Assalamualaikum Pembaca Blog yang Budiman...
Pada hari yang mulia ini, saya ingin membincangkan satu tajuk yang menarik iaitu Medical Certificate @ sijil sakit @ sick leave @ surat cuti dan nama-nama lain yang serupa maknanya. Sebagai seorang pegawai perubatan yang menandatangani sijil sakit samada di HKL ataupun di klinik swasta, saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan MC nih...
Bagi saya sekiranya tuan/puan memang betul2 sakit dan memang memerlukan MC, kehadiran tuan dan puan ke klinik untuk berjumpa doktor dan menerima rawatan sangat-sangat diraikan dan kami berbesar hati menerima anda tidak kira di klinik kerajaan atau swasta.
Setiap hari klinik tempat saya bekerja mengeluarkan berpuluh-puluh surat MC di dalam sehari. Niat di dalam hati saya ketika menadatangani MC tentulah untuk memberi kemudahan kepada para pesakit untuk berehat di rumah dan proses pemulihan memang memerlukan rehat yang secukupnya di dalam suasana yang nyaman dan tenteram. Saya juga faham, adakalanya tuan-tuan dan puan-puan tidaklah begitu sakit sehingga memerlukan MC, tapi sekali lagi saya tekankan iaitu di atas dasar untuk memberi sedikit kemudahan mungkin peluang untuk berehat kerana terlalu penat bekerja (sebenarnya tak boleh dapat MC dengan alasan penat, sepatutnya ambil cuti rehat), maka MC pun dianugerahkan kepada pesakit.
Disini saya terangkan serba sedikit beberapa peraturan berkenaan dengan MC yang dapat saya ingat :-

- MC diberi sekiranya pesakit betul-betul sakit.
- MC tidak diberi kepada ibu dan bapa kepada anak-anak yang sakit
- MC tidak boleh di berikan "post dated" - sakit semalam, hari ni amik MC untuk semalam
- MC tidak boleh ada skip date - cth: nak MC untuk 11, 12 dan 15 hb Mei (13 ngan 14 hb?)
- Pesakit sepatutnya datang berjumpa doktor awal, bukannya sakit pukul 9 pagi, datang ambil MC pukul 11 malam. Doktor boleh refuse to give MC. Kalau kat kerajaan lepas pukul 5 pm gerenti takkan dapat MC.
- Sesetengah klinik tidak memberi MC lebih daripada 3 hari. Sekiranya kakitangan kerajaan ingin memohon MC yang lama, tandatangan (endorsed) daripada pegawai perubatan kerajaan diperlukan.
- Sekiranya MC daripada kerajaan hilang, laporan polis hendaklah dibuat sebelum doktor mengeluarkan MC baru. Sekiranya MC dari klinik swasta hilang, rekod bertulis tentang pengeluaran MC perlu ada sebelum MC baru dikeluarkan.
- MC dari kerajaan boleh digunakan sebagai bukti di Mahkamah.
- Tidak boleh wakil mengambil MC, kena pesakit datang sendiri.
Mungkin ramai yang dah tahu berkenaan perkara2 di atas. Cuma saya ingin mengenengahkan beberapa isu yang boleh dikongsi dengan saudara/i:-
- MC adalah cuti yang diberikan kepada pesakit di atas budi bicara seorang doktor. Ia bukan hak mutlak pesakit. Pesakit boleh memohon untuk mendapatkan MC tetapi bergantung kepada budi bicara doktor yang merawat. Bilangan hari untuk mendapatkan MC juga adalah melalui budi bicara doktor. Doktor boleh memberi 1-3 hari mengikut keadaan pesakit. Yang menjadi masalahnya, kalau doktor bagi 1 hari, dia nak jugak 2 hari lepas tu marah-marah, hempas pintu, tendang dinding, jeling-jeling lepas tu mengata-ngata kuat-kuat kat luar klinik. Saya pernah dengar satu cerita di sebuah klinik pesakit luar sebuah hospital swasta, seorang pramugari dengan pakaiannya yang "mereliiipp" dan bermake-up tebal datang mintak MC kat seorang doktor perempuan tetapi tidak berjaya berjaya mendapatkannya. Di panggilnya boyfriendnya yang bersaiz kereta kebal untuk masuk dan mengugut doktor tersebut untuk memecahkan keretanya! macam-macam..
- Ada pesakit yang selalu sangat ambil MC. Sekali mintak 2 hari. Setiap bulan mesti ada muka pesakit nih 2-3kali dalam sebulan. Jangan curi tulang bang... Kita kena faham bahawa duit yang kita dapat daripada pekerjaan yang kita lakukan adalah untuk menyuap anak-anak dan isteri... "Kullu lahmin Nabata Minal Haram Fannar Aula bih" - setiap sel sel daging kita yang berasal daripada sumber yang haram, maka api neraka lebih sesuai untuknya.
- Kalau sakit betul-betul tak pe. In fact kalau sakit betul betul2, I am more than willing to write an MC to you! Saya susah nak terima kalau selsema sikit, takde batuk dan demam untuk tidak datang bekerja. Ada satu ketika, pesakit datang dengan jerawat di muka dan mintak MC. Patut bagi ke tidak?
- Saya pernah bertugas di sebuah klinik yang terletak di sebelah sebuah bank yang established dan sebuah syarikat separuh kerajaan sebelah menyebelah. Apabila pesakit syarikat separuh kerajaan ni datang, walaupun sakitnya cuma selsema sahaja, dia akan mintak MC. Tetapi apabila pekerja daripada bank swasta ini datang, walaupun cirit birit teruk, atau demam yang tinggi tetap tak mahu ambil MC. Dia kata sayang nak ambil MC dan kerja banyak. Saya tak tahu.. mungkin budaya kerja yang berbeza? Mungkin menghormati tugasan atau sayangkan kerja? Berbeza... memang berbeza...
- Kadang-kadang pesakit tak perihatin ketika memohon MC. "Doktor saya nak MC hari ni dengan esok". "Doktor, U kena bagi saya MC 2 hari, saya tak larat nak kerja". Ada pulak yang senyap je, lepas tu kat luar mintak kat staf klinik nak MC. Ada yang call dalam telefon, suruh doktor sign MC siap-siap... dia nak sambung MC, kejap lagi datang ambik! Kan lebih manis kalau kita minta dengan sopan... Mungkin yang mintak tuh Boss-boss kepada syarikat atau jabatan... tapi jangan lupa bahawa Doktor anda itu bukan kerani anda untuk anda bagi arahan dsbg.
Wassalam
8 comments:
Memang betul sangat la tu dgn apa yg dikatakan. Saya baru start bekerja di Hosp Swasta lebih setahun, patients mmg demand2 MC ni mengalahkan patients gomen.
Tu lah... hari Isnin adalah hari MC seMalaysia... !!
Sy setuju Doc..walaupun sy kakitangan awam di Putrajaya...jika sakit xteruk, sy ambik cuti rehat walaupun bos sy xnak sign cuti rehat atau EL yg sy pohon...sabar je la
Assalam dr,
macam mana pulak kalau cirit birit lebih daripada 4 hari?
hari pertama kena pada hari ahad, gi klinik kerajaan. demam dan muntah dah xde tapi cirit birit still ada dalam sehari 4 x keluar air jek. gi klinik swasta dr x bagi mc. apa pendapat dr?
Salam doktor. Mcm mana dengan morning sickness? MS sy teruk 😠loya spjg masa dr bgn tdo sehingga tdo semula, muntah2, mulut pahit, x lalu mkn n minum, berdiri seminit dh rasa nk pitam. ðŸ˜ðŸ˜ org yg pernah alami je yg paham. Tp doktor gomen susahnya nk bg mc.
Dr saya ada satu soalan bagaimana dengan pesakit yg dtg registration dan terus minta mc sebelum jumpa dgn dr.ada apa apa akta yg boleh dipaparkan supaya mereka tidak berkeras dgn staff di registration
dah demam dkt seminggu batuk2 selsema sakit tekak.amik darah tgk result xde masalah.then boleh tnye nak mc ke nak time slip.dah la menunggu lama kalau xde mc baik pergi keje
Ni sakit buatan org..😅
Post a Comment