Monday, April 30, 2007

HARGA H/PHONE TERKINI! 19 Jun 2007

HARGA H/PHONE TERKINI!

Mobile Phone

Colour

Memory Card

Price

NOKIA

1110

164

1112

173

1600

204

2310

238

2610

245

2626

267

3110c

540

5200

495

5300

256 TF

640

5700

1G TF

1075

6020

335

6070

340

6233

64 TF

683

6288

64 Mini SD

790

6300

128 TF

770

7390

Brown

128 TF

1075

7610

64 DV

605

9300i

128 MMC

1055

E65

256 TF

1420

N70

64 DV

820

N70 (music)

Black

1G DV

965

N73

128 Mini SD

1210

N73 (music)

Black

2G Mini SD

1320

N76

512 TF

1540

N80i

TIADA

TIADA

N95

1G TF

2400

SONY ERICSSON

K550

Black

720

K550

White

64 M2

730

K610

Grey/ White

640

K618

Black

256 M2

735

K618

White

256 M2

760

K750

Black

64 stick

610

K800

Black

No MMC

1020

K810

128 M2

1270

P990

64 Stick

1300

W610

512 M2

940

W810

Black/ White

512 Stick

825

W850

Black

1G stick

1050

W850

White

1G Stick

1070

W880

Black

1G M2

1280

W880

Silver

1G M2

1270

L6i

345

MOTOROLA

L7

Red

TIADA

TIADA

L7

Black

64 TF

475

V3i

64 TF

560

V3x

128 TF

625

V3xx

730

W220

265

W375

325

Z3

665

Saturday, April 28, 2007

Pesta Buku Antarabangsa ke 26, PWTC Kuala Lumpur

Asssalamualaikum Warahmatullah,

Sekiranya anda ingin menjadi jutawan, kemudian diberi wang modal sebanyak RM 1000 dan diminta untuk melabur, apakah pelaburan yang akan anda ceburi untuk menjadi jutawan?
Adakah anda akan masuk ke dalam saham amanah (trust fund)?....... mungkin pasaran saham?... pelaburan internet barangkali?...... membeli rumah?............ masuk MLM? (RM 60 je bang.. murah) atau anda tidak akan berbuat apa-apa dengan wang itu dan menyimpannya di bank agar dia membiak sehingga jutaan ringgit?.

Sekiranya soalan ini diajukan kepada saya. Saya tidak akan teragak-agak menjawab, " Saya akan membeli buku ".

Buku adalah penasihat kewangan yang baik dan berkesan untuk saya. Nasihat-nasihat yang berguna daripada buku-buku kewangan dan pelaburan adalah beribu-ribu kali ganda lebih baik daripada nasihat kawan-kawan, pakcik makcik, malah adik beradik kita sendiri berkenaan dengan kewangan. Dengan membelanjakan RM 1000 membeli buku dan membacanya, wang pulangan yang akan anda dapat kembali akan bernilai berpuluh-puluh kali ganda.

Oleh itu, sempena Pesta Buku Antarabangsa ke 26 di PWTC Kuala Lumpur ini, marilah kita sama-sama menjenguk ke gerai buku dan membeli buku-buku tidak kira buku apa pun. Yang penting kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita untuk persediaan di dunia dan di akhirat.
Di sini ada beberapa gambar-gambar yang sempat saya ambil pada hari pertama Pesta Buku Antarangsa di PWTC Kuala Lumpur kali ke 26

Ini adalah pintu masuk Pesta Buku Antarabangsa 2007 di PWTC.

Sahabat saya Sdr Sayed Munawar Sayed Mustar (Pengacara MHI- RTM 1) juga ada bersama mempromosi Pesta Buku Antarabangsa kali ke 26

Di gerai PTS Publishing. Saya ada membeli 2 buah buku di sini.


Gerai 56, Dewan legar PWTC, True Wealth Publishing, gerai buku mentor saya.

Di gerai True Wealth Sdn Bhd, bersama pengurus gerai dan buku-buku yang dibeli. Slightly frustrated sebab Mentor Azizi Ali takde nak sign buku. Dia ada 6 hb Mei nanti iaitu hari terakhir Pesta buku.

Di antara buku-buku yang saya beli di Gerai True Wealth. Untuk pengetahuan anda, harga memang murahhhh. Semua buku dapat diskaun. Harga biasa buku Winning at Property Auctions RM 69.90 tapi saya dapat harga RM 48.00++.. Hard Cover lagi! Buku-buku lain pun 20%-30% off. Rugi tak beli beb..




Thursday, April 26, 2007

Pengesahan Halal dan Haram JAKIM


Saya mendapat forwaded e-mail ini daripada sahabat saya Dr. Zety dari HKL. Ini adalah jawapan dari JAKIM tentang soalan berkenaan dengan pengesahan halal dan haram produk. Saya masukkan di dalam blog ini untuk tatapan pihak pembaca blog.


Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,

Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4 .Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5. Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf�, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

The Concept Of Leverage

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pada hari ini saya ingin menulis tentang satu konsep yang sentiasa ada di dalam mana-mana buku-buku kewangan dan pelaburan iaitu konsep leverage. Apa yek bahasa melayunya? Bukan takal kan sebab takal nih nama lain untuk fulcrum.. Tuan-puan bagitahulah saya di dalam ruang komen... Meanwhile, I'm gonna stick with "leverage". Saya percaya kebanyakan tuan-tuan/puan-puan/saudara/i telah faham dan tahu apa itu leverage. Kepada sesiapa yang mungkin belum faham, maka izinkan saya kongsi bersama pengetahuan ini untuk kita sama-sama tahu dan praktikkan di dalam kehidupan kita.

Konsep leverage iaitu satu sistem atau cara untuk memudahkan tugas dengan lebih efisyen dan meningkat produktiviti. Untuk menjadi jutawan, maka konsep ini perlu difahami dan di amalkan di dalam perniagaan mahupun pekerjaan sehari-harian. Antaranya adalah mechanical leverage (contoh 1), time leverage (contoh 2), money leverage (contoh 4) dan marketing leverage (contoh 5). Oleh itu leverage boleh digunakan di dalam banyak cabang.

Contoh 1:-

Satu perumpamaan mudah ialah, sekiranya anda ingin mengangkat sebatang besi seberat 10 000 kg. Anda memerlukan 100 orang lelaki (atau perempuan) yang mampu mengangkat beban 100 kg untuk mengalihkan sebatang besi tersebut. Sekiranya ia melibatkan kos... Bayaran sehari untuk upah ialah RM 50 sehari x 100 orang = RM 5 000 sehari untuk mengangkat be
si tersebut. Sekiranya ada 50 batang besi, anggaran tugas untuk mengalihkan besi tersebut mungkin mengambil masa 10 hari memandangkan di dalam satu hari pekerja kita yang 100 orang tu mampu mengangkat 5 batang besi sehari. (Itupun kalau takde sapa-sapa yang mati terhimpap besi)
Jadi kos untuk 10 hari ialah RM 5 000 sehari x 10 hari = RM 50 000 utk 10 hari.

Ok... andaikata, anda menggunakan sebuah kren untuk mengalihkan besi tersebut berapa anggaran kosnya?. Katakanlah sewa kren adalah RM 5 000 sehari termasuk driver (kira maksimum lah). Satu hari kren boleh mengangkat 10 batang besi. Maka, sekiranya ada 50 batang besi, ia mengambil masa 5 hari untuk menyempurnakan tugas. Jadi RM 5 000 sehari x 5 hari = RM 25 000 untuk 5 hari. Jikalau di tambah dengan 20 orang pekerja lain RM 50 x 20 orang pekerja= RM 1000 x 5 hari bekerja = RM 5000.
Jadi kos untuk 5 hari bekerja = RM 25 000 + RM 5000 = RM 30 000.

Kos dapat dijimatkan ialah RM 20 000 dan membabitkan cuma 5 hari bekerja.
Maka adalah lebih murah menggunakan kren daripada menggunakan 100 orang manusia untuk mengangkat batang besi tersebut. Ini adalah contoh untuk "mechanical leverage".

Contoh 2:-


Sekiranya ada mempunyai sebuah perniagaan menjual roti, setiap hari anda yang mebancuh, mengadun, membakar dan membungkus roti. Anda cuma boleh menghasilkan 200 biji sehari. Dengan mengambil pekerja seramai 2 orang, dan anda mengajar mereka dengan satu sistem yang berkesan, dan setiap daripada mereka menghasilkan 200 biji sehari anda boleh menjual 400 biji roti sehari.... dengan kehadiran atau tanpa kehadiran anda.


Contoh 3:-

Ini juga adalah konsep yang dipakai oleh pengurusan McDonald. Jika anda perhatikan tenaga kerja
di dalam McD, kakitangan mereka kebanyakannya adalah lepasan SPM, malah yang tiada SPM pun ramai. Sistem yang diamalkan di dalam pengurusan mereka begitu efisyen hatta setiap tugas di kaunter boleh dilakukan oleh budak tingkatan 3 sekalipun. Macamana nak bakar roti, macamana nak ucap selamat pada pelanggan, macamana nak bancuh air, semua sudah ada tertulis di dalam manual prosedurnya. Itu sebabnya walau dimanapun kita berada, di Malaysia, di Thailand, Di Indonesia, di Mesir malah di Iceland pun burger McD rasanya tetap sama.

Contoh 4 :-

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM 200 000 tunai. Anda boleh membeli sebuah rumah yang berharga RM 200 000. Katakan di dalam masa 20 tahun rumah ini akan bernilai RM 500 000. Anda akan mendapat pulangan RM 300 000 dalam masa 20 tahun.

Tetapi sekiranya anda membeli 4 buah rumah yang berharga RM 200 000 sebuah, menggunakan wang pendahuluan RM 50 000 setiap sebuah rumah dan baki RM 150 000 setiap sebuah dibayar melalui pinjaman bank selama 20 tahun. Selepas 20 tahun setiap buah rumah akan naik harga katakan RM 500 000. Anda akan menjadi jutawan dengan nilai aset RM 500 000 x 4 buah rumah = RM 2 juta. Nilai pulangan anda ialah 1.8 juta selepas 20 tahun. Ini juga dipanggil money leverage.

Contoh 5 :-

Salah satu pengurusan yang penting di dalam perniagaan adalah pemasaran. Untuk mempraktikkan konsep leverage di dalam pemasaran ialah melalui cara pengiklanan. Untuk syarikat yang besar, dengan mengiklan produk mereka di radio atau televisyen, produk mereka dapat di dengari atau di lihat oleh lebih ramai penonton di luar sana berbanding mengiklankannya dengan menampal di 7-11 sebagai contoh. KFC "melabur" 3.5 juta untuk mengiklankan produk barunya iaitu "nasi". Mereka meletakkan kos yang begitu tinggi kerana cara ini memberi leverage kepada mereka untuk menyampaikan mesej dengan lebih efisyen. Ini dipanggil marketing leverage.


Walaubagaimanapun, Peter Spann ada menulis bukunya From Broke to Millionaire in just 7 years, leverage juga ada keburukannya. Sebagaimana leverage boleh menguntungkan kita berkali-kali ganda (seperti contoh 4 tentang rumah yang dibeli boleh menjadkan kita jutawan), leverage juga boleh merugikan kita berkali-kali ganda sekiranya tersalah guna. Misalnya membeli 4 buah rumah di projek yang akhirnya terbengkalai, akan merugikan dan mempapakan kita dengan lebih cepat. Sesuatu perniagaan yang merugikan, dengan leverage akan melipatgandakan kerugian perniagaan itu.

Justeru, mari kita gunakan pengetahuan kita tentang leverage dengan berhati-hati dan sebaik-baiknya.... InsyaALlah kita akan sama-sama berjaya... wassalam.

Tuesday, April 24, 2007

Kisah Doktor dan MC


Assalamualaikum Pembaca Blog yang Budiman...

Pada hari yang mulia ini, saya ingin membincangkan satu tajuk yang menarik iaitu Medical Certificate @ sijil sakit @ sick leave @ surat cuti dan nama-nama lain yang serupa maknanya. Sebagai seorang pegawai perubatan yang menandatangani sijil sakit samada di HKL ataupun di klinik swasta, saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan MC nih...

Bagi saya sekiranya tuan/puan memang betul2 sakit dan memang memerlukan MC, kehadiran tuan dan puan ke klinik untuk berjumpa doktor dan menerima rawatan sangat-sangat diraikan dan kami berbesar hati menerima anda tidak kira di klinik kerajaan atau swasta.

Setiap hari klinik tempat saya bekerja mengeluarkan berpuluh-puluh surat MC di dalam sehari. Niat di dalam hati saya ketika menadatangani MC tentulah untuk memberi kemudahan kepada para pesakit untuk berehat di rumah dan proses pemulihan memang memerlukan rehat yang secukupnya di dalam suasana yang nyaman dan tenteram. Saya juga faham, adakalanya tuan-tuan dan puan-puan tidaklah begitu sakit sehingga memerlukan MC, tapi sekali lagi saya tekankan iaitu di atas dasar untuk memberi sedikit kemudahan mungkin peluang untuk berehat kerana terlalu penat bekerja (sebenarnya tak boleh dapat MC dengan alasan penat, sepatutnya ambil cuti rehat), maka MC pun dianugerahkan kepada pesakit.

Disini saya terangkan serba sedikit beberapa peraturan berkenaan dengan MC yang dapat saya ingat :-
  1. MC diberi sekiranya pesakit betul-betul sakit.
  2. MC tidak diberi kepada ibu dan bapa kepada anak-anak yang sakit
  3. MC tidak boleh di berikan "post dated" - sakit semalam, hari ni amik MC untuk semalam
  4. MC tidak boleh ada skip date - cth: nak MC untuk 11, 12 dan 15 hb Mei (13 ngan 14 hb?)
  5. Pesakit sepatutnya datang berjumpa doktor awal, bukannya sakit pukul 9 pagi, datang ambil MC pukul 11 malam. Doktor boleh refuse to give MC. Kalau kat kerajaan lepas pukul 5 pm gerenti takkan dapat MC.
  6. Sesetengah klinik tidak memberi MC lebih daripada 3 hari. Sekiranya kakitangan kerajaan ingin memohon MC yang lama, tandatangan (endorsed) daripada pegawai perubatan kerajaan diperlukan.
  7. Sekiranya MC daripada kerajaan hilang, laporan polis hendaklah dibuat sebelum doktor mengeluarkan MC baru. Sekiranya MC dari klinik swasta hilang, rekod bertulis tentang pengeluaran MC perlu ada sebelum MC baru dikeluarkan.
  8. MC dari kerajaan boleh digunakan sebagai bukti di Mahkamah.
  9. Tidak boleh wakil mengambil MC, kena pesakit datang sendiri.
Mungkin ramai yang dah tahu berkenaan perkara2 di atas. Cuma saya ingin mengenengahkan beberapa isu yang boleh dikongsi dengan saudara/i:-
  • MC adalah cuti yang diberikan kepada pesakit di atas budi bicara seorang doktor. Ia bukan hak mutlak pesakit. Pesakit boleh memohon untuk mendapatkan MC tetapi bergantung kepada budi bicara doktor yang merawat. Bilangan hari untuk mendapatkan MC juga adalah melalui budi bicara doktor. Doktor boleh memberi 1-3 hari mengikut keadaan pesakit. Yang menjadi masalahnya, kalau doktor bagi 1 hari, dia nak jugak 2 hari lepas tu marah-marah, hempas pintu, tendang dinding, jeling-jeling lepas tu mengata-ngata kuat-kuat kat luar klinik. Saya pernah dengar satu cerita di sebuah klinik pesakit luar sebuah hospital swasta, seorang pramugari dengan pakaiannya yang "mereliiipp" dan bermake-up tebal datang mintak MC kat seorang doktor perempuan tetapi tidak berjaya berjaya mendapatkannya. Di panggilnya boyfriendnya yang bersaiz kereta kebal untuk masuk dan mengugut doktor tersebut untuk memecahkan keretanya! macam-macam..
  • Ada pesakit yang selalu sangat ambil MC. Sekali mintak 2 hari. Setiap bulan mesti ada muka pesakit nih 2-3kali dalam sebulan. Jangan curi tulang bang... Kita kena faham bahawa duit yang kita dapat daripada pekerjaan yang kita lakukan adalah untuk menyuap anak-anak dan isteri... "Kullu lahmin Nabata Minal Haram Fannar Aula bih" - setiap sel sel daging kita yang berasal daripada sumber yang haram, maka api neraka lebih sesuai untuknya.
  • Kalau sakit betul-betul tak pe. In fact kalau sakit betul betul2, I am more than willing to write an MC to you! Saya susah nak terima kalau selsema sikit, takde batuk dan demam untuk tidak datang bekerja. Ada satu ketika, pesakit datang dengan jerawat di muka dan mintak MC. Patut bagi ke tidak?
  • Saya pernah bertugas di sebuah klinik yang terletak di sebelah sebuah bank yang established dan sebuah syarikat separuh kerajaan sebelah menyebelah. Apabila pesakit syarikat separuh kerajaan ni datang, walaupun sakitnya cuma selsema sahaja, dia akan mintak MC. Tetapi apabila pekerja daripada bank swasta ini datang, walaupun cirit birit teruk, atau demam yang tinggi tetap tak mahu ambil MC. Dia kata sayang nak ambil MC dan kerja banyak. Saya tak tahu.. mungkin budaya kerja yang berbeza? Mungkin menghormati tugasan atau sayangkan kerja? Berbeza... memang berbeza...
  • Kadang-kadang pesakit tak perihatin ketika memohon MC. "Doktor saya nak MC hari ni dengan esok". "Doktor, U kena bagi saya MC 2 hari, saya tak larat nak kerja". Ada pulak yang senyap je, lepas tu kat luar mintak kat staf klinik nak MC. Ada yang call dalam telefon, suruh doktor sign MC siap-siap... dia nak sambung MC, kejap lagi datang ambik! Kan lebih manis kalau kita minta dengan sopan... Mungkin yang mintak tuh Boss-boss kepada syarikat atau jabatan... tapi jangan lupa bahawa Doktor anda itu bukan kerani anda untuk anda bagi arahan dsbg.
Kita sepatutnya lebih berhati-hati ketika mengambil MC. Kita perlu tahu sekiranya kita mengambil MC, ada orang lain di sana yang terpaksa menggantikan tugas kita. Malah saya amat berbangga kerana tidak perlu mengambil MC walaupun di dalam kepala saya tahu bahawa sekiranya saya sakit MC adalah satu kemudahan untuk saya merehatkan diri. Tidak salah mengambil MC tetapi sekiranya ia adalah sengaja untuk melarikan diri dari tugas (anda boleh ambil cuti rehat).. maka anda perlu fikir kembali samada pendapatan anda setiap bulan boleh diragukan dan dianggap syubhah...

Wassalam
Related Posts with Thumbnails