Thursday, April 26, 2007

The Concept Of Leverage

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pada hari ini saya ingin menulis tentang satu konsep yang sentiasa ada di dalam mana-mana buku-buku kewangan dan pelaburan iaitu konsep leverage. Apa yek bahasa melayunya? Bukan takal kan sebab takal nih nama lain untuk fulcrum.. Tuan-puan bagitahulah saya di dalam ruang komen... Meanwhile, I'm gonna stick with "leverage". Saya percaya kebanyakan tuan-tuan/puan-puan/saudara/i telah faham dan tahu apa itu leverage. Kepada sesiapa yang mungkin belum faham, maka izinkan saya kongsi bersama pengetahuan ini untuk kita sama-sama tahu dan praktikkan di dalam kehidupan kita.

Konsep leverage iaitu satu sistem atau cara untuk memudahkan tugas dengan lebih efisyen dan meningkat produktiviti. Untuk menjadi jutawan, maka konsep ini perlu difahami dan di amalkan di dalam perniagaan mahupun pekerjaan sehari-harian. Antaranya adalah mechanical leverage (contoh 1), time leverage (contoh 2), money leverage (contoh 4) dan marketing leverage (contoh 5). Oleh itu leverage boleh digunakan di dalam banyak cabang.

Contoh 1:-

Satu perumpamaan mudah ialah, sekiranya anda ingin mengangkat sebatang besi seberat 10 000 kg. Anda memerlukan 100 orang lelaki (atau perempuan) yang mampu mengangkat beban 100 kg untuk mengalihkan sebatang besi tersebut. Sekiranya ia melibatkan kos... Bayaran sehari untuk upah ialah RM 50 sehari x 100 orang = RM 5 000 sehari untuk mengangkat be
si tersebut. Sekiranya ada 50 batang besi, anggaran tugas untuk mengalihkan besi tersebut mungkin mengambil masa 10 hari memandangkan di dalam satu hari pekerja kita yang 100 orang tu mampu mengangkat 5 batang besi sehari. (Itupun kalau takde sapa-sapa yang mati terhimpap besi)
Jadi kos untuk 10 hari ialah RM 5 000 sehari x 10 hari = RM 50 000 utk 10 hari.

Ok... andaikata, anda menggunakan sebuah kren untuk mengalihkan besi tersebut berapa anggaran kosnya?. Katakanlah sewa kren adalah RM 5 000 sehari termasuk driver (kira maksimum lah). Satu hari kren boleh mengangkat 10 batang besi. Maka, sekiranya ada 50 batang besi, ia mengambil masa 5 hari untuk menyempurnakan tugas. Jadi RM 5 000 sehari x 5 hari = RM 25 000 untuk 5 hari. Jikalau di tambah dengan 20 orang pekerja lain RM 50 x 20 orang pekerja= RM 1000 x 5 hari bekerja = RM 5000.
Jadi kos untuk 5 hari bekerja = RM 25 000 + RM 5000 = RM 30 000.

Kos dapat dijimatkan ialah RM 20 000 dan membabitkan cuma 5 hari bekerja.
Maka adalah lebih murah menggunakan kren daripada menggunakan 100 orang manusia untuk mengangkat batang besi tersebut. Ini adalah contoh untuk "mechanical leverage".

Contoh 2:-


Sekiranya ada mempunyai sebuah perniagaan menjual roti, setiap hari anda yang mebancuh, mengadun, membakar dan membungkus roti. Anda cuma boleh menghasilkan 200 biji sehari. Dengan mengambil pekerja seramai 2 orang, dan anda mengajar mereka dengan satu sistem yang berkesan, dan setiap daripada mereka menghasilkan 200 biji sehari anda boleh menjual 400 biji roti sehari.... dengan kehadiran atau tanpa kehadiran anda.


Contoh 3:-

Ini juga adalah konsep yang dipakai oleh pengurusan McDonald. Jika anda perhatikan tenaga kerja
di dalam McD, kakitangan mereka kebanyakannya adalah lepasan SPM, malah yang tiada SPM pun ramai. Sistem yang diamalkan di dalam pengurusan mereka begitu efisyen hatta setiap tugas di kaunter boleh dilakukan oleh budak tingkatan 3 sekalipun. Macamana nak bakar roti, macamana nak ucap selamat pada pelanggan, macamana nak bancuh air, semua sudah ada tertulis di dalam manual prosedurnya. Itu sebabnya walau dimanapun kita berada, di Malaysia, di Thailand, Di Indonesia, di Mesir malah di Iceland pun burger McD rasanya tetap sama.

Contoh 4 :-

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM 200 000 tunai. Anda boleh membeli sebuah rumah yang berharga RM 200 000. Katakan di dalam masa 20 tahun rumah ini akan bernilai RM 500 000. Anda akan mendapat pulangan RM 300 000 dalam masa 20 tahun.

Tetapi sekiranya anda membeli 4 buah rumah yang berharga RM 200 000 sebuah, menggunakan wang pendahuluan RM 50 000 setiap sebuah rumah dan baki RM 150 000 setiap sebuah dibayar melalui pinjaman bank selama 20 tahun. Selepas 20 tahun setiap buah rumah akan naik harga katakan RM 500 000. Anda akan menjadi jutawan dengan nilai aset RM 500 000 x 4 buah rumah = RM 2 juta. Nilai pulangan anda ialah 1.8 juta selepas 20 tahun. Ini juga dipanggil money leverage.

Contoh 5 :-

Salah satu pengurusan yang penting di dalam perniagaan adalah pemasaran. Untuk mempraktikkan konsep leverage di dalam pemasaran ialah melalui cara pengiklanan. Untuk syarikat yang besar, dengan mengiklan produk mereka di radio atau televisyen, produk mereka dapat di dengari atau di lihat oleh lebih ramai penonton di luar sana berbanding mengiklankannya dengan menampal di 7-11 sebagai contoh. KFC "melabur" 3.5 juta untuk mengiklankan produk barunya iaitu "nasi". Mereka meletakkan kos yang begitu tinggi kerana cara ini memberi leverage kepada mereka untuk menyampaikan mesej dengan lebih efisyen. Ini dipanggil marketing leverage.


Walaubagaimanapun, Peter Spann ada menulis bukunya From Broke to Millionaire in just 7 years, leverage juga ada keburukannya. Sebagaimana leverage boleh menguntungkan kita berkali-kali ganda (seperti contoh 4 tentang rumah yang dibeli boleh menjadkan kita jutawan), leverage juga boleh merugikan kita berkali-kali ganda sekiranya tersalah guna. Misalnya membeli 4 buah rumah di projek yang akhirnya terbengkalai, akan merugikan dan mempapakan kita dengan lebih cepat. Sesuatu perniagaan yang merugikan, dengan leverage akan melipatgandakan kerugian perniagaan itu.

Justeru, mari kita gunakan pengetahuan kita tentang leverage dengan berhati-hati dan sebaik-baiknya.... InsyaALlah kita akan sama-sama berjaya... wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

Interesting post. Selama ni, saya ambil kisah pasal money leverage saje. Tak terfikir pulak pasal marketing leverage, mechanical leverage, and etc :)

Dr Azwan said...

Yer Nadlique :) ada. saya pun ada terjumpa di dalam buku.

Dr Azwan said...

Yer Nadlique :) ada. saya pun ada terjumpa di dalam buku.

Anonymous said...

Beli rumah 50k deposit bg 1 rumah tp beli 4 buah rumah jd total rm200k..mana pulak dtg baki 150k..cmne nk nayar bulan2..haha

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalammualaikum,
Buat panduan sedara seislam,Ibubapa saya dan suami mereka lebih yakin jika ada ditulis tanda halal dibungkusan mknn tersebut baru mereka izinkan saya beli.Contoh mcm coklat juga,adakah mknn tersebut keperluan atau kehendak???Ada x alternative lain?Jika kita xmkn xmati kan??Jadi selagi ada pilihan jangan bg anak anda makan sebarangan sebab mknn yg dimkn akan jd drh daging dan bkl membentuk sahsiah ank itu kelak.Jadi jika coklat yg xde halal xperlu beli utk ank.Kindobeuno pun manis sgt2.Ur kid will act like a maniac if eating too much sweets..jd pilihan ditgn anda..jika xde tulis halal mmg jelas2 x halal la tu..di mna2 negara ada pengesahan halal mereka jadi tiada isu sepatutnya jika product itu halal.Dan utk mksd halal mohon rujuk blk ya xsemestinya xde babi mksdnya halal...

Related Posts with Thumbnails