Saturday, May 3, 2008

Kementerian Pelajaran Sekat Blog Dr Azwan?




Assalamualaikum.

Saya ingin minta perhatian kepada semua guru-guru di sekolah, ada guru yang memberitahu saya bahawa blog saya ini telah disekat untuk dilayari daripada server Kementerian Pelajaran.

Sejak dari minggu lepas blog saya dikatakan gagal dimasuki dan tertulis "Blog ini telah disekat oleh Kementerian Pelajaran".

Saya tidak pasti adakah blog ini yang berpendirian agak kritikal tentang profession perguruan sahaja yang telah disekat dan blog-blog lain seperti blog UniversitiPTS, atau semua blog-blog di Malaysia juga terbabit disekat. Atau adakah ini cuma server Kementerian Pelajaran yang tertentu sahaja atau mungkin sementara. Saya harap ini semua tidak benar dan Kementerian Pelajaran tidak menyekat akses ke blog saya.

Diminta para guru di sekolah dapat mengesahkan berita ini. Saya juga dapati pengunjung telah menurun agak drastik pada 2 minggu lepas dan mencecah ke angka hanya 350-400 orang pengunjung sahaja sehari. Saya harap ianya bukan berpunca daripada server yang disekat oleh Kementerian.

Saya akan cuba menulis dan berkongsi dengan anda lebih banyak artikel dan pos yang boleh mencambah minda semua InsyaAllah dan kita sama-sama kongsi dengan pembaca yang lain.

Salam.

4 comments:

Mazarina said...

smua blogspot rasenyerr disekat...bkn blog ni jer..x mau bdk2 or cikgucikgi dok berblog...padahal bukan sumer blog x elok...ntahla...pelik2!

Anonymous said...

taknak cikgu berblog time keje kot. time keje memang kene keje kan...

Anonymous said...

bukan begitu. semua talian di sklh dn bhg pelajaran yg lain dikendalikan oleh schoolnet.
schoolnet d putrajaya menapis semua bhn yg melalui talian trmsklah utk blog.
utk pengendali lain spt maxis, streamyx tiada mslh..ok.

Dr Azwan said...

terima kasih di atas respons. Saya pun dapat tahu blog dan youtube tak boleh dibuka hampir di semua pejabat kerajaan.

Related Posts with Thumbnails