Antara produk tersebut ialah pil pelangsing badan yang sebenarnya telah diharamkan oleh negara pengeluarnya, Indonesia sejak 2006 selain Brunei.
Menurut jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, produk itu diharamkan kerana ada campuran herba dengan racun berjadual jenis sibutramine hydrochloride yang boleh mengakibatkan kematian.Kegiatan premis itu terbongkar semalam apabila diserbu sepasukan 25 anggota penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan cawangan Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Hasil serbuan kira-kira 12 tengah hari itu menyaksikan pasukan penguat kuasa berjaya merampas 1,240 botol produk pelangsing di samping 35 jenis produk tradisional lain yang bernilai hampir RM50,000. Malah hasil siasatan juga mendapati, produk itu dicampur dengan sildenafil, antihistamin dan steroid yang boleh memudaratkan kesihatan.
"Produk ini terkenal dan mampu menguruskan badan dalam masa dua minggu," katanya dengan menambah, ia dijual lebih RM20 sebotol 30 biji.
11 comments:
Aslm , Ini saya fwdkan literature dari Science Direct mengenai produk herbalife, berhati-hati tau guna produk ni.
J Hepatol. 2007 Oct;47(4):514-20. Epub 2007 Jul 26. Links
Comment in:
J Hepatol. 2007 Oct;47(4):444-6.
Association between consumption of Herbalife nutritional supplements and acute hepatotoxicity.
Elinav E, Pinsker G, Safadi R, Pappo O, Bromberg M, Anis E, Keinan-Boker L, Broide E, Ackerman Z, Kaluski DN, Lev B, Shouval D.
Liver Unit, Hadassah-Hebrew University Medical Center, Ein-Kerem, P.O. Box 12000, Jerusalem 91120, Israel.
BACKGROUND/AIMS: Nutritional supplements are frequently considered to be harmless but indiscriminate use of unlabelled ingredients may lead to significant adverse reactions. METHODS: In 2004, identification of four index cases of acute hepatitis associated with Herbalife intake led to a ministry of health investigation in all Israeli hospitals. Twelve patients with acute idiopathic liver injury in association with consumption of Herbalife products were investigated. RESULTS: Eleven of the patients were females, aged 49.5+/-13.4 y. One patient had stage I primary biliary cirrhosis and another had hepatitis B. Acute liver injury was diagnosed after 11.9+/-11.1 months of initiation of Herbalife consumption. Liver biopsies demonstrated active hepatitis, portal inflammation rich with eosinophils, ductular reaction and parenchymal inflammation with peri-central accentuation. One patient developed sub-fulminant and two fulminant episodes of hepatic failure. Hepatitis resolved in eleven patients, while one patient succumbed to complications following liver transplantation. Three patients resumed consumption of Herbalife products following normalization of liver enzymes, resulting in a second bout of hepatitis. CONCLUSIONS: An association between intake of Herbalife products and acute hepatitis was identified in Israel. We call for prospective evaluation of Herbalife products for possible hepatotoxicity. Until then, caution should be exercised by consumers, especially among individuals suffering from underlying liver disease.
PMID: 17692424 [PubMed - indexed for MEDLINE]
Mak Iti : Ni Cam Mak Iti Bini Ramzi jer.. hoho... Huuuii.. jauhnya Mak Iti hang ambik study ni.. kat Israel!! Boleh tak aku boikot study ni cam aku boikot produk Belanda?
habis lah bisnes herbalife aku!! tapi kan logik gak. Dengar cerita spirulina puna ada case liver toxicity...
Aku rasa orang Israel nak sabotaj produk ni laa... seriuss... haha.. BTW. thanks for the very good info.
Salam..
Dear Dr. Azwan. I am bloghopping and stumbled upon your blog :)
Yes, nice article to create awareness to the public. Sikit nak komen mengenai penggunaan perkataan 'racun' tu. Can we consider steroid as a poison? If i remember my physiology correctly, we need steroid to sustain our body function - tak kan la racun pulak. But of course, kalau salah menggunakannya - itulah akibatnya (as mentioned by your goodself). Anggaplah ini sebagai kritikan membina ;)
Satu lagi, pasal artikel dari ScienceDirect (Herbalife) kat atas tu. Selagi tak buat Randomized Clinical Trial, the study is not so strong. Boleh masuk kategori Case Studies or anecdotal aje. However, it is good if we can do RCT on that - barulah valid. Wasalam.
Shiha : Terima kasih di atas kritikan membina anda. Berkenaan dengan herbalife itu, saya akan minta Dr Siti (a.k.a Mak Iti kawan Yus) dari IMR tolong respond. Maklumlah Dr Siti ni di dalam bidang research di IMR. Saya lebih klinikal.
Saya sudah merujuk kepada sahabat saya Sdri Saadiah, ahli farmasi Hospital Selayang tentang pertanyaan Shiha tentang racun. Berikut adalah jawapan saya.
Steroid adalah dikategorikan sebagai racun berjadual di dalam Kementerian Kerajaan Malaysia. Di dalam badan tentulah ada steroid.. contoh hormon seks adalah sejenis steroid. Steroid dirembeskan oleh adrenal gland yang terletak di atas buah pinggang. Tetapi ia tentulah tidak sama dengan steroid di dalam bentuk ubat seperti hydrocort atau prednisolone.
Ubat-ubat yang dikategorikan sebagai racun berjadual seperti ini tidak dijual "over the counter" dan hanya boleh dibeli di pharmacy melalui preskripsi doktor.
Ini adalah kerana racun seperti steroid boleh mengundang bahaya sekiranya tidak diambil dengan betul walaupun sedikit dosnya. Serupa juga dengan sildenefil atau viagra. Satu dos boleh membunuh pesakit jantung.
Panadol dan Gelusil adalah ubat yang bukan di dalam kategori racun berjadual. Oleh itu, anda dapati nya dengan mudah di farmasi, 7-11, kedai sinseh malah di kedai mamak kerana ia tidak memerlukan preskripsi doktor.
Contoh ubat yang dikategorikan racun berjadual ialah Antibiotik, Ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat asthma, ubat sakit thyroid etc. Ini semua adalah racun berjadual. oleh itu hati2 ketika memakannya.
Ubat batuk seperti guanefeisin di dalam breacol bukan dikategorikan beracun, tetapi ubat batuk seperti benadryl yang mengandungi diphenhydramine adalah di dalam kategori racun berjadual.
Kesimpulannya, apa2 sahaja ubat yang boleh membawa bahaya kepada pengguna dianggap racun berjadual. Waima, ia ada terkandung didalam badan sekalipun.
Wallahu A;lam.
Salam..
Ye, racun berjadual adalah lebih tepat :).
My apology for not introducing myself properly. Saya sempat kerja kat IMR for 9 months (from Jan 2003 until Sep 03) sebelum dapat transfer ke tempat sekarang. Right after my housemanship. Sekarang pun lagi banyak teaching & research berbanding dgn clinical :)
Shiha : "Ye, racun berjadual adalah lebih tepat :)" - patutla... cikgu rupanya..... haha!
Shiha : Ini adalah respons daripada Dr Siti Zuraidi a.k.a Mak Iti Kawan Yus.
Aslm,
" Sebenarnya article dari Israel yang aku forward kat hang tu bukan aku sengaja cari kat science direct(accessed only with password-paid journal), tapi kawan yang pass kat aku. Aku tak pernah gi Israel tapi tengok dari Semenanjung Sinai , Mesir adalah sebab aku belajar kat sana.
Memang hebat gila marketing herbalife hingga tahun 2006 company meraih keuntungan 3.1 billion.
So dalam pencarian aku dalam science direct tu aku jumpa beberapa lagi artikel yang berkenaan yang melaporkan acute hepatotoxicity disebabkan oleh herbalife.
Aku tak skeptik dgn perubatan herba bahkan aku pun dulu keje kat pusat penyelidikan perubatan herba, dan dalam menambahkan pengetahuan aku tu ada beberapa point yang menarik :
1. perubatan sekarang ini hampir 70% berasal daripada herba i.e vincristine, vinblastine berasal daripada kemunting cina
2. utk menghasilkan ubat daripada herba memerlukan sekumpulan pakar yang komited, dan belanja yang maha tinggi
3. Proses penghasilan ubatan perlu melalui clinical trial http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=46448: dan clinical trial ini sendiri bukan satu proses yang mudah
4. Perlu diingat ubat-ubat yang didaftarkan memang perlu melalui clinical trial yang ada 4 fasa sedangkan supplement tidak perlu kepada ini semua. Rujuk artikel Felix Stickel yang aku attachkan sekali.
5. Pendaftaran melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan utk company dapatkan nombor pendaftaran MAL tu hanya check seperti heavy metal, microbacterial contaminants, adulterants, steroid dll. adakalanya company ni pandai dia campurkan sildenafil pada kapsul tongkat ali so miss detection.
6. Sedikit mengenai preclinical safety evaluation utk herba yang meliputi toxicology dan pharmacology aspect. Ia meliputi in vitro mutagenicity dan in vivo general toxicity secara acute,subacute dan chronic( ia akan gunakan haiwan mengikut tahap, diberi dose herba selepas cukup masa akan disacrifice dan akan dibedahsiasat utk melihat kesan-kesan kepada keseluruhan organ. Di sini penyelidik akan dapat melihat 'sedikit' gambaran akan dos herba yang toksik kepada binatang. Ia bertujuan untuk mengenalpasti safe starting dose pada human volunteer(clinical trial).
7. Tahun 2004 ada ubat yang ditarik dari market ( vioxx rasanya) sebabndaripada phase 4 clinical trial(marketing surveillance) ada banyak adverse effect yang direport oleh pengguna.
8. kesimpulan dari artikel Israel tu dia tak damn langsung herbalife tapi mereka meminta prospective evaluation of Herbalife products for possible hepatotoxicity. Until then, caution should be exercised by consumers, especially among individuals suffering from underlying liver disease.
Kalau ikutkan scientific evidence paling tinggi adalah meta-analysis on RCT (ko baca semua RCT dan ko analysekan semuanya).
Kuat tak kuat methodology paper ni bukan itu isunya tapi apa yang dipaparkan tu cukup kuat sebagai bukti di mahkamah.Kalau dia nak pergi RCT pun at least kena tahu the safe starting dose herbalife kepada human volunteers.
Apa pula yang cuba disembunyikan oleh company herbalife tu bila researcher tu tanya composition dalam herbalife tu?(refer artikel Felix Stickel) --- (**Tuan punya blog tidak siarkan --- cuma kepada sesiapa yang berminat boleh email.)
Kesimpulan aku forwardkan artikel tersebut utk menasihatkan pelawat blog dan manusia lainnya supaya berhati-hati sebab company herba punya motto "herba adalah bahan natural jadi ia selamat" bagi aku sangat2 salah. Sedangkan pegaga pun ada adverse effect dia kalau makan banyak2.
Dan aku rasa aku dah menyelamatkan penjual herbalife dari risiko kena sue kalau ada pelanggan yang dapat hepatotoxicity hasil makan herbalife. Sebab artikel ini dah lama wujud di internet.
Sekian.,
Mak Iti kawan Yus.
Terima kasih Siti. Kawe tak jual herbalife. Kawe nak letak respond demo untuk artikel.. thank you.
piranha Sungai Tembeling...pandai melawak...hehehe
mana ada kelah adalah...
jom pergi jeram perahu di Ulu Tembeling.
http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?f=25&t=7717
salam dr azwan.mcm mn ye kt nak tahu sesuatu produk itu mengandungi steroid?
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Post a Comment