Wednesday, May 7, 2008

Acute Tonsillitis dan Perawatannya






Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi dengan tuan dan puan para pembaca tentang satu penyakit yang sering berlaku kepada kita terutama kepada anak-anak yang dipanggil tonsillitis. Sebelum kita bercerita jauh mari kita tinjau dahulu apakah itu sejenis organ yang dipanggil tonsil.

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Salam...

226 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 226 of 226
Unknown said...

As Salam Doctor.
Anak lelaki sy berumur 5 tahun dh lebih sebulan mengalami sakit perut berpanjangan, cirit birit, kadang kala muntah & demam kuat pada sebelah malah. Doktor yg merawat continuesly bagi ubat angin. Tapi sakit nya tak hilang. 2x telah mendpatkan rawatan dari pakar, namun tetap sama. Semalam sy terpaksa bawa ke hospital lagi. Doktor kata anak sy mengalami tonsil yang teruk hingga effect pada perut. Betul ke tonsil boleh kena kat perut. Perut anak sy jadi berangin dan kembung. Minta doktor tolong bagi kami penjelasann doktor. Sgt menghargai perkongsian dari doktor. T.kasih

Unknown said...

mungkin doktor dah semakin sibuk.. sekarang makin tamai orang sakit..

Unknown said...

Salam...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nk bt rawatan tonsil stones ni doktor bahagian mane sye perlu jumpe

Unknown said...

Salam dr...
Mcm mane sye nk hilangkan tonsil stones dalam mulut sye ni.doktor mane yg perlu sye jumpe

Unknown said...

Doktor

Anonymous said...

salam. Dr, sy sedang sakit tekak skrg. semalam pergi klinik, Dr dh bagi ubat utk hisap dan kurangkan bengkak. tp bila saya cek tekak saya, nampak makin besar dan ada sedikit putih2 yg timbul. bagaimana ya Dr? mohon bantuan.

Cikgu Stanley Anak Vincent said...

Dr, leher saya bengkak . di keronkong. Sudah ambik antibiotik cloxacilla. tapi masih tak sembuh. sekarang masuk hari ke 3 makan ubat. sakit da seminggu.

Unknown said...

Assalam Dr atau kawan2 yang boleh jawabkan. Saya ada masalah tonsil hampir setiap tahun. Tapi 2,3 tahun ni saya kerap kena dalam 3 kali setahun.

Harini saya kena tonsil lagi.Tapi saya xpasti sebab tonsil atau tak. Saya kurang makan sebab bila makan pedih tekak. Makan bubur pulak rasa tawar even dah letak perasa. Lepas 2 saya tersedak teruk xboleh bernafas sampai termuntah. Bile tersedak nak tarik nafas balik macam xlepas. Bila batuk sikit untuk ok kan balik tersedak tu dia terus muntah lagi. Kira masa tersedak 2 bila saya batuk dalam 2,3 kali jugak muntah. Keluar habis semua makanan. Xpernah lagi tonsil saya macam ni. Kira sekarang saya macam fobia nak makan atau minum banyak air. Sebab tersedak 2 sangat seksa. Macam xcukup nafas. Nak tido saya kena letak plastik sebelah katil takut jadi lagi.

Ada yang tau x atau pernah alami. Biasa ke atau dah teruk. Seba saya takut tersedak masa tengah tidur. Terima kasih yang sudi jawab. Boleh email saya murumo85@yahoo.com

Unknown said...

Assalamualaikum Dr... Saya telah membuat pemedahan@pembuangan tonsil..selepas beberapa bulan.memang suara sakit sikit bila meneran..terutama ketika batuk.APA yang saya nak Tanya..kenapa setelah setahun..perubahan suara saya menjadi tersekat@tersangkut .lagi2 bila saya karaoke..suara saya xkeluar mcm yg Saya nyanyi dulu.. Nak tarik tinggi2 pon dah xlepas.. APA pandangan doktor..adakah kotak suara saya terluka masa proses pembuangan tonsil atau faktor2 lain..thanks

Jerol said...

Assalamualaikum..anak saya tonsil dia bengkak tapi tak sakit .tapi mmg tonsil dia bengkak besar.n tak surut or kecut.adakah tu bukan tonsil.

Unknown said...

Dr,
Saya nak tanya kenapa selepas tonsil sy dah baik, selang beberapa minggu dia datang balik.

Unknown said...

Sy pg hospital tp de doktor ckp xde mslh bsr pun tonsil ni..so ni dh naik balik tonsil sy..adkah tonsil ni ley di anggap serius?

Unknown said...

Doktor..sy tidak berapa pasti adakah ini ada kena mengena dengan tonsil atau tidak..sya tidak pernah kena demam..cuma bila saya selalu batuk..tekak sy muncul ketulan putih..apabila menelan makanan tidak rasa sakit cuma..apabila sy mengangkat lidah ke lelangit terasa kasar..adakah ini juga dikira tonsil

HAZMI YAHAYA said...

Yg tu batu tonsil

HAZMI YAHAYA said...

Yg tu batu tonsil

Anonymous said...

Assalam doctor
Sy salah seorg penghidap tonsilitis ni. Since sekolah rendah lg. Now sy 34 yrs old. Nk dijadikan cerita last 2 days were the worst happened to me due to this tonsilitis. Sy demam about 38 degree and my tonsil bengkak merah both sides and sy bole nmpk mcm ade biji biji and worst was berdarah. Sy tak bole ckp tak bole minum or makan sebab sakit sangat. Sy pergi jumpe doctor and she said it was bacteria infection and gave me antibiotic. Alhamdulillah dah okay sikit but still advise me untuk buang. Actually ni doctor yg ke 3 advise sy untuk buang.
Sy fikir bila dh jadi worst mcm ni...memang dh plan untuk buang.
Apa pendapat doctor?

Unknown said...

Dr saya baru sahaja buat pembedahan tonsel ni,,,hari ni masuk 4 hari dah,,tp hari ni saya rasa batuk batuk gatal,,,sakit sangat ,,,kenapa ya,,,ada obat yang menghilangkan kesan gatal pada leher ni tak,,,

Miss Mie said...

Salam doc
Sy telah pn bt operation tonsil pd 26/02/18.Alhamdullilah da xde lg pyakit sakit tekak.tp lps baik 3mgu tu sy kne resdung plk..alahan yg sensitif sgt..smpai sukar bernafas..tp sy hanya makn pil selsema shj..tp jika sejuk or berhabuk ,terhidu asap rokok sy trus kne flu x henti..bersin memanjang kesan mata,muka pon gatal2.SOALAN SYA
1)ADAKAH SYA BOLE MENGAMBIL UBAT RESDUNG @ PIL2 SUPPLEMENT LAIN SELAIN UBAT KLINIK/HOSP?

2)ADAKAH SYA BOLE SAMBUNG MENGAMBIL UBATAN SPERTI JAMU / PIL UTK KECANTIKAN?

MOHON PENCERAHAN DOC..
SEKIAN TERIMA KASIH

Miss Mie said...

Salam en

Sy baru shj mnjalani pembedahan tonsil
Alhamdullilah pembedahan berjaya.
smua org ckp cm tu kan suara berubah n jd garau..
Dlm 2mngu tu mmg sy x bole beckp n ssh nk cakp sbb x dpt sebut pkataan dgn betul.sy seolah spt org bisu yg nk beckp.mmg sedih sbb takut ia selamanya.tu kerana luka dlm blom baik.
Tp selepas luka dlm tekak tu baik
Smakin hr suara sy semakin baik malah dh bole menyanyi plk☺️

Sekadar share pengalaman sya aje

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr...
Anak saya br menjalani pembedahan buang tonsil n adenoid kemarin.pagi ini dia demam. ini yg saya risaukan. kenapa ya Dr?

Unknown said...

Selamat malam doktor,
Anak sy berumur 3tahun setengah, dia selalu sangat kena demam pasal tonsil, dan pernah di tahan d ward hosp masa berumur 2thn lebih.. Hampir setiap bulan dia akan kena tonsil,
Di sini sy mahu tahu sahaja, pengambilan antibiotik ini ada kesan jangka masa panjang ka.??
Vitamin semua dah cukup saya bagi ni...
Kalau pergi hosp ,mereka akan bagi cloxacilla,
Apa ka nasihat doktor jika macam ini..

Unknown said...

Selamat malam doktor,
Anak sy berumur 3tahun setengah, dia selalu sangat kena demam pasal tonsil, dan pernah di tahan d ward hosp masa berumur 2thn lebih.. Hampir setiap bulan dia akan kena tonsil,
Di sini sy mahu tahu sahaja, pengambilan antibiotik ini ada kesan jangka masa panjang ka.??
Vitamin semua dah cukup saya bagi ni...
Kalau pergi hosp ,mereka akan bagi cloxacilla,
Apa ka nasihat doktor jika macam ini..

Anonymous said...

Macam ni doktor. Saya berumur 17 thn dan terkena penyakit tonsil. Tekak saya berasa sgt sakit dan saya merasakan seolah olah hidung saya x berfungsi. Saya x mampu bernafas melalui hidung. Adakah itu normal?

Atikah Ramlee said...

Salam doktor, saya ingin bertanya ,jika rasa Sakit ketika menelan
Seperti telan air liur,telan makanan dan minuman seperti ada batu di kerongkong saya, saya baru kena 2 hari start malam semalam, nk kata batuk baru hari ni start padahal mula pada hari semalam. Saya selalu nya jika demam akan batik Sebab Sakit tekak tpi tk la sehingga makan Dan minum pun berasa sakit. Cuma rasa gatal atau tekak kering ja Dan hilang rasa ketika makan. Sama jugak selsema ,tpi buat kli pertama saya rasa sakit kerongkong Bila makan nasi contohnya Dan minum air tk Kira panas & sejuk. Sampai saya tk selera nk makan nasi Dan makan pun terseksa Sebab rasa Sakit ketika telan nasi.jadi saya nk Tanya Dan nk tau, adakah INI Sebab saya Sakit kerongkong Sebab batuk atau pun selsema,atau pun Baru nk jadi batik& selsema. Atau pun mybe Sebab tiroid Dan mybe ada penyakit lain Yang mybe ada berdasarkan tanda2 saya bgi tau TDI.mohon segera jawab Sebab nk sangat tau puncanya��

«Oldest ‹Older   201 – 226 of 226   Newer› Newest»
Related Posts with Thumbnails