Saturday, April 7, 2007

Pelaburan di Internet???

Lagi banyak saya membaca buku berkenaan dengan kewangan dan pelaburan lagi saya tak percaya tentang pelaburan di internet. Bukan setakat itu sahaja, saya dah pun terkena....

Sekarang ni macam-macam cara orang nak mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang. Persaingan kerja semakin banyak... Lulusan Universiti pun banyak yang menganggur... Yang ironinya.. budak lepasan SPM lagi senang carik kerja daripada budak lepasan universiti... sapa nak amik budak universiti kerja kilang?... kerja kat McDonalds?... kerja pejabat pun boss takut nak ambik.. tak sesuai katanya... Boss tau, budak ada diploma dan ijazah ni kerja sekejap je.. dapat peluang yang lain diorang pun pindah la... Pendekata... Senario masakini menyebabkan pencarian wang secara mudah senang mendapat tempat di hati orang ramai.. Tidak hairanlah pelaburan di internet semakin menjadi-jadi.

Saya pernah menyertai dua pelaburan internet yang begitu terkenal di Malaysia dan di luar negara. Salah satunya ialah 12% daily. Pelaburan saya menghampiri 1000 USD setelah dicampur dengan keuntungan dan referal fee. Dan Setelah 5 bulan penyertaan saya, 12% daily ditutup.. walaupun dikatakan telah beroperasi selama beberapa tahun! Bukan itu sahaja ada 2-3 pelaburan internet yang saya sertai turut lingkup bersama.

Izinkan saya untuk memetik artikel pendek dari Mentor saya (mentor tak rasmi - dia pun tak kenal saya) Sdr. Azizi Ali di dalam websitenya www.millionairesplanet.com yang bertajuk “The burning truth about Swisscash, Get-Rich-Quick schemes and Other Unworldly Investments”. (Saya olahkan mengikut gaya penulisan saya)

1. Kebanyakan pelaburan di internet menawarkan pulangan yang lumayan setinggi hingga 20% sebulan... iaitu 240% setahun!! Sedangkan Fund Manager terbaik di dunia seperti Warren Buffet (No 2 terkaya di dunia selepas Bill Gates) dan Peter Lynch pun "hanya" berjaya mendapat 14% hingga 40% sahaja keuntungan pelaburan setahun. Camne tuh? Adakah Fund Manager pelaburan internet ni lagi hebat ke daripada Warren Buffet? Anda pikir sendiri...

2. Kenapa Anda Tak Cuba dahulu? ... Alah cuba letak RM 100 dulu... tak rugi pun... tuan-tuan dan puan-puan... Itulah cara marketing mereka... Azizi Ali kata : Kenapa kita nak bagi peluang Ular itu menggigit kita sedangkan mata kepala kita sendiri dah tengok Ular yang sama pernah menggigit kawan-kawan dan saudara mara kita... Hebat betul ayat Azizi Ali ni... Saya tergamam.. No komen..

3. Bagaimana Pada permulaanya perlaburan internet ini berjaya?
.... Tapi kalau tipu macamana saya boleh dapat duit setiap bulan? malahan ia sentiasa masuk ke dalam akaun saya dan semakin bertambah... Jawapannya: Tentulah duit anda masuk pada setiap bulan! Kalau awal-awal lagi masuk dan kena tipu macamana skim ni nak berjaya? Ini dipanggil sisem Ponzi.. Dengan kepercayaan yang ada anda akan dibayar tetap malahan akan diberi referal fee sekiranya anda memperkenalkan kawan dan saudara mara sistem ini akan berkembang sehingga ke jutaan ringgit. Untuk menarik lebih pelanggan, pengurus sistem ini akan memperkenalkan seolah-olah mereka mempunyai model perniagaan yang teratur, tersusun dan mantap. Sistem ini akan sampai ke penghujungnya sekiranya kewangan yang ada tidak mampu untuk membayar semua ahli dan penarikan wang modal keluar daripada ahli secara besar-besaran (seperti yang berlaku kepada saya)... Semua orang akan panik dan sistem ini akan terurai seperti daun-daun yang dimakan ulat. Mereka yang tidak berjaya mengeluarkan wang mereka kerana tidak sempat tidak akan dapat melihat wang mereka lagi... Nak telefon tak der no phone.. pejabat pun tak der nak di serang.. Kita akan semakin miskin dan merana dan yang kaya hanyalah manager sistem pelaburan itu...

Setelah kejadian itu... saya tidak lagi mahu dan ingin menyertai sistem pelaburan internet lagi walau ada beribu-ribu email yang dihantar untuk memujuk rayu saya dan pelbagai paksaan ditujukan kepada saya oleh kawan-kawan dan saudara mara saya...

Saya akhiri artikel ini dengtan kata-kata yang dipetik oleh Peter Spann di dalam bukunya From Broke to Millionaire in just 7 years : "TAMAK itu adalah apabila kita membuat terlalu banyak duit dengan masa yang terlalu singkat, dengan terlalu banyak cabang dan dengan kemahiran yang terlalu rendah."

No comments:

Related Posts with Thumbnails