Assalamualaikum
Saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Asia Herald Tribune, iaitu tentang penggunaan Allah sebagai ganti perkataan "GOD" di dalam Surat Khabar tersebut versi Bahasa Malaysia. Ini adalah berikutan kerajaan Malaysia akan menarik balik lesen kepada Herald Tribune sekiranya mereka masih menggunakan perkatan Allah di dalam surat khabar tersebut.
Authorities in this Muslim-majority nation ordered The Herald weekly in December to stop using "Allah" in its Malay-language section. The paper - the main organ of the Catholic church in Malaysia - was warned it could lose its publishing license if it defied the order
Pihak penerbitan The Herald telah membawa perkara ini di Mahkamah dan mencabar keputusan kerajaan di dalam hal ini. Mereka berpendapat bahawa perkataan Allah telah lama digunakan sebelum ini sebagai terjemahan (atau sinonim) bagi "GOD" di dalam Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu).
The government told The Herald to drop the word "Allah" because it refers to the Muslim God. But the newspaper insists "Allah" has been used for centuries to mean "God" in Malay.
"It is basically a birth right to use the word 'Allah' because it is the only word for God in the Malay language," The Herald's editor, Rev. Lawrence Andrew, told The Associated Press.
Penerbit Herald Tribune mahukan penggunaan Allah diguna-pakai secara longgar oleh semua orang kerana penggunaan Allah lebih dahulu digunakan sebelum kedatangan Islam. Maka mereka mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai tidak eksklusif hanya kepada Islam.
The Herald - which publishes in the English, Malay, Mandarin and Tamil languages - insists that "Allah" is an Arabic word that predates Islam and has been used for centuries to mean "God" in Malay.
Minda Mufti kelolaan Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) membawa satu terjemahan ayat al Qur'an berkenaan dengan isu ini.
Allah says (translated as): “And if indeed Thou ask them who it is that sends down rain from the sky, and gives life therewith to the earth after its death, They will certainly reply, “(Allah)!” say, “Praise be to Allah.” but most of them understand not.” (Surah al-Ankabut: 63)
Ust MAZA berpendapat bahawa penggunaan perkataan Allah di dalam ayat ini dibenarkan untuk digunakan sebagai menunjukkan bahawa Allah adalah Pencipta Agung. Islam tidak memandang kepada luaran sahaja tetapi kepada isi dalaman atau "substance"nya. Jika mereka mempercayai bahawa Allah adalah pencipta sesuatu padahal menyamakan Allah dengan manusia lain, mennganggap bahawa Allah mempunyai anak dan keturunan, maka ia tidak memenuhi makna TAUHID Allah.
Allah says (translated as): “They do blaspheme who say: Allah is one of three in a Trinity: for there is no God except one Allah. If they desist not from their word (of blasphemy), verily a grievous penalty will befall the blasphemers among them.” (Surah al-Maidah: 73). This verse did not object to the Christians using the name of Allah but it objected to their claim that stated Allah was one of three.
Beliau juga berpendapat bahawa Kristian Arab telah lama menggunakan perkataan Allah di dalam Bible dan syarahannya tetapi tidak pernah dihalang oleh Cendekiawan Islam. Penggunaan nama Allah tidak ada kaitan dengan akidah Islamiah seseorang. Seseorang di zaman Jahiliyyah Arab di Mekkah semasa zaman nabi juga menggunakan perkataan Allah dan digunakan secara meluas, walaupun mereka penyembah berhala.
Oleh itu, apakah yang menyebabkan perkataan Allah ini sungguh
sensitif dan menyebabkan Jabatan Perdana Menteri menghalang penggunaan Allah oleh penganut Kristian Malaysia? Tentulah disebabkan oleh maslahah tempatan.
Apakah ini sebenarnya sekadar isu BAHASA sahaja dan wajar dilayan sekadar penggunaan istilah dan perbezaannya sahaja? Atau adakah terdapat agenda yang BESAR disebaliknya?
Pada pendapat saya sendiri, penggunaan istilah "GOD" ini dan bukannya perkataan "ALLAH" adalah penghalang terbesar penganut Kristian untuk menyampaikan ajaran mereka di Malaysia dan khususnya kepada orang melayu.
Penggunaan perkataan GOD dan bukannya ALLAH adalah penyebab kenapa ajaran mereka sangat sukar menembusi kotak pemikiran orang melayu Islam di Malaysia. Walaupun itu adalah dasar penggunaan istilah atau bahasa semata-mata, saya teramat yakin implikasinya yang sangat besar.
Saya tidak pernah berjumpa melayu murtad walaupun dikatakan sangat ramai oleh Mufti Perak. Saya yakin mereka ini sangat fasih berbahasa Inggeris (seperti Lina Joy) dan penguasaan bahasa melayu yang sederhana atau kurang. Sekiranya penggunaan Allah boleh digunakan secara rasmi di dalam surat khabar, SMS, majalah dan makalah-makalah, maka kekeliruan akan berjaya ditimbulkan terutama kepada orang melayu Islam.
Dua orang budak sedang berbual di dalam kelas:
Ahmad : Tuhan Aku Allah, Aku orang Islam
Xavier: Tuhan Aku pun Allah, tapi Aku Kristian
Ahmad : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Xavier : Tak lah Allah itu ada Anak... Bapak aku kata.
Ahmad : Allah aku ni sama ke dengan Allah kau?
Bertolak daripada perkataan Allah itu, kenapa penggunaan Allah hanya digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu sahaja? Kenapa tidak sama ratakan penggunaan Allah di dalam Bible versi Inggeris, Tamil dan Mandarin? Adakah dengan menggunakan Allah di dalam Bible Bahasa Inggeris nilai bible itu akan berkurang? Atau pendakwah Kristian Malaysia ini tidak yakin dengan agama mereka sekiranya "GOD" pula ditukarkan kepada Allah?
Di dalam Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2008, ABIM, isu ini ada ditimbulkan dan menarik perhatian para perwakilan. Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden, menyatakan bahawa sekiranya isu perkataan "GOD" itu cuma istilah bahasa sahaja (seperti yang dibawa oleh mereka), maka apakata kita rujuk kepada KAMUS DEWAN. Ia adalah sumber rujukan bahasa melayu a.k.a bible berkenaan bahasa Melayu di Malaysia.
Di dalam Kamus Dewan, "GOD" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai "TUHAN". Carilah di dalam kamus dewan, memang tidak akan jumpa perkataan ALLAH sebagai makna istilah "GOD". Apa pula istilah Allah? Di dalam kamus dewan, Allah merujuk kepada Tuhan Umat Islam. Nampaknya Dewan Bahasa terpaksa memanggil pakar-pakar bahasa untuk duduk berbincang tentang istilah "GOD" yang sinonim dengan "ALLAH" pula sekiranya masalah ini berpihak kepada pendakwah kristian. Maka di Dalam Kamus Dewan, ALLAH akan menjadi tuhan bukan sahaja kepada orang Islam tetapi Kristian di dalam konteks Bahasa Malaysia.
Dr Amran di dalam Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM juga ada memberi respons, sekiranya perkataan ALLAH sudah begitu longgar dan tidak eksklusif kepada umat Islam, di atas makna TUHAN semata-mata, maka perlu ada satu perubahan dari sudut Rukunegara.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Saya yakin ramai orang Kristian di Malaysia akan bersetuju!
Salam.
Ditulis oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin www.drazwan.blogspot.com