Tuesday, April 22, 2008

Komen Pilihan Oleh Chef Farid


Assalamualaikum,

Ini adalah komen daripada sifu saya, Chef Farid, CEO Akademi Bakeri Ria tentang artikel Hidangan Restoran 5 Bintang - Halal atau Haram. Ini adalah salah satu titik tolak kenapa beliau berkecimpung di dalam mengusahakan bakeria beliau sendiri dan akhirnya terlibat secara langsung di dalam usaha membangunkan lebih ramai usahawan melayu Islam di dalam bidang bakeri. Anda juga boleh baca artikel saya ketika saya menemubual beliau secara tidak rasmi suatu waktu dahulu.

Assalamualaikum Dr. Azwan,

Itulah dilema yang berlaku pada chef yg bekerja di hotel. Ikut pengalaman saya, ada 2 hotel yang saya dah kerja, sememangnya pendirian saya tak mahu bersubahat menghidangkan makanan yg tidak halal di dalam kek kepada pelanggan hotel.

Pernah dibaling kek oleh Executif chef kerana tak mahu masukkan Liquor dalam kek, adalah cabaran berat yang saya hadapi. Tapi pada semua chef yg ada di Malaysia, tak kira pastry chef ke, cook chef ke, ingatlah bumi ALLAH ni luas, di mana-mana sahaja boleh kita cari rezeki.

Apa yang menyedihkan JAKIM seolah-olah tutup mata tentang perkara ini. Cadangan saya, lantiklah pakar perundingan dari orang yang arif tentang sesuatu masakan untuk pengesahan halal sementera sebelum makanan itu di ke LAB untuk mengetahu secara saintifik sesuatu kandungan makanan.

Saya pernah dihubungi oleh seseorang dari PPIM tentang kek yg terdapat di cafe terkenal coz melalui rasa kek, saya dah tahu samada kek itu ada mengandungi wain atau tidak, masalahnya pada peringkat awal saya dah tahu, tapi nak buktikan secara saintifik bukan bidang saya.

Ni sekarang saya dengar pengeluaran sijil halal akan di swastakan oleh JAKIM, nampak gayanya sijil halal sekarang sudah jadi satu perniagaan pulak. Gerakkan usaha kesedaran tentang makanan yang tidak halal di hotel perlu diadakan dan disegerakan.

Suara saya kecil, tapi apabila suara saya digabungkan dengan lebih ramai lagi, ia akan menjadi gelombang seperti Tsunami. Insyaallah sahabat saya Chef Sabri akan turut sama memperjuangkan isu ini.

Semoga kita akan lebih bertanggungjawab lagi kepada UMMMAH. TQ

Chef Farid

InsyaAllah Chef Farid, kita sama-sama bawa gelombang ini ke seluruh Umat Islam di Malaysia. Seperti yang saya pernah tulis dahulu, Proses Halal oleh JAKIM adalah melalui sistem "voluntary". Hotel mana yang nak dapat sijil Halal kena minta kelulusan JAKIM dan JAKIM tidak boleh saja-saja menyerbu hotel mana-mana untuk memberi sijil halal.
Apa kata JAKIM mewujudkan sijil HARAM pula. Tulis besar-besar "HARAM MAKAN DI HOTEL INI!!". Sah orang takan datang buka puasa. Bukan kah itu lebih baik daripada berdiam diri dan membiarkan Umat Islam lain memakan makanan yang haram. Tanggungjawab JAKIM sangat berat.
Lebih baik sekiranya JAKIM dapat jawab persoalan ini. Minta JAKIM respon.
Salam.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamuaalaikum,

Nama saya Rijal, utk pengehtahuan semua Persijilan HALAL & Pemantauan HALAL telah di Hi Jack oleh HDC Halal Development Cooperation dari JAKIM atas arahan Pak Lah berkuatkuasa seta merta dari tarikh pengumumman telah di Pegerusikan oleh menantu kesayangan PM kita Pak Lah iaitu KJ. Utk pengesahan bolehlah email kepada maz@halalglobal.net.my

Anonymous said...

Betul la, kadang-kadang saya pun kecewa dgn Jakim. Siapa lagi yg ada kuasa nak check semua hotel ni ? Sama la kes mcm kilang bihun sebelah kandang babi tu, dah lama operasi baru tau. Tak ke sepatutnya Jakim ni ada orang yg buat rondaan ikut schedule. Tanggungjawab Jakim besar, harap tengok isu ni betul-betul.

Dr Azwan said...

mohd said : boleh share "bukti" dengan pembaca di sini kalau ada?

min : Ada kilang bihun sebelah kandang babi? Ada sijil Halal Jakim ke?

Anonymous said...

kilang bihun.. yea sya ingt ttg hal ni, prnh dpat emel ttg kilang ni so smpi skang sya mmg tak bli jenama bihun dri kilang tu.

Anonymous said...

masalah terbesar bg rakyat Malaysia beragama Islam yg duduk dlam negara yang termasuk senarai negara islam. Mencari yang Halal dan benar2 halal. Sungguh menakutkan. Saya selalu akan mengikut gerak hati apabila membeli sesuatu. jika hati berat dan cuak akan halal atau haram walaupun sesudah baca segala maklumat dan ada tanda halal, saya akan tinggalkan. Saya akan memilih dgn kalimah Bismillah dan niat kerana Allah.

Jakim selalu memberi alasan tidak cukup kakitangan untuk membuat pemantauan teliti. Itu alasan mereka utk membolehkan kerja sambil lewa. Ataupun mereka2 di Jakim telah terlalu banyak 'makan' hingga tidak larat nak buat kerja. Wallahualam...

Dr Azwan said...

ej : jenama apa yer? Boleh share?

Penyulawa : Actually, saya memang berkeyakinan JAKIM tak cukup kakitangan. Tugas JAKIM mungkin lebih daripada memantau halal sahaja. Cuma sepatutnya ada satu lagi badan yang besar, atau sebuah Jabatan khusus untuk melaksanakan pemantauan halal ini. Kenapa ingin diswastakan? saya pun tidak faham. Ia dibisneskan pula... padahal mencari yang halal itu wajib.

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Whats App : 0823-2159-4488

Related Posts with Thumbnails